pbb – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Apr 2025 21:02:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pbb – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pindaan akta dan penambahan insentif kukuhkan peranan PBB https://sabahmedia.com/2025/04/19/pindaan-akta-dan-penambahan-insentif-kukuhkan-peranan-pbb/ https://sabahmedia.com/2025/04/19/pindaan-akta-dan-penambahan-insentif-kukuhkan-peranan-pbb/#respond Fri, 18 Apr 2025 21:02:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72224
Read Time:2 Minute, 17 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus komited memperkasa peranan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) menerusi pelbagai inisiatif kebajikan, latihan serta penambahbaikan dasar, termasuk pindaan terhadap Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) yang telah diluluskan pada tahun ini.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Nordin Pauzi berkata, pindaan tersebut menyaksikan peluasan manfaat Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB) kepada semua PBB.

“Jika sebelum ini hanya pegawai bomba sepenuh masa layak menerima kemudahan bagi kecederaan atau kemalangan semasa bertugas, pindaan 2025 ini kini melibatkan PBB, sekaligus memperkukuh perlindungan kebajikan anggota bantuan selaras dengan peranan penting mereka dalam pasukan.

“Selain itu, insentif bulanan seperti Elaun Kehadiran Latihan Tempatan (EKLT) sebanyak RM8 sejam, dengan purata bulanan RM1,920.00, turut ditambah baik dengan dua lagi elaun tahunan iaitu Elaun Bounty berjumlah RM520 dan Elaun Penyelenggaraan Pakaian sebanyak RM125, kepada PBB yang memenuhi kriteria ditetapkan. Secara keseluruhan, JBPM telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta setahun untuk PBB, iaitu separuh daripada keseluruhan peruntukan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Siri 1/2025 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Sabah pada Jumaat.

Tambahnya lagi, sebagai tambahan kepada perlindungan kebajikan, semua PBB kini dilindungi melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau Program SPS Madani di bawah PERKESO secara percuma.

”Perlindungan ini meliputi pelbagai manfaat termasuk faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara dan kekal, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, pinjaman pendidikan, dan kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional.

“Walau bagaimanapun, jabatan turut menekankan aspek disiplin dalam kalangan PBB. Statistik 2024 menunjukkan enam anggota te diberhentikan atas kesalahan tatatertib, termasuk dua kes jenayah, dua kes dadah dan dua kes ketidakhadiran bertugas. Ini membuktikan ketegasan jabatan dalam memastikan disiplin tanpa kompromi, tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

“Dengan segala inisiatif yang diperkenalkan, JBPM berharap dapat terus melahirkan PBB yang berintegriti, cekap dan sentiasa bersedia berbakti kepada masyarakat dalam apa jua keadaan,” katanya.

Nordin turut menegaskan bahawa PBB adalah tulang belakang tambahan kepada bomba tetap dalam memastikan kesiapsiagaan dan kecekapan operasi berada di tahap tertinggi. Selain menyokong operasi kecemasan, mereka juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran di peringkat komuniti.

Dalam penutupan kursus itu semalam, seramai 101 pelatih PBB berjaya menamatkan kursus asas kebombaan yang diwajibkan kepada anggota baru, dengan 93 pelatih dari Sabah dan lapan dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Mereka akan ditempatkan di 25 Balai Bomba seluruh negeri, termasuk dua balai baharu di Pitas dan Merotai. Di Labuan, lapan anggota akan ditugaskan di Balai Bomba Layangan dan Rancha-Rancha.

Kursus ini memberi pendedahan komprehensif dalam aspek penyelamatan serta kebombaan dan merupakan sebahagian daripada usaha jabatan meningkatkan kompetensi PBB dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap melalui Sistem Tugasan Balai (STB) yang mula dilaksanakan sejak Oktober 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/19/pindaan-akta-dan-penambahan-insentif-kukuhkan-peranan-pbb/feed/ 0 72224
Malaysia Tegas Mahu Israel Henti Pencabulan Hak Rakyat Palestin, Undang-undang Antarabangsa https://sabahmedia.com/2024/02/23/malaysia-tegas-mahu-israel-henti-pencabulan-hak-rakyat-palestin-undang-undang-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2024/02/23/malaysia-tegas-mahu-israel-henti-pencabulan-hak-rakyat-palestin-undang-undang-antarabangsa/#respond Fri, 23 Feb 2024 03:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49977
Read Time:2 Minute, 46 Second

KUALA LUMPUR: Israel mesti terlebih dahulu berhenti daripada terus mencabuli undang-undang antarabangsa serta setiap elemen teras dalam hak rakyat Palestin untuk menubuhkan tanahair sendiri, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam kenyataan lisan Malaysia pada sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda pada Khamis (waktu tempatan), Mohamad berkata Israel mesti menghentikan semua “dasar dan amalan” berkaitan dan serta-merta berundur dari Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).

Kedua, beliau berkata Israel wajib berjanji dan memberikan jaminan untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

“Dan ketiga, Israel dipertanggungjawabkan untuk menawarkan pemulihan penuh supaya keadaan kembali kepada asal. Ini bermakna ia mesti benar-benar melaksana dan melakukan pindaan perundangan, termasuk menghapuskan atau menarik balik semua langkah perundangan yang bertentangan dan peraturan yang diluluskan sebelum ini bagi kawasan OPT,” katanya.

Mohamad berkata Israel perlu menawarkan pampasan bagi segala bentuk kemusnahan material dan moral yang berpunca daripada pencabulan hak rakyat Palestin, meskipun pada hakikatnya pampasan itu tidak dapat benar-benar memulihkan sepenuhnya keadaan.

Lebih 50 negara membentangkan hujah mereka mengenai akibat perundangan berhubung pendudukan Israel di Palestin pada sesi pendengaran awam itu yang bermula Isnin.

Mohamad memulakan pembentangannya dengan membicara secara ringkas bidang kuasa dan budi bicara Mahkamah bagi memenuhi permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), disusuli pendirian Malaysia berkaitan kesahihan “dasar dan tindakan” Israel di OPT.

Di akhir pembentangan itu, beliau menggariskan mengenai kesan perundangan yang timbul ke atas Israel, negara-negara lain dan PBB, disebabkan pencabulan Israel secara terang-terangan terhadap hak rakyat Palestin.

Hujahan Malaysia menegaskan bahawa “dasar dan tindakan” Israel hanyalah untuk menguasai Wilayah Diduduki (OPT), kaedah untuk menguatkuasakan pendudukannya.

Hujahan itu juga menyenaraikan empat elemen substantif utama hak untuk menubuhkan negara sendiri bagi rakyat Palestin – hak terhadap integriti wilayah, hak terhadap kesatuan wilayah dan perlindungan terhadap integritinya, hak terhadap kedaulatan kekal ke atas kekayaan dan sumber semulajadi, dan kebebasan untuk menikmati pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya.

Beliau menegaskan, kesan dan akibat perundangan ke atas Israel yang mencabuli Palestin pada prinsipnya adalah setara dengan apa juga akibat yang terpaksa dihadapi oleh mana-mana negara lain yang melanggar undang-undang antarabangsa sekecil mana pun.

Semua negara mesti bekerjasama untuk menamatkan menerusi kaedah perundangan pencabulan hak rakyat Palestin dalam menubuhkan negara sendiri dan diikuti menamatkan pendudukan wilayah itu oleh Israel, katanya.

Seterusnya, semua negara seharusnya tidak mengiktiraf pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin, katanya.

Akhirnya beliau berkata semua negara tidak sepatutnya menghulurkan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan kepada Israel dalam usahanya menidakkan hak Palestin.

Malaysia juga menegaskan mengenai kewajipan semua negara dunia untuk terus menyokong Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin dan sebaliknya menghentikan sebarang bantuan kewangan atau ketenteraan kepada Israel.

“Bagi kesan perundangan yang timbul dalam konteks PBB, ia tidak lain daripada tanggungjawabnya untuk melaksanakan kewajipan hakikinya terhadap isu Palestin, termasuk dalam memastikan UNRWA dapat berfungsi dengan berkesan,” katanya.

Mohamad berkata PBB mesti terus menjadi forum kerjasama bagi membolehkan negara-negara melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menamatkan pencabulan hak dan pendudukan wilayah Palestin.

Menteri Luar itu mengetuai delegasi Malaysia di ICJ berhubung permintaan untuk Pendapat Nasihat berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmaqdis Timur.

Pendapat Nasihat merupakan satu proses penting bagi memperolehi nasihat perundangan daripada ICJ, badan kehakiman PBB, selaras dengan Artikel 96 Piagam PBB dan Artikel 65 Statut ICJ. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/23/malaysia-tegas-mahu-israel-henti-pencabulan-hak-rakyat-palestin-undang-undang-antarabangsa/feed/ 0 49977