pejalan kaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Nov 2025 10:35:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pejalan kaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki cedera parah dilanggar kereta, penyandang Adun Karamunting desak pasang lampu isyarat pejalan kaki https://sabahmedia.com/2025/11/01/lelaki-cedera-parah-dilanggar-kereta-bekas-adun-desak-pasang-lampu-isyarat-pejalan-kaki/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/lelaki-cedera-parah-dilanggar-kereta-bekas-adun-desak-pasang-lampu-isyarat-pejalan-kaki/#respond Sat, 01 Nov 2025 10:25:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84709
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, menggesa supaya lampu isyarat pejalan kaki dipasang di kawasan Bandar Leila di sini, selepas seorang pejalan kaki cedera parah dilanggar kereta, semalam (31 Okt).

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan kecemasan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Yap Hsiu Min yang mewakili George Hiew , bersama beberapa staf telah bergegas ke hospital selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Anggota pasukan perkhidmatan George Hiew itu telah bertemu dengan keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan kewangan daripada George Hiew kepada mereka.

Difahamkan mangsa merupakan seorang lelaki muda mempunyai isteri yang sedang sarat mengandung.

George Hiew turut menegaskan bahawa kawasan tersebut merupakan laluan sibuk yang sering berlaku kemalangan melibatkan pejalan kaki.

“Saya telah menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan dan menggesa agar lampu isyarat pejalan kaki dipasang dengan segera bagi menjamin keselamatan penduduk setempat dan mengelakkan tragedi seperti ini berulang,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/lelaki-cedera-parah-dilanggar-kereta-bekas-adun-desak-pasang-lampu-isyarat-pejalan-kaki/feed/ 0 84709
Pejalan kaki maut dilanggar pacuan empat roda di Jalan Lintas https://sabahmedia.com/2025/03/18/pejalan-kaki-maut-dilanggar-pacuan-empat-roda-di-jalan-lintas/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/pejalan-kaki-maut-dilanggar-pacuan-empat-roda-di-jalan-lintas/#respond Tue, 18 Mar 2025 03:22:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70615
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Triton dalam kejadian di Jalan Lintas berhampiran Iramanis, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu, mangsa dikatakan sedang menyeberangi jalan dari arah kiri ke kanan sebelum dirempuh kenderaan terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata siasatan awal mendapati pemandu kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Kolombong menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggarnya. Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke hadapan sebelum jatuh ke atas jalan raya.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit turut mengalami kesakitan di bahagian dada dan telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pejalan kaki ketika melintas jalan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, ACP Kasim menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, sama ada sebagai pemandu atau pejalan kaki.

“Pemandu perlu sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, manakala pejalan kaki disaran memastikan keadaan selamat sebelum melintas jalan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/pejalan-kaki-maut-dilanggar-pacuan-empat-roda-di-jalan-lintas/feed/ 0 70615
Pejalan kaki maut dilanggar kenderaan pacuan 4 roda di Penampang https://sabahmedia.com/2024/12/16/pejalan-kaki-maut-dilanggar-kenderaan-pacuan-4-roda-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2024/12/16/pejalan-kaki-maut-dilanggar-kenderaan-pacuan-4-roda-di-penampang/#respond Mon, 16 Dec 2024 05:47:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65541
Read Time:1 Minute, 2 Second

PENAMPANG: Seorang pejalan kaki lelaki warga emas maut dilanggar sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda ketika sedang melintas jalan raya di jalan pintas Penampang di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan telah menerima maklumat awam mengenai kes kemalangan jalan raya tersebut pada jam lebih kurang 7.10 malam tadi (15 Dis).

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati pejalan kaki seorang lelaki warga tempatan berumur 61 tahun telah mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.

“Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda seorang perempuan warga tempatan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Ακτα Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan dengan itu, Erwansyah meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati- hati ketika memandu di jalan raya dan ketika melintas jalan.

“Orang ramai diminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/16/pejalan-kaki-maut-dilanggar-kenderaan-pacuan-4-roda-di-penampang/feed/ 0 65541