pbrs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Jul 2023 06:13:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pbrs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PBRS sokong usaha Kerajaan Perpaduan kukuhkan ekonomi rakyat https://sabahmedia.com/2023/07/28/pbrs-sokong-usaha-kerajaan-perpaduan-kukuhkan-ekonomi-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/07/28/pbrs-sokong-usaha-kerajaan-perpaduan-kukuhkan-ekonomi-rakyat/#respond Fri, 28 Jul 2023 06:13:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39098
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan ekonomi rakyat setiap golongan masyarakat baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui inisiatif kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerangka ekonomi tersebut menggariskan dua fokus utama iaitu menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

“Saya percaya usaha ini akan dapat membantu seluruh rakyat Malaysia merentasi Sabah dan Sarawak mengecapi nikmat pembangunan ekonomi negara secara saksama.

“Sebagai Parti yang membawa suara rakyat Sabah, PBRS menyambut baik pendekatan Ekonomi Madani yang bersifat inklusif daripada aspek pembangunan infrastruktur seperti komitmen Kerajaan Perpaduan dengan menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi penyelesaian jangka pendek bagi menangani isu bekalan air yang konsisten dan berkualiti bagi Sabah dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Teknologi Malaysia berkata, akses kepada kemudahan dan persekitaran sekolah yang selesa adalah kritikal bagi mencorakkan minda anak-anak muda kita terutamanya anak-anak di luar bandar. Jesteru, PBRS turut menyokong penuh langkah yang diambil Kerajaan Perpaduan khususnya dengan menambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta menurunkan kuasa pelaksanaan (decentralisastion) bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan menambah baik sekolah-sekolah daif.

“Saya yakin usaha ini akan membantu mempermudahkan urusan dan mempercepatkan usaha Kerajaan Sabah untuk merancang dan merencana pembaikan dan pembangunan kemudahan pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan rakyat di Sabah,” ujarnya.

Di samping itu, beliau berkata, hasrat kerajaan dalam memastikan pembangunan rendah karbon dengan memberi penumpuan kepada meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu adalah selari dengan komitmen Sabah dalam menghasilkan tenaga boleh diperbaharui bagi menarik minat pelabur yang mementingkan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG.

Katanya, dari aspek kebajikan sosial, inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang bermakna kepada rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada tahap 45 peratus akan membolehkan rakyat Sabah mendapat gaji yang lebih bermakna tanpa perlu merantau ke Semenanjung. Ini secara tidak langsung akan merancakkan kitaran ekonomi domestik dan seterusnya memacu ekonomi Sabah ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, usaha Kerajaan Perpaduan untuk merombak semula struktur ekonomi bagi mengecapi lebih kekayaan dan dalam masa yang sama memastikan keadilan sosial diutamakan bagi memastikan kekayaan yang dikecapi dapat dikongsi bersama memerlukan pendekatan seluruh negara “whole of nation”.

“Sehubungan itu, saya dan seluruh ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah menyatakan sokongan bagi menjayakan kerangka Ekonomi MADANI dan berharap agar seluruh entiti negara bermula dari Rakyat, Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan dan sektor swasta akan dapat kita perkasakan demi menjayakan usaha ini.

“Kita bulatkan tekad dan rangkul seluruh kekuatan serta tenaga bagi menjayakan iltizam ini demi Malaysia yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/28/pbrs-sokong-usaha-kerajaan-perpaduan-kukuhkan-ekonomi-rakyat/feed/ 0 39098
PBRS Sokong Pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti, Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri https://sabahmedia.com/2022/02/15/pbrs-sokong-pelaksanaan-akta-anti-lompat-parti-had-tempoh-jawatan-perdana-menteri/ https://sabahmedia.com/2022/02/15/pbrs-sokong-pelaksanaan-akta-anti-lompat-parti-had-tempoh-jawatan-perdana-menteri/#respond Tue, 15 Feb 2022 09:12:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12230
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong cadangan pelaksanaan undang-undang anti lompat parti dan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Timbalan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu akan menjadikan politik negara akan lebih matang dan berintegriti.

“Menghadkan tempoh perkhidmatan akan memberikan tekanan yang lebih kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan dasar-dasar negara yang lebih berkesan serta sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang lebih efisyen kepada rakyat.

“PBRS menggesa agar akta ini dibentang dan diluluskan di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15 untuk meningkatkan integriti demokrasi negara,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Tri-Tahunan PBRS baru-baru ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, perwakilan yang hadir pada mesyuarat itu turut bersetuju agar amalan tersebut turut dikuatkasakan di peringkat negeri Sabah dengan menghadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.

Katanya, sebagai sebuah parti yang menyelami denyut nadi rakyat di akar umbi, PBRS akan terus memperjuangkan usaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan pemerkasaan ekonomi khususnya bagi golongan belia.

“Dalam hal ini PBRS akan terus perjuangankan isu pendidikan, keusahawanan, ekonomi belia serta bidang teknikal dan vokasional untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi untuk penduduk tempatan khususnya golongan belia.

“PBRS akan terus setia sebagai parti gabungan Barisan Nasional (BN) yang terbukti pilihan yang terbaik untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya .

Katanya, kestabilan politik amat penting dan lebih diperlukan pada masa negara sedang berhadapan dengan ancaman kesihatan dan cabaran ekonomi yang tidak menentu.

Dalam pada itu, Arthur berkata, PBRS menolak sekeras-kerasnya cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mewujudkan Kad Warga Asing sebagai dokumen pengenalan diri untuk golongan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.

Katanya, tindakan undang-undang yang tegas harus diambil ke atas PTI yang tidak mempunyai dokumen yang sah dan bukannya diberi Kad Warga Asing kerana ini seolah-oleh memberi pengiktirafan kepada mereka.

“Bagi seseorang warga asing, adalah mencukupi dengan passport atau pas kerja sebagai dokumen pengenalan diri.

“Kami akan sentiasa mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah. PBRS bersama dengan suara rakyat Sabah akan terus menggesa Kerajaan untuk bertindak tegas dalam menyelesaikan isu PTI yang sudah sekian lama membelenggu negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/15/pbrs-sokong-pelaksanaan-akta-anti-lompat-parti-had-tempoh-jawatan-perdana-menteri/feed/ 0 12230
Bekas Pemimpin PCS Dipelawa Sertai PBRS https://sabahmedia.com/2021/12/18/bekas-pemimpin-pcs-dipelawa-sertai-pbrs/ https://sabahmedia.com/2021/12/18/bekas-pemimpin-pcs-dipelawa-sertai-pbrs/#respond Sat, 18 Dec 2021 11:52:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10054
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS) yang mengumumkan keluar parti itu semalam dipelawa untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata, pelawaan itu dibuat selepas mendengar berita dan pengumuman beberapa tokoh pemimpin politik, ketua bahagian serta ahli PCS yang keluar parti.

“Saya selaku Presiden PBRS ingin mempelawa kesemua mereka untuk menyertai PBRS untuk bersama dalam usaha menyatupadukan dan memajukan rakyat khususnya semua lapisan generasi kaum Kadazan, Dusun dan Murut.

“PBRS merupakan satu-satunya parti tempatan dalam komponen Barisan Nasional (BN) hari ini dimana kami yakin dan percaya bahawa dalam BN kita akan terus maju ke hadapan kearah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Semalam, beberapa pemimpin tertinggi PCS termasuk dua Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta beberapa ketua bahagian mengumumkan keluar daripada PCS.

Namun Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tindakan itu sebagai lumrah politik selain mendakwa ia disebabkan khuatir tidak terpilih lagi menjawat jawatan penting menerusi rombakan parti dalam masa terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/18/bekas-pemimpin-pcs-dipelawa-sertai-pbrs/feed/ 0 10054
Pelantikan Ismail Sabri Langkah Tepat – Arthur https://sabahmedia.com/2021/08/20/pelantikan-ismail-sabri-langkah-tepat-arthur/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/pelantikan-ismail-sabri-langkah-tepat-arthur/#respond Fri, 20 Aug 2021 10:18:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4957
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Pelantikan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Baharu merupakan satu langkah yang tepat bagi menghentikan kemelut politik negara.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joeph Kurup berkata, PBRS selaku komponen dalam Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pelantikan ini.

“Saya dan juga PBRS yakin akan kemampuan YAB (Yang Amat Berhormat) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan pengalaman luas dalam Pentadbiran Kerajaan.

“Negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran yang sedang dialami,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, barisan ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti perlu memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memerangi pandemik COVID-19, memulihkan semula ekonomi negara serta membantu rakyat berdepan dengan detik sukar ini.

Katanya, semua parti-parti politik dipohon untuk mengenepikan perbezaan dan kembali bertaut demi rakyat bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang sedang melanda negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/pelantikan-ismail-sabri-langkah-tepat-arthur/feed/ 0 4957
Projek Menaik Taraf Jalan Sinaron, Sook Ke Linayukan, Tongod, Sabah Tingkat Ekonomi Setempat – Arthur Joseph Kurup https://sabahmedia.com/2021/07/13/projek-menaik-taraf-jalan-sinaron-sook-ke-linayukan-tongod-sabah-tingkat-ekonomi-setempat-arthur-joseph-kurup/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/projek-menaik-taraf-jalan-sinaron-sook-ke-linayukan-tongod-sabah-tingkat-ekonomi-setempat-arthur-joseph-kurup/#respond Tue, 13 Jul 2021 06:49:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2969
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu — Projek menaik taraf jalan Sinaron, Sook, Keningau ke Linayukan, Tongod, Sabah yang merentasi daerah Keningau dan Tongod serta berada dalam kawasan DUN N44 Tulid (P182 Pensiangan) dan N57 Kuamut (P187 Kinabatangan) akan bermula pada Julai 2021.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata Projek ini bernilai lebih daripada RM320 juta dan telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan Kedua (RMKe- 11, RP2) Tahun 2017 tetapi tergendala selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun 2018. Namun, projek ini sekarang disambung semula dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan akan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

Jajaran jalan sejauh 40 kilometer dengan pembinaan 7 buah jambatan baharu ini menghubungkan Sook ke Tongod melalui Kampung Monggorimot, Lalampas dan Linayukan yang akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar 19 buah kampung seperti kampung Sinaron, kampung Sinaron Tengah, kampung Sinua, kampung Mansiat, kampung Lalapakon, kampung Widudun, kampung Maliau, kampung Bibilod, dan kampung Langkabong. Pembinaan jalan baharu ini akan mengurangkan jarak dan memendekkan masa perjalanan yang menghubungkan Pekan Sook ke Tongod katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Pelaksanaan projek ini akan membangun serta menggalakkan sektor pertanian dan pelancongan setempat. Impak ekonomi secara keseluruhannya akan dapat dinikmati oleh penduduk khususnya di Keningau, Sook, dan Tongod. Ini sekali gus dapat meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang jajaran jalan tersebut. Selain itu, kerja-kerja menaik taraf jalan kepada jalan berturap ini juga akan mengurangkan kos penyelenggaraan rutin jalan yang ditanggung oleh Kerajaan.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur jalan raya yang lebih baik bagi menghubungkan antara kawasan di pedalaman Sabah supaya pembangunan yang lebih seimbang akan di nikmati oleh semua rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/projek-menaik-taraf-jalan-sinaron-sook-ke-linayukan-tongod-sabah-tingkat-ekonomi-setempat-arthur-joseph-kurup/feed/ 0 2969
Pelantikan TPM & Menteri Kanan Luar Negeri Satu Langkah Baik Perkukuh Pentadbiran Kerajaan https://sabahmedia.com/2021/07/07/pelantikan-tpm-menteri-kanan-luar-negeri-satu-langkah-baik-perkukuh-pentadbiran-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/pelantikan-tpm-menteri-kanan-luar-negeri-satu-langkah-baik-perkukuh-pentadbiran-kerajaan/#respond Wed, 07 Jul 2021 13:22:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2733
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata, pelantikan itu juga merupakan satu langkah yang sangat baik dalam memperkukuhkan pentadbiran kerajaan.

“PBRS menyokong penuh pelantikan ini dan yakin akan kemampuan kedua-dua pemimpin ini berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaian tertinggi yang telah ditunjukkan dalam pentadbiran kerajaan.

“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk menghadapi cabaran yang sedang dialami khususnya mengenai krisis kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, ini adalah masa untuk memulihkan ekonomi negara dan bukan masa untuk berpolitik.

Justeru itu, semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam menangani pandemik ini demi kesejahteraan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/pelantikan-tpm-menteri-kanan-luar-negeri-satu-langkah-baik-perkukuh-pentadbiran-kerajaan/feed/ 0 2733
PBRS Sokong Kerajaan Negeri Longgar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/01/pbrs-sokong-kerajaan-negeri-longgar-sop-pelan-pemulihan-negara-ppn-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/01/pbrs-sokong-kerajaan-negeri-longgar-sop-pelan-pemulihan-negara-ppn-di-sabah/#respond Thu, 01 Jul 2021 01:24:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2332
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong penuh keputusan kerajaan Sabah seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di negeri ini.

Pemangku Setiausaha Agung PBRS Richard Kastum berkata, PBRS percaya keputusan kerajaan itu adalah setelah mengambil kira semua faktor termasuklah jumlah  kes yang dicatatkan rendah di Sabah  berbanding dengan Negeri lain dan  keperluan untuk kembali memulihkan ekonomi Negeri Sabah serta membantu mereka yang terputus pendapatan selama PKP dijalankan.

Kami berdiri teguh menyokong keputusan kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji dan yakin Kerajaan Persekutuan dapat memahami keputusan tersebut adalah untuk kepentingan Ekonomi Negeri dan rakyat Sabah.

Walau bagaimanapun, sebaik kelonggaran  SOP baharu dikeluarkan dan dilaksanakan, penguatkuasaan yang berkesan mestilah dijalankan untuk memastikan masyarakat dan premis perniagaan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

PBRS juga berharap Program Vaksinasi terus dipercepatkan  dan  bekalan vaksin yang mencukupi dapat disalurkan dengan segera ke Sabah.  Untuk memulihkan ekonomi Negara program vaksinasi sangat perlu diperluaskan segera kepada golongan ‘frontliner’ ekonomi – para peniaga, penjaja dan pekerja sebagai langkah untuk mengelakkan risiko  jangkitan dan seterusnya dapat  memacu ekonomi negeri dan membantu rakyat  yang terjejas akibat Covid-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/01/pbrs-sokong-kerajaan-negeri-longgar-sop-pelan-pemulihan-negara-ppn-di-sabah/feed/ 0 2332
PBRS Berharap Ahli Dewan Rakyat,Negara Bahas Ordinan-Ordinan Darurat Dan Pelan Pemulihan Negara Apabila Parlimen Bersidang https://sabahmedia.com/2021/06/18/pbrs-berharap-ahli-dewan-rakyatnegara-bahas-ordinan-ordinan-darurat-dan-pelan-pemulihan-negara-apabila-parlimen-bersidang/ https://sabahmedia.com/2021/06/18/pbrs-berharap-ahli-dewan-rakyatnegara-bahas-ordinan-ordinan-darurat-dan-pelan-pemulihan-negara-apabila-parlimen-bersidang/#respond Fri, 18 Jun 2021 11:32:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1528
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Timbalan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, keputusan itu membuktikan Baginda mengutamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan.

“Ia juga adalah selari dengan hasrat memelihara peranan ‘legislative oversight’ semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara.

“Saya berharap persidangan Parlimen yang akan datang akan digunakan sepenuhnya untuk membolehkan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara,”katanya dalam kenyataan disini, malam ini.

Arthur berkata, ia juga selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya tumpuan perlu diberikan kepada usaha-usaha menangani COVID-19 dan bukannya untuk agenda politik yang boleh mengheret negara ke dalam krisis.

Beliau turut menghargai keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi menghadap pada 14 Jun 2021 yang lalu.

“Dalam sesi menghadap tersebut, saya turut menjelaskan tentang keadaan ekonomi semasa dan kesan pandemik COVID-19 yang dihadapi oleh rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Proses vaksinasi yang agak perlahan juga amat membimbangkan khususnya bagi kawasan pedalaman Sabah yang kurang akses kepada pembangunan infrastruktur dan komunikasi,”katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, sehingga 16 Jun lalu, penerima vaksin di seluruh Sabah adalah berjumlah 282,798 orang, manakala bagi Zon Pedalaman Sabah pula adalah sebanyak 25,619 orang.

Katanya, ini menunjukkan kadar vaksinasi hanya 10.25% daripada populasi Sabah dan antara yang terendah.

“PBRS juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

“PBRS mendokong dan memandang serius saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan keperluan untuk memastikan kestabilan politik supaya kerajaan dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam menangani COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/18/pbrs-berharap-ahli-dewan-rakyatnegara-bahas-ordinan-ordinan-darurat-dan-pelan-pemulihan-negara-apabila-parlimen-bersidang/feed/ 0 1528