pbt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Mar 2026 23:51:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pbt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pantau peniaga dimusim perayaan, pastikan patuhi peraturan – Ruslan https://sabahmedia.com/2026/03/10/pantau-peniaga-dimusim-perayaan-pastikan-patuhi-peraturan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2026/03/10/pantau-peniaga-dimusim-perayaan-pastikan-patuhi-peraturan-ruslan/#respond Mon, 09 Mar 2026 23:51:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92950
Read Time:1 Minute, 15 Second

BEAUFORT: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkaitan disaran meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti perniagaan di kawasan tumpuan khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, peningkatan aktiviti perniagaan di pasar awam dan lokasi tumpuan orang ramai sempena musim perayaan memberi peluang kepada peniaga untuk menambah pendapatan, namun aspek kebersihan dan kualiti produk yang dijual perlu diberi perhatian serius.

Beliau berkata, kebersihan makanan dan kualiti jualan amat penting kerana ia berkait rapat dengan keselamatan serta kesihatan masyarakat yang membeli barangan berkenaan.

“Dalam masa yang sama, kita juga memahami ada peniaga kecil yang mungkin mengambil kesempatan berniaga walaupun tidak memiliki lesen.

“PBT boleh mempertimbangkan keadaan mereka, namun semua peniaga tetap perlu mematuhi peraturan yang sedia ada supaya perniagaan dapat dijalankan dengan lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program sumbangan bubur lambuk dan berbuka puasa  bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort di sini pada Isnin.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya turut mengalu-alukan penguatkuasaan yang lebih tegas bagi memastikan undang-undang dipatuhi, terutama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini melibatkan pihak penguat kuasa seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, Ruslan menekankan kepentingan kerjasama antara agensi penguat kuasa dan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan pegawai penguat kuasa terjamin ketika menjalankan tugas.

Katanya, kerjasama bersepadu antara agensi berkaitan amat penting bagi memastikan penguatkuasaan berjalan lancar serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/10/pantau-peniaga-dimusim-perayaan-pastikan-patuhi-peraturan-ruslan/feed/ 0 92950
SPRM Tahan Lelaki Rasuah Penguatkuasa, Lindungi Kegiatan Judi https://sabahmedia.com/2021/06/22/sprm-tahan-lelaki-rasuah-penguatkuasa-lindungi-kegiatan-judi/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/sprm-tahan-lelaki-rasuah-penguatkuasa-lindungi-kegiatan-judi/#respond Tue, 22 Jun 2021 02:37:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1704
Read Time:46 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai merasuah anggota penguatkuasa sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya, kira-kira 11 pagi tadi.

Difahamkan dua orang suspek wanita masing-masing berusia 23 tahun dan 57 tahun turut ditahan bersama lelaki itu yang juga ketua kumpulan berkenaan dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tawau yang menjalankan kegiatan judi haram, dipercayai sejak tahun lepas.

Turut dirampas sejumlah wang tunai kira-kira RM40,000 dan sitaan akaun lebih RM300,000 melibatkan empat akaun bank dipercayai hasil daripada kegiatan judi haram.

Pengarah SPRM Sabah S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata semua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata beberapa tangkapan susulan berkaitan kes itu akan dijalankan tidak lama lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/sprm-tahan-lelaki-rasuah-penguatkuasa-lindungi-kegiatan-judi/feed/ 0 1704