PDRM Beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Sep 2026 03:26:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PDRM Beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PDRM Beaufort perkasa kesedaran jenayah dalam kalangan pelajar https://sabahmedia.com/2026/09/20/pdrm-beaufort-perkasa-kesedaran-jenayah-dalam-kalangan-pelajar/ https://sabahmedia.com/2026/09/20/pdrm-beaufort-perkasa-kesedaran-jenayah-dalam-kalangan-pelajar/#respond Sun, 20 Sep 2026 03:26:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103784
Read Time:49 Second

BEAUFORT: Kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah, buli, penipuan dalam talian dan kehamilan bawah umur terus diberi perhatian dalam usaha mencegah salah laku serta jenayah dalam kalangan pelajar.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh, berkata aspek pencegahan awal memerlukan kerjasama semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan warga sekolah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pada Program Permuafakatan PDRM Bersama Warga SMK Membakut II Bil. 2/2026 di Dewan Seri Gemilang, SMK Membakut II, pada 18 September lalu.

Program berkenaan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran pelajar terhadap risiko penyalahgunaan dadah, isu buli, penipuan dalam talian (scammer) serta kehamilan bawah umur.

Menurutnya, peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam mengenal pasti serta menangani gejala salah laku dan jenayah pada peringkat awal.

Program itu turut disertai pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort sebagai usaha memperkukuh kerjasama antara PDRM dan komuniti sekolah.

Inisiatif berkenaan juga menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan kepentingan mematuhi undang-undang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/20/pdrm-beaufort-perkasa-kesedaran-jenayah-dalam-kalangan-pelajar/feed/ 0 103784