Pasport terbang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Jul 2024 04:00:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pasport terbang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga anggota penguat kuasa ditahan reman 6 hari kes ‘pasport terbang’ https://sabahmedia.com/2024/07/18/tiga-anggota-penguat-kuasa-ditahan-reman-6-hari-kes-pasport-terbang/ https://sabahmedia.com/2024/07/18/tiga-anggota-penguat-kuasa-ditahan-reman-6-hari-kes-pasport-terbang/#respond Thu, 18 Jul 2024 04:00:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57685
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman ke atas tiga anggota penguat kuasa disyaki terlibat sindiket pemalsuan pembaharuan pasport dalam Ops Fly baru-baru ini.

Perintah tahanan reman ketiga-tiga suspek selama enam hari bermula 19 Julai hingga 24 Julai 2024 dikeluarkan Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret 2, di sini hari ini.

Ketiga-tiga suspek lelaki, dua daripadanya diwakili peguam manakala seorang tertuduh tidak diwakili peguam.

Salah seorang suspek diwakili Peguam Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan peguam Nur syazwani Razlee, manakala seorang lagi diwakili peguam Elhanan James.

Pendakwaan bagi ketiga-tiga suspek dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/18/tiga-anggota-penguat-kuasa-ditahan-reman-6-hari-kes-pasport-terbang/feed/ 0 57685
SPRM Sabah tumpaskan sindiket ‘pasport terbang’, 3 anggota penguat kuasa ditahan https://sabahmedia.com/2024/07/17/sprm-sabah-tumpaskan-sindiket-pasport-terbang-3-anggota-penguat-kuasa-ditahan/ https://sabahmedia.com/2024/07/17/sprm-sabah-tumpaskan-sindiket-pasport-terbang-3-anggota-penguat-kuasa-ditahan/#respond Wed, 17 Jul 2024 11:35:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57671
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan pembaharuan pasport dalam Ops Fly baru-baru ini.

Risikan yang dijalankan selama sebulan telah berjaya membongkar sindiket ‘pasport terbang’ dengan penahanan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada sindiket itu yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun 2023.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Kesemua suspek yang ditahan dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2023 sehingga kini dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 setiap seorang bagi seorang pemohon.

“Siasatan awal mendapati seramai 100 pemohon yang terlibat dan modus operandi adalah dengan memalsukan tandatangan penerima serta memanipulasi sistem cap jari pemohon di mana peraturan menetapkan pemohon perlu hadir sendiri di agensi untuk mengambil pasport yang telah diluluskan.

“Anggota penguat kuasa yang terlibat kemudian menyerahkan pasport kepada orang tengah tanpa kehadiran pemohon yang masih berada di luar negara,” katanya.

Kata sumber lagi, hasil siasatan menunjukkan penguat kuasa terbabit telah menerima wang rasuah daripada agen secara pindahan wang ke akaun bank milik salah seorang penguat kuasa yang kemudian mengagihkan kepada rakan-rakannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kesemua suspek akan di bawa ke Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah, esok bagi mendapatkan permohonan reman dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan mengenai kes ini akan dibuat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/17/sprm-sabah-tumpaskan-sindiket-pasport-terbang-3-anggota-penguat-kuasa-ditahan/feed/ 0 57671