Pbs grs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Nov 2025 03:35:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pbs grs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perpaduan kunci politik stabil, pembangunan Sabah – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2025/11/11/perpaduan-kunci-politik-stabil-pembangunan-sabah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/11/11/perpaduan-kunci-politik-stabil-pembangunan-sabah-dr-joachim/#respond Tue, 11 Nov 2025 03:33:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85480
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh Raul G

KOTA BELUD: Perpaduan antara parti-parti tempatan adalah kunci kepada kestabilan politik dan pembangunan berterusan di Sabah.

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, usaha politik tidak akan berhasil meskipun sesebuah parti mempunyai calon terbaik namun tiada perpaduan dan kerjasama.

“Walaupun kita mempunyai calon terbaik, tanpa perpaduan, usaha kita tetap tidak akan berhasil. Kredibiliti, tanggungjawab dan kerja bersepadu adalah kunci kejayaan dalam politik. 

“Calon harus bekerjasama sebagai satu pasukan dengan parti dalam GRS. Solidariti dan perpaduan adalah asas kejayaan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pafa Pelancaran Jentera Pilihan Raya PBS N11 Kadamaian di sini, pada Ahad, 

Beliau menekankan, perpaduan politik adalah asas kepada semua kejayaan pentingnya bekerjasama untuk masa depan negeri yang lebih baik 

Dr. Joachim, turut menjelaskan sejarah penubuhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hampir empat tahun lalu, yang menyatukan PBS bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), United Sabah National Organisation (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Liberal Democratic Party (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

“Penyatuan parti ini bukan sahaja mengukuhkan pengaruh politik kita, tetapi juga memastikan kerjasama dalam pembangunan Sabah,” jelas beliau.

Dalam perkembangan aspek pembangunan, Dr. Joachim menekankan program-program kerajaan ditadbir GRS seperti Rumah Mesra SMJ dan sokongan pendidikan yang bertujuan membangunkan modal insan serta menyediakan peluang pekerjaan.

“Matlamat kita adalah menstabilkan politik, menarik pelabur asing dan meningkatkan pendapatan negeri. Kita telah berjaya menggandakan pendapatan negeri daripada kurang RM4 bilion kepada hampir RM8 bilion dengan rizab kini RM8.6 bilion,” ujarnya.

Beliau menambah, kestabilan politik penting bagi menarik pelabur selain membolehkan pembangunan infrastruktur yang lebih baik.

“Perpaduan politik membolehkan kita memberi fokus kepada tenaga dan sumber bagi kepentingan rakyat, bukan untuk konflik politik semata-mata,” katanya.

Menurutnya lagi, GRS komited untuk membangunkan modal insan sebagai asas untuk menarik pelabur asing dan mewujudkan pekerjaan berkualiti bagi rakyat Sabah. 

Beliau yang juga penyandang ADUN Kundasang, turut menekankan PBS, salah satu parti tertua dan paling aktif di Sabah dengan sejarah melebihi 40 tahun, terus mengekalkan komitmen terhadap pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Parti kita tidak pernah tidak aktif dan sentiasa bergerak serta berjuang untuk rakyat Sabah,

“Malah, misi PBS kekal konsisten dalam menuntut hak rakyat, memperbaiki sekolah, klinik kesihatan dan infrastruktur, serta memastikan pembangunan inklusif untuk semua lapisan masyarakat,” jelas beliau.

Turut hadir, Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki; Naib Presiden merangkap Ketua Pemuda, Datuk Dr. Christoper Mandut; Ketua Bahagian PBS Kadamaian, Demis Rumanti serta Ketua-ketua Bahagian PBS. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/11/perpaduan-kunci-politik-stabil-pembangunan-sabah-dr-joachim/feed/ 0 85480
Pemuda PBS perkukuh kesatuan, pastikan kemenangan GRS https://sabahmedia.com/2025/10/03/pemuda-pbs-perkukuh-kesatuan-pastikan-kemenangan-grs/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/pemuda-pbs-perkukuh-kesatuan-pastikan-kemenangan-grs/#respond Fri, 03 Oct 2025 10:50:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82464
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) memberi komitmen penuh untuk menyokong segala keputusan kepimpinan tertinggi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Exco Pemuda PBS Datuk Dr Christoper Mandut berkata, mesyuarat Biro Politik Pemuda PBS yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada persediaan menjelang PRN selain membincangkan pelbagai isu semasa yang dihadapi parti itu.

“Pemuda PBS akan terus menyokong apa juga keputusan yang dibawa oleh Yang Berhormat Datuk Seri Joachim Gunsalam  serta mendukung pendirian kepimpinan tertinggi parti untuk kekal berjuang dalam wadah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pemuda PBS akan menggembleng sepenuh tenaga bagi membantu semua calon GRS yang diketengahkan, bukan sahaja daripada PBS malah daripada parti-parti komponen lain yang bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, di sini, pada Jumaat 

Christopher berkata, kesatuan dan sokongan padu Pemuda PBS terhadap GRS akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kemenangan calon-calon gabungan itu dalam PRN kelak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/pemuda-pbs-perkukuh-kesatuan-pastikan-kemenangan-grs/feed/ 0 82464