Pasukan Petugas Khas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Mar 2025 08:33:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pasukan Petugas Khas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tangisan syukur, anggota keselamatan Pasukan Petugas Khas bebas dari sabitan rogol https://sabahmedia.com/2025/03/11/tangisan-syukur-anggota-keselamatan-pasukan-petugas-khas-bebas-dari-sabitan-rogol/ https://sabahmedia.com/2025/03/11/tangisan-syukur-anggota-keselamatan-pasukan-petugas-khas-bebas-dari-sabitan-rogol/#respond Tue, 11 Mar 2025 08:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70192
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Selepas bertahun berjuang, seorang anggota keselamatan Pasukan Petugas Khas (STF) Persekutuan akhirnya berjaya membersihkan namanya apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggugurkan sabitan kes rogol terhadapnya.

Abd Kahar Liman tidak dapat menahan sebak sebaik mendengar keputusan sebulat suara yang disampaikan oleh panel tiga hakim, terdiri daripada Dato’ Lee Swee Seng, Dato’ Lim Chong Fong, dan Dato’ Dr Alwi Abdul Wahab.

Mahkamah membenarkan rayuan Abd Kahar terhadap sabitan dan hukuman, sekali gus membebaskan dan melepaskannya daripada sabitan dan hukuman terhadap pertuduhan rogol melibatkan seorang remaja Filipina.

Terdahulu, Abd Kahar didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Februari 2021 atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 16 tahun di Pusat Tahanan Sementara Kimanis, Papar, sekitar tengah malam pada Mei 2018.

Abd Kahar dijatuhi hukuman penjara 18 tahun serta satu sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan Abd Kahar membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada mangsa, atau berdepan hukuman tambahan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar pampasan tersebut. Selain itu, dia juga diperintahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Abd Kahar bagaimanapun diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya selesai.

Abd Kahar mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi, namun hakim mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan. Tidak berputus asa, Abd Kahar meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi.

Peguam Luke Ressa Balang mewakili perayu, manakala Timbalan Pendakwa Raya Sarulatha A/P Paramavathar bertindak sebagai responden dalam kes ini.

Difahamkan, Abd Kahar telah digantung kerja sejak dia didakwa berhubung kes ini.

Kes ini pertama kali dibawa ke mahkamah pada 20 Mac 2019 di Mahkamah Sesyen Papar dan pada ketika itu, tertuduh yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan telah dibenarkan ikat jamin RM10,000 dengan RM5,000 didepositkan, bersama dua penjamin tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/11/tangisan-syukur-anggota-keselamatan-pasukan-petugas-khas-bebas-dari-sabitan-rogol/feed/ 0 70192
Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan & Pasukan Petugas Khas untuk penduduk Sabah tanpa dokumen https://sabahmedia.com/2024/09/04/sabah-tubuh-jawatankuasa-khas-kewarganegaraan-pasukan-petugas-khas-untuk-penduduk-sabah-tanpa-dokumen/ https://sabahmedia.com/2024/09/04/sabah-tubuh-jawatankuasa-khas-kewarganegaraan-pasukan-petugas-khas-untuk-penduduk-sabah-tanpa-dokumen/#respond Wed, 04 Sep 2024 11:30:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60188
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Sabah dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet Negeri dalam mesyuaratnya hari ini memperakui penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tunggakan berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.

Mengumumkannya pada mesyuarat pasca kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini, Hajiji berkata JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah umur 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan -Peruntukan Am Pendaftaran.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini adalah disebabkan kes yang berleluasa kanak-kanak kelahiran Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, ini disebabkan kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.

JKKSK akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, Kementerian Dalam Negeri akan dipengerusikan bersama- sekretariat.

Hajiji berkata sehubungan itu, semua permohonan akan disaring dan diperakukan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

Bagi Pasukan Petugas Khas untuk menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, Ketua Menteri berkata ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah.

Pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah berterusan penduduk tanpa izin di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/04/sabah-tubuh-jawatankuasa-khas-kewarganegaraan-pasukan-petugas-khas-untuk-penduduk-sabah-tanpa-dokumen/feed/ 0 60188