pasar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Sep 2026 09:56:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pasar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasar Besar Kota Kinabalu dicadang dipindah keluar dari pusat bandar https://sabahmedia.com/2026/09/14/pasar-besar-kota-kinabalu-dicadang-dipindah-keluar-dari-pusat-bandar/ https://sabahmedia.com/2026/09/14/pasar-besar-kota-kinabalu-dicadang-dipindah-keluar-dari-pusat-bandar/#respond Mon, 14 Sep 2026 09:56:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103403
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bercadang memindahkan Pasar Besar Kota Kinabalu (KK) dari kawasan pusat bandar ke lokasi baharu yang lebih sesuai, selaras dengan usaha menyediakan kemudahan pasar yang lebih besar dan lengkap.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Negeri.

“DBKK akan menyediakan satu kertas kerja yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau dua tapak yang dicadangkan bagi pembangunan pasar baharu di Alam Mesra dan Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, pada Isnin.

Hajiji berkata, Pejabat Datuk Bandar Kota Kinabalu turut akan mengemukakan cadangan mengenai perancangan bagi tapak Pasar Besar Kota Kinabalu sedia ada sekiranya pemindahan pasar itu dilaksanakan.

“Sebab itu kita melawat tapak-tapak yang dicadangkan bagi Pasar Besar baharu ini, tetapi ia masih di peringkat awal.

“Jika pasar baharu dibina, ia akan dilengkapi dengan semua kemudahan, lebih besar dan lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Hajiji meninjau tanah kerajaan negeri seluas kira-kira 40 ekar di sepanjang Jalan UMS, Alam Mesra, yang dicadangkan sebagai tapak Hab Pasar Bersepadu Kota Kinabalu Utara.

Beliau turut diberi taklimat mengenai cadangan pembangunan tapak berkenaan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Antara kemudahan yang dicadangkan di hab pasar bersepadu itu termasuk pasar kering, pasar basah, pusat produk kebudayaan, tempatan dan pelancongan, pusat penjaja serta jeti ikan.

Hajiji kemudian meninjau tapak kedua yang terletak di atas tanah komersial bercampur milik Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berhampiran Kampung Likas, di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, bersebelahan Anjung Selera.

Cadangan pemindahan itu dilihat dapat memberi ruang kepada pembangunan sebuah kompleks pasar yang lebih moden dan bersepadu, selain menyediakan kemudahan lebih lengkap untuk peniaga dan pengunjung.

Bagaimanapun, Hajiji berkata kerajaan belum membuat keputusan muktamad mengenai tapak yang akan dipilih mahupun nilai pembangunan pasar baharu berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/14/pasar-besar-kota-kinabalu-dicadang-dipindah-keluar-dari-pusat-bandar/feed/ 0 103403
GRS komited naik taraf Pasar Kim Fung demi keselesaan rakyat https://sabahmedia.com/2025/10/17/grs-komited-naik-taraf-pasar-kim-fung-demi-keselesaan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/grs-komited-naik-taraf-pasar-kim-fung-demi-keselesaan-rakyat/#respond Fri, 17 Oct 2025 01:49:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83489
Read Time:1 Minute, 21 Second

SANDAKAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan rakyat dengan merancang satu pelan menaik taraf Pasar Kim Fung, yang telah beroperasi lebih 40 tahun dan menjadi nadi ekonomi tempatan di daerah ini.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) merangkap Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, Robert Chong Thien Ming, berkata cadangan menaik taraf itu adalah hasil maklum balas daripada peniaga dan pengunjung yang sudah sekian lama berdepan suasana panas serta pengudaraan yang tidak selesa di kawasan berkenaan.

“Selama bertahun-tahun, ramai pengunjung terpaksa menahan bahang panas dan keadaan pengap ketika makan di sini, terutamanya pada waktu petang. 

“Sudah tiba masanya tindakan konkrit diambil,” katanya selepas meninjau keadaan di pasar berkenaan.

Menurut beliau, hasil lawatan dan kajian tapak yang dilakukan sejak Mei lalu, satu cadangan penambahbaikan menyeluruh akan dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Sandakan dengan permohonan pembiayaan daripada kerajaan negeri.

Antara penambahbaikan yang dicadangkan termasuk pemasangan kipas ekzos berkuasa tinggi, membuka bidai aluminium yang mengelilingi pasar, pembaikan struktur bumbung, serta penyusunan semula gerai bagi meningkatkan pengedaran udara dan keselesaan pelanggan.

“Langkah ini bukan hanya memperindah pasar, tetapi memastikan persekitaran yang lebih sihat dan kondusif untuk peniaga serta pengunjung,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa GRS komited dalam melaksanakan penambahbaikan kemudahan awam secara berperingkat bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan GRS sentiasa mendengar dan bertindak atas rintihan rakyat. Usaha ini sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk memperkukuh kemudahan awam dan ekonomi setempat,” katanya.

Chong turut menambah, rekod tiga tahun pentadbiran GRS jelas menunjukkan usaha berterusan dalam memajukan Sandakan, termasuk penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan pasar.

“Kami bukan hanya berjanji, tetapi bertindak. GRS adalah kerajaan yang bekerja untuk rakyat, bukan sekadar berkata-kata,” tegas beliau. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/grs-komited-naik-taraf-pasar-kim-fung-demi-keselesaan-rakyat/feed/ 0 83489