pdrm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Nov 2025 07:39:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pdrm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pegawai, anggota PDRM bebas pilih calon pada PRU DU Sabah – KPN https://sabahmedia.com/2025/11/18/pegawai-anggota-pdrm-bebas-pilih-calon-pada-pru-dun-sabah-kpn/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/pegawai-anggota-pdrm-bebas-pilih-calon-pada-pru-dun-sabah-kpn/#respond Tue, 18 Nov 2025 07:36:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86266
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kebebasan penuh untuk memilih mana-mana calon atau parti politik pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17 tanpa sebarang arahan atau tekanan daripada pucuk pimpinan pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Haji Ismail menegaskan, penekanan beliau terhadap aspek kestabilan politik dan ekonomi sebelum ini tidak boleh disalah tafsir sebagai arahan untuk menyokong mana-mana pihak tertentu.

“Tidak. Kita percaya bahawa kestabilan itu penting, namun pilihan tetap di tangan pegawai dan anggota.

“Saya yakin mereka bijak menggunakan hak masing-masing. Ia bukan arahan daripada saya atau mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Khas bersama warga PDRM sempena persiapan PRU DU Sabah Ke-17 di sini, hari ini.

Majlis berkenaan menghimpunkan kira-kira 600 pegawai dan anggota daripada pelbagai batalion yang bertugas di daerah ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, kebebasan memilih adalah hak asasi setiap anggota polis termasuk mereka yang bertugas ketika tempoh pilihan raya berlangsung.

“Ya, kebebasan itu adalah hak masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan persiapan serta penugasan PDRM menghadapi PRU DUN Sabah berada pada tahap sangat memuaskan, termasuk ketika proses penamaan calon baru-baru ini.

“Alhamdulillah, keadaan sepanjang proses penamaan calon di 25 pusat penamaan berjalan lancar tanpa insiden tidak dijangka,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Cawangan Khas dan Ketua Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun atas komitmen memastikan keseluruhan operasi keselamatan pilihan raya berada dalam keadaan terkawal.

Seramai 9,200 pegawai dan anggota PDRM digerakkan di seluruh Sabah, termasuk bantuan kontinjen dari Semenanjung.

Mengenai aspek keselamatan, Mohd Khalid berkata, pihaknya mengenal pasti 15 kawasan hotspot berdasarkan rekod pilihan raya lepas, namun setakat ini keadaan adalah stabil.

“Tiada isu besar di Sabah Timur termasuk Tawau. Semua penugasan CID, Narkotik dan Cawangan Khas berjalan baik, dan individu yang berpotensi menimbulkan masalah turut dikenal pasti,” katanya.

Beliau turut menafikan kewujudan maklumat berhubung dakwaan pengundi hantu atau kemasukan warga asing dari luar.

“Setakat ini tiada maklumat mengenai pengundi hantu dan tiada laporan polis diterima. Saya percaya SPR melaksanakan sistem yang kukuh bagi menguruskan pilihan raya di Sabah,” katanya.

Mohd Khalid turut menyatakan keyakinan bahawa PRU DUN Sabah Ke-17 akan berlangsung dalam suasana aman dan teratur sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.

“Rakyat Sabah menantikan pilihan raya ini. Insya-Allah, semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/pegawai-anggota-pdrm-bebas-pilih-calon-pada-pru-dun-sabah-kpn/feed/ 0 86266
4,300 pegawai, anggota PDRM ditugaskan sempena penamaan calon PRU DU Sabah ke-17 esok https://sabahmedia.com/2025/11/14/4300-pegawai-anggota-pdrm-ditugaskan-sempena-penamaan-calon-pru-du-sabah-ke-17-esok/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/4300-pegawai-anggota-pdrm-ditugaskan-sempena-penamaan-calon-pru-du-sabah-ke-17-esok/#respond Fri, 14 Nov 2025 03:51:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85740
Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Seramai 4,300 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 yang berlangsung esok (15 Nov).

Mohd Khalid (dua kiri) bersama Jauteh (kiri) semasa sidang media di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata penugasan itu adalah sebahagian daripada persiapan keselamatan di 25 pusat penamaan calon di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan amanat sempena Perjumpaan Khas Ketua Polis Negara bersama petugas PDRM bagi PRU DUN Sabah Ke-17, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 9,300 pegawai dan anggota ditempatkan di seluruh Sabah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman terjamin sepanjang proses pilihan raya di 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Beliau berkata penugasan itu turut membabitkan kerjasama rapat Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, termasuk dalam aspek kawal selia keselamatan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

“Kita mahu memastikan semua berjalan lancar, termasuk kawalan trafik serta kemudahan untuk semua pihak terlibat. Petugas CID juga diarahkan melakukan penugasan khusus,” katanya.

Mohd Khalid turut memaklumkan bahawa polis mempunyai pasukan bantuan seramai 1,200 anggota, yang akan digerakkan bergantung kepada penilaian keperluan semasa oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, terutama mengambil kira perubahan cuaca Monsun Timur Laut.

Mengulas kawasan berisiko, beliau berkata kira-kira 15 lokasi dikenal pasti sebagai ‘hotspot’, termasuk sekitar Kota Kinabalu dan kawasan pantai timur Sabah, melibatkan isu politik dan aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan tertentu.

Beliau berkata pasukan Light Strike Force (LSF) dan Public Order Riot Unit (PORU) turut akan digerakkan sekiranya terdapat insiden melibatkan kekerasan atau gangguan ketenteraman awam.

“Saya menyeru semua parti politik, NGO dan pertubuhan untuk mengekalkan keamanan. Jangan cetuskan provokasi, isu perkauman atau fitnah. Kita mahu suasana harmoni Sabah terus kekal demi rakyat negeri ini dan seluruh Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/4300-pegawai-anggota-pdrm-ditugaskan-sempena-penamaan-calon-pru-du-sabah-ke-17-esok/feed/ 0 85740
Rebat RAHMAH Sempena Hari Polis ke-218, anggota PDRM luah rasa syukur https://sabahmedia.com/2025/03/26/rebat-rahmah-sempena-hari-polis-ke-218-anggota-pdrm-luah-rasa-syukur/ https://sabahmedia.com/2025/03/26/rebat-rahmah-sempena-hari-polis-ke-218-anggota-pdrm-luah-rasa-syukur/#respond Wed, 26 Mar 2025 06:35:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71123
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik pemberian Insentif Rebat RAHMAH yang diumumkan kerajaan sempena Hari Polis ke-218, sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka menjaga keselamatan negara.

Inisiatif khas yang diumumkan oleh Kerajaan MADANI ini menawarkan rebat bil kepada anggota yang melanggan pelan pascabayar (postpaid) dan tambahan nilai kepada pengguna prabayar (prepaid).

Dorarin

Bagi Asisten Superintendan (ASP) Dorarin Guanoi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wilayah Persekutuan Labuan, insentif ini merupakan sesuatu yang amat bermakna buat pasukan keselamatan.

“Saya menyokong dan gembira kerana sebelum ini belum pernah menerima insentif sebegini. Ia adalah satu penghargaan besar kepada PDRM,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini sambil memaklumkan seramai 32 orang yang terpilih di kalangan warga polis Labuan menerima bakul makanan salah satu pengisian acara sempena sambutan Hari Polis di Labuan kelmarin.

Sementara itu, ASP Rechi John Chuhing, turut meluahkan rasa terharu atas perhatian yang diberikan kepada anggota PDRM.

Rechi

“Saya berterima kasih kepada pengendali telekomunikasi kerana memberi kemudahan percuma ini. Tidak pernah diberikan sebelum ini oleh mana-mana kerajaan,” ujarnya.

Bagi Sarjan Arita Mabni, inisiatif ini bukan sahaja tanda penghormatan, malah dapat membantu dalam mengurangkan beban kewangan anggota.

Arita

“Saya menyokong dan gembira dengan usaha kerajaan ini. Ia sedikit sebanyak dapat memberikan penjimatan kepada kami,” katanya.

Turut senada, Sharil Mastar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berharap insentif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Saya amat gembira dan menyokong insentif ini dan insentif-insentif lain yang dilaksanakan. Jika diteruskan, ia dapat mengurangkan beban tanggungan anggota PDRM,” katanya.

Dalam pengumuman yang dibuat di Putrajaya semalam, Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa insentif ini melibatkan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE, dan XOX Com.

Lebih 127,000 anggota PDRM bakal menerima manfaat ini, dengan rebat bil diberikan dalam bulan April, Mei, atau Jun, bergantung kepada kitaran bil pengguna.

Tahun lalu, insentif yang sama turut diperkenalkan untuk pengamal media tempatan sempena Bulan Kebangsaan.

Bagi anggota yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh merujuk kepada laman web rasmi Kementerian Komunikasi di pautan berikut: https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/26/rebat-rahmah-sempena-hari-polis-ke-218-anggota-pdrm-luah-rasa-syukur/feed/ 0 71123
PDRM-Sabah Electricity perkukuh kerjasama banteras kecurian elektrik https://sabahmedia.com/2025/02/28/pdrm-sabah-electricity-perkukuh-kerjasama-banteras-kecurian-elektrik/ https://sabahmedia.com/2025/02/28/pdrm-sabah-electricity-perkukuh-kerjasama-banteras-kecurian-elektrik/#respond Fri, 28 Feb 2025 08:10:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69551
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity terus memperhebat usaha membanteras kecurian elektrik dengan menyumbangkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) kepada Jabatan Siasatan Jenayah (Unit D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, menegaskan bahawa sumbangan ini bukan sekadar penyerahan aset, tetapi bukti komitmen syarikat tenaga itu dalam memastikan jenayah kecurian elektrik tidak terus berleluasa.

“Sejak 2021 hingga tahun lalu, sebanyak 101 operasi khas telah dijalankan, khususnya bagi membanteras kegiatan perlombongan bitcoin dan penyalahgunaan bekalan elektrik dalam industri. Hasilnya, 29 individu berjaya diberkas, sekali gus menyelamatkan Sabah Electricity daripada kerugian mencecah RM17.9 juta,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Aset Sokongan Operasi (Kenderaan Pacuan Empat Roda) Sabah Electricity kepada Jabatan Siasatan Jenayah (Unit D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini (28 Feb).

Menurutnya, kolaborasi erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuahkan hasil yang positif, namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi menangani ancaman ini.

Justeru, beliau turut memberi amaran bahawa kecurian elektrik bukan sekadar isu kerugian kewangan, tetapi turut menjejaskan kestabilan bekalan tenaga dan membahayakan keselamatan masyarakat.

“Kegiatan haram ini bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan elektrik, tetapi juga boleh mencetuskan kebakaran dan membahayakan nyawa penduduk sekitar,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya kenderaan 4×4 yang disumbangkan ini, operasi membanteras kecurian elektrik terutama di sekitar Kota Kinabalu dijangka akan lebih berkesan dan pantas.

Beliau turut menyeru masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dalam membanteras jenayah ini dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, PDRM menghargai kerjasama strategik dengan Sabah Electricity dalam usaha membanteras penyambungan elektrik haram di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, menerusi ucapan yang disampaikan oleh timbalannya DCP Datuk Shahurinain Jais menegaskan bahawa aktiviti haram ini bukan sahaja berlaku di kawasan setinggan, tetapi juga premis komersial seperti kedai dan kilang, sekali gus menjejaskan kemajuan ekonomi serta sosial negeri.

“PDRM memerlukan kerjasama berterusan dengan Sabah Electricity bagi membanteras kecurian elektrik dan memastikan kestabilan tenaga serta ekonomi negeri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/28/pdrm-sabah-electricity-perkukuh-kerjasama-banteras-kecurian-elektrik/feed/ 0 69551
Nuraina Humaira mungkin dirogol sebelum dibunuh – Polis https://sabahmedia.com/2024/08/18/nuraina-humaira-mungkin-dirogol-sebelum-dibunuh-polis/ https://sabahmedia.com/2024/08/18/nuraina-humaira-mungkin-dirogol-sebelum-dibunuh-polis/#respond Sun, 18 Aug 2024 11:47:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59280
Read Time:1 Minute, 40 Second

PERAK — Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu Sabtu lalu dirogol sebelum dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas Nuraina Humaira Rosli, 10, menemui kesan koyakan pada kemaluan.

Katanya laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput pada jam 4.30 petang itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.

“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak ini yang mempunyai masalah pendengaran dan lembam telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemui.

“Dengan perkembangan baharu ini, kes yang pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput hari ini.

Beliau berkata, susulan kes itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, remaja berkenaan yang juga saudara terdekat mangsa ditahan di kediamannya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu pada jam 5.30 petang pada Ahad.

“Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok (Isnin) di Mahkamah Majistret Sungai Siput.

“Setakat ini polis telah merakam percakapan penduduk kampung dan kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Khaizam berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati, tempat terakhir kanak-kanak berkenaan dilihat adalah di Surau Madrasah Darulsalam yang jaraknya kurang 100 meter dari rumah keluarganya sekitar jam 3 petang pada Jumaat.

“Jadi kehilangan mangsa disyaki berlaku dalam tempoh berkenaan.

“Siasatan masih di peringkat awal jadi kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ke sini untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian itu, mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di kampung berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/18/nuraina-humaira-mungkin-dirogol-sebelum-dibunuh-polis/feed/ 0 59280
Polis rampas lebih RM5 juta pelbagai barangan melalui Operasi Khas Benteras Penyeludupan https://sabahmedia.com/2024/05/21/polis-rampas-lebih-rm5-juta-pelbagai-barangan-melalui-operasi-khas-benteras-penyeludupan/ https://sabahmedia.com/2024/05/21/polis-rampas-lebih-rm5-juta-pelbagai-barangan-melalui-operasi-khas-benteras-penyeludupan/#respond Tue, 21 May 2024 00:34:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54730
Read Time:2 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR — PDRM melalui Kerjasama pelbagai agensi Penguatkuasaan dan operasi telah berjaya menahan seramai 10 individu, termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas pada 14 Mei hingga 18 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata pihaknya turut merampas pelbagai barangan, hidupan liar dan barang kawalan dianggarkan bernilai RM5.45 juta.

Menurutnya melalui Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (Wcb/Psk), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Jkdnka)Melancarkan Enam Operasi Khas iaitu Op Taring Bravo 1, Operasi Bersepadu Khazanah, Op Taring Chiller Dan Op Taring Bravo 3  Yang Melibatkan Enam Serbuan Di Sekitar Kawasan Negeri Selangor, Terengganu, Sarawak Dan Sabah.

“Serbuan pertama berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan menahan empat lelaki warga tempatan di Puchong, Selangor pada 14 Mei lalu.

“Polis merampas 98,400 liter minyak diesel bersubsidi, sebuah lori bonded, sebuah lori tangki, sebuah treler serta dua kontena. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Kamarudin berkata, serbuan kedua pula polis menumpaskan sindiket penyeludupan hidupan liar dan seorang lelaki warga tempatan di Besut, Terengganu pada 15 Mei lalu.

“Polis berjaya merampas 58 ular pelbagai jenis dan lapan telur haiwan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 60 (1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Seksyen 22 (1) akta sama,” katanya.

Beliau berkata, pada hari sama polis bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Sibu, Sarawak membanteras aktiviti penyimpanan beras import dan penyeludupan bahan barangan sejuk beku.

“Kita menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sebanyak 649,750 kilogram beras import yang bernilai RM2.12 juta.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) kesalahan di bawah Peraturan 8(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit 1996,” katanya.

Katanya, serbuan keempat sebanyak 5,831 kotak makanan sejuk beku mengandungi pelbagai bahagian ayam telah dirampas.

“Tindakan kompaun sebanyak RM 25,000 dilaksanakan serta-merta seperti yang termaktub di bawah Seksyen 9(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

Beliau berkata, serbuan kelima yang dijalankan pada 16 Mei lalu di Gombak, Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan hidupan liar susulan penahanan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

“Hasil serbuan, kita merampas enam burung pelbagai jenis antaranya Bayan Serindit, Ruak Ruak dan Greater Green Leafbird,” katanya.

Tambah, Mohd Kamarudin lagi,  pihaknya juga berjaya membanteras aktiviti penyimpanan gula kasar bersubsidi tanpa kebenaran di Kota Kinabalu, Sabah, pada 18 Mei lalu.

“Dalam serbuan itu dua lelaki warga tempatan ditahan dan sebanyak 52,944 kilogram gula kasar bersubsidi yang bernilai RM 256,626 dirampas,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan seramai 172 orang ditahan atas pelbagai kesalahan yang melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi serta penyeludupan hidupan liar dalam 78 serbuan di seluruh negara.

“Serbuan turut merampas pelbagai jenis rokok, arak, minyak diesel, minyak masak, gula, beras, hidupan liar, bunga api dan mercun, makanan sejuk beku serta minyak masak terpakai yang dianggarkan bernilai lebih RM194 juta,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/21/polis-rampas-lebih-rm5-juta-pelbagai-barangan-melalui-operasi-khas-benteras-penyeludupan/feed/ 0 54730
Bekas Sarjan Wanita Didenda RM8,000 Selepas Mengaku Salah Tutup Kes Cabul https://sabahmedia.com/2024/05/13/bekas-sarjan-wanita-didenda-rm8000-selepas-mengaku-salah-tutup-kes-cabul/ https://sabahmedia.com/2024/05/13/bekas-sarjan-wanita-didenda-rm8000-selepas-mengaku-salah-tutup-kes-cabul/#respond Mon, 13 May 2024 08:36:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54355
Read Time:1 Minute, 11 Second

KUALA LUMPUR — Bekas anggota polis wanita berpangkat sarjan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menerima rasuah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mencabul, dua tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang juga bekas penolong pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Nur Mastisha Maidinsha, 39, selepas dia menukar pengakuan bersalah atas dua pertuduhan pilihan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 40 hari jika gagal membayar denda, menurut Harian Metro.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, dia didakwa menerima wang RM6,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki yang mana tertuduh mengetahui bahawa lelaki itu ada hubungan dengan kerja rasmi bekas anggota polis itu.

Kesalahan dilakukan di IPK Kuala Lumpur dan sebuah stesen minyak di Batu 9 dekat Cheras, 8 malam serta 8.05 malam pada 1 dan 12 Oktober 2022 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurul Atiqah berkata, kesalahan rasuah itu merosakkan reputasi, mengurangkan kepercayaan masyarakat serta ‘menconteng arang ke muka’ pasukan polis.

“Bagi fakta kes yang diakui, tertuduh memperoleh wang suapan untuk dirinya supaya tidak mengambil tindakan ke atas suspek jenayah seksual.

“Faktor kepentingan awam antara pertimbangan utama mahkamah dalam memutuskan hukuman yang sesuai terhadap tertuduh,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/13/bekas-sarjan-wanita-didenda-rm8000-selepas-mengaku-salah-tutup-kes-cabul/feed/ 0 54355
SAU Tewaskan IPD KK Dalam Perlawanan Persahabatan https://sabahmedia.com/2022/02/27/sau-tewaskan-ipd-kk-dalam-perlawanan-persahabatan/ https://sabahmedia.com/2022/02/27/sau-tewaskan-ipd-kk-dalam-perlawanan-persahabatan/#respond Sun, 27 Feb 2022 06:48:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12572
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Perlawanan persahabatan mempertemukan Sabah Artist United (SAU) menentang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Padang Sukma A Jumaat lalu menyaksikan SAU mencatatkan kemenangan sulung mereka.

Program yang sekian lama terhenti disebabkan Pandemik COVID-19 itu, kembali diaktifkan setelah mendapat respon positif daripada para penggiat seni Sabah, terutama mereka yang aktif dalam sukan.

Pelakon dan penggiat filem tempatan, Soley Maubil meledak gol pertama perlawanan dari jarak 30 meter, setelah menerima umpanan penyanyi sensasi S.Welly.

Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat wisel separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, SAU menambah dua lagi gol hasil jaringan penyanyi Rap Bajau, Asbow Daling-Daling, sebelum pihak lawan berjaya mendapat gol pertama mereka.

Sebelum tamat separuh masa kedua, SAU berjaya mendapat gol keempat, kali ini menerusi jaringan cantik oleh komposer dan penerbit lagu Momuhobo, Benn Simon Bukag, dari jarak kira-kira 15 meter, juga hasil umpanan bola oleh S.Welly.

Artis lain yang turut beraksi ialah penyanyi sensasi Maldini Sidney, Malvin Kalbin, Steve Johnny Mositun, Jay Jay Chrystie, Emjey Yassin, Ray Ohaa, dan jurufoto Freddy Au.

Sementara itu, artis baharu yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), AJ Flee Zey, turut bermain bersama pasukannya, IPD KK.

Hadir sama membantu dari segi sumbangan cenderahati dan jersi ialah rakan artis yang juga jurufoto dan usahawan cetakan, Mahapson Mahap.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/27/sau-tewaskan-ipd-kk-dalam-perlawanan-persahabatan/feed/ 0 12572
Kesiapsiagaan PDRM Ranau Dipuji – Jonathan https://sabahmedia.com/2022/01/24/kesiapsiagaan-pdrm-ranau-dipuji-jonathan/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/kesiapsiagaan-pdrm-ranau-dipuji-jonathan/#respond Mon, 24 Jan 2022 07:54:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11492
Read Time:1 Minute, 40 Second

RANAU: Langkah kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di daerah ini dipuji oleh Timbalan Menteri  Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin semasa lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, pada Isnin. (24 Jan)

Jonathan berkata, PDRM IPD Ranau sentiasa siap siaga dari masa ke semasa memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

“Ini terbukti banyak kejayaan PDRM IPD Ranau dalam membenteras segala kegiatan negatif termasuklah penyalahgunaan dan pengedaran dadah, pembuatan senjata api buatan sendiri (bakakuk) dan mereka yang menyimpan  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tidak memiliki dokumen sah,” katanya dalam ucapan ringkas bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh anggota PDRM Ranau.

Datuk Jonathan (dua kiri) ketika memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat PDRM Ranau.

Terdahulu semasa lawatan itu, Jonathan dijemput ke acara pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormat sebelum dijemput ke Bilik Mesyuarat Utama IPD Ranau untuk mengikuti taklimat khas daripada Deputi Superintendan Polis (DSP) Simiun Lumudin.

Dalam pada itu, Jonathan turut memuji PDRM Ranau kerana berjaya mengesan ramai warga tempatan yang terlibat dengan kes pelaburan tidak wujud dalam talian.

“Kes seumpama itu amat merugikan individu berkenaan dan keluarganya jika dibiarkan berleluasa, kita mesti benteras daripada berterusan,” tegasnya.

Jonathan juga mengharapkan kepada anggota PDRM  IPD Ranau supaya mengekalkan budaya kerja berintegeriti dan berdisiplin tinggi setiap masa.

“Saya bangga dengan kejayaan PDRM di sini kerana berganding bahu dengan agensi yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat dalam usaha mencari dan menyelamat kes-kes tertentu seperti mangsa banjir, mangsa kemalangan jalan raya dan orang yang dilaporkan hilang,” jelas Jonathan, yang seterusnya meluluskan peruntukan berjumlah RM20 ribu kepada Tabung  Kelab PDRM IPD Ranau.

Datuk Jonathan seterusnya di bawa melawat bilik-bilik unit PDRM termasuk bangunan flat perumahan IPD yang mengalami beberapa kerosakan selepas gempa bumi yang berlaku di Ranau pada tahun 2015.

Hadir sama semasa lawatan itu ialah, Lajim Abdul Momin Setiausaha Sulit Datuk Jonathan dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/kesiapsiagaan-pdrm-ranau-dipuji-jonathan/feed/ 0 11492
KDN Serta Agensi Dibawah Sentiasa Bersedia Bantu Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/12/28/kdn-serta-agensi-dibawah-sentiasa-bersedia-bantu-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/kdn-serta-agensi-dibawah-sentiasa-bersedia-bantu-masyarakat/#respond Tue, 28 Dec 2021 11:15:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10406
Read Time:1 Minute, 3 Second

RANAU : Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi dibawahnya sentiasa bersedia membantu masyarakat khususnya ketika banjir dan pasca banjir termasuk di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yassin berkata, agensi seperti Polis dan RELA telah bertindak lebih awal membantu mangsa bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

“Pihak KDN sejak awal lagi khususnya di peringkat bawah sudah bergerak membantu mangsa terlibat walaupun banyak yang mengatakan kita tidak datang cepat.

“Namun sebenarnya agensi dibawah KDN sudah bergerak lebih awal membantu mangsa terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) Kali Ke-6 2021 di Dewan Kilimu disini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Noor Khairi Abd Rahman.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, sehingga kini agensi dibawah KDN masih bekerja keras membantu masyarakat khususnya mangsa yang terkesan akibat banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung.

Sementara itu, beliau turut menyeru masyarakat khususnya penduduk di daerah ini untuk sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan perubahan cuaca.

Katanya, penduduk setempat juga diminta untuk sentiasa menjaga diri bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, pada majlis itu, Jonathan turut mengumumkan bantuan RM10,000 kepada PVMKS bagi ahli persatuan memperkasakan lagi aktiviti persatuan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/kdn-serta-agensi-dibawah-sentiasa-bersedia-bantu-masyarakat/feed/ 0 10406