pbt sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Nov 2024 02:13:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pbt sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penguatkuasa PBT perlu berintegriti, telus dan berakauntabiliti https://sabahmedia.com/2024/11/10/penguatkuasa-pbt-perlu-berintegriti-telus-dan-berakauntabiliti/ https://sabahmedia.com/2024/11/10/penguatkuasa-pbt-perlu-berintegriti-telus-dan-berakauntabiliti/#respond Sun, 10 Nov 2024 02:13:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63525
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Semua penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diingatkan untuk terus mengamalkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata,  perhatian harus diberikan terhadap kewujudan penguatkuasa PBT di Sabah. 

Katanya, kehadiran penguatkuasa perlu dirasai masyarakat bagi memastikan penguatkuasa PBT Sabah dihormati dalam melaksanakan amanah mereka.

“Apabila masyarakat melihat penguatkuasa, yang seharusnya terlintas di fikiran mereka ialah pematuhan undang-undang dan peraturan. 

“Semua PBT harus berani dalam menjalankan tanggungjawab mereka tanpa menyalahgunakan kuasa, serta menanamkan sikap amanah, jujur dan integriti dalam setiap tugasan yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Persidangan Penguat Kuasa PBT Sabah 2024, di sini.

Dr. Joachim berkata, penganjuran persidangan yang pertama kali diadakan sejak penubuhan PBT Sabah sangat penting bagi menyuntik semangat kepada semua penguat kuasa PBT di negeri ini.

Katanya, persidangan tersebut dapat memberikan ilmu pengetahuan mendalam kepada penguatkuasa PBT Sabah, agar mereka melaksanakan tugas selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan hala tuju kementerian.

Seramai 122 pegawai penguatkuasa PBT Sabah menghadiri persidangan selama tiga hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mohd. Hamsan Awang Supain; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau yang juga pengerusi penganjur bersama dengan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Helmy Taib. 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/10/penguatkuasa-pbt-perlu-berintegriti-telus-dan-berakauntabiliti/feed/ 0 63525
PBT perlu pastikan PPR tidak disalah guna https://sabahmedia.com/2024/08/05/pbt-perlu-pastikan-ppr-tidak-disalah-guna/ https://sabahmedia.com/2024/08/05/pbt-perlu-pastikan-ppr-tidak-disalah-guna/#respond Mon, 05 Aug 2024 07:31:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58580
Read Time:2 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk memantau  Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan masing-masing agar kemudahan itu tidak disalahgunakan oleh penerima.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, terdapat kes dimana pemohon berjaya mendapatkan PPR tetapi menyewakan rumah itu kepada orang lain bagi mendapatkan keuntungan.

“Tindakan mereka ini membuktikan mereka tidak memerlukan PPR dan secara tidak langsung menggagalkan pihak yang betul-betul layak menerima PPR.

“Oleh itu, saya mahu semua PBT untuk menapis semua pemohon PPR dan memantau pelaksanaan PPR di kawasan masing-masing.

“Menurut perjanjian, mereka yang menerima PPR tidak dibenarkan untuk menyewakan rumah itu kepada orang lain,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) di sini hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri juga telah memohon sejumlah 5,000 PPR di Sabah untuk tahun hadapan.

“Saya telah bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini, dan memohon 5,000 PPR untuk Sabah dimasukkan dalam belanjawan kementeriannya pada tahun depan,” katanya.

Hajiji juga memohon semua PBT untuk melaksanakan lebih banyak program kesedaran kebersihan di kawasan masing-masing.

Katanya, kekurangan kesedaran terhadap kebersihan dalam kalangan rakyat adalah antara sebab masalah pembuangan sampah tidak dapat diselesaikan.

Berkaitan dengan isu setinggan, setelah menerima makluman daripada Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr Jamili Nais.

Hajiji berkata, adalah penting pasukan penguatkuasaan kerajaan tempatan menyelesaikan masalah itu.

“Sekiranya mereka nampak bangunan dibina di atas tanah kerajaan di kawasan masing-masing, mereka harus segera bertindak.

“Jangan tunggu sehingga menjadi setinggan penuh kerana ia akan mendatangkan cabaran,” katanya.

Jamili dalam taklimatnya menjelaskan, terdapat 281 koloni setinggan di Sabah. Jumlah paling banyak terletak di Kota Kinabalu, diikuti Sandakan dan Tawau.

Sementara itu katanya, Kota Belud, Tuaran dan Ranau tidak mempunyai koloni setinggan.

Sementara itu, Hajiji turut mengarahkan pegawai PBT agar lebih proaktif dan melakukan pemeriksaan berkala terhadap kemudahan awam seperti sistem perparitan dan lampu jalan dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri KKTP, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, pelbagai pendekatan telah diambil dan dilaksanakan untuk memastikan kesemua 25 PBT, jabatan dan agensi dibawah kementerian itu bergerak lebih aktif.

Katanya, kini PBT mempunyai tiga Majlis Perbandaran selepas Penampang dinaik taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran.

Beliau juga mengutamakan penyelesaian isu kemiskinan dalam pentadbiran PBT dan mengambil tindakan proaktif untuk  menyelesaikan isu koloni setinggan.

“Menyelesaikan masalah isu setinggan perlu pendekatan bersepadu daripada semua agensi berkaitan di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/05/pbt-perlu-pastikan-ppr-tidak-disalah-guna/feed/ 0 58580
PBT digesa beri fokus dalam penyediaan pelan strategik https://sabahmedia.com/2023/09/11/pbt-digesa-beri-fokus-dalam-penyediaan-pelan-strategik/ https://sabahmedia.com/2023/09/11/pbt-digesa-beri-fokus-dalam-penyediaan-pelan-strategik/#respond Mon, 11 Sep 2023 04:57:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41632
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri mahu semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Sabah menangkis tanggapan sikap bekerja sambil lewa dan perlu memberi fokus kepada tugas khususnya dalam penyediaan pelan strategik masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, PBT juga perlu memberi fokus kepada organisasi khususnya bagi meningkatkan lagi keberkesanan PBT dalam menyampaikan perkhidmatan dan membentuk PBT untuk menjadi lebih berdaya saing.

“ PBT perlu membangunkan kelebihan daya tarikan setempat dan memenuhi ekspektasi masyarakat serta memfokuskan isu dalam kawasan PBT tersebut.

“Selain itu, alam sekitar juga perlu dijadikan fokus iaitu dengan mewujudkan persekitaran mampan, membentuk PBT yang peka dengan kemampanan alam sekitar dalam melaksanakan pembangunan dan pengurusan perbandaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan PBT Tahunan Negeri Sabah bagi tahun 2023 di sini baru-baru ini.

Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, penyediaan pelan strategik perlu dibuat oleh semua PBT dimana ia akan dijadikan sebagai wacana panduan utama dalam merealisasikan hala tuju PBT tersebut.

Katanya, integriti dalam mentadbir urus PBT hendaklah dijadikan sebagai perkara penting.

“Pengurusan perolehan, pentadbiran harian perlu dijalankan dengan lebih telus dan berintegriti dan transparent. Penyediaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) hendaklah dibuat oleh setiap PBT yang ada di negeri ini.

“Dengan adanya pendekatan ini, tidak mustahil PBT yang ada di negeri ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, terdapat empat isu dan cabaran utama dihadapi PBT dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Beliau berharap agar persidangan ini mampu memberikan pelbagai ilmu, mengupas segala isu dan cabaran yang pada akhirnya akan dapat membantu mencari jalan bagi memperkasa PBT di negeri ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/11/pbt-digesa-beri-fokus-dalam-penyediaan-pelan-strategik/feed/ 0 41632