pati – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Jul 2026 05:51:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pati – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 260 PATI warga Filipina dihantar pulang https://sabahmedia.com/2026/07/16/260-pati-warga-filipina-dihantar-pulang/ https://sabahmedia.com/2026/07/16/260-pati-warga-filipina-dihantar-pulang/#respond Thu, 16 Jul 2026 05:51:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99955
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Seramai 260 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Asing yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pemindahan itu melibatkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan yang dibawa melalui Pelabuhan Lahad Datu sebelum berlepas ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan perkhidmatan feri komersial.

Menurut kenyataan itu, daripada keseluruhan tahanan yang dipindahkan, seramai 167 adalah lelaki dewasa, 40 perempuan dewasa, 30 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan berusia antara lima hari hingga 68 tahun.

“Semua kanak-kanak yang menyertai program berkenaan diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi memastikan proses penghantaran pulang berjalan lancar dan teratur.

“Pemindahan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM dalam mengurangkan jumlah tahanan asing di depot imigresen serta memastikan warga asing yang telah selesai menjalani hukuman dihantar pulang mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang,” menurut kenyataan itu di sini.

JIM Sabah menjelaskan bahawa semua tahanan yang dipindahkan telah menamatkan hukuman yang dikenakan dan memiliki Dokumen Perjalanan yang sah, sekali gus memenuhi syarat untuk dihantar pulang ke negara asal.

Sebelum ini, pada 14 Julai lalu, lima tahanan warga China dari Depot Imigresen Papar turut dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan penerbangan terus ke Guangzhou.

Pada 10 Julai lalu pula, lima tahanan warga Pakistan dari Depot Imigresen Tawau dihantar pulang ke Lahore melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Tawau dengan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta diiringi pegawai imigresen.

Sehingga kini, JIM Sabah telah memindahkan seramai 4,275 tahanan PATI ke negara asal masing-masing, terdiri daripada 2,838 warga Filipina, 1,207 warga Indonesia, 105 warga Pakistan dan 89 warga China.

JIM Sabah itu turut menyeru masyarakat supaya tidak melindungi, menggaji atau bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin kerana tindakan sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang imigresen.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehadiran atau aktiviti PATI diminta menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi JIM bagi membantu memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/16/260-pati-warga-filipina-dihantar-pulang/feed/ 0 99955
19 PATI ditahan dalam operasi di Sipitang https://sabahmedia.com/2026/04/25/19-pati-ditahan-dalam-operasi-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/19-pati-ditahan-dalam-operasi-di-sipitang/#respond Fri, 24 Apr 2026 23:47:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95478
Read Time:59 Second

SIPITANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan tanggungjawab Pejabat Imigresen Daerah Sipitang.

Dalam operasi yang dilaksanakan di empat (4) premis, seramai 19 individu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Operasi yang dilaksanakan pada 23 April 2026 itu melibatkan lapan pegawai penguat kuasa daripada Pejabat Imigresen Sipitang dengan sokongan JIM Sabah.

“Hasil pemeriksaan ke atas 41 individu, 19 orang PATI berjaya ditahan, melibatkan warganegara Indonesia dan Filipina, yang dipercayai berada dan bekerja tanpa dokumen sah di kawasan terbabit.

“Kesemua individu yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau pas yang sah, dan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” menurut JIM Sabah dalam satu kenyataan.

JIM Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pada masa sama, orang awam diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin bagi membantu operasi penguatkuasaan.

“Tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya yang melibatkan isu keselamatan,” tambah kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/19-pati-ditahan-dalam-operasi-di-sipitang/feed/ 0 95478
94 PATI Indonesia dihantar pulang melalui Tawau https://sabahmedia.com/2025/11/07/94-pati-indonesia-dihantar-pulang-melalui-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/94-pati-indonesia-dihantar-pulang-melalui-tawau/#respond Fri, 07 Nov 2025 07:42:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85176
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Seramai 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal Feri Tawau, semalam, menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

Semua tahanan berkenaan dipindahkan dari Depot Imigresen Papar ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia menggunakan kapal Labuan Express dalam operasi terkawal hasil kerjasama pelbagai agensi keselamatan.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata kumpulan itu terdiri daripada 53 lelaki dewasa, 23 wanita, 11 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 57 tahun.

“Kanak-kanak terbabit turut diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi memastikan keselamatan serta kelancaran proses penghantaran semula,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

“Setakat ini seramai 1,847 warga Indonesia sudah dihantar pulang sepanjang tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan 9,059 tahanan asing dipindahkan dari Sabah ke negara asal masing-masing,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua tahanan sudah menjalani hukuman mengikut undang-undang dan memiliki Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang sah sebelum dibenarkan pulang.

“Kekerapan program pemindahan tahanan bergantung kepada tempoh masa pengeluaran SPLP oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Sabah,” katanya.

Dalam masa sama, Sitti Saleha turut mengingatkan majikan di negeri ini supaya menyertai program pendataan digital warga asing yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri bagi merekod keberadaan pekerja asing, terutama dalam sektor perladangan.

“Inisiatif ini penting bagi mengekang masalah dokumentasi bercelaru serta lambakan PATI di Sabah.

“Majikan yang melindungi atau menggaji pekerja tanpa dokumen sah boleh dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi termasuk denda hingga RM50,000, penjara atau sebatan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/94-pati-indonesia-dihantar-pulang-melalui-tawau/feed/ 0 85176
255 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal https://sabahmedia.com/2025/10/17/255-pati-indonesia-dihantar-pulang-ke-negara-asal/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/255-pati-indonesia-dihantar-pulang-ke-negara-asal/#respond Fri, 17 Oct 2025 10:21:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83531
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seramai 255 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia, hasil pelaksanaan berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, program pemindahan itu melibatkan 223 lelaki, 27 wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berusia antara 9 hingga 72 tahun, yang dihantar menaiki feri khas pagi tadi.

Beliau menjelaskan, semua tahanan tersebut disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk kesalahan masuk tanpa pas atau permit sah serta tinggal lebih masa di negara ini.

“Setakat tahun ini sahaja, 1,751 tahanan PATI Indonesia telah dihantar pulang, menjadikan 8,328 warga asing keseluruhannya berjaya dipindahkan ke negara asal masing-masing melalui pelbagai operasi dan program penghantaran balik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SH Sitti Saleha menegaskan bahawa JIM Sabah tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan pas atau menggaji warga asing tanpa dokumen sah, sambil menyeru semua majikan supaya mematuhi saluran sah pengambilan pekerja asing.

“JIM Sabah akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kehadiran dan kegiatan PATI di negeri ini,” tegasnya.

Langkah penghantaran balik ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh kawalan sempadan dan memastikan kedaulatan undang-undang imigresen di Sabah terus terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/255-pati-indonesia-dihantar-pulang-ke-negara-asal/feed/ 0 83531
25 PATI ditahan di perairan Pulau Boheian https://sabahmedia.com/2025/05/27/25-pati-ditahan-di-perairan-pulau-boheian/ https://sabahmedia.com/2025/05/27/25-pati-ditahan-di-perairan-pulau-boheian/#respond Tue, 27 May 2025 09:50:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74618
Read Time:58 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

SEMPORNA: Cubaan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina untuk menyusup masuk ke negara ini berjaya digagalkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu operasi malam tadi di perairan Pulau Boheian, di sini.

Dua bot yang membawa 10 dan 15 penumpang berusia antara tiga hingga 75 tahun dikesan sedang bergerak dari arah negara jiran sebelum dipintas oleh PPM Semporna menerusi Operasi Taring Gelora.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua penumpang termasuk juragan kedua-dua bot adalah warga Filipina yang memasuki perairan negara secara haram.

“Mereka mengaku telah membayar sejumlah wang kepada pihak tertentu untuk perjalanan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Siasatan juga menemukan sejumlah mata wang asing di dalam bot terbabit, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM65,237.

Nazri turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia dan pencerobohan sempadan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/27/25-pati-ditahan-di-perairan-pulau-boheian/feed/ 0 74618
623 PATI warganegara Filipina dihantar pulang melalui Pelabuhan Sandakan https://sabahmedia.com/2025/04/25/623-pati-warganegara-filipina-dihantar-pulang-melalui-pelabuhan-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/04/25/623-pati-warganegara-filipina-dihantar-pulang-melalui-pelabuhan-sandakan/#respond Fri, 25 Apr 2025 03:14:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72642
Read Time:1 Minute, 34 Second

SANDAKAN: Seramai 623 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina telah berjaya dipindahkan ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina dalam satu operasi bersepadu yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah, semalam (24 April).

Pemindahan ini melibatkan tahanan daripada Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan, merangkumi golongan dewasa serta kanak-kanak berusia antara 11 bulan hingga 79 tahun.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, operasi pemindahan tersebut mendapat kerjasama penuh daripada Kedutaan Republik Filipina yang membantu dalam pengeluaran dokumen perjalanan kepada semua PATI terbabit.

“Daripada jumlah keseluruhan yang dipindahkan, seramai 483 merupakan lelaki dewasa, 80 perempuan dewasa, 35 kanak-kanak lelaki dan 25 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Setakat ini, sebanyak 3,993 orang warganegara Filipina telah dipulangkan ke negara asal melalui pintu masuk di Sabah, menjadikan keseluruhan 4,834 orang warga asing yang terlibat dalam program pemindahan tahanan setakat tahun ini.

Kesemua PATI terbabit dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk masuk tanpa dokumen yang sah dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Mereka telah menjalani hukuman penjara sebelum dipindahkan pulang setelah melengkapkan dokumen perjalanan.

Tambah Sitti Saleha, kesemua PATI ini juga akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia berdasarkan kesalahan yang dilakukan.

Jabatan Imigresen Negeri Sabah menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana warga asing yang menyalahgunakan pas atau kemudahan imigresen. Tindakan undang-undang turut akan diambil terhadap majikan atau pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen serta terhadap individu yang melanggar syarat pas atau permit.

“Jabatan juga menasihatkan para majikan dan masyarakat agar hanya mengambil pekerja asing melalui saluran yang sah dan berlandaskan undang-undang,” tegasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/25/623-pati-warganegara-filipina-dihantar-pulang-melalui-pelabuhan-sandakan/feed/ 0 72642
670 PATI warganegara Filipina dipulangkan melalui Pelabuhan Sandakan https://sabahmedia.com/2025/04/11/670-pati-warganegara-filipina-dipulangkan-melalui-pelabuhan-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/04/11/670-pati-warganegara-filipina-dipulangkan-melalui-pelabuhan-sandakan/#respond Fri, 11 Apr 2025 02:40:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71756
Read Time:1 Minute, 31 Second

SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) berjaya melaksanakan pemulangan seramai 670 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina pada Jumaat (11 April).

Pemindahan tersebut melibatkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Depot Imigresen Sandakan yang terdiri daripada 536 lelaki dewasa, 89 perempuan dewasa, 21 kanak-kanak lelaki dan 24 kanak-kanak perempuan berumur antara satu hingga 79 tahun.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, program ini dilaksanakan hasil kerjasama erat dengan Kedutaan Republik Filipina yang telah mengeluarkan dokumen perjalanan untuk semua tahanan.

“Kesemua PATI ini dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit sah, selain tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

” Kesemua tahanan PATI ini akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang telah dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka telah menjalani hukuman penjara dan dihantar pulang selepas melengkapkan semua dokumen perjalanan yang diperlukan.

Menurutnya, setakat ini seramai 3,370 warganegara Filipina telah berjaya dihantar pulang melalui pintu masuk negeri Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan pendatang asing yang telah dipindahkan dalam program ini seramai 4,198 orang.

Dalam pada itu, Sitti Saleha menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kemudahan pas dan dokumen imigresen.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap majikan serta pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen sah, termasuk individu yang melanggar syarat pas atau permit,” katanya.

Jabatan Imigresen turut menasihatkan majikan dan masyarakat supaya hanya mengambil pekerja asing melalui saluran yang sah dan mengikut lunas undang-undang.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran PATI di negara ini,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/11/670-pati-warganegara-filipina-dipulangkan-melalui-pelabuhan-sandakan/feed/ 0 71756
30 PATI dihukum, ada yang tinggal lebih 14 tahun https://sabahmedia.com/2025/02/10/30-pati-dihukum-ada-yang-tinggal-lebih-14-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/02/10/30-pati-dihukum-ada-yang-tinggal-lebih-14-tahun/#respond Mon, 10 Feb 2025 08:52:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68394
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh J.EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: “Saya mahu denda saja, tiada penjara,” kata seorang warganegara Pakistan yang mengaku bersalah atas kesalahan memasuki Sabah tanpa pas yang sah dan menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara.

Zawar Ali, 21, ditahan pada 14 Januari di sebuah kedai runcit di Kg. Sonduou, Kepayan, setelah didapati memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Atas kesalahan ini, Zawar dikenakan denda RM3,000 atau hukuman penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Zawar juga didenda sebanyak RM500 atau tuga bulan penjara, jika gagal membayar denda, kerana melanggar syarat Pas Lawatan Kerja Sementara yang dikeluarkan kepadanya, di mana tertuduh hanya dibenarkan berada di Semenanjung Malaysia sahaja.

Difahamkan, tertuduh telah membayar denda. Bagaimanapun, tertuduh tetap dirujuk ke Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran.

Zawar adalah antara 30 orang pendatang asing tanpa izin yang mengaku bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain atas pelbagai kesalahan imigresen.

Sementara itu, tiga warganegara Indonesia dihukum penjara selama 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negeri ini.

Fitri Yani Abdul Rejab, Sri Hartati Sanjung dan Andi Sago ditahan pada 28 Januari di Keningau selepas didapati tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara mereka telah tamat antara tahun 2010 dan 2012.

Mereka tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan selama 12 hingga 14 tahun.

Seorang lagi individu dihukum penjara selama 10 bulan atas kesalahan memasuki negeri ini tanpa pas yang sah dan kembali semula selepas diusir, juga tanpa pas yang sah.

James Sampang @ Nasir Sampang ditahan pada 25 Januari di tapak pembinaan Toyota Service Centre dalam daerah Beaufort.

Manakala, seramai 25 orang dihukum penjara selama empat bulan atas kesalahan memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Kesemua tertuduh ditahan antara 25 dan 28 Januari di pelbagai lokasi seluruh Sabah, termasuk rumah kongsi pekerja di tapak pembinaan Jalan Raya Pan Borneo di Beaufort.

Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman masing-masing.

Pegawai Pendakwa Aizah Minin mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/10/30-pati-dihukum-ada-yang-tinggal-lebih-14-tahun/feed/ 0 68394
Tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa, 8 PATI dipenjara https://sabahmedia.com/2025/02/06/tiada-dokumen-sah-dan-tinggal-lebih-masa-8-pati-dipenjara/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/tiada-dokumen-sah-dan-tinggal-lebih-masa-8-pati-dipenjara/#respond Thu, 06 Feb 2025 08:21:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68096
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Dua warganegara Indonesia dan enam warganegara Filipina dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas kesalahan atas kesalahan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan serta memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Vinsensius Veri, 47, dipenjara 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negeri ini selama lebih setahun.

Pemegang pasport Indonesia itu ditahan di Kampung Sinulihan, Inanam, pada 24 Januari selepas Pas Lawatan Sosialnya didapati hanya sah sehingga 10 November 2023.

Seorang lagi pemegang passport Indonesia Simon Petrus, 40, dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa di negeri ini selama lebih satu bulan. Simon turut ditahan pada masa dan tempat yang sama setelah Pas Khas yang dikeluarkan kepadanya didapati hanya sah sehingga 23 Disember 2024.

Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia adalah satu kesalahan dibawah 15 (1)(1) Akta Immigration dan boleh dihukum dibawah seksyen 15(4) Akta yang sama. Seksyen ini memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala kesemua warga Filipina dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Rickhy Abdullah Dominikus, Joni, Agustinus Prabu, Santo, Herman Darius, dan Batti Ambo, ditahan antara 13 Januari dan 24 Januari di Taman Sindo, Penampang dan Kg. Sinulihan, Inanam.

Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Immigresen dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Gresssia Yolanda Ismail Uvaraj mengendalikan pendakwaan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/tiada-dokumen-sah-dan-tinggal-lebih-masa-8-pati-dipenjara/feed/ 0 68096
JIM Sabah tahan 24 PATI dalam Operasi Penguatkuasaan di rumah setinggan Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/#respond Wed, 27 Nov 2024 04:44:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64492
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c) dalam satu Operasi Penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah.

Operasi Penguatkuasaan dijalankan pada Selasa (26 Nov) bertempat di kawasan rumah setinggan daerah Lahad Datu bermula pada tengah malam dan berakhir pada jam 4:00 pagi tadi. (27 Nov)

Operasi ini dijayakan dengan kekuatan seramai 63 orang pegawai daripada Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu, Pejabat Imigresen Lahad Datu, Pejabat Imigresen Tawau dan Pejabat Imigresen Sandakan.

Turut serta dalam operasi ini ialah Jafri Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) bersama Basri Othman, Pengarah Bahagian Operasi daripada Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan daripada aduan awam berhubung warga asing yang dipercayai tiada dokumen pengenalan diri.

“Seramai 53 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 24 orang PATI telah ditahan yang dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sitti Saleha, PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Filipina iaitu seramai 16 orang lelaki dewasa, empat orang perempuan dewasa, dua orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Manakala warganegara Indonesia seramai seorang lelaki dewasa.

“Kesemua yang ditahan berumur di antara 5 bulan hingga 55 tahun terdiri daripada 19 orang lelaki dan lima perempuan.

“Tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tawau untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, kesukaran akses ke kawasan setinggan dengan keadaan struktur rumah yang tidak teratur serta berlumpur menyukarkan anggota penguatkuasa dalam menjalankan operasi.

“Selain itu, kawasan rumah setinggan tersebut yang berbukit-bukau juga memberi kesukaran kepada kenderaan penguatkuasa untuk memasuki kawasan tersebut.

“Namun operasi telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang- undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/feed/ 0 64492