Pasangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Apr 2024 03:06:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pasangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasangan suami isteri dera anak tiri, anak angkat dihukum penjara dan denda https://sabahmedia.com/2024/04/18/pasangan-suami-isteri-dera-anak-tiri-anak-angkat-dihukum-penjara-dan-denda/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/pasangan-suami-isteri-dera-anak-tiri-anak-angkat-dihukum-penjara-dan-denda/#respond Thu, 18 Apr 2024 02:52:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52701
Read Time:1 Minute, 37 Second

KENINGAU: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu (17 April) menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas pasangan suami isteri yang mendera anak tiri dan anak angkat mereka antara 24 Mac sehingga 30 Mac lalu di sebuah bilik sewa di Pekan Keningau.

Tertuduh Norfaizah Boting, 36, dan suaminya, Kamal Abdullah 27, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Flavian Edward Henry.

Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Euginie Meredith Gilbert manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut fakta pertuduhan, Norfaizah berdepan tiga pertuduhan antara 24 Mac sehingga 30 Mac lalu di sebuah bilik sewa di Pekan Keningau dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dengan menggunakan alat seterika yang digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan yang mungkin menyebabkan kematian.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua hukuman tersebut.

Selain itu, tertuduh pada tarikh dan di tempat yang sama juga turut dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Kamal pula dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang sama pada tarikh dan di tempat yang sama.

Kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan dengan sabit kesalahan itu, Norfaizah dikenakan penjara selama empat tahun 10 bulan dan denda RM22,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan jika gagal bayar boleh dikenakan penjara selama dua tahun enam bulan.

Manakala Kamal dipenjara selama satu tahun lapan bulan dan denda RM4,000 bagi dua pertuduhan dan jika gagal membayarnya boleh dikenakan setahun lagi penjara.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Yampil Anak Garai berkata, kedua-dua mangsa kanak-kanak dan remaja tersebut kini telah ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/pasangan-suami-isteri-dera-anak-tiri-anak-angkat-dihukum-penjara-dan-denda/feed/ 0 52701
Pasangan suami isteri warga emas di serang gajah, suami maut https://sabahmedia.com/2023/12/26/pasangan-suami-isteri-warga-emas-di-serang-gajah-suami-maut/ https://sabahmedia.com/2023/12/26/pasangan-suami-isteri-warga-emas-di-serang-gajah-suami-maut/#respond Tue, 26 Dec 2023 07:45:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47141
Read Time:1 Minute, 36 Second

LAHAD DATU: Sepasang suami isteri warga emas diserang sekumpulan gajah yang memasuki kebun ubi mereka dalam kejadian di Kampung Perpaduan, Skim Begahak, dekat sini pada Sabtu lalu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, hasil daripada siasatan, mangsa Lopis Jubin berumur 90 tahun bersama isterinya Dalama Hamid, 61, telah diserang oleh sekumpulan gajah sebanyak 12 ekor telah memasuki kebun ubi mangsa dalam kejadian kira-kira jam 10.00 malam pada Sabtu lalu (23 Dis).

Silvester berkata, menurut cucu mangsa, Fazrina, ketika kejadian, kedua-dua mangsa berada di pondok untuk menjaga kebun ubi mereka.

“Ketika sedang berehat, mangsa Dalama menyedari pondok mereka telah digeser oleh gajah dan kemudian beliau sempat keluar bersama suami daripada pondok berkenaan dan melarikan diri. Namun begitu, seekor gajah telah mengejar kedua-dua mangsa lalu menendang dan memijak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Silvester, pada masa ini, mangsa Dalama sedang dirawat di Hospital Lahad Datu manakala suaminya Lopis telah disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik.

“Namun begitu, tidak ada aduan dibuat ke balai polis oleh pihak keluarga mangsa menurut pihak hospital. Dengan itu, tidak ada bedah siasat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, tahap kecederaan Dalama iaitu patah di bahagian pinggang, paha kiri dan kedua-dua tangan lebam. Manakala arwah suaminya cedera bahagian dada patah dan terdapat kesan lebam pada bahagian mata kanan, kesan lebam dan luka pada bahagian tangan sebelah kiri.

Katanya, kakitangan JHL yang bertugas juga telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil daripada pemeriksaan, terdapat kesan-kesan kehadiran gajah di kawasan kebun ubi mangsa seperti bekas tapak kaki gajah, pokok-pokok ubi yang patah serta bekas geseran pada pondok yang didiami mangsa.

“Terdapat juga kesan tapak kaki gajah di kawasan parit kecil yang mana tempat kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak.

“Sepanjang pemeriksaan dijalankan, tidak ada kelibat gajah dilihat dan tidak ada berlaku provokasi diantara mangsa dan gajah,” jelas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/26/pasangan-suami-isteri-warga-emas-di-serang-gajah-suami-maut/feed/ 0 47141
Pasangan mahu berkahwin digalak lakukan ujian Talasemia – Redonah https://sabahmedia.com/2023/10/25/pasangan-mahu-berkahwin-digalak-lakukan-ujian-talasemia-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/pasangan-mahu-berkahwin-digalak-lakukan-ujian-talasemia-redonah/#respond Tue, 24 Oct 2023 22:54:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44133
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU : Penting bagi pasangan yang berhasrat untuk berkahwin mereka perlu mengetahui status kesihatan masing-masing dengan melakukan ujian Talasemia sebelum berkahwin, kata Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda.

Beliau berkata, ujian awal sebelum perkahwinan mampu memastikan penyakit Talasemia dalam keadaan terkawal.

“Ujian tersebut adalah untuk mengenal pasti sama ada pasangan yang bakal berkahwin adalah sihat atau pun pembawa talasemia sama ada minor, intermedia atau pun major, dengan itu pasangan dapat mengetahui status kesihatan sebelum berkahwin,” katanya ketika merasmikan Program Sambutan Hari Talasemia Zon Utara di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini, baru-baru ini.

Ia membabitkan Kota Marudu, Kudat, Pitas dan Matunggung yang dianjurkan oleh Persatuan Thalasemia Cawangan Kota Marudu bersama, Persatuan Lung Yen dan Skuad Ar-Rayyan Beaufort.

Program yang menggabungkan konsep mendidik, memberi kesedaran dan menimbulkan rasa keprihatinan masyarakat tentang Talasemia itu dihadiri kira-kira 300 pengunjung.

Program Derma Darah turut diadakan bersempena dengan sambutan kali ini, dengan sejumlah 68 beg darah berjaya dikutip untuk kegunaan tabung darah Hospital Kota Marudu dan daerah terdekat.

Untuk program tersebut, sebanyak 400 bakul makanan disumbangkan oleh Persatuan Lung Yen Sabah, manakala 100 bakul makanan disumbangkan oleh Persatuan Hongmen Sabah.

Persatuan Lung Yen Sabah turut menyumbang dua unit Canafusion Ambulatory Syringe Pump dan satu unit pula sumbangan syarikat swasta Core Realty untuk kegunaan Pusat Jagaan Harian Pesakit Talasemia Kota Marudu.

Persatuan Hongmen Sabah (Stanley Ng Group) turut menyumbang dua buah alat pendingin hawa untuk kegunaan klinik tersebut.

Terdapat juga sumbangan berbentuk makanan dari Pesona Bayu Industries Sdn Bhd, Tong Guan Food Products Sdn Bhd dan sumbangan orang perseorangan Lai Heng Wo.

Tambah Redonah lagi, peranan ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan amat penting dalam memberi semangat kepada pengidap Talasemia manakala orang ramai pula digesa untuk terus membantu dengan menderma darah dari masa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/pasangan-mahu-berkahwin-digalak-lakukan-ujian-talasemia-redonah/feed/ 0 44133