PCS inanam bola sepak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Dec 2024 04:55:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PCS inanam bola sepak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PCS Inanam juara Piala Datuk Dr Roland Chia https://sabahmedia.com/2024/12/02/pcs-inanam-juara-piala-datuk-dr-roland-chia/ https://sabahmedia.com/2024/12/02/pcs-inanam-juara-piala-datuk-dr-roland-chia/#respond Mon, 02 Dec 2024 04:55:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64766
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Karnival bolasepak Piala Datuk Dr Roland Chia yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan Protestant Church in Sabah (PCS) Inanam muncul juara selepas menewaskan Santa Katarina RC menerusi penentuan sepakan penalti di perlawanan akhir.

PCS Inanam dan Santa Katarina gagal menjaringkan sebarang gol dan sekadar seri 0-0 selepas masa permainan sebenar tamat.

Kejohanan bolasepak anjuran Majlis Gereja-Gereja Inanam yang diadakan di Padang Sukma itu menampilkan 15 pasukan bertanding bagi merebut hadiah wang tunai RM1500.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Roland Chia

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Roland Chia ketiak berucap pada kejohanan itu berkata, karnival bolasepak yang julung kali diadakan itu bakal menjadi aktiviti tahunan Majlis Gereja-Gereja Inanam sempena sambutan Krismas.

Beliau turut menggesa para pemimpin gereja dari semua dinominasi untuk mengambil peluang memohon dana khas kerajaan negeri untuk rumah ibadat Kristian di Sabah.

“Kerajaan menyediakan dana Bantuan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam sebanyak RM70 juta.

“Dana ini terbuka kepada semua organisasi berdaftar termasuk taska atau pusat asuhan di bawah naungan gereja, dan permohonan boleh dibuat mulai Januari ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/02/pcs-inanam-juara-piala-datuk-dr-roland-chia/feed/ 0 64766