pecah rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 08 Feb 2026 05:47:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pecah rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lima lelaki ditahan, polis rampas barang kes pecah rumah di Penampang https://sabahmedia.com/2026/02/08/lima-lelaki-ditahan-polis-rampas-barang-kes-pecah-rumah-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/02/08/lima-lelaki-ditahan-polis-rampas-barang-kes-pecah-rumah-di-penampang/#respond Sun, 08 Feb 2026 05:43:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91247
Read Time:1 Minute, 5 Second

PENAMPANG: Polis berjaya menahan lima lelaki dan merampas pelbagai barangan dipercayai berkaitan kes pecah rumah dalam satu serbuan di daerah Putatan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, tangkapan itu dibuat susulan siasatan kes pecah rumah di sebuah kediaman tidak berpenghuni yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian di daerah ini, dengan anggaran kerugian kira-kira RM10,000.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menjalankan serbuan ke atas sebuah rumah di Putatan sebelum menahan kesemua suspek.

“Lima lelaki berusia antara 26 hingga 31 tahun ditahan dan pelbagai barangan yang disyaki hasil curi turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah dan dadah, manakala saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Penampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen polis daerah dalam membanteras jenayah harta benda dan menasihatkan orang awam supaya sentiasa memastikan keselamatan premis serta harta benda, khususnya rumah yang tidak berpenghuni.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/08/lima-lelaki-ditahan-polis-rampas-barang-kes-pecah-rumah-di-penampang/feed/ 0 91247
Polis tumpaskan kes pecah rumah dan curi kenderaan, dua suspek ditahan https://sabahmedia.com/2025/12/23/polis-tumpaskan-kes-pecah-rumah-dan-curi-kenderaan-dua-suspek-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/12/23/polis-tumpaskan-kes-pecah-rumah-dan-curi-kenderaan-dua-suspek-ditahan/#respond Tue, 23 Dec 2025 11:03:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88770
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Dua suspek tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan menerusi satu operasi khas yang dijalankan di sekitar kawasan Menggatal, lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata tangkapan itu hasil tindakan pantas dan risikan terperinci oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, sekali gus berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam.

Menurutnya, kedua-dua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Menggatal pada malam kejadian.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam satu kes utama pecah rumah dan curi kenderaan yang berlaku di kawasan Taman Ujana Kingfisher, selain dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga lagi kes pecah rumah di sekitar daerah Luyang dan Menggatal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah, termasuk sebuah kenderaan, peralatan pecah rumah yang diubah suai, telefon bimbit pelbagai jenama, jam tangan pintar, komputer tablet, kamera digital, beg tangan serta barangan peribadi lain.

Tambahnya, hasil semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah, curi dan kes berkaitan dadah, manakala seorang lagi suspek juga mempunyai rekod jenayah terdahulu bagi kes seumpama itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek didapati positif dadah, manakala seorang lagi negatif,” katanya.

Kedua-dua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes jenayah lain di sekitar Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Kasim menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya IPD Kota Kinabalu, dalam membanteras jenayah harta benda serta menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah demi keselamatan bersama.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/23/polis-tumpaskan-kes-pecah-rumah-dan-curi-kenderaan-dua-suspek-ditahan/feed/ 0 88770
“Geng Lele” penjenayah tegar pecah rumah tumpas https://sabahmedia.com/2023/11/10/geng-lele-penjenayah-tegar-pecah-rumah-tumpas/ https://sabahmedia.com/2023/11/10/geng-lele-penjenayah-tegar-pecah-rumah-tumpas/#respond Fri, 10 Nov 2023 07:02:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45013
Read Time:4 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai “Geng Lele” dipercayai terlibat dan bergiat aktif melakukan jenayah pecah rumah pada waktu siang di sekitar Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, Geng Lele juga giat melakukan jenayah pecah rumah bukan sahaja di Kota Kinabalu tetapi juga di daerah-daerah lain seperti Penampang, Papar dan Beaufort.

“Geng ini diketuai oleh seorang warga tempatan lelaki berumur 28 tahun bersama dua individu lelaki seorang berbangsa Cina dan seorang warga Filipina.

“Siasatan lanjut yang dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek, mereka telah mengaku terlibat dalam kes pecah rumah dan curi serta melakukan jenayah itu di daerah Kota Kinabalu (Luyang lapan kes, tiga kes Tanjung Aru dan satu kes di Kota Kinabalu).

“Selain itu, siasatan juga mendapati kumpulan ini turut melakukan masing-masing satu kes di daerah Papar dan Beaufort manakala dua kes lagi di daerah Penampang,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu hari ini.

Menurut Mohd zaidi, pihak polis telah menerima satu laporan pada 27 Oktober 2023 jam 6.14 petang yang dibuat oleh pengadu iaitu seorang ahli perniagaan yang menyatakan bahawa kediamannya telah dimasuki pencuri dan sebuah peti besi yang diletakkan didalam bilik tingkat atas rumahnya yang mengandungi wang tunai, beberapa barang kemas serta dokumen penting telah dilarikan oleh suspek. Anggaran kerugian lebih kurang RM60,000.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian pengadu tidak berada di rumah, namun kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bahagian dalam dan luar rumah pengadu telah berjaya merakam kelibat serta perbuatan suspek semasa kejadian.

“Hasil siasatan dan risikan berterusan yang dibuat oleh polis dari IPD Kota Kinabalu, pada 6 November 2023 lebih kurang jam 7.30 malam telah berjaya menumpaskan kumpulan ini yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut dengan tertangkapnya suspek seramai dua lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warganegara Filipina baru-baru ini.

“Serbuan turut berjaya merampas barang- barang yang dipercayai hasil kegiatan jenayah (pecah rumah/curi) yang dilakukan oleh kumpulan ini selama hampir tiga bulan yang mana dianggarkan kerugian yang dialami oleh kesemua mangsa bagi keseluruhan kes iaitu 12 kes berjumlah lebih kurang RM336,000 ribu dan melibatkan wang tunai berjumlah RM37, 950.00.

“Kumpulan ini didapati bergiat aktif dalam melakukan jenayah pecah rumah dan kes ceroboh di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Beaufort sejak bulan September 2023, ” katanya.

Mohd Zaidi berkata, suspek seorang lelaki tempatan yang ditangkap dipercayai ketua kumpulan tersebut dikenali dengan nama panggilan “Lele” yang berperanan sebagai perancang serta pencuri semasa melakukan jenayah pecah rumah.

“Hasil semakan mendapati, ketua kumpulan ini mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan tiga kes penyalahgunaan dadah, dua kes samun dan satu kes curi,” katanya.

Jelas beliau, modus operandi kumpulan ini adalah dengan berpura-pura memberi salam, mengetuk pintu/pagar rumah atau membunyikan loceng rumah mangsa dan sekiranya tidak ada penghuni yang keluar, suspek akan memecah masuk rumah tersebut dan mencuri barang- barang yang berharga.

“Kumpulan ini biasanya menaiki motosikal semasa melakukan jenayah di sekitar Kota Kinabalu dan akan menyewa kereta sekiranya ke daerah luar,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, katanya, hasil barang kemas yang dicuri akan dijual atau digadai di kedai emas di sekitar Kota Kinabalu dan buat masa ini sebanyak enam buah premis telah dikenal pasti sebagai pembeli barangan curi tersebut.

“Hasil dari soal siasat yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek yang telah ditangkap, pihak polis telah membuat sembilan tangkapan susulan yang merupakan penjaga premis-premis pajak gadai, penjaga pengurup berlesen dan pembeli barang yang dicuri oleh suspek.

“Polis Kota Kinabalu juga telah membuat pemeriksaan di beberapa premis sekitar Kota Kinabalu iaitu lima premis pajak gadai, masing-masing satu premis pengurup wang berlesen dan bilik sewa yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan kegiatan kumpulan ini sebagai tempat menjual atau menggadai dan membuat tukaran wang asing,” katanya.

Katanya, turut dirampas dari premis berkenaan adalah resit pajak gadai dan buku daftar pajak gadai untuk siasatan lanjut. Jumlah anggaran keseluruhan barang kes yang berjaya dirampas semula setakat ini adalah sebanyak RM16,000.

“Pihak Polis Kota Kinabalu turut membuat rampasan semula barang kes melibatkan 11 item barang kemas, dua buah komputer riba, dua utas jam tangan, sekeping replika note RM100 berwarna kuning keemasan, dua bentuk amulet kekuningan dan seutas rantai kekuningan. Turut dirampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah.

“Buat masa ini, pihak polis masih meneruskan siasatan dan sedang giat untuk mengesan seorang lagi rakan kumpulan ini yang masih bebas yang dikenali dengan nama panggilan “Musa”.

“Pihak Polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu masih menjalankan siasatan lanjut dan akan membuat beberapa siri rampasan barang kes berdasarkan pendedahan daripada kumpulan suspek yang telah ditangkap,” tambah Mohd Zaidi.

Menurutnya, hukuman bagi kesalahan jenayah pecah rumah yang disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana kesalahan mencuri kali kedua atau seterusnya maka akan dikenakan hukuman denda atau sebat.

“Manakala bagi kesalahan pencerobohan rumah akan dihukum penjara selama tempoh sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/10/geng-lele-penjenayah-tegar-pecah-rumah-tumpas/feed/ 0 45013