Patuhi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 15 Aug 2021 13:35:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Patuhi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Akibat Gagal Patuhi Arahan Kuarantin Antara Punca Cetus Kluster Baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 15 Aug 2021 13:35:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4697
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Akibat kegagalan individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin antara punca tercetusnya kluster baharu di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat tiga kluster baharu direkodkan di Sabah iaitu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau, Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu dan Kluster Tangkuyan, Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes individu yang gagal mematuhi arahan kuarantin mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 itu mencetuskan satu kluster baharu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau.

Katanya, hasil siasatan mendapati kes indeks, wanita, 32, yang disahkan positif RT-PCR hasil saringan rentas negeri hari ke-10, telah berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.

“Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos 2021, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

“Daripada 132 orang yang disaring, Kluster Paka Kawiyan, Ranau ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu pada hari ini,”katanya.

Manakala Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu pula adalah merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah syarikat perusahaan tayar.

Kes indeks adalah pekerja lelaki, bukan warganegara, 40, yang didapati positif COVID-19 (RTK-Ag) hasil saringan tempat kerja pada 12 Ogos 2021 di sebuah klinik swasta.

Bagaimanapun, punca jangkitan dari Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu ini masih dalam siasatan namun risiko jangkitan didapati tinggi seperti keadaan rumah kongsi yang sesak serta aktiviti sosial dalam kalangan pekerja setiap petang.

Dalam pada itu, Kluster Tangkuyan, Kinabatangan adalah penularan jangkitan dalam komuniti, dimana kes indeks merupakan kerani wanita, 27, di sebuah ladang sawit di Beluran dan disahkan positif RTK-Ag (keputusan positif 63%) dalam saringan tempat kerja pada 9 Ogos 2021.

Hasil siasatan mendapati kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kg Tangkuyan, Kuamut.

Aktiviti siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan telah didapati positif COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 4697
COVID-19: Masyarakat dirayu patuhi SOP, JKNS perhebat pemberian vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/10/covid-19-masyarakat-dirayu-patuhi-sop-jkns-perhebat-pemberian-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/10/covid-19-masyarakat-dirayu-patuhi-sop-jkns-perhebat-pemberian-vaksin/#respond Tue, 10 Aug 2021 13:46:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4446
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat khususnya di negeri Sabah ini dirayu sekali lagi betapa perlunya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kenyataan ini terbukti di mana penyumbang kes harian yang tinggi adalah melibatkan Kontak Rapat dan ini adalah satu petunjuk bahawa ada di antara kita yang masih lalai dalam pematuhan SOP.

“Ia juga satu peringatan agar kita mengurangkan aktiviti-aktiviti sosial bersama rakan-rakan agar kita tidak terdedah kepada risiko jangkitan virus COVID-19. Ada pembawa virus COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Bagaimanapun katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan agensi-agensi berkaitan sedang berusaha untuk memberi vaksin kepada rakyat dalam kadar yang cepat.

Menurut Masidi, sehingga semalam 9 Ogos 2021sebanyak 1,126,645 dos pertama telah pun diberi (administer) dan ini bermakna 40.8% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun disuntik sekurang-kurangnya dos pertama vaksin.

Manakala mereka yang telah melengkapkan suntikan 2 dos masih rendah, iaitu cuma 17.6% atau 485,880 dos daripada jumlah penduduk dewasa Sabah.

Dalam pada itu, usaha terus dibuat oleh Kerajaan untuk menambah kapasiti penyuntikan JKNS sambil memastikan bekalan vaksin yang cukup sentiasa ada.

“Dalam keadaan di mana virus COVID-19 telah pun berada di tengah-tengah masyarakat, kita sedang berlumba mengejar masa untuk memberi vaksin kepada setiap orang yang layak untuk disuntik dengan kadar segera.

“Ini bermakna kes-kes baharu akan terus berada dalam angka yang tinggi sehingga lebih ramai penduduk memperolehi vaksin. Kes hanya akan mula menurun apabila kita berjaya memberi suntikan vaksin kepada penduduk pada satu tahap peratusan yang signifikan.

“Oleh yang demikian, rakyat boleh memainkan peranan penting untuk mengawal merebaknya jangkitan virus ini dengan mengamalkan disiplin dan penjagaan kesihatan diri yang tinggi dengan mematuhi semua SOP,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/10/covid-19-masyarakat-dirayu-patuhi-sop-jkns-perhebat-pemberian-vaksin/feed/ 0 4446