patuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Dec 2021 12:42:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png patuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Tidak Patuh SOP, Kontak Rapat Sumbang Kes Harian Meningkat https://sabahmedia.com/2021/12/01/covid-19-tidak-patuh-sop-kontak-rapat-sumbang-kes-harian-meningkat/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/covid-19-tidak-patuh-sop-kontak-rapat-sumbang-kes-harian-meningkat/#respond Wed, 01 Dec 2021 12:42:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9153
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kes harian terus meningkat sebanyak 467 kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini di seluruh Sabah, 66 kes lebih tinggi daripada semalam.

Daripada jumlah kes hari ini, 257 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Saringan Kontak Rapat masih lagi menjadi penyumbang utama kes meningkat, ia menandakan terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Menurut Masidi, terdapat lima daerah yang merekodkan peningkatan kes iaitu Kota Kinabalu (+30) kes, Tuaran (+5) kes, Penampang (+5)kes, Beaufort (+15) kes dan Papar (+11) kes.

Manakala tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran dan Lahad Datu.

Sementara bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 464 termasuk yang discaj dari hospital/ Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 223,313 orang. Manakala 1,447 pesakit sedang menerima rawatan.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi seluruh negara setakat 30 Disember 2021 ialah 0.95 dan bagi Negeri Sabah, 0.96,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/covid-19-tidak-patuh-sop-kontak-rapat-sumbang-kes-harian-meningkat/feed/ 0 9153
Tidak Patuh SOP & Sikap Sambil Lewa, Penyumbang Kepada Kes Sporadik Tinggi https://sabahmedia.com/2021/10/24/tidak-patuh-sop-sikap-sambil-lewa-penyumbang-kepada-kes-sporadik-tinggi/ https://sabahmedia.com/2021/10/24/tidak-patuh-sop-sikap-sambil-lewa-penyumbang-kepada-kes-sporadik-tinggi/#respond Sun, 24 Oct 2021 12:56:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7885
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU : Kebenaran kelonggaran pelbagai sekatan serta tahap pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dikalangan masyarakat yang semakin menurun berkemungkinan menjadi antara penyumbang kepada kes-kes jangkitan bergejala atau sporadik yang tinggi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keghairahan untuk kembali kepada gaya hidup sebelum pandemik membawa kepada sikap sambil lewa masyarakat.

Katanya, ia termasuklah kelalaian mematuhi semua SOP semasa bersosial, di tempat kerja dan di khalayak ramai.

“Jumlah kes yang dicatatkan hari ini ialah 502, penurunan 90 kes berbanding angka semalam iaitu sebanyak 592. Selain empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di daerah Tenom dan masing-masing satu kes di Sandakan dan Keningau.

“Daripada 502 kes yang dicatat hari ini menunjukkan 223 kes adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui. Ini bermakna hanya 279 atau 55.6% kes berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Manakala kes-kes baharu yang diperolehi melalui saringan bergejala masih tinggi iaitu sebanyak 179 kes atau 35.7% daripada jumlah kes yang direkodkan,” katanya.

Dalam pada itu, turut dinyatakan sebanyak 17 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes, namun lapan daerah merekodkan pertambahan kes sementara kes di dua daerah tidak berubah sebagaimana semalam.

“Kes-kes di Ranau dan Keningau pula naik dua kali ganda jumlah semalam, daripada 28 kes ke 56 kes di Ranau dan 24 kes ke 49 kes di Keningau.

“Ranau juga satu-satunya daerah di Sabah yang mencatatkan jumlah kes melepasi angka 50 kes,” ujar Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/24/tidak-patuh-sop-sikap-sambil-lewa-penyumbang-kepada-kes-sporadik-tinggi/feed/ 0 7885
Semua Pemimpin Masyarakat Diseru Bantu Pastikan Penduduk Patuh SOP https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/#respond Fri, 22 Oct 2021 11:27:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7805
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Semua pemimpin masyarakat diperingkat akar umbi diseru untuk turut membantu memastikan penduduk setempat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia penting bagi memastikan penduduk setempat berada dalam keadaan sihat selain berupaya mengurangkan jumlah jangkitan harian.

“Saya menyeru kepada semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua Kampung dan pemimpin-pemimpin akar umbi lain membantu Kerajaan memastikan semua penduduk mematuhi SOP di kampung masing-masing.

“Pada hari ini tidak banyak perubahan situasi jangkitan COVID-19 di Sabah berbanding semalam. Jumlah kes hari ini ialah 641, penurunan kecil 10 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, lebih membimbangkan ialah kes2 sporadik yang semakin meningkat. Hari ini 41.3% daripada jumlah kes adalah kes-kes yang berlaku secara sporadik, pembawa virus tidak diketahui dan tempat jangkitan juga tidak dapat dipastikan.

“Lazimnya kes-kes sporadik berlaku di tempat awam atau khalayak ramai dan kelalalaian mengutamakan pematuhan SOP,” jelasnya.

Masidi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa vaksin tidak memberi perlindungan 100% daripada jangkitan. Malah tidak ada vaksin untuk apapun penyakit yang memberi jaminan imuniti 100%.

“Ini dapat diperhatikan semakin ramai mereka yang telah memperolehi vaksin lengkap dijangkiti virus Covid. Cuma hampir keseluruhan mereka ini hanya mengalami gejala ringan ataupun tidak mengalami sebarang simptom.

“Kesimpulannya ramai diantara mereka ini mungkin sudah lalai mematuhi SOP kerana berandaian vaksin memberi perlindungan 100% daripada jangkitan. Sebagai ingatan mereka yang sudah memperolehi vaksin tidak terkecuali daripada mematuhi semua SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan,”ujarnya.

Dalam pada itu, Daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes yang paling tinggi hari ini dengan 70 kes, peningkatan 23 kes berbanding semalam. Tetapi adalah juga diperhatikan bahawa 63 daripada 70 kes di Kota Kinabalu adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

Manakala di Tenom cuma satu kes berlaku sepanjang 24 jam yang lalu, sementara 33 kes lagi adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih. 26 daripada 51 kes di Lahad Datu juga merupakan kes lewat daftar. Secara keseluruhan 274 (42.7%) daripada 641 kes hari ini adalah kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih lama.

Namun, kes-kes melalui saringan kontak rapat masih menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dan hari ini 312 kes atau 48.7%. Tetapi seperti yang dinyatakan lebih awal, kes-kes melalui saringan bergejala (sporadik) semakin bertambah, dan hari ini 265 kes atau 41.3%. Ini satu isyarat kepada masyarakat agar melipatgandakan usaha menjaga kesihatan diri serta mematuhi semua SOP. Setiap daripada kita sudah menjadi ‘frontliners’.

Walau bagaimanapun, daripada 641 kes yang dilaporkan hari ini, 62 orang adalah dalam Kategori 1, 557 orang atau 86.9% dalam Kategori 2, empat orang dalam Kategori 3, satu orang dalam Kategori 4 dan tiga orang dalam Kategori 5. 14 kes lagi masih dalam siasatan dan penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/feed/ 0 7805
Leka, tidak patuh SOP punca peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/#respond Sat, 24 Jul 2021 12:31:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3533
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 baharu di Sabah pada hari ini sebanyak 712 dan lapan kes kematian dilaporkan melibatkan tiga kes di Sandakan manakala Kota Kinabalu, Penampang, Kudat, Tawau dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyumbang utama kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat sebanyak 383 kes atau 53.8% daripada kumulatif kes harian Negeri Sabah.

Katanya, diikuti tambahan kes dari Saringan Kluster Sedia Ada iaitu 112 kes atau 15.7 % dan Saringan Bersasar sebanyak 88 kes atau 12.4%.

“Peningkatan kes menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya walaupun kita berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemuilhan.

“Jumlah yang tinggi di kalangan kategori kontak rapat juga satu petunjuk bahawa lebih ramai telah menjadi pembawa virus dan kemungkinan telah menjangkiti sahabat-sahabat mereka. Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda,” jelas Masidi.

Masidi menyeru kepada seluruh masyarakat supaya mematuhi semua SOP dan mengurangkan perjalanan keluar daripada rumah kecuali perlu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/feed/ 0 3533
Tidak Patuh SOP Punca Angka Kes Covid-19 Tidak Statik https://sabahmedia.com/2021/06/21/tidak-patuh-sop-punca-angka-kes-covid-19-tidak-statik/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/tidak-patuh-sop-punca-angka-kes-covid-19-tidak-statik/#respond Mon, 21 Jun 2021 12:14:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1691
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan peningkatan tiga kes iaitu daripada 163 kes semalam (20 Jun 2021) kepada 166 kes (21 Jun 2021) hari ini.

Dua kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 166 kes jangkitan baharu hari ini, 83 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 49 kes adalah daripada saringan kluster, 19 kes adalah daripada saringan bergejala, empat kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.

“11 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Sandakan 16 kes (+14) dan Kota Kinabalu 44 kes (+13), dimana jumlah 17 kes daripada 44 kes di Kota Kinabalu adalah daripada Saringan Kluster,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.

Walau bagaimanapun, sembilan daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes.
Tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kunak (-20) dan Keningau (-15).

Manakala lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kalabakan, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.

Menurut masidi lagi, data keseluruhan pada hari ini ialah, 11 daerah mencatatkan kenaikan kes, sembilan daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam dengan kesemuanya adalah daerah sifar kes, lapan daerah mencatatkan sifar kes, satu daerah kekal sebagai Zon Hijau iaitu Beluran, dua kluster baru direkodkan iaitu Kluster Samedra, Kota Kinabalu dan Kluster Serudung Baru Tawau, dan enam kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Samedra 15 kes, Kluster Serudung Baru
sembilan sembilan kes, Kluster Nelayan Tengah tujuh kes, Kluster Kampung Gusi lima kes, Kluster Indah empat kes dan Kluster Taman Wawasan empat kes.

Walaubagaimanapun, pelandaian kes baharu hanya akan berlaku sekiranya kes terus menurun namun, dengan jumlah catatan sebanyak 83 kes daripada Saringan Kontak Rapat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu daerah Zon Hijau, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi bahawa masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/tidak-patuh-sop-punca-angka-kes-covid-19-tidak-statik/feed/ 0 1691
100 Kompaun Dikeluarkan Gagal Patuh SOP https://sabahmedia.com/2021/06/08/100-kompaun-dikeluarkan-gagal-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/100-kompaun-dikeluarkan-gagal-patuh-sop/#respond Tue, 08 Jun 2021 13:54:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=823
Read Time:1 Minute, 15 Second

8 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]

KOTA KINABALU: Sebanyak 100 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah hari ini.

Menurut Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah, seramai 33 orang  dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak memakai pelitup separuh muka dengan betul.


Manakala, 19 orang gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan, 25 orang Keluar rumah tanpa alasan munasabah, 14 kenderaan yang membawa penumpang berlebihan, 6 orang lagi dikompaun kerana tiada penjarakan sosial.


Masing-masing 1 orang bagi kesalahan premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran, ingkar perintah kuarantin dan ktiviti terlarang. 

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan memaklumkan  bahawa penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marindan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 100 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 39 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan dan hasil pemeriksaan, satu tangkapan dibuat di bawah Akata Perikanan 1985.


“Laporan Kompaun Pihak Berkuasa Tempatan membabitkan enam kompaun dikeluarkan iaitu gagal mendaftar masuk premis menggunakan mysejahtera atau buku pendaftaran, kompaun dikeluarkan di daerah Papar, Sipitang dan Kota Marudu manakala tiga Kompaun tidak memakai pelitup muka di premis awam, kompaun dikeluarkan di daerah Tenom dan Kota Marudu.

Dalam perkembangan yang sama, sejumlah 132 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 55,095 buah kenderaan.


“Daripada jumlah tersebut, 822 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 73 hebahan melalui kereta peronda dengan satu tangkapan dibuat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/100-kompaun-dikeluarkan-gagal-patuh-sop/feed/ 0 823