PEJUANG – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Aug 2021 07:26:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PEJUANG – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Agong Jumpa Serentak Ketua-Ketua Parti Politik https://sabahmedia.com/2021/08/17/agong-jumpa-serentak-ketua-ketua-parti-politik/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/agong-jumpa-serentak-ketua-ketua-parti-politik/#respond Tue, 17 Aug 2021 07:26:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4759
Read Time:43 Second

PETALING JAYA :Beberapa ketua parti tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri baharu.

Antara ketua-ketua parti yang terawal tiba adalah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi pintu 2 Istana Negara iaitu kira-kira pukul 1.50 petang.

Kenderaan dipercayai membawa Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Pintu 2 Istana Negara

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu kemudiannya disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut hadir dalam sesi tersebut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sabah Media difahamkan sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/agong-jumpa-serentak-ketua-ketua-parti-politik/feed/ 0 4759