pdrm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Apr 2024 08:40:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pdrm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keluarga Tun Hanif Omar Nafi tukar lokasi pengebumian https://sabahmedia.com/2024/04/22/keluarga-tun-hanif-omar-nafi-tukar-lokasi-pengebumian/ https://sabahmedia.com/2024/04/22/keluarga-tun-hanif-omar-nafi-tukar-lokasi-pengebumian/#respond Mon, 22 Apr 2024 08:40:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52934
Read Time:59 Second

CYBERJAYA — Keluarga bekas Ketua Polis Negara menafikan mereka menukar lokasi pengebumian jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar di Makam Pahlawan ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, kelmarin.

Anak kedua Allahyarham, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan pihak protokol dengan keluarga mengenai lokasi pengebumian itu.

Menurutnya, dia dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 9.45 pagi, supaya mempertimbangkan untuk jenazah bapanya dibawa ke Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya  Selepas berbincang dengan ibu saya, kami bersetuju. Ini adalah maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara.

“Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan oleh pihak protokol dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan saya sebagai waris dan wakil keluarga,” katanya

Tambah Abdul Rahmat  lagi, dia membuat kenyataan terbabit kerana terdapat khabar angin bahawa keluarganya membuat permohonan pertukaran itu.

Katanya, terdapat juga pihak membuat andaian berbaur politik yang tidak sihat.

Mohammed Hanif adalah Ketua Polis Negara ke-4 dan pernah memegang jawatan itu selama 20 tahun iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/22/keluarga-tun-hanif-omar-nafi-tukar-lokasi-pengebumian/feed/ 0 52934
DBKK, PDRM jalin kerjasama rapat benteras kegiatan jenayah di bandaraya https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/#respond Tue, 20 Feb 2024 08:14:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49770
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terutama pelancong dapat dipertingkatkan dalam tempoh terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ini susulan beberapa kejadian jenayah membabitkan seorang pekerja sebuah bank berdepan detik cemas apabila dipukul sebelum disamun dalam kejadian berhampiran sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, 16 Februari lalu.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan kayu.

“Kita akan bekerjasama rapat bersama dengan Polis Daerah Kota Kinabalu, agar kejadian seumpama ini dapat ditangani segera sekali gus bagi memastikan keselamatan pelancong serta orang ramai sentiasa terjamin.

“Kita sangat menekankan soal keselamatan orang ramai yang datang berkunjung di Bandaraya Kota Kinabalu terutama di hujung minggu ketika melawat Pasar Malam Jalan Gaya serta kawasan yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Sabin mengulas kejadian yang tular baru-baru ini mendapati mangsa sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerjanya.

“Bagaimanapun katanya, mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan dipukul menggunakan kayu dari arah belakang.

“Mangsa cuba mempertahankan diri namun suspek bertindak memukul mangsa beberapa kali.

“Suspek kemudiannya menarik beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri,” jelas Dr Sabin.

Menurutnya, DBKK memberi jaminan kejadian seumpama ini akan berjaya ditangani segera dengan hasil kerjasama rapat membabitkan Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Kita menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam,” ujar Dr Sabin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/feed/ 0 49770