PEGUAM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Oct 2025 08:18:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PEGUAM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes ugut bunuh peguam, jurutera bebas jaminan polis https://sabahmedia.com/2025/10/10/kes-ugut-bunuh-peguam-jurutera-bebas-jaminan-polis/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/kes-ugut-bunuh-peguam-jurutera-bebas-jaminan-polis/#respond Fri, 10 Oct 2025 08:18:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82918
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang jurutera  yang direman empat hari kerana disyaki menghantar ugutan bunuh kepada peguam Datuk Ram Singh, berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Ram berkata pegawai penyiasat (IO) memaklumkan kepadanya bahawa suspek berusia 27 tahun itu dibebaskan dengan syarat melapor diri kepada IO sekali sebulan, manakala ayahnya bertindak sebagai penjamin.

Menurut Ram, telefon bimbit suspek akan dihantar untuk analisis forensik kerana semua mesej yang dihantar telah dipadam oleh suspek.

“Saya difahamkan suspek dijadualkan berjumpa dengan IO semula pada 10 November,” katanya sambil menambah beliau tidak pasti sama ada suspek akan didakwa dalam masa terdekat kerana analisis forensik masih belum selesai.

Pada Rabu, Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membenarkan reman selama empat hari bermula 9 hingga 12 Oktober selepas permohonan dibuat oleh IO.

Menurut IO suspek telah menyerah diri di balai polis di sini pada Selasa.

Lelaki berkenaan yang berasal dari Ipoh, Perak, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

 Sebelum ini, media melaporkan suspek dipercayai memperoleh nombor peribadi Ram sebelum menghantar mesej berunsur ugutan dan penghinaan melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Ram, antara mesej yang diterimanya ialah: “Nanti mati kamu disoal Tuhan,” “Biar kau mati katak,” dan “Jangan sampai kami cari kau, kau mati kalau kami cari.”

Suspek telah menghantar mesej permohonan maaf kepada Ram, namun Ram menegaskan akan meneruskan kes berkenaan dan tidak akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

LINK BERITA TERDAHULU:

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/kes-ugut-bunuh-peguam-jurutera-bebas-jaminan-polis/feed/ 0 82918
Peguam sambut baik keputusan tuduh suspek kes buli Zara https://sabahmedia.com/2025/08/18/peguam-sambut-baik-keputusan-tuduh-suspek-kes-buli-zara/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/peguam-sambut-baik-keputusan-tuduh-suspek-kes-buli-zara/#respond Mon, 18 Aug 2025 09:52:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79579
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menyambut baik keputusan Peguam Negara untuk mendakwa beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara.

Menurut pasukan guaman yang diketuai oleh Hamid Ismail, keputusan itu selaras dengan cadangan yang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 14 Ogos lalu.

“Cadangan kami ketika itu ialah memandangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mendedahkan bahawa wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara, pendakwaan mesti dilakukan terhadap individu-individu di dalam keterangan tersebut di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” menurut pasukan guaman dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan guaman terdiri daripada Hamid Ismail, Shalhan Jufri, Rizwanaden M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulrizam Mohd Salleh, dan Farrah Nasser.

Bagaimanapun, pasukan peguam tersebut menjelaskan bahawa mereka masih belum mengetahui identiti individu yang akan didakwa di mahkamah serta peruntukan undang-undang yang digunakan dalam pertuduhan nanti.

“Kami berharap pendakwaan terhadap individu-individu terbabit dikaitkan dengan kematian Zara dengan menggunapakai Seksyen 507D(2) agar hukuman tinggi dikenakan terhadap mereka jika berlaku sabitan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu media melaporkan bahawa seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, pada Rabu ini, berhubung kes buli.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan rasmi mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.

Kenyataan itu berkata, keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/peguam-sambut-baik-keputusan-tuduh-suspek-kes-buli-zara/feed/ 0 79579
PDRM Diarah Siasat Lanjut Kes Kematian Zara Qairina, Termasuk Proses Exhumasi https://sabahmedia.com/2025/08/08/pdrm-diarah-siasat-lanjut-kes-kematian-zara-qairina-termasuk-proses-exhumasi/ https://sabahmedia.com/2025/08/08/pdrm-diarah-siasat-lanjut-kes-kematian-zara-qairina-termasuk-proses-exhumasi/#respond Fri, 08 Aug 2025 15:05:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78823
Read Time:1 Minute, 11 Second

PUTRAJAYA, — Jabatan Peguam Negara hari ini mengarahkan siasatan lanjut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina bagi memastikan semua aspek siasatan dapat disempurnakan secara menyeluruh.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, keputusan itu dibuat selepas pihak Jabatan Peguam Negara meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan oleh PDRM.

“Jabatan ini berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, laporan siasatan awal dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan tambahan termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) jenazah Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan.

Langkah tersebut bertujuan untuk membolehkan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian remaja berkenaan.

sementara itu, ribuan peserta dilaporkan menghadiri himpunan solidariti aman yang diadakan di beberapa lokasi di seluruh negeri malam tadi, sebagai tanda sokongan terhadap Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia dipercayai akibat insiden buli.

Himpunan yang bermula sekitar jam 7 malam itu menyaksikan kehadiran orang ramai yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, dengan suasana dipenuhi laungan slogan menuntut keadilan serta gesaan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat.

Peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat turut membawa plakad dan sepanduk dengan mesej solidariti serta harapan agar tragedi seumpama ini tidak berulang.

Difahamkan, selain di Lahad Datu himpunan serupa turut dianjurkan secara serentak di beberapa lokasi lain termasuk di Sandakan dan Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/08/pdrm-diarah-siasat-lanjut-kes-kematian-zara-qairina-termasuk-proses-exhumasi/feed/ 0 78823
Shafee Tidak Lagi Wakili Pemberi Maklumat Skandal Lesen Mineral Sabah – Sumber https://sabahmedia.com/2025/06/23/shafee-tidak-lagi-wakili-pemberi-maklumat-skandal-lesen-mineral-sabah-sumber/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/shafee-tidak-lagi-wakili-pemberi-maklumat-skandal-lesen-mineral-sabah-sumber/#respond Mon, 23 Jun 2025 10:59:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76030
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR : Peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dilaporkan tidak lagi mewakili individu yang mendakwa memiliki bukti rasuah membabitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam skandal pemberian lesen mineral di Sabah.

Sumber terdekat denganya memaklumkan perkara itu, namun meminta agar pihak Sabah Media mendapatkan pengesahan rasmi diperoleh daripada Shafee sendiri.

Pada November tahun lalu, media melaporkan Shafee menawarkan diri untuk mewakili seorang pemberi maklumat secara pro bono (percuma), dengan matlamat untuk mewujudkan satu preseden undang-undang dalam melindungi pemberi maklumat pada masa akan datang.

“Saya mengambil kes ini bukan kerana politik, tetapi bagi memastikan pemberi maklumat dilindungi dan tidak ditakut-takutkan,” katanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Sabah Media kini menanti respon dari peguam berkenaan berhubung perkara ini selepas dihubungi.

PEGUAM AHLI PERNIAGAAN AKUI ANAK GUAMNYA AKAN DITUDUH

Dalam pada itu, minggu lalu, peguam kepada seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal berkenaan, Mahajoth Singh, mendedahkan bahawa anak guamnya akan didakwa di mahkamah pada 30 Jun ini.

Menurut Mahajoth, anak guamnya yang dikenali sebagai Albert, 36, telah menyerahkan pelbagai bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk video, dokumen dan mesej WhatsApp yang didakwa mengaitkan beberapa ADUN dalam isu sogokan bagi mendapatkan lesen carigali mineral.

walau bagaimanapun, Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, menjelaskan bahawa berdasarkan Seksyen 11(1) akta tersebut, mana-mana individu yang turut terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya tidak layak dilindungi sebagai pemberi maklumat.

“Jika seseorang itu turut melakukan kesalahan, maka dia tidak dilindungi di bawah akta ini dan tidak dianggap sebagai ‘whistleblower’,” katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM hari ini menahan seorang lagi ADUN Sabah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 berkaitan pengeluaran lesen carigali di negeri itu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Difahamkan, suspek yang juga merupakan pembantu menteri negeri itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/shafee-tidak-lagi-wakili-pemberi-maklumat-skandal-lesen-mineral-sabah-sumber/feed/ 0 76030
KDCA ‘Sogit’ Tujuh Ekor Kerbau, Peguam Hina Unduk Ngadau https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/#respond Fri, 13 Aug 2021 13:47:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4569
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) telah mencapai kesepakatan dengan peguam Marcel Jude Joseph untuk menyelesaikan isu penghinaan terhadap masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus (KDMR).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Timbalan Presiden KDCA Bulawan Sigah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengatakan Marcel telah bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut dengan ‘sogit’ (denda atau pampasan) tujuh ekor kerbau kepada masyarakat KDMR, melalui KDCA, dalam masa 14 hari.

Selain itu, Marcel juga diminta untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka, setengah halaman di surat khabar tempatan pilihannya.

“Perjanjian ini akan didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri di Penampang. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak mencabar syarat-syarat perjanjian di mahkamah yang ada di Sabah.

“Bagi pihak KDCA dan semua persatuan yang bersekutu dengan kami, kami telah bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan pengadilan terhadap Joseph, dan kami menganggap perkara ini ditutup.

“Oleh itu, kita meminta seluruh masyarakat Kadazandusun melakukan apa yang selalu kita lakukan, iaitu sentiasa menganjurkan kedamaian dan perdamaian,” katanya.

Jeffrey menjelaskan bahawa keputusan itu mendapat restu dari Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang menuntut agar isu ini tidak berlarutan.

Manakala jumlah kerbau tersebut ditentukan oleh tujuh jenis adat dan tradisi KDMR.

“Walaupun Marcel telah memohon maaf kepada jawatankuasa Unduk Ngadau dan para peserta, dia juga bersetuju untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka, ”katanya.

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang, Jeffrey menyatakan bahawa Huguan Siou telah mengarahkan KDCA untuk mendirikan batu sumpah di kawasan KDCA yang menyenaraikan adat dan tradisi terpenting masyarakat KDMR.

Setiap kampung juga diminta untuk mendirikan batu sumpah mereka sendiri atau notis pemberitahuan, menyenaraikan adat dan tradisi mereka yang mesti dihormati oleh masyarakat setempat dan orang luar yang masuk ke kampung.

Marcel menyatakan kepada KDCA, penyesalannya kerana menyinggung perasaan komuniti KDMR, beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa sahaja, terutama masyarakat KDMR.

Mengulas mengenai perjanjian itu, Ketua Penganjur Unduk Ngadau, Tindarama Joanna Kitingan mengatakan bahawa wanita selalu dipandang tinggi dalam komuniti KDMR.

“Kerana wanita memainkan peranan penting, terutama dalam bidang kerohanian, menghina wanita dalam masyarakat kita adalah sangat menyinggung perasaan dan kita akan lebih berhemah dengan mempelajari tentang sejarah dan menghormati adat istiadat kita, ”katanya.

Pada Jun lalu, Marcel Jude Joseph, peguam kepada bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang menghadapi lima pertuduhan mencabul kehormatan, memohon maaf kerana menyamakan pertandingan Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau dengan “persembahan lembu eksotik” dan “acara lelong”.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/feed/ 0 4569
STAR Hanya Lantik Peguam Sekiranya Ada Keperluan https://sabahmedia.com/2021/06/13/star-hanya-lantik-peguam-sekiranya-ada-keperluan/ https://sabahmedia.com/2021/06/13/star-hanya-lantik-peguam-sekiranya-ada-keperluan/#respond Sun, 13 Jun 2021 06:33:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1133
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak pernah melantik mana-mana peguam bagi mewakili parti itu mengendalikan kes undang-undang.

Setiausaha Agung STAR Senator Datuk Guandee Kohoi berkata, pihaknya hanya akan melantik peguam pada masa akan datang sekiranya ada keperluan.

“Buat masa ini belum ada sebarang keperluan bagi melantik peguam untuk mengendalikan sebarang kes undang-undang.

“Sekiranya ada keperluan pada masa akan datang, barulah kami akan melantik peguam bagi tujuan itu,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Guandee berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya peguam yang mewakili bekas pemimpin STAR, Philip Among sebagai peguam yang dilantik parti itu.

Katanya, peguam yang mewakili Philip iaitu Marcell Jude hanyalah ahli STAR yang menyertai parti pada 26 Mei 2017 namun tidak pernah bergiat aktif dalam parti.

“Marcell ialah peguam yang dilantik oleh Philip bagi mengendalikan kes yang dikenakan kepada beliau dan tidak ada kena-mengena dengan parti.

“Kami meminta agar pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebaran palsu ini dan beliau (Marcell) bukan peguam yang dilantik STAR,”katanya.

Dalam pada itu, Guandee berkata, pihaknya juga turut meminta agar peguam berkenaan dapat memberi penjelasan bahawa kenyataan dan hujah pembelaan beliau adalah berlandasakan sebagai peguam yang dilantik Philip Among dan tidak kena mengena sebagai ahli parti.

“Parti melalui Lembaga Disiplin juga sedang mempertimbangkan untuk melucutkan keahlian beliau berdasarkan perlembagaan parti. 

“Ini kerana parti telah menerima pelbagai aduan serta saranan serta cadangan bagi membuang ahli parti yang mencemarkan nama baik parti,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/13/star-hanya-lantik-peguam-sekiranya-ada-keperluan/feed/ 0 1133
Aktivis Budaya Kecam Peguam Samakan Unduk Ngadau Dengan ‘Persembahan Lembu Eksotik’ https://sabahmedia.com/2021/06/12/aktivis-budaya-kecam-peguam-samakan-unduk-ngadau-dengan-persembahan-lembu-eksotik/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/aktivis-budaya-kecam-peguam-samakan-unduk-ngadau-dengan-persembahan-lembu-eksotik/#respond Sat, 12 Jun 2021 11:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1100
Read Time:2 Minute, 31 Second

Aktivis kebudayaan Sabah mengecam bahagian dalam satu penghujahan mahkamah, di mana peguam membandingkan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan “persembahan lembu eksotik” (exotic cattle show) dan “acara lelong” (auction show).

Aktivis Shireen Sikayun membangkitkan bahagian dalam penghujahan mahkamah dalam kes cabul Phillip Among @ Daniel Dell Fidelis – seorang ahli politik dari Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah.

Penghujahan itu ditulis oleh peguam Phillip, Marcel Jude.

“Dalam masyarakat pelbagai budaya kita, seseorang perlu bersikap sensitif terhadap perasaan masyarakat lain.

“Bagi seorang yang lahir dan membesar di Sabah, kenyataan itu adalah mengejutkan, merendahkan maruah dan langsung tidak sensitif kepada perasaan orang asal, sedangkan dia (Marcel) adalah orang tempatan yang sepatutnya sering berinteraksi dengan mereka,” kata Shireen dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ketika dihubungi, Shireen yang merupakan seorang peguam dan presiden Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah (Pusaka), berkata penghujahan itu dikongsikan di kalangan peguam di Sabah.

Malaysiakini telah melihat salinan penuh dokumen itu yang dimuat naik bekas Adun Moyog, Jennifer Lasimbang di Facebook.

Menurut dokumen itu yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Marcel berkata, “Pertandingan UNK (Unduk Ngadau) bukan tentang wanita. Ia hanya pertandingan, ia tidak merangkumi semua wanita, tanpa mengira apakah bakat, kemahiran, pendidikan dan kebolehan mereka, tetapi tidak lebih sebagai persembahan lembu eksotik dan hampir seperti acara lelong.

“Tiada apa yang hebat (outstanding) tentang wanita-wanita ini dan ada lebih ramai wanita hebat di luar tetapi mereka tidak dapat menjadi peserta.

“UNK adalah satu imbauan kembali zaman lalu di mana wanita hanya objek nafsu yang peragakan dalam sebuah persembahan,” katanya.

Malaysiakini difahamkan salinan fizikal dokumen tersebut telah diserahkan kepada mahkamah.

Unduk Ngadau adalah acara kebudayaan yang diadakan sempena pesta menuai, atau Tadau Kaamatan, di Sabah.

Penghujahan ringkas telah dibaca di mahkamah ketika permohonan ikat jamin Phillip di depan Majistret Jessica Ombou Kakayun di Kota Kinabalu pada 10 Jun lalu.

Ketika dihubungi, Marcel berkata, “Berhati-hati bila kaitkan saya dengan sebarang dokumen yang anda temui…tanya rakan sekerja anda (wartawan) tentang apa yang sebenarnya saya katakan di mahkamah.

“Jangan salah petik saya. Saya akan beri kenyataan bila tiba masanya,” katanya lagi.

Marcel juga meningatkan tentang kemungkinan pelanggaran peraturan sub judice melibatkan ulasan berkaitan dengan prosiding yang sedang berjalan di mahkamah.

Bagaimanapun Shireen berkata soal sub judice tidak timbul memandangkan ikat jamin Phillip telah didengar di mahkamah.

Phillip, 52, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencabul peserta ratu cantik tempatan dan satu pertuduhan sama terhadap seorang lagi perempuan.

Dia yang merupakan penyelaras Parlimen Putatan Star didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pertama, Phillip dilaporkan dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita pada 17 April lalu, kira-kira jam 11 malam di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di Kota Kinabalu.

Pertuduhan kedua hingga kelima pula membabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang lagi wanita yang juga peserta Unduk Ngadau di empat lokasi berasingan pada 19 Mei lalu.

Susulan penghujahan Marcel, mahkamah menetapkan 14, 21 dan 22 Julai untuk pengurusan kes praperbicaraan. Phillip dikenakan ikat jamin RM8,000 untuk setiap pertuduhan, dengan dua penjamin tempatan. MALAYSIAKINI

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/aktivis-budaya-kecam-peguam-samakan-unduk-ngadau-dengan-persembahan-lembu-eksotik/feed/ 0 1100