pegawai polis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Jul 2023 08:33:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pegawai polis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pegawai polis maut dalam kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2023/07/22/pegawai-polis-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2023/07/22/pegawai-polis-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/#respond Sat, 22 Jul 2023 08:30:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38741
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Seorang pegawai polis maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Taman Indah Jaya 5, Batu 4 dekat sini awal pagi Sabtu (22 Julai).

Mangsa yang maut dikenali sebagai Inspektor Mohamad Ikhlas Rosmi berusia 30 tahun, bertugas di Markas Operasi, Pasukan Polis Marin, Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati, kejadian kira-kira jam 4.10 pagi tadi, kenderaan jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu mangsa dari arah pusat bandar ke rumahnya di Taman Indah Jaya, secara tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke dalam longkang di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Fuad berkata, kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.

Sementara itu, sepasukan bomba turut berada di lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.57 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/22/pegawai-polis-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 38741
PRU15: Anggota, pegawai polis keluar mengundi bagi DUN Bugaya dan Parlimen Semporna https://sabahmedia.com/2022/11/15/pru15-anggota-pegawai-polis-keluar-mengundi-bagi-dun-bugaya-dan-parlimen-semporna/ https://sabahmedia.com/2022/11/15/pru15-anggota-pegawai-polis-keluar-mengundi-bagi-dun-bugaya-dan-parlimen-semporna/#respond Tue, 15 Nov 2022 03:45:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=24633
Read Time:1 Minute, 17 Second

SEMPORNA: Seramai 400 anggota dan pegawai polis pelbagai cawangan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi kerusi DUN Bugaya dan Parlimen Semporna di pusat pengundian awal Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

Pusat itu yang dibuka seawal jam 7.30 pagi bagi membolehkan kelancaran proses pengundian awal oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun hanya mula membenarkan anggota dan pegawai membuang undi pada jam 8 pagi mengikut masa ditetapkan.

Ketua Polis Daerah, Supt. Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tidak ada arahan khusus diberikan kepada anggota dan pegawai yang menjalankan tanggungjawab membuang undi pada hari ini.

“Kita cuma beri arahan pakai pakaian seragam dengan kemas dan jangan lupa bawa kad pengenalan,” katanya di Dewan Serbaguna IPD Semporna ketika meninjau anggota dan pegawainya membuang undi.

Anggota Konstabel Muhammad Asyraf Rahman, 25, dari Melaka yang bertugas di bahagian rondaan cawangan Jabatan Pencegahan Jenayah Komersial memberitahu teruja dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih buat julung kalinya.

“Ini adalah pengalaman pertama saya mengundi dan sememangnya pengalaman yang terbaik kerana bagi saya mengundi ini bukan perkara main-main tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk memastikan negara terus berdaulat,” katanya.

Bagi Koperal Rosnah Lapaleka, 45, yang berasal dari Tawau pula berharap beliau telah melakukan pilihan tepat dalam memilih pemimpin yang akan menerajui Bugaya dan Parlimen Semporna.

Anggota dari cawangan Bahagaian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Semporna itu turut berharap melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) negara secara keseluruhannya akan kekal selamat.

“Saya juga berharap kerajaan dan pemimpin akan terus memperjuang golongan wanita dengan menambah lagi keanggotaan dalam badan beruniform dalam kalangan wanita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/15/pru15-anggota-pegawai-polis-keluar-mengundi-bagi-dun-bugaya-dan-parlimen-semporna/feed/ 0 24633