pcs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Jun 2024 09:12:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pcs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PCS terus perkukuh GRS, perjuang hak Sabah – Anifah https://sabahmedia.com/2024/06/23/pcs-terus-perkukuh-grs-perjuang-hak-sabah-anifah/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/pcs-terus-perkukuh-grs-perjuang-hak-sabah-anifah/#respond Sun, 23 Jun 2024 09:12:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56428
Read Time:2 Minute, 15 Second

PENAMPANG: Parti Cinta Sabah (PCS) berhasrat untuk memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) susulan penerimaan kemasukannya ke dalam Gabungan tersebut pada 22 Mei lalu.

Presidennya, Tan Sri Anifah Aman berkata, kerjasama antara parti komponen GRS akan meningkatkan suara kolektif dan kredibiliti semua parti komponen GRS termasuk PCS dalam membawa aspirasi dan perjuangan hak Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Persidangan Agung Empat-Tahunan PCS di International Technology & Commercial Centre (ITCC) Penampang, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Presiden 1, Datuk Pang Yuk Ming.

Sehubungan dengan itu, Anifah berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, kerana menerima PCS ke dalam GRS.

Dalam ucapan dasar beliau, beliau juga mengakui terdapat keraguan awal dan cabaran daripada pihak luar tetapi menegaskan komitmen PCS terhadap kestabilan politik Sabah dan hak rakyat Sabah.

“Walaupun terdapat laporan media sinis dan kebimbangan luar terhadap kemasukan kami ke dalam GRS, tetapi, apa yang kita tawarkan kepada GRS adalah kestabilan politik yang diterajui oleh parti-parti tempatan,” kata Anifah.

Mengimbau perjalanan PCS sejak beliau memimpin parti itu dari tahun 2020, Anifah menyatakan semangat juang parti itu masih utuh walaupun tidak memenangi Pilihan Raya Negeri dan beberapa pemimpin telahpun meninggalkan parti.

“Komitmen tidak berbelah bahagi PCS untuk berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan hak Sabah, khususnya pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Selain kepentingan kemajuan ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur, menekankan bahawa matlamat ini hanya dapat dicapai jika hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dipenuhi,” katanya.

Beliau turut mengulangi kewajipan Sabah untuk menerima 40 peratus daripada hasil Persekutuan yang dikutip di negeri ini, yang akan meningkatkan projek pembangunan tempatan dengan pesat.

Anifah juga turut memuji inisiatif kerajaan baru-baru ini yang sejajar dengan manifesto PCS sebelum ini, seperti usaha untuk menghalang lompat parti dalam kalangan wakil rakyat.

“Selain itu, kerjasama Kerajaan Negeri dengan Petronas untuk melibatkan syarikat milik negeri dalam penerokaan minyak dan usaha berterusan untuk menambah kerusi parlimen Sabah,” katanya.

Anifah yang juga Pengerusi Invest Sabah Berhad juga menyebut rancangan untuk membawa universiti asing ke Sabah, menyediakan peluang pendidikan berkualiti untuk belia tempatan dan memastikan biasiswa untuk pelajar-pelajar Sabah yang layak.

“Begitu juga program kerajaan untuk melatih dan menggaji belia miskin tegar sebagai usaha serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan,” tambah beliau.

Sebagai persediaan PCS untuk Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada tahun 2025, Anifah menyeru semua ahli parti untuk memperkukuhkan jentera mereka dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau menggesa perwakilan untuk memilih pemimpin yang berpengalaman dan komited semasa persidangan tersebut bagi mengekalkan pengaruh parti dalam landskap politik Sabah.

“Kita mesti menegakkan prinsip ‘Sabah First’ untuk memastikan parti tempatan mentadbir Sabah demi manfaat generasi akan datang,” tegas Anifah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/pcs-terus-perkukuh-grs-perjuang-hak-sabah-anifah/feed/ 0 56428
Perlantikan JKDM Melanggar Perlembagaan Dan Bertentangan Dengan MA63 – Ansari https://sabahmedia.com/2024/05/26/perlantikan-jkdm-melanggar-perlembagaan-dan-bertentangan-dengan-ma63-ansari/ https://sabahmedia.com/2024/05/26/perlantikan-jkdm-melanggar-perlembagaan-dan-bertentangan-dengan-ma63-ansari/#respond Sun, 26 May 2024 09:52:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55035
Read Time:2 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu,– Cadangan terbaru untuk menubuhkan JKDM di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar  ini  adalah melanggar Perlembagaan dan bertentangan dengan semangat dan teks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC62) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ujar seorang ahli politik Sabah.

Peguam dan Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Ansari Abdullah berkata sejarah kerajaan tempatan dan pentadbiran di Sabah yang telah melalui beberapa peristiwa penting sejak tamatnya Perang Dunia Kedua seharusnya menjadi rujukan bagi menghormati semangat pejanjian Malaysia 1963(MA63).

Mengungkap balik sejarah, Kerajaan Sivil untuk Borneo Utara, yang kini dikenali sebagai Sabah, telah ditubuhkan semula pada 15 Julai 1946 iaitu selepas penyerahan tentera Jepun.  Di bawah North Borneo Cession Order in Council  yang diwartakan pada 10 Julai 1946, ianya menjadikan Sabah sebagai “Koloni Borneo Utara,” termasuk Labuan.

Semasa zaman kolonial, Borneo Utara ditadbir oleh Gabenor, dibantu oleh Residen dan Pegawai Daerah. Rangka kerja pentadbiran ini berkembang dengan penggubalan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar (cap 132) pada 6 Disember 1951.

Ordinan ini membolehkan penubuhan  pihak berkuasa tempatan untuk kawasan bandar dan melantik Ketua-ketua Anak Negeri dan ketua kampung untuk kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun pada tahun 1961 pula , Ordinan Kerajaan Tempatan (Ordinan No. 11 tahun 1961) telah diluluskan, di mana ianya mewujudkan satu undang-undang berasingan bagi pentadbiran bandar dan luar bandar.

Selepas  pembentukan Malaysia dibuat, rakyat Sabah kemudiannya telah mengemukakan “20 Perkara” sebagai langkah perlindungan dimana kawalan ke atas kawasan kritikal seperti tanah, perhutanan, dan kerajaan tempatan dikekalkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. 

Perlindungan ini dimasukkan ke dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam Senarai II (Senarai Negeri) perkara  4 dan Senarai IIA (Tambahan kepada Senarai Negeri untuk Negeri Sabah dan Sarawak) perkara 14.

Tambahnya  Pada masa kini, pentadbiran luar bandar, termasuk pelantikan ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), berada di bawah kawalan Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Majlis Perbandaran, dan Majlis Daerah.

“Dalam erti kata lain, ia di bawah kawalan dan arahan Kerajaan Negeri Sabah, bukan Kerajaan Persekutuan,” tegas beliau kepada Sabah Media hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan telah menyerahkan watikah pelantikan JKDM kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha jawatankuasa itu dari 66 kampung di Kinabatangan.

Pada Sabtu lalu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick percaya penubuhan JKDM di Sabah lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil rakyat di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menjelaskan pandangannya yang tidak bersetuju dengan penubuhan JKDM apabila ia dibangkitkan di Kabinet.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Moyog dan Kadamaian tidak dibincangkan penubuhan JKDM.

Dalam pada itu, tambah Ansari lagi, cadangan ini juga dilihat sebagai tidak konsisten dengan janji Kerajaan MADANI untuk melaksanakan perjanjian IGC62/MA63 dan pengembalian kuasa kepada Sabah dan Sarawak.

Jika dilaksanakan, cadangan ini boleh mengurangkan kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/26/perlantikan-jkdm-melanggar-perlembagaan-dan-bertentangan-dengan-ma63-ansari/feed/ 0 55035
Semua presiden parti sebulat suara terima PCS jadi komponen GRS – Masidi https://sabahmedia.com/2024/05/22/semua-presiden-parti-sebulat-suara-terima-pcs-jadi-komponen-grs-masidi/ https://sabahmedia.com/2024/05/22/semua-presiden-parti-sebulat-suara-terima-pcs-jadi-komponen-grs-masidi/#respond Wed, 22 May 2024 12:19:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54852
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Kesemua presiden parti secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun bahawa PCS yang diketuai oleh presiden parti, Senator Tan Sri Anifah Aman telah membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baru dalam GRS.

“Kesemua presiden parti secara sebulat suara menerima PCS menjadi komponen GRS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Masidi, penyertaan PCS, sebuah parti lokal merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di Sabah.

“Kami percaya bahawa dengan kerjasama yang lebih erat, kita dapat mencapai matlamat bersama untuk membangunkan negeri Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera. Selari dengan prinsip “Sabah First”, GRS kini semakin kukuh dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kami berharap agar rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha kita untuk membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/22/semua-presiden-parti-sebulat-suara-terima-pcs-jadi-komponen-grs-masidi/feed/ 0 54852
Bekas Pemimpin PCS Dipelawa Sertai PBRS https://sabahmedia.com/2021/12/18/bekas-pemimpin-pcs-dipelawa-sertai-pbrs/ https://sabahmedia.com/2021/12/18/bekas-pemimpin-pcs-dipelawa-sertai-pbrs/#respond Sat, 18 Dec 2021 11:52:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10054
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS) yang mengumumkan keluar parti itu semalam dipelawa untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata, pelawaan itu dibuat selepas mendengar berita dan pengumuman beberapa tokoh pemimpin politik, ketua bahagian serta ahli PCS yang keluar parti.

“Saya selaku Presiden PBRS ingin mempelawa kesemua mereka untuk menyertai PBRS untuk bersama dalam usaha menyatupadukan dan memajukan rakyat khususnya semua lapisan generasi kaum Kadazan, Dusun dan Murut.

“PBRS merupakan satu-satunya parti tempatan dalam komponen Barisan Nasional (BN) hari ini dimana kami yakin dan percaya bahawa dalam BN kita akan terus maju ke hadapan kearah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Semalam, beberapa pemimpin tertinggi PCS termasuk dua Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta beberapa ketua bahagian mengumumkan keluar daripada PCS.

Namun Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tindakan itu sebagai lumrah politik selain mendakwa ia disebabkan khuatir tidak terpilih lagi menjawat jawatan penting menerusi rombakan parti dalam masa terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/18/bekas-pemimpin-pcs-dipelawa-sertai-pbrs/feed/ 0 10054