pegawai daerah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Aug 2026 07:04:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pegawai daerah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pegawai Daerah perlu berani ambil pendekatan baharu https://sabahmedia.com/2026/08/17/pegawai-daerah-perlu-berani-ambil-pendekatan-baharu/ https://sabahmedia.com/2026/08/17/pegawai-daerah-perlu-berani-ambil-pendekatan-baharu/#respond Mon, 17 Aug 2026 07:03:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101768
Read Time:3 Minute, 27 Second

KENINGAU: Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil perlu sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti, selain berani mengambil pendekatan baharu dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pendekatan baharu perlu diterokai sekiranya mampu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memberi manfaat lebih besar kepada rakyat.

Namun katanya, setiap tindakan mestilah berpandukan peraturan, tatakelola serta kepentingan awam.

“Kita perlu berani mengambil pendekatan baharu sekiranya pendekatan tersebut dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Namun, pada masa yang sama, setiap tindakan hendaklah dibuat berdasarkan peraturan, tatakelola dan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Sabah Kali Ke-29 bertemakan ‘Memacu Inovasi, Memperkasa Komuniti’ di Hotel Perkasa, di sini, pada Isnin.

Hajiji berkata, tema persidangan berkenaan amat bertepatan dengan keperluan pentadbiran awam pada masa kini yang berdepan perubahan pantas akibat kemajuan teknologi, perubahan ekonomi global serta perubahan sosial.

Katanya, peningkatan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam turut menuntut jentera kerajaan supaya sentiasa memperbaiki kaedah dan budaya kerja.

“Kita berhadapan dengan perubahan yang begitu pantas. Kemajuan teknologi, perubahan ekonomi global, perubahan sosial serta peningkatan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam menuntut kita supaya terus memperbaiki cara kita bekerja.

“Pentadbiran kerajaan perlu lebih cekap, responsif dan berpaksikan kepada keperluan rakyat,” katanya.

Dalam konteks itu, Hajiji berkata Pejabat Daerah merupakan antara institusi penting dalam jentera Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi kerana kedudukannya yang paling hampir dengan rakyat.

Katanya, Pegawai Daerah mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan dasar, program dan projek kerajaan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan di lapangan.

“Tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja berperanan dalam menyelaras pembangunan daerah, tetapi turut menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat,” katanya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri kini meneruskan agenda pembangunan Sabah menerusi Sabah Maju Jaya 2.0, yang merupakan kesinambungan kepada asas pembangunan yang telah dibina sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kejayaan agenda berkenaan bukan hanya bergantung kepada perancangan di peringkat Kerajaan Negeri, sebaliknya turut bergantung kepada keupayaan seluruh jentera kerajaan untuk melaksanakannya dengan berkesan.

“Pejabat Daerah merupakan antara institusi kerajaan yang paling hampir dengan rakyat. Oleh itu, peranan saudara dan saudari dalam memastikan dasar kerajaan sampai kepada rakyat adalah sangat besar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan negeri perlu dilihat dalam perspektif jangka panjang, khususnya selepas Sabah melalui pelbagai cabaran dalam tempoh lima tahun lalu, termasuk kesan pandemik dan ketidaktentuan ekonomi.

Katanya, pembangunan yang telah dilaksanakan perlu diteruskan dan diperkukuh bagi memastikan asas ekonomi negeri terus berkembang.

“Apa yang telah dibina perlu diteruskan dan diperkukuhkan.

“Sebab itu, kesinambungan dasar dan kestabilan pentadbiran amat penting. Pembangunan tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Ia memerlukan perancangan yang konsisten, dasar yang jelas dan jentera kerajaan yang mampu melaksanakan perancangan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji mahu seluruh jentera kerajaan termasuk Pejabat Daerah memahami dengan jelas hala tuju pembangunan negeri supaya setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita mempunyai perancangan. Kita mempunyai peruntukan. Kita mempunyai projek-projek yang telah dikenal pasti. Dan kita mempunyai jentera kerajaan di semua peringkat.

“Apa yang diperlukan ialah penyelarasan, disiplin pelaksanaan dan komitmen untuk memastikan semua perancangan tersebut menghasilkan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut mengarahkan Pegawai Daerah supaya memberi perhatian serius terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta tidak menunggu sesuatu masalah menjadi lebih besar sebelum mengambil tindakan.

Katanya, isu yang timbul perlu ditangani lebih awal, manakala penyelarasan dengan agensi berkaitan hendaklah dilakukan segera bagi memastikan penyelesaian dapat dicapai tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.

“Jika terdapat isu, ambil tindakan lebih awal. Jika memerlukan penyelarasan dengan agensi lain, lakukan segera. Jika terdapat potensi yang boleh dibangunkan, bantu memudahkannya.

“Pendekatan seperti ini perlu menjadi budaya kerja dalam pentadbiran daerah,” katanya.

Hajiji pada masa sama mengingatkan bahawa kelewatan pelaksanaan projek tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa kerana setiap kelewatan boleh memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

“Jika terdapat masalah dalam pelaksanaan, kita perlu bertindak lebih awal. Jika terdapat isu penyelarasan, kita perlu duduk bersama dan mencari penyelesaian.

“Matlamat kita adalah memastikan setiap projek yang dirancang dapat memberikan manfaat kepada rakyat dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata komitmen, kecekapan dan keupayaan jentera pentadbiran daerah untuk bertindak secara proaktif amat penting bagi memastikan agenda pembangunan Sabah dapat dilaksanakan secara berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/17/pegawai-daerah-perlu-berani-ambil-pendekatan-baharu/feed/ 0 101768
Pegawai-pegawai daerah perlu dalami ilmu kehakiman https://sabahmedia.com/2025/02/25/pegawai-pegawai-daerah-perlu-dalami-ilmu-kehakiman/ https://sabahmedia.com/2025/02/25/pegawai-pegawai-daerah-perlu-dalami-ilmu-kehakiman/#respond Tue, 25 Feb 2025 10:37:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69355
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Pegawai-pegawai daerah perlu mendalami ilmu kehakiman agar tindakan yang diambil di setiap perbicaraan di Mahkamah Anak Negeri adalah adil kepada rakyat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Isnin Aliasnih berkata, suntikan ilmu baharu dalam bidang kehakiman perlu bagi memantapkan dan memperkasakan lagi sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri agar sejajarnya dengan fungsinya.

“Pegawai daerah sebagai hakim Mahkamah Anak Negeri di setiap daerah memainkan peranan penting dalam mengendalikan kes-kes tertentu yang berkaitan dengan undang-undang tradisional masyarakat setempat.

“Kes-kes yang gagal dihakimi di peringkat kampung, ketua anak negeri atau semakan dan rayuan akan dirujuk kepada Mahkamah Anak Negeri. Oleh itu, pegawai-pegawai daerah perlu menghadiri Bengkel Kehakiman dianjurkan oleh kerajaan bagi mendalami ilmu kehakiman.

“Saya mohon kepada pegawai-pegawai daerah supaya hadir menyertai bengkel ini. Kalau tidak dapat hadir sila hantar wakil, jangan anggap krusus ini yang mudah kerana mungkin ada suntikan ilmu yang baharu berdasarkan isu-isu semasa terkini,” katanya ketika dalam sidang media selepas mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Dr Joachim Gunsalam merasmikan penutupan bengkel itu pada Selasa di sebuah hotel dekat sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Nordin Lossin berkata, bengkel itu bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada peserta mengenai bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri, had kuasa dalam pengenalan kes, prosuder penyemakan kehakiman, pendengaran rayuan dan kaedah perlaksaannya terutama dalam penulisan kehakiman.

Tambahnya sebagai seorang hakim perlu bertindak berlandaskan keadilan, kesaksamaan dan mengukuhkan intergriti mereka bagi menjalankan tugas agar kepercayaan masyarakat terhadap intitusi kehakiman akan terus kukuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/25/pegawai-pegawai-daerah-perlu-dalami-ilmu-kehakiman/feed/ 0 69355
Tiada kompromi jika didapati ada unsur lengahkan projek pembangunan untuk rakyat – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/08/15/tiada-kompromi-jika-didapati-ada-unsur-lengahkan-projek-pembangunan-untuk-rakyat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/08/15/tiada-kompromi-jika-didapati-ada-unsur-lengahkan-projek-pembangunan-untuk-rakyat-hajiji/#respond Thu, 15 Aug 2024 08:11:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59079
Read Time:2 Minute, 54 Second

Tuaran: Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan Presiden Majlis Perbandaran diingatkan agar melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh integriti dan ketelusan, khususnya melibatkan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Wakil-wakil Rakyat Kerajaan dan memaklumkan mengenai projek-projek pembangunan untuk rakyat yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di kawasan masing-masing.

“Pegawai Daerah merupakan pegawai yang amat penting di daerah, perlu memberikan kerjasama kepada Wakil Rakyat Kerajaan dan jangan ‘tapuk’ (sembunyikan) maklumat terutama projek-projek pembangunan kerajaan.

“Wakil rakyat mungkin tahu dan maklum tentang projek pembangunan untuk rakyat daripada peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Parlimen. Tetapi projek lain daripada kerajaan, mereka tidak tahu.

Oplus_0

“Saya juga telah memanggil Pegawai Kemajuan Negeri dan memintanya memaklumkan kepada Wakil-wakil Rakyat projek dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan di kawasan dan daerah mereka. Ini kerana saya menerima aduan daripada Wakil-wakil rakyat bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Kali Ke-27, Tahun 2024 di Grand Ballroom, Shangri-La Rasa Ria di sini hari ini.

Hajiji berkata, beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai di beberapa daerah negeri ini berhubung ketidaktelusan atau integriti dikalangan Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan pegawai jabatan kerajaan terutama sekali melibatkan pelaksanaan projek-projek kecil untuk rakyat yang amat penting dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

“Justeru saya berharap pihak terlibat mesti memberi tumpuan dan penekanan kepada aspek integriti dan ketelusan. Apa yang penting ialah kita permudahkan urusan-urusan mengenai pelaksanan projek-projek kecil, kerana rakyat amat memerlukan. Sebagai pegawai yang setiap masa berada di bawah, rakyat perhatikan kita.

“Kalau ada kekurangan atau ketirisan dalam pelaksanaan program-program kerajaan di daerah, maka kesan dan implikasinya akan diterima ialah Wakil-wakil Rakyat dan juga Kerajaan kerana rakyat akan kritik Wakil Rakyat dan Kerajaan.

“Kita perlu permudahkan urusan dengan rakyat apabila berjumpa dengan kita. Jangan kita lambat-lambatkan sesuatu kelulusan, bukan sahaja dalam pelaksanaan projek kecil, tetapi pengeluaran lesen-lesen dan sebagainya, kerana ini adalah soal kehidupan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, keberkesanan kerajaan bergantung kepada pegawai kerajaan khususnya Pegawai Daerah  dan Penolong Pegawai Daerah yang berada di lapangan kerana rakyat akan jumpa dengan mereka untuk pelbagai urusan.

“Jika sesuatu urusan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, jangan pula ambil masa terlalu lama sehingga satu atau dua bulan untuk selesaikan atau luluskan, kerana ini akan memberi impak negatif kepada kerajaan.

“Saya ingin mengingatkan bahawa saya tidak akan berkompromi, jika saya dapati ada unsur-unsur melengah-lengahkan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat yang disengajakan, menyusahkan urusan dengan rakyat termasuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan, dan mempunyai bukti yang nyata, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai tersebut yang tidak melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dengan baik dan sempurna.

“Kerajaan mahukan kejayaan dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Tidak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya dan banyak lagi isu-isu yang perlu kita selesaikan yang bersangkutan dengan rakyat.

“Bukan sahaja Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, tetapi semua pegawai kerajaan, sebagai pelaksana kepada kerajaan yang memerintah. Laksanakan tugas dengan baik, permudahkan. Saya berharap mereka bukan sahaja tingkatkan integriti, ketelusan tetapi kecekapan dalam mentadbir di pejabat-pejabat peringkat daerah, kementerian dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu, mengenai persidangan itu, Hajiji yakin ia akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini kerana skop perbincangan menjurus kepada mencari salusi untuk tadbir urus daerah yang mampan demi kepentingan rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/15/tiada-kompromi-jika-didapati-ada-unsur-lengahkan-projek-pembangunan-untuk-rakyat-hajiji/feed/ 0 59079
34 Pegawai,Penolong Pegawai Daerah Dilantik Pengerusi Dakwah Daerah https://sabahmedia.com/2022/01/22/34-pegawai-penolong-pegawai-daerah-dilantik-pengerusi-dakwah-daerah/ https://sabahmedia.com/2022/01/22/34-pegawai-penolong-pegawai-daerah-dilantik-pengerusi-dakwah-daerah/#respond Sat, 22 Jan 2022 04:43:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11403
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Seramai 34 Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah di seluruh negeri yang dilantik sebagai Pengerusi Dakwah Daerah akan membantu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melaksanakan aktiviti dakwah dan pendidikan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, mereka yang dilantik akan menyelaras, memantau dan memberikan cadangan mengenai aktiviti dakwah dan pendidikan serta isu-isu ummah di kawasan masing-masing.

“Pada hari ini (semalam) kita memberi penjelasan mengenai tugas dan peranan Pengerusi Dakwah Daerah seterusnya menyampaikan lantikan kepada 34 Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah seluruh Sabah.

“Antara tanggungjawab Pengerusi Dakwah Daerah termasuklah menyelaras, memantau dan memberikan cadangan mengenai aktiviti dakwah dan pendidikan serta isu-isu ummah di daerah masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Badan Dakwah Daerah Negeri Sabah disini semalam.

Mohd Arifin berkata, antara aktiviti dan isu-isu ummah itu termasuklah tanah  wakaf, perkuburan, sekolah dan urusan produk dan persijilan halal yang diselaras dengan MUIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dn Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, MUIS pada tahun ini turut memperuntukkan sejumlah RM170,000 untuk diagihkan kepada 34 Pegawai Daerah dan ADO yang dilantik sebagai Pengerusi Dakwah Daerah.

“Pada tahun ini, MUIS memberikan peruntukkan sejumlah RM170,000 dimana sebanyak RM5,000 diagihkan kepada setiap Pengerusi-Pengerusi Dakwah Daerah bagi menampung perbelanjaan mereka melaksanakan aktiviti dan program dakwah di daerah masing-masing.

“Selain itu, JHEAINS turut memberikan peruntukan untuk penganjuran program Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul SAW dan Majlis Tilawah Al-Quran,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/22/34-pegawai-penolong-pegawai-daerah-dilantik-pengerusi-dakwah-daerah/feed/ 0 11403
Pegawai Daerah Perlu Kreatif & Proaktif Pulihkan Aktiviti Ekonomi Daerah https://sabahmedia.com/2021/11/20/pegawai-daerah-perlu-kreatif-proaktif-pulihkan-aktiviti-ekonomi-daerah/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/pegawai-daerah-perlu-kreatif-proaktif-pulihkan-aktiviti-ekonomi-daerah/#respond Sat, 20 Nov 2021 00:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8625
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pegawai Daerah diseru untuk sentiasa bersiap sedia dari segi pemulihan ekonomi di daerah masing-masing bagi menghadapi fasa endemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, para pentadbir daerah harus kreatif, proaktif serta fokus dalam membuat perancangan bagi memulihkan aktiviti sosio-ekonomi di daerah masing-masing.

“Seterusnya mampu mewujudkan pulangan ekonomi serta peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk di daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) di Dewan KPLBS, disini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Faimin Kamin, dan Timbalan Setiausaha Tetap 1, Aftar Nurajat.

Jahid berkata, Pegawai Daerah perlu menubuhkan Jawatankuasa Induk Pelancongan di peringkat daerah masing-masing.

Katanya, ia bagi mewujudkan produk pelancongan baharu serta potensi perindustrian yang mampu menjana pendapatan bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada masyarakat setempat selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) Rancangan Pembangunan.

Terdahulu, ketika berucap, Jahid menyeru kepada semua golongan perkhidmatan awam agar sentiasa mengamalkan integriti tinggi, di samping mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni dan berusaha mengatasi masalah-masalah serta kelemahan terutamanya dalam pengurusan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Logo Terbaik dalam program tersebut, Amijeh@SH Amijah SH Jurih dari Pejabat Daerah Pitas, dan Pertandingan Poster Terbaik yang dimenangi Sakinah Abd Rahman, juga dari pejabat Daerah Pitas, kedua-duanya diwakili Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul.

Manakala hadiah bagi Pertandingan Slogan Terbaik dimenangi Abd Rahim Said dari daerah Membakut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/pegawai-daerah-perlu-kreatif-proaktif-pulihkan-aktiviti-ekonomi-daerah/feed/ 0 8625