pbs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Oct 2025 14:03:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pbs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PBS kekal bantu GRS, tidak terjejas susulan STAR, SAPP tarik diri https://sabahmedia.com/2025/10/30/pbs-kekal-bantu-grs-tidak-terjejas-susulan-star-sapp-tarik-diri/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/pbs-kekal-bantu-grs-tidak-terjejas-susulan-star-sapp-tarik-diri/#respond Thu, 30 Oct 2025 14:03:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84523
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Raul G

KIULU: Parti Bersatu Sabah (PBS) yakin mampu kekal memainkan peranan penting dalam membantu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar terus kukuh dan dominan, kata Ketua Penerangannya, Datuk Joniston Bangkuai.

Joniston menegaskan, meskipun berdepan situasi sukar susulan tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang menarik diri daripada gabungan itu, ianya tidak sesekali menjejaskan PBS untuk terus kekal bersama GRS.

“PBS sudah mengharungi cabaran politik yang jauh lebih sukar, inilah demokrasi namun kestabilan serta perpaduan tidak boleh diabaikan dan PBS akan terus memainkan peranan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bertemu Rakyat di Kampung Rungus Panansawa, di sini, hari ini.

Joniston, yang juga Ketua Penerangan GRS dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, menekankan kekuatan PBS dalam GRS adalah hasil konsistensi kepimpinan kukuh serta pengalaman dalam menghadapi dinamik politik yang sentiasa berubah.

“Kami sudah melalui pelbagai fasa perubahan, tetapi prinsip kami tetap sama, iaitu berkhidmat dengan dedikasi dan mengutamakan rakyat”

“PBS sentiasa menjadi penyumbang dalam GRS, memastikan gabungan ini mampu memenuhi jangkaan rakyat Sabah,” tambahnya, sambil menyatakan parti itu terus memainkan peranan penting dalam memastikan GRS kekal padu, berwibawa dengan dasar realistik serta berpusatkan.

PBS, merupakan salah satu daripada enam parti komponen GRS disusuli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Liberal Demokratik (LDP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Sebelum ini, keanggotaan parti STARdan SAPP dalam gabungan itu tamat selepas kedua-duanya menyatakan keputusan untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Sementara itu, dalam program yang dihadiri Joniston, beliau turut melawat Kampung Balabakan bagi merasmikan pelancaran laluan pertanian baharu di kampung berkenaan.

Beliau berkata, sektor pertanian kekal sebagai antara fokus utama pelan pembangunan berterusan di Kiulu khususnya bagi mempertingkat infrastruktur dan taraf hidup penduduk.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/pbs-kekal-bantu-grs-tidak-terjejas-susulan-star-sapp-tarik-diri/feed/ 0 84523
PBS tekad perkukuh kerjasama parti lokal dalam GRS – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2025/08/31/pbs-tekad-perkukuh-kerjasama-parti-lokal-dalam-grs-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/08/31/pbs-tekad-perkukuh-kerjasama-parti-lokal-dalam-grs-dr-joachim/#respond Sun, 31 Aug 2025 00:03:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80358
Read Time:2 Minute, 13 Second

RANAU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menegaskan bahawa parti itu akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti tempatan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi menuntut hak-hak negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan model politik di Sarawak di mana parti-parti lokal berjaya bersatu di bawah satu gabungan kukuh, iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kita selalu dengar netizen kata Sabah perlu mencontohi Sarawak. Tetapi mereka juga sebenarnya terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak. Inilah yang cuba dilakukan di Sabah. Kita bergabung dengan parti lokal untuk menuntut hak-hak Sabah meskipun ada parti yang tidak menyumbang kerusi,” katanya.

Dr. Joachim berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan tiga bahagian PBS iaitu Kundasang (N.36), Karanaan (N.37) dan Paginatan (N.38) di Dewan Tokong Cina Ranau, di sini, kelmarin (30 Ogos).

Beliau menegaskan, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini PBS amat berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan parti-parti lain yang berkongsi objektif, matlamat dan tujuan dalam memperjuangkan keadilan serta kepentingan wilayah Sabah.

Mengulas persepsi bahawa PBS mahu bergerak sendirian, Dr. Joachim menegaskan parti itu kini memilih untuk bekerjasama secara erat dalam GRS demi mengelakkan perpecahan politik.

“Ya, PBS dahulu pernah memerintah secara solo. Namun keadaan sekarang amat berbeza. PBS akan bekerjasama dengan semua parti lokal dalam GRS. Lebih baik kita bersatu daripada berpecah. Perpecahan hanya merugikan dan memberi manfaat kepada lawan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur bersama serta ketiga-tiga bahagian terbabit yang akan menghantar perwakilan ke kongres PBS akan datang.

Menurutnya, GRS berpotensi menjadi gabungan dominan di Sabah dan sekiranya diberi mandat sekali lagi, ia mampu meningkatkan hasil negeri serta memperkukuh pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Dr. Joachim turut mengalu-alukan rakan daripada parti dalam GRS yang hadir sebagai pemerhati antaranya Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ketua Parti Solidariti Tanah Airku (Starsabah) Dun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir; Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Paginatan Datuk Amisah Yassin dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kundasang Johari @Joe Suhaimin.

Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Seri Jahid Jahim yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar; Datuk Dr. Yee Moh Chai; Setiausaha Agung yang juga Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Majungki; Naib-Naib Presiden PBS, Datuk Hendrus Anding; Datuk Dr. Christoper Mandut merangkap Ketua Pemuda PBS, Datuk Johnny Mositun; Datuk Arthur Sen merangkap Ketua Bahagian PBS Paginatan; Datuk Bernard Dalinting merangkap Ketua Bahagian PBS Karanaan; Ketua Pergerakan Wanita yang diwakili oleh Timbalan Ketua Wanita, Rosnah Ullap; Bendahari Agung Datuk Lu Kim Yen; semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Pengerusi pelaksana majlis secara bersama , Austin Thomas (PBS Paginatan), Yubidi Gompoyo (PBS Kundasang) dan Marinus Danin (PBS Karanaan) Exco Wanita dan Exco Pemuda serta Ketua-ketua Bahagian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/31/pbs-tekad-perkukuh-kerjasama-parti-lokal-dalam-grs-dr-joachim/feed/ 0 80358
PBS, Sabah STAR anjur Rumah Terbuka Krismas 25 Dis https://sabahmedia.com/2024/12/23/pbs-sabah-star-anjur-rumah-terbuka-krismas-25-dis/ https://sabahmedia.com/2024/12/23/pbs-sabah-star-anjur-rumah-terbuka-krismas-25-dis/#respond Mon, 23 Dec 2024 03:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65888
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput menghadiri Rumah Terbuka Krismas bersama, yang dianjurkan bersama oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Sabah STAR), pada Rabu ini (25 Dis).

Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut, yang juga merupakan pengerusi penganjur acara, memaklumkan bahawa sambutan ini akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

“Kami menjangkakan sekitar 6,000 orang akan menghadiri acara ini,” katanya sambil menambah bahawa pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan suasana.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, juga dijangka turut serta dalam sambutan ini.

Rumah Terbuka Krismas bersama ini, yang dimulakan tahun lalu, melambangkan kerjasama berterusan antara PBS dan Sabah STAR.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/23/pbs-sabah-star-anjur-rumah-terbuka-krismas-25-dis/feed/ 0 65888
Dakwaan Bung bahawa PBS sebagai pengkhianat adalah tidak benar – Christoper https://sabahmedia.com/2024/05/22/dakwaan-bung-bahawa-pbs-sebagai-pengkhianat-adalah-tidak-benar-christoper/ https://sabahmedia.com/2024/05/22/dakwaan-bung-bahawa-pbs-sebagai-pengkhianat-adalah-tidak-benar-christoper/#respond Wed, 22 May 2024 13:39:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54855
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kenyataan Bung Moktar bahawa PBS sebagai pengkhianat adalah tidak benar kerana penipu besar sebenarnya adalah UMNO sendiri, kata Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut.

Christoper menegaskan perkara itu berikutan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu video tular mendakwa Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai pengkhianat.

Christoper berkata, kenyataan yang dilontarkan itu jelas menunjukkan tahap pengetahuan Bung Moktar yang dangkal terhadap sejarah politik Sabah.

Katanya, sebagai seorang ahli politik veteran di Sabah, Bung Moktar seharusnya tahu tentang sejarah PBS dan tidak membuat tuduhan sedemikian kerana rakyat di luar sana tahu ia adalah satu penipuan.

“Sebagai pengetahuan dan ingatan semula Bung Moktar, PBS adalah sebuah parti politik tempatan pelbagai kaum di Sabah yang tertubuh atas kehendak dan gerakan kebangkitan rakyat pada tahun 1985” kata Christoper dalam satu kenyataan media hari ini.

Christoper berkata, PBS bertanding dalam Pilihanraya negeri pada 16 Mac 1985 walaupun baru berusia 47 hari selepas didaftarkan secara rasmi pada 5 Mac tahun tersebut.

“Pada pilihanraya berkenaan PBS telah memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Menurutnya, kemenangan itu walau bagaimanapun tidak disenangi oleh Kuala Lumpur. Akibatnya bermulalah layanan tidak adil dan dianaktirikan oleh Kuala Lumpur (KL). Pelbagai tohmahan dan tuduhan tidak berasas juga dilontarkan kepada PBS.

“Tekanan berterusan daripada pihak KL (dan para pemimpin parti yang kalah) bertujuan untuk mengganggu kestabilan politik (termasuk rusuhan) maka kerajaan yang baru dibentuk itu terpaksa dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN semula pada bulan Mei tahun 1986.

“Kali ini, PBS bukan hanya menang tipis tetapi berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan memenangi 34 daripada 48 kerusi iaitu kemenangan 2/3 di DUN Sabah.

“Malangnya, kemenangan besar berkenaan tidak menghentikan taktik dan usaha kotor pihak KL kepada kerajaan negeri Sabah di bawah PBS sehingga pada pilihanraya seterusnya yang diadakan tahun 1990.

“Di sinilah mereka mengarahkan dan menggerakkan seluruh jentera persekutuan untuk menghancurkan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Antara pengkhianatan yang mereka lakukan ialah memanipulasi senarai pengundi dengan memasukkan pengundi-pengundi hantu yang telah mereka atur melalui projek IC. Perkara ini dilaporkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum ini. Bukan fitnah,” katanya.

Tambah beliau lagi, pada masa ini Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh UMNO telah melebarkan sayapnya ke Sabah.

“Di sebalik semua taktik tipu dan kotor yang dilakukan termasuk politik wang PBS masih mampu memenangi 25 kerusi berbanding 23 kerusi dimenangi oleh BN.

“Ada beberapa rentetan peristiwa yang saya pilih untuk tidak disebut kali ini. Peristiwa tersebut antara penyebab kepada kejatuhan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada masa itu dan sememangnya didalangi oleh KL,” katanya.

Christoper berkata, persoalannya, siapa yang sebenarnya adalah pengkhianat?

“Kenyataan Bung Moktar bahawa PBS sebagai pengkhianat adalah tidak benar kerana penipu besar sebenarnya adalah UMNO sendiri.

“UMNO yang sebenarnya penyebab berlakunya kebanjiran PATI di Sabah, penyebab berlakunya ‘pengundi hantu’ di Sabah, penyebab pemberian IC palsu, penyebab politik wang dan pemecah-belah kerukunan dan perpaduan di Sabah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/22/dakwaan-bung-bahawa-pbs-sebagai-pengkhianat-adalah-tidak-benar-christoper/feed/ 0 54855
PBS komited memperkasa parti, bawa pembaharuan dalam parti https://sabahmedia.com/2023/09/24/pbs-komited-memperkasa-parti-bawa-pembaharuan-dalam-parti/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/pbs-komited-memperkasa-parti-bawa-pembaharuan-dalam-parti/#respond Sun, 24 Sep 2023 11:24:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42458
Read Time:2 Minute, 26 Second

PENAMPANG: Parti politik tertua di Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS) komited memperkasa parti itu dengan membawa beberapa pembaharuan dalam parti bagi memberi nafas baru, seperti yang diidamkan semua ahli, kata presidennya Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Katanya, hampir empat dekad kewujudan PBS, parti ini tidak terlepas dari dugaan dan cabaran.

“”Parti kita juga sering diaibkan dan dikatakan sebagai parti orang tua. But despite all these negative comments, PBS remains strong. Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya kita mengubah persepsi ini dengan membawa pembaharuan dalam parti bagi memberi nafas baru, seperti yang diidamkan semua ahli,” katanya dalam ucapan dasarnya sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Kali Ke-38 di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, hari ini.

Teks ucapan Maximus disampaikan oleh Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Maximus berkata, Jawatankuasa Semakan Perlembagaan PBS telah ditubuhkan bagi tujuan menyemak semula Perlembagaan PBS, serta memberikan cadangan bagi memperkasakan lagi parti ini.

” Jawatankuasa ini, yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai, dan disertai beberapa golongan professional, diberi mandat untuk menyemak dan membuat pindaan yang berkenaan.

“Antara pembaharuan yang ingin kita laksanakan ialah penganjuran Persidangan Perwakilan yang diubah daripada setiap tahun kepada sekali dalam tiga tahun. Keputusan ini melibatkan pindaan beberapa rang undang-undang dalam perlembagaan parti kita untuk disesuaikan dengan perubahan pelaksanaan mesyuarat kita kelak.

“Selain itu, Jawatankuasa ini juga memberi cadangan untuk mewujudkan satu pergerakan baharu, khusus buat para beliawanis kita, agar mereka dapat bergerak seiring dengan ahli-ahli lain dalam memperjuangkan misi dan visi parti kita,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya pergerakan tersebut menerima ahli berumur 18 tahun dan ke atas.

“Saya difahamkan, pergerakan ini menerima ahli berumur 18 tahun ke atas, sesuai dengan keputusan kerajaan lalu untuk menurunkan umur pengundi dari 21 ke 18. Adalah harapan saya agar golongan muda ini mendapat sokongan dan bimbingan dari ahli-ahli senior lain dalam parti.

“Usul ini dibuat sebagai salah satu strategi untuk meremajakan parti keramat ini. Kita harus berpandangan jauh, apatah lagi dalam senario politik pada masa ini di mana golongan muda semakin menunjukkan minat untuk berpolitik. Rebutlah kesempatan ini untuk menarik mereka menyertai PBS. Tapi jangan salah politik, kerana cara berpolitik yang salah hanya merugikan rakyat dan negeri. Jangan buang masa. Berpolitiklah dengan fakta, don’t just speak for the sake of arguing,” tegasnya.

Justeru itu, Maximus turut mengalu-alukan kehadiran ahli baharu khususnya daripada golongan muda menyertai PBS.

“Ini kerana penglibatan anak-anak muda ini mampu memperkasakan Parti Bersatu Sabah, dan diharapkan kita akan meloncat ke tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Turut hadir Penasihat Perdana,
Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan-Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Yee Moh Chai, dan Datuk Jahid Jahim, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Julita Majungki, Naib-Naib Presiden Parti Bersatu Sabah dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah, serta Ketua-ketua Bahagian dan juga Ketua- Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/pbs-komited-memperkasa-parti-bawa-pembaharuan-dalam-parti/feed/ 0 42458
KM hargai peranan utama PBS dalam mengukuhkan GRS https://sabahmedia.com/2023/07/25/km-hargai-peranan-utama-pbs-dalam-mengukuhkan-grs/ https://sabahmedia.com/2023/07/25/km-hargai-peranan-utama-pbs-dalam-mengukuhkan-grs/#respond Tue, 25 Jul 2023 10:49:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38923
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghargai peranan utama Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam mengukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebagai rakan kongsi utama dalam GRS, Hajiji berkata PBS perlu terus bekerja keras seiring dengannya
ahli komponen lain untuk mengukuhkan lagi gabungan tempatan sebagai pilihan rakyat Sabah.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi PBS di Seri Gaya, di sini, hari ini.

Mengetuai rombongan PBS bertemu Hajiji yang juga pengerusi GRS ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, pada mesyuarat itu, Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata PBS sebagai satu daripada komponen utama GRS, berjanji bekerjasama rapat dengan parti komponen lain untuk kukuhkan gabungan.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Dr Yee Moh Chai, Setiausaha Agung Datuk Julita Majungki, Bendahari Agung Datuk Lu Kim Yen, naib presiden Datuk Ruslan Muharam dan Hendrus Anding, pembantu setiausaha agung Jonnybone Kurum dan penolong bendahari agung Lo Su Fui.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/25/km-hargai-peranan-utama-pbs-dalam-mengukuhkan-grs/feed/ 0 38923
PBS, STAR bergabung: Setakat ini hanya sekadar cadangan – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2023/07/06/pbs-star-bergabung-setakat-ini-hanya-sekadar-cadangan-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/07/06/pbs-star-bergabung-setakat-ini-hanya-sekadar-cadangan-dr-joachim/#respond Thu, 06 Jul 2023 10:30:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37813
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menerima baik hasrat disuarakan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk kedua-dua parti bergabung, namun menganggap ia setakat ini hanyalah sekadar cadangan.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menjelaskan, setakat ini tiada perbincangan rasmi di antara kedua-dua pihak bagi tujuan itu (bergabung).

“Cerita bergabung ini adalah bersifat ‘premature to discuss’ (pramatang untuk dibincang) disebabkan tidak ada atau belum ada jawatankuasa rasmi yang dibentuk untuk membincangkan perkara ini,” kata Pengerusi Task Force PBS itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Joachim bagaimanapun berkata, PBS sememangnya sudah bekerjasama dengan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mana PBS dan STAR antara ahlinya.

“Kerjasama ini akan diteruskan dan diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17,” kata Dr. Joachim.

Beliau mengulas kepada kenyataan Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan baru-baru ini yang mengatakan STAR bersedia bergabung dengan PBS bagi mengukuhkan parti pelbagai kaum berasaskan Kadazan Dusun Murut (KDM) sebelum Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dua tahun lagi.

“PBS sudah bertapak di negeri ini sejak 38 tahun yang lalu. Perihal bergabung ini, perlu mendapat persetujuan semua ahli PBS melalui Persidangan Tahunan (kongres),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/06/pbs-star-bergabung-setakat-ini-hanya-sekadar-cadangan-dr-joachim/feed/ 0 37813
PBS fokus penuhi keperluan generasi muda, teruskan perjuangan tuntut hak MA63 https://sabahmedia.com/2022/12/09/pbs-fokus-penuhi-keperluan-generasi-muda-teruskan-perjuangan-tuntut-hak-ma63/ https://sabahmedia.com/2022/12/09/pbs-fokus-penuhi-keperluan-generasi-muda-teruskan-perjuangan-tuntut-hak-ma63/#respond Fri, 09 Dec 2022 09:43:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26023
Read Time:2 Minute, 43 Second

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah mengalihkan fokusnya dan menekankan program untuk memenuhi keperluan generasi muda.

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ia akan diletakkan di bawah sayap Pergerakan Belia Bersatu (BYM) dalam usaha menarik minat pengundi baharu, khususnya lepasan sekolah.

“Golongan belia memainkan peranan besar semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, justeru perlu penstrukturan semula dan pengalihan fokus parti khususnya kepada generasi muda.

“Kami bercadang untuk melaksanakan program hands-on untuk golongan muda dalam peranan kepimpinan dan penglibatan praktikal bersama pemimpin parti kami. Malah, terdapat beberapa aktiviti sedia ada turut dijalankan di bawah BYM dan Akademi Kepimpinan Bersatu (Akademi Kepimpinan Bersatu – AKB), yang akan direka bentuk semula untuk memenuhi senario politik semasa,” katanya.

Bercakap semasa mesyuarat Majlis Tertinggi PBS di ibu pejabatnya, di sini, pada Khamis, beliau menambah PBS juga akan meneruskan perjuangannya untuk menuntut hak negeri dan rakyat seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita berharap dapat mengadakan lebih banyak mesyuarat awam merangkap seminar, dan dewan bandaran mengenai perkara-perkara tertunggak di bawah MA63. Kali ini ia bukan sahaja mengenai mendidik orang ramai tentang hak tetapi setelah mendapatkan hak kita, dan bagaimana hak tersebut dapat meningkatkan kehidupan rakyat Sabah. , terutamanya dalam bidang pendidikan, kesihatan, perubahan ekonomi, keselamatan dan autonomi budaya dan agama dalam cara kita menjalani kehidupan di dalam Persekutuan.

“Hanya menjamin dan memelihara hak sahaja tidak mencukupi. Perkara-perkara penting yang belum selesai itu termasuk isu-isu seperti pembayaran balik 40 peratus, semakan dan pembayaran balik geran khas dan tunggakan yang pada masa ini hanyalah penyelesaian sementara,” tegasnya.

Beliau menambah bahawa isu lanjut termasuk mahkamah Borneo, pelantar benua dan bahagian lima peratus kepada Sabah dan Sarawak mengenai Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) dan implikasi status sama rata dalam perkongsian hasil dan belanjawan tahunan.

“Setakat ini, perkara ini belum ditangani. Kita perlu memastikan bahawa hak ini boleh ditukar kepada autonomi dalam pendidikan, kesihatan dan kemajuan ekonomi,” tegasnya.

Mengenai perkembangan lain, Ongkili, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), berkata perkara berkaitan MA63 mesti dibincangkan secara menyeluruh.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata perkara berkaitan MA63 yang dipersetujui untuk dipulihkan boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Kabinet.

“Masalahnya kebanyakan perkara yang berkaitan dengan hak negeri tidak begitu mudah. Ia berkait dengan beberapa isu lain yang berkaitan terutamanya soal undang-undang, dasar dan pelaksanaan. Jadi ia tidak boleh dikendalikan secara berasingan.

“Berdasarkan pengalaman saya (sebagai Menteri), kita perlu libatkan setiap perkara dengan beberapa kementerian yang berkaitan sebab sebelum ini sukar untuk memulihkan hak tersebut adalah kerana dalam hal pelaksanaan, sektor berkaitan itu perlu bertindak secara persefahaman.

“Sebelum ini, sangat sedikit yang boleh dicapai dalam pemulihan hak kerana akan ada kementerian atau jabatan lain yang akan membantah usaha itu untuk memulihkan hak kepada negeri ini.

“Kami telah mencubanya pada masa lalu dan mendapati bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah itu ialah membentuk satu jawatankuasa tunggal, di mana semua orang duduk dan membuat keputusan bersama-sama berhubung pelaksanaan,” katanya.

Menyahut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Maximus berkata hak Sabah dan Sarawak, serta rakyat Malaysia Timur tidak boleh dipulihkan dengan bekerja secara berasingan.

“Kita perlu bergerak secara serentak dan bersetuju bekerjasama untuk menyelesaikan isu hak tersebut,” tegas Maximus.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/09/pbs-fokus-penuhi-keperluan-generasi-muda-teruskan-perjuangan-tuntut-hak-ma63/feed/ 0 26023
Perlawanan Persahabatan Semarak Semangat Kesukanan https://sabahmedia.com/2022/03/17/perlawanan-persahabatan-semarak-semangat-kesukanan/ https://sabahmedia.com/2022/03/17/perlawanan-persahabatan-semarak-semangat-kesukanan/#respond Thu, 17 Mar 2022 02:42:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13115
Read Time:1 Minute, 4 Second

TAMPARULI: Aksi persahabatan Futsal mempertemukan pasukan TataQ Barambang dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Cawangan Kampung Molisau Tenghilan Ahad lalu menyaksikan keputusan berakhir seri 10-10.

Perlawanan yang diadakan itu merupakan inisiatif Pemuda PBS, bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.

TataQ Barambang turun dengan para pemain utama mereka yang datang dari beberapa kawasan, selain dari Kampung Molisau sendiri.

Manakala Pergerakan Pemuda PBS Cawangan Kampung Molisau pula menyaksikan kehadiran Ahli Jawatankuasa (AJK) mereka, termasuk ahli biasa.

Kapten pasukan TataQ Barambang, K. Alixto Akit, berkata, kebanyakan mereka bekerja setiap hari biasa, justeru, setiap hujung minggu merupakan masa mereka untuk bersukan, dan Futsal menjadi sukan pilihan mereka.

“Ramai belia sekarang tidak suka dengan permainan sukan fizikal, tidak peduli mengenai kesihatan mereka, dan lebih memilih untuk terperap di rumah bermain telefon atau permainan komputer,” katanya.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan permohonan sumbangan jersi futsal sebanyak 20 pasang, daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Permohonan tersebut disampaikan kepada Setiausaha Akhbar Kepada Menteri, yang juga Ketua Penerangan Pemuda PBS N.14 Tamparuli, Joanes Robert Johnny.

Untuk rekod, pasukan TataQ Barambang merupakan sebuah kelab bola sepak yang aktif menyertai pelbagai pertandingan sama ada Futsal atau bola sepak di daerah kecil Tamparuli.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/17/perlawanan-persahabatan-semarak-semangat-kesukanan/feed/ 0 13115
PBS Harap RUU Anti Lompat Parti Diluluskan Di Parlimen https://sabahmedia.com/2022/03/06/pbs-harap-ruu-anti-lompat-parti-diluluskan-di-parlimen/ https://sabahmedia.com/2022/03/06/pbs-harap-ruu-anti-lompat-parti-diluluskan-di-parlimen/#respond Sun, 06 Mar 2022 08:01:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12760
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dapat diluluskan di Parlimen.

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sebagai antara parti perintis RUU itu, selepas 37 tahun akhirnya Parlimen bersetuju dengan PBS mengenai keperluan mewujudkan Undang-Undang Anti Lompat Parti di negara ini.

“Saya menegaskan PBS sememangnya menentang kelakuan sedemikian. Kelakuan sedemikian umpama dosa, ia adalah pegangan politik yang tidak berprinsip.

“Bagi kami, perbuatan lompat parti sangat jahat, tidak adil, tidak mempunyai etika dan adab yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-37 parti itu di sini malam ini yang dihadiri kira-kira 150 tetamu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata beberapa cadangan pindaan Perlembagaan akan dibentang semasa persidangan Dewan Rakyat termasuk RUU Anti Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Ongkili, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), juga berkata sejak penubuhan PBS pada 1985, parti itu diuji dengan pelbagai cabaran, ada yang mengherdik malahan segelintir meramalkan ia tidak akan bertahan lama.

“Tetapi kami telah buktikan mereka salah. Kami masih di sini dan akan terus berjuang untuk kebaikan rakyat serta Sabah,” katanya.

Beliau berkata PBS akan terus menyokong penuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sambil menambah ketabahan dan semangat kuat parti itu adalah tunjang perjuangan untuk mengukuhkan lagi gabungan politik tersebut.

“Kami menyokong gabungan parti yang berkualiti terutama sekali yang menyediakan rangka kerja terhormat untuk Sabah. Negeri kita progresif, selamat dan penduduknya berbilang kaum. Kami tidak mahu satu gabungan yang bermusim, yang datang dan pergi.

“Oleh itu, yang paling penting ialah memilih dan mengenali rakan kongsi kita, bina kepercayaan dan perkongsian sejati. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk menerima parti baharu yang masih belum terbukti kesetiaan dan agenda sebenar mereka,” katanya.

Ongkili berkata fokus GRS ialah melindungi rakan kongsi asal dan mengukuhkan lagi perpaduan dalamannya.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/06/pbs-harap-ruu-anti-lompat-parti-diluluskan-di-parlimen/feed/ 0 12760