Pastikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Mar 2023 21:06:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pastikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JANS diminta buat sistem catuan air berjadual, pastikan tangki tidak kosong di Sepanggar – Mustapha https://sabahmedia.com/2023/03/29/jans-diminta-buat-sistem-catuan-air-berjadual-pastikan-tangki-tidak-kosong-di-sepanggar-mustapha/ https://sabahmedia.com/2023/03/29/jans-diminta-buat-sistem-catuan-air-berjadual-pastikan-tangki-tidak-kosong-di-sepanggar-mustapha/#respond Tue, 28 Mar 2023 21:06:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31697
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud mahu pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya satu sistem pemantauan catuan air yang berjadual dilakukan bagi memastikan tangki sedia ada tidak berlaku masalah kekurangan air.

Mustapha berkata, cadangan ini adalah berikutan masalah ketiadaan bekalan air bersih yang semakin kritikal berlaku di kawasan Sepanggar, justeru beliau meminta supaya pihak berwajib melaksanakan catuan air yang betul-betul berjadual.

“Pastikan catuan air itu betul-betul berjadual, jangan tunggu kosong tangki itu baru kita salurkan.

“Sebab yang saya lihat, bila ada yang buat aduan kepada saya dan bila saya salurkan (aduan itu) kepada JANS, tidak lama ada pula air di kawasan tersebut.

“Kalau ada satu sistem pemantauan, bila tahap air di tangki ada di tahap tertentu, ia akan beri amaran kepada JANS, supaya mengisi balik tangki itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Iftar Ramadan Bersama Anak Yatim anjuran Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Selasa.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menggesa pihak JANS supaya mempercepatkan pembinaan loji rawatan air tambahan yang sedang dilakukan di LRA Telibong 2.

Katanya, gesaan itu bertujuan bagi menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan dengan isu ketiadaan bekalan air di kawasan Sapanggar.

“Rakyat perlu memahami punca berlakunya krisis air di kawasan berkenaan berikutan kerana ketidakcukupan sumber air dari loji rawatan air (LRA) Telibong dan LRA Moyog.

“Kedua-dua loji ini terpaksa beroperasi melebihi had yang sepatutnya.

“Jadi apa yang perlu dibuat sekarang ini, saya minta supaya JANS mempercepatkan projek LRA Telibong 2 supaya dapat memenuhi keperluan yang sedia ada.

“Tetapi untuk kita menampung untuk 20 tahun yang akan datang, kita perlukan sebuah empangan yang baru, itu yang kita perlu usahakan,” jelasnya.

Mustapha turut menyokong satu kenyataan Kerajaan Negeri baru-baru ini yang ingin membuat penstrukturan semula Jabatan Air Negeri Sabah.

“Kalau itu boleh membantu, saya menyokong supaya ada pendekatan drastik dibuat dan dapat menyelesaikan masalah air bukan sahaja di Sepanggar tapi di seluruh daerah di negeri Sabah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/29/jans-diminta-buat-sistem-catuan-air-berjadual-pastikan-tangki-tidak-kosong-di-sepanggar-mustapha/feed/ 0 31697
Pastikan usaha tingkatkan pertahanan perairan Sabah, Sarawak direalisasikan – Dr Daud https://sabahmedia.com/2023/03/21/pastikan-usaha-tingkatkan-pertahanan-perairan-sabah-sarawak-direalisasikan-dr-daud/ https://sabahmedia.com/2023/03/21/pastikan-usaha-tingkatkan-pertahanan-perairan-sabah-sarawak-direalisasikan-dr-daud/#respond Tue, 21 Mar 2023 02:51:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31192
Read Time:1 Minute, 50 Second

BONGAWAN: Kerajaan Persekutuan perlu memastikan usaha meningkatkan pertahanan di perairan Sabah dan Sarawak direalisasikan bagi memastikan kedaulatan negara serta keselamatan rakyat di kedua-dua wilayah itu terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr. Daud Yusuf berkata, antara usaha itu adalah dengan merealisasikan pembangunan pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.

Menurutnya, ia penting supaya jaringan keselamatan di perairan Sarawak dan Sabah lebih terkoordinasi terutamanya melibatkan armada laut memandangkan pangkalan TLDM turut wujud di negeri ini.

Pada masa sama katanya, Sarawak juga satu-satunya wilayah yang tidak mempunyai pangkalan TLDM sedangkan Sabah memiliki lima pangkalan manakala Semenanjung juga lima.

“Saya menyokong kehadiran pangkalan TLDM di Bintulu, Sarawak yang telah dirancang sebelum ini dan sewajarnya ia segera direalisasikan supaya jaringan keselamatan di kedua-dua wilayah ini lebih terjamin.

“Ia perlu diberi keutamaan kerana turut melibatkan kepentingan negara di perairan Sabah dan Sarawak di Laut China Selatan seperti sektor perikanan serta cari gali minyak dan gas.

“Kedua-dua wilayah ini saling berkaitan, justeru tiada kompromi jika melibatkan keselamatan rakyat, kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.(20 Mac)

Dilaporkan, kerajaan sebelumnya pada tahun lalu telah mengumumkan pembangunan pangkalan TLDM atau MAWILLA 4 dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi memperkukuhkan keselamatan Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, ia mampu meningkatkan keupayaan dan sokongan operasi TLDM yang ketika ini hanya berharap aset TLDM dari Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah termasuk Armada Barat.

Dr. Daud berkata, keperluan sama juga harus ditingkatkan di Sabah khususnya aset ketenteraan sedia ada yang sudah terlalu lama malah tidak mampu menyaingi ancaman ketenteraan moden.

Katanya, antara yang harus dilakukan kerajaan persekutuan dan Kementerian Pertahanan adalah dengan menggantikan jentera tempur laut dan udara atau ditambah dengan peralatan ketenteraan yang lebih baik.

“Keselamatan negara terutamanya di perairan Laut Cina Selatan harus dipertahankan terutama sekali daripada pencerobohan luar seperti China, dan mana-mana negara yang cuba mengganggu kedaulatan negara kita.

“Tiada guna kita tarik ramai pelabur luar ke Sabah, sekiranya keselamatan dan kepentingan rakyat kita tidak terjamin susulan keupayaan pertahanan kita yang amat terhad terutamanya aset tempur yang ‘usang’.

“Justeru, sewajarnya Kerajaan Negeri memastikan kerajaan persekutuan dan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius perkara ini, jangan sampai ‘sudah terhantuk, baru tengadah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/21/pastikan-usaha-tingkatkan-pertahanan-perairan-sabah-sarawak-direalisasikan-dr-daud/feed/ 0 31192
Jabatan, agensi kerajaan pastikan semua usaha mesti laksanakan terutamanya pengendalian projek kerajaan – Masidi https://sabahmedia.com/2023/02/02/jabatan-agensi-kerajaan-pastikan-semua-usaha-mesti-laksanakan-terutama-pengendalian-projek-kerajaan-masidi/ https://sabahmedia.com/2023/02/02/jabatan-agensi-kerajaan-pastikan-semua-usaha-mesti-laksanakan-terutama-pengendalian-projek-kerajaan-masidi/#respond Thu, 02 Feb 2023 07:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28925
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengingatkan semua jabatan dan agensi kerajaan memastikan semua usaha mesti dilaksanakan terutamanya dalam pengendalian projek kerajaan.

Katanya, ini mesti dilakukan untuk semua projek tanpa mengira nilainya, bagi memastikan setiap Ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat seperti yang diinginkan.

“Saya ingin memastikan bahawa semua penyiasatan diperlukan dan pengesahan sebelum dan selepas pengesahan projek dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur standard.

“Ini untuk memastikan setiap projek yang diluluskan oleh kerajaan benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat Sabah dan tiada celah yang disalahgunakan dan kerajaan tidak menjadi mangsa kepada penipuan,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat K56 Trust Account di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

“Di sini kerajaan akan sentiasa memastikan rakyat Sabah menikmati manfaat pembangunan dan meningkatkan taraf hidup serta mata pencarian mereka, oleh itu kita mesti melakukan yang benar, bukan apa yang popular,” katanya.

Masidi berkata bahawa semua peringkat dan nilai projek harus dilayan dengan tahap yang sama kepada ketekunan dan perhatian tidak kira sama ada ia dijalankan oleh kontraktor atau pemegang konsesi.

Dalam pada itu, Masidi turut mengalu-alukan penambahan anggota kepada pasukannya dengan kehadiran Pembantu Menteri Kewangan baharu, Tan Lee Fatt.

Tan mengangkat sumpah pelantikan jawatan sebagai Pembantu Menteri Kewangan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada minggu lalu.

“Saya mengalu-alukan Tan dan saya yakin pasukan kami semakin kuat dengan kehadirannya bersama Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Majungki dan Setiausaha Politik, Rina Jainal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/02/jabatan-agensi-kerajaan-pastikan-semua-usaha-mesti-laksanakan-terutama-pengendalian-projek-kerajaan-masidi/feed/ 0 28925
Kerajaan Akan Pastikan Sekolah Daif Di Sekitar Sabah Dinaiktaraf https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-akan-pastikan-sekolah-daif-di-sekitar-sabah-dinaiktaraf/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-akan-pastikan-sekolah-daif-di-sekitar-sabah-dinaiktaraf/#respond Sat, 26 Mar 2022 06:40:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13510
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan terus komited untuk melabur dalam bidang pendidikan demi anak-anak Malaysia dengan cara membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sebanyak 113 Sekolah Daif telah diamanahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sabah sebagai Agensi Pelaksana oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kos keseluruhan projek menaik taraf sebanyak RM1.02 bilion.

Katanya, daripada jumlah tersebut, enam projek dalam fasa penyerahan, 58 projek dalam fasa pembinaan, tiga dalam fasa perolehan dan selebihnya berada dalam fasa rekabentuk, perancangan dan pra perancangan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Kementerian Kerja Raya dan Agensi bagi menaiktaraf fasiliti pendidikan di Sabah terutamanya di kawasan Pedalaman,” kata Arthur semasa merasmikan majlis penyerahan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Inandung kepada Guru Besarnya di daerah Keningau, hari ini.

Pembinaan bangunan baharu SK Inandung merangkumi enam unit bilik darjah, bangunan pentadbiran, empat unit rumah guru dan sebuah Makmal Sains dengan kos peruntukan sebanyak RM6.08 juta.

Menurut Arthur, Di Parlimen Pensiangan sebanyak lima buah Sekolah Daif dalam proses pelaksanaan yang mana tiga daripada sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak Pengurusan Sekolah.

Lima buah sekolah tersebut adalah SK Inandung, SK Simbuan, SJKC Cheng Ming, SK Penagatan dan SK Ansip dengan kos perbelanjaan sebanyak RM18.8 juta.

“Projek yang berteraskan kepada keperluan rakyat mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan anak-anak kecil Keluarga Malaysia mendapat infrastruktur dan persekitaran pendidikan yang selesa bagi membolehkan mereka mencapai perkembangan diri yang optimum.

“Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal seumpama guru ketiga yang membimbing pembelajaran dalam bilik darjah,”tambahnya.

Turut hadir di Majlis penyerahan tersebut Jurutera Awam Penguasa Kanan JKR Malaysia, Ir. Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah dan Penolong Pengarah/Projek Bangunan JKR Sabah, Andrew Durat Misum.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-akan-pastikan-sekolah-daif-di-sekitar-sabah-dinaiktaraf/feed/ 0 13510
Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan Perlu Pastikan Projek Pembangunan Dilaksanakan Segera – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/#respond Fri, 04 Mar 2022 09:02:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12703
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Semua ketua jabatan negeri dan persekutuan digesa memastikan semua projek yang mendapat kelulusan bajet untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat cepat mendapat manfaatnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek disebabkan situasi penularan COVID-19 seperti sebelum ini.

Katanya, kelewatan dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan merugikan rakyat dan kerajaan, serta menafikan hak rakyat terhadap manfaat yang sepatutnya mereka diterima, selain akan meningkatkan lagi kos pelaksanaan.

“Semua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek-projek yang berbentuk “touch points”. Semua agensi hendaklah cuba untuk ‘facilitate’ semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknya”, katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bil.1/2022 di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri ll / Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-Tugas Khas,Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu.

Hajiji berkata, aktiviti ekonomi perlu terus bergerak dan program/projek pembangunan perlu dirancakkan, selain sistem pendidikan perlu terus berjalan.

“Justeru kita perlu gandakan pemanduan, gariskan pelan tindakan yang mantap, rencanakan strategi yang ampuh, selusuri carta perbatuan yang munasabah yang memberikan impak yang tinggi bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada rakyat yang memerlukan”, tegasnya.

Katanya, terdapat beberapa penambahbaikan dalam strategi utama dan struktur Arahan No. 1, 2022, Antaranya ialah penubuhan semula Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatankuasa bagi Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) juga dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah.

Beliau menyeru semua Jawatankuasa memainkan peranan dan fungsi sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan mesyuarat mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.

“Sekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka ianya hendaklah dikemukakan ke peringkat seterusnya seperti yang ditetapkan dalam struktur arahan tersebut”, tegasnya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof sebagai ahli baharu MTPNg Sabah, selaras dengan Arahan No. 1 Tahun 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/feed/ 0 12703
GRS Komited Pastikan Pembangunan Sama Rata Semua Masyarakat Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/15/grs-komited-pastikan-pembangunan-sama-rata-semua-masyarakat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/grs-komited-pastikan-pembangunan-sama-rata-semua-masyarakat-di-sabah/#respond Sat, 15 Jan 2022 09:22:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11143
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited memastikan pembangunan sama rata untuk semua masyarakat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai banyak kejayaan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pentadbiran dengan mandat penuh daripada rakyat selepas pilihan raya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat khususnya masyarakat Cina atas sokongan berterusan mereka dengan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membawa kemakmuran kepada Sabah,” katanya semasa pelancaran Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hajiji berkata adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar rakyat terus menyokong dengan menjadi rakan kongsi dalam memajukan untuk merealisasikan agenda pembangunan kerajaan.

“Adalah aspirasi saya sebagai Ketua Menteri untuk melakarkan laluan pembangunan untuk Sabah dan rakyat. Untuk tujuan ini, kami telah melancarkan pelan pembangunan lima tahun hala tuju, Hala Tuju Sabah Maju Jaya tahun lepas,” katanya.

Hajiji mengulangi bahawa Kerajaan Negeri telah memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat terbukti daripada peruntukan yang besar RM164.12 juta di bawah Bajet 2022 Negeri untuk agensi berkaitan badan pendidikan dan agama.

“Selaras dengan semangat Kekeluargaan Malaysia, peruntukan ini adalah untuk manfaat semua agama dan kaum di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan terbesar yang pernah diluluskan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM47 juta untuk badan agama bukan Islam dan sekolah vernakular serta mubaligh tahun ini juga mencerminkan keikhlasan Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan semua rakyat di Sabah.

Sehubungan dengan Tahun Baru Cina tahun ini, beliau percaya seluruh rakyat Malaysia tidak sabar untuk menyambut Tahun Harimau, yang terkenal dengan kekuatannya, kehebatan dan keberanian, terutamanya selepas melalui cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya daripada pandemik COVID-19.

“Melihat ke hadapan, saya pasti jangkaan untuk keadaan menjadi lebih baik adalah lebih tinggi tahun ini,” katanya.

Hajiji juga memuji USCCAKK atas komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menganjurkan Festival semasa pra-COVID-19 tahun sebelum ini.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Adun Dilantik Datuk Yong Teck Lee, Presiden USCCAKK Datuk Susan Wong, Pengerusi Penganjur Datuk Chua Soon Ping, Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) Tan Sri Andrew Liew, Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (FCAS) Tan Sri T C Goh dan pemimpin masyarakat Cina.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/grs-komited-pastikan-pembangunan-sama-rata-semua-masyarakat-di-sabah/feed/ 0 11143
Kerajaan Akan Pastikan Penjaja & Peniaga Kecil Terus Berkembang Maju https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/#respond Tue, 28 Dec 2021 10:57:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10404
Read Time:1 Minute, 29 Second

TAMBUNAN: Kerajaan akan memastikan penjaja dan peniaga kecil di negeri ini terus berkembang maju seperti sebelum wabak COVID-19 melanda.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau menyedari bahawa sejak dua tahun lalu sukar bagi perniagaan kecil malah ramai yang terpaksa menutup kedai kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan dilaksanakan ketika kerajaan memerangi penularan virus itu.

“Sekarang sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka semula, kita semua boleh bernafas lega.

“Justeru, acara hari ini adalah bertujuan untuk memulakan aktiviti komersial di daerah ini dan membantu perniagaan tempatan kita dengan cara yang terbaik,” katanya pada perasmian acara Tamu Besar Tambunan, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, acara itu adalah inisiatif kerajaan untuk menguji keadaan dan perlahan-lahan memudahkan orang ramai kembali menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) masih berkuat kuasa.

“Kita mahu memulihkan ekonomi domestik kita dengan pesat tetapi harus ingat bahawa wabak itu belum berakhir dan kesihatan awam mesti kekal sebagai keutamaan kita pada setiap masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, pejabatnya berdedikasi untuk menjadikan Tambunan sebagai hab penting untuk pertanian dan pelancongan di Sabah. Ini kerana daerah ini dikurniakan tanah yang subur dan sumber asli yang unik yang tidak terdapat di daerah lain.

Dalam pada masa yang sama, Jeffrey turut menyatakan mengenai peningkatan dalam jumlah ternakan yang berkeliaran di jalan awam selain dalam beberapa kes mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa serta harta benda.

“Susulan dengan perkara itu, saya menyokong penuh keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangkap kesemua ternakan yang ditinggalkan pemiliknya di jalan raya sebagai pengajaran untuk menjaga harta benda mereka dengan lebih baik,” tegasnya.

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan Tambunan bersih ketika daerah itu bersiap sedia untuk menyambut kedatangan semula pelancong pada tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/feed/ 0 10404
Maximus Gigih Pastikan Tuntutan Sabah & Sarawak Didengar https://sabahmedia.com/2021/12/17/maximus-gigih-pastikan-tuntutan-sabah-sarawak-didengar/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/maximus-gigih-pastikan-tuntutan-sabah-sarawak-didengar/#respond Fri, 17 Dec 2021 08:38:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10006
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 di Dewan Rakyat Selasa lepas adalah hasil usaha tanpa henti Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mendapatkan hak mutlak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

Ketua Pemuda PBS Christoper Mandut (gambar) turut menyifatkan sifat Maximus yang sentiasa “menyelesaikan apa yang dimulakannya” sebagai pemacu utama memastikan tuntutan dan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipulihkan dan dihormati.

“Beliau adalah seorang yang sangat gigih, dan selepas hampir dua tahun mengetuai portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri, beliau mengendalikan isu-isu berkaitan MA63, sama ada secara langsung ataupun tidak.

“Berbekalkan pengalaman luas sebagai menteri persekutuan, serta kerjasama dan hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Kabinet (persekutuan), beliau menyuarakan pandangan dan isu-isu yang amat dekat dihati kita di Sabah dan Sarawak, termasuklah kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri,” kata Christoper.

Christoper juga mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas usaha beliau dalam memastikan rang undang-undang diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat pada Selasa.

“Saya percaya ini adalah permulaan kepada banyak perkara baik yang akan datang. Kelulusan rang undang-undang ini sememangnya merupakan satu pengiktirafan terhadap hak dan tuntutan khas Sabah dan Sarawak apabila ia membentuk Malaysia bersama Malaya 58 tahun lalu,” tambahnya.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan menyaksikan MA63 diletakkan pada kedudukan yang sama dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan 1957 kerana ia memperincikan peringkat pembentukan dan hala tuju Malaysia daripada Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan arahan Persekutuan Tanah Melayu. Malaya 1957 apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai pada tahun 1957.

Menurut Wan Junaidi, pindaan itu bermakna meletakkan MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi Malaysia sebenar dalam konteks tiga perjanjian – Perjanjian Persekutuan 1948, Perjanjian Persekutuan 1957, dan MA63, sekaligus memberikan maruah kepada Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/maximus-gigih-pastikan-tuntutan-sabah-sarawak-didengar/feed/ 0 10006
Sabah Akan Pastikan Kejayaan Pelan Pemulihan Ekonomi BIMP-EAGA https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/#respond Thu, 28 Oct 2021 07:10:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8005
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Ke-14, Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia- Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara negara yang menyertai bagi melonjakkan ekonomi selepas pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah akan melakukan tanggungjawabnya bagi memastikan kejayaan rancangan pemulihan antaranya pembangunan Koridor Ekonomi BIMP-EAGA.

Katanya, antara perkara yang telah dipersetujui dalam Kenyataan Bersama itu ialah inisiatif Kuarantin Satu Borneo untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.

Sabah telah mengenalpasti tiga titik sempadan iaitu Bantul, Sebatik dan Serudung di bawah fasa kedua inisiatif itu manakala fasa perintis adalah di sempadan Entikong, Indonesia – Tebedu, Sarawak dan Sungai Tujuh, Brunei – Sungai Tujuh, Miri.

Hajiji adalah pemerhati pada Sidang Kemuncak ke-14 BIMP-EAGA yang diadakan secara maya pada Khamis yang dipengerusikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berucap pada Sidang Kemuncak itu.

Manakala Setiausaha Agung Asean, Dato Lim Jock Hoi dan Presiden Bank Pembangunan Asia Masatsugu Asakawa juga turut berucap pada Sidang Kemuncak itu.

“Kami bersetuju dan menyokong pandangan Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bahawa BIMP-Eaga akan menjadi platform yang berguna dalam kebangkitan ekonomi. Ia juga merupakan petanda baik dengan objektif yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025),” kata Hajiji.

Bersama Ketua Menteri ialah Duta Khas Sabah ke BIMP-EAGA, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Sulai.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/feed/ 0 8005
Semua Pemimpin Masyarakat Diseru Bantu Pastikan Penduduk Patuh SOP https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/#respond Fri, 22 Oct 2021 11:27:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7805
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Semua pemimpin masyarakat diperingkat akar umbi diseru untuk turut membantu memastikan penduduk setempat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia penting bagi memastikan penduduk setempat berada dalam keadaan sihat selain berupaya mengurangkan jumlah jangkitan harian.

“Saya menyeru kepada semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua Kampung dan pemimpin-pemimpin akar umbi lain membantu Kerajaan memastikan semua penduduk mematuhi SOP di kampung masing-masing.

“Pada hari ini tidak banyak perubahan situasi jangkitan COVID-19 di Sabah berbanding semalam. Jumlah kes hari ini ialah 641, penurunan kecil 10 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, lebih membimbangkan ialah kes2 sporadik yang semakin meningkat. Hari ini 41.3% daripada jumlah kes adalah kes-kes yang berlaku secara sporadik, pembawa virus tidak diketahui dan tempat jangkitan juga tidak dapat dipastikan.

“Lazimnya kes-kes sporadik berlaku di tempat awam atau khalayak ramai dan kelalalaian mengutamakan pematuhan SOP,” jelasnya.

Masidi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa vaksin tidak memberi perlindungan 100% daripada jangkitan. Malah tidak ada vaksin untuk apapun penyakit yang memberi jaminan imuniti 100%.

“Ini dapat diperhatikan semakin ramai mereka yang telah memperolehi vaksin lengkap dijangkiti virus Covid. Cuma hampir keseluruhan mereka ini hanya mengalami gejala ringan ataupun tidak mengalami sebarang simptom.

“Kesimpulannya ramai diantara mereka ini mungkin sudah lalai mematuhi SOP kerana berandaian vaksin memberi perlindungan 100% daripada jangkitan. Sebagai ingatan mereka yang sudah memperolehi vaksin tidak terkecuali daripada mematuhi semua SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan,”ujarnya.

Dalam pada itu, Daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes yang paling tinggi hari ini dengan 70 kes, peningkatan 23 kes berbanding semalam. Tetapi adalah juga diperhatikan bahawa 63 daripada 70 kes di Kota Kinabalu adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

Manakala di Tenom cuma satu kes berlaku sepanjang 24 jam yang lalu, sementara 33 kes lagi adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih. 26 daripada 51 kes di Lahad Datu juga merupakan kes lewat daftar. Secara keseluruhan 274 (42.7%) daripada 641 kes hari ini adalah kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih lama.

Namun, kes-kes melalui saringan kontak rapat masih menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dan hari ini 312 kes atau 48.7%. Tetapi seperti yang dinyatakan lebih awal, kes-kes melalui saringan bergejala (sporadik) semakin bertambah, dan hari ini 265 kes atau 41.3%. Ini satu isyarat kepada masyarakat agar melipatgandakan usaha menjaga kesihatan diri serta mematuhi semua SOP. Setiap daripada kita sudah menjadi ‘frontliners’.

Walau bagaimanapun, daripada 641 kes yang dilaporkan hari ini, 62 orang adalah dalam Kategori 1, 557 orang atau 86.9% dalam Kategori 2, empat orang dalam Kategori 3, satu orang dalam Kategori 4 dan tiga orang dalam Kategori 5. 14 kes lagi masih dalam siasatan dan penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/feed/ 0 7805