Peka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jan 2024 04:29:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sayap parti GRS diminta peka masalah rakyat https://sabahmedia.com/2024/01/30/sayap-parti-grs-diminta-peka-masalah-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/01/30/sayap-parti-grs-diminta-peka-masalah-rakyat/#respond Tue, 30 Jan 2024 04:29:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48709
Read Time:1 Minute, 32 Second

SANDAKAN: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda menyeru seluruh jentera parti itu agar lebih aktif melaksanakan program ziarah dalam usaha mengenal pasti keperluan dan masalah rakyat.

Menurut beliau, program seperti itu tidak boleh dilakukan hanya untuk memenangi hati ketika pilihan raya sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan.

“Program ziarah yang kita laksanakan ini adalah merupakan gerak kerja berterusan di seluruh Sabah. Kita bukan sahaja mengunjungi orang yang sakit dan warga emas tetapi menemui ahli keluarga yang juga adalah pengundi.

“Semua ini adalah terjemahan mengenai tanggungjawab kita menjaga rakyat sama seperti kita menjaga ahli keluarga kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika semasa ditemui pada program Ziarah Sayang Wanita GRS di sini semalam.

Hadir sama Ketua GRS Bahagian Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, Anna Bel Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid Aneh Jambri, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sekong, Hasmah Nurdin, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Elopura, Normaswati Sarjam serta ahli jawatankuasa Wanita Gagasan  Rakyat Sungai Sibuga.

Dalam Ziarah Sayang itu kira-kira 12 keluarga telah dilawati antaranya di Taman Indah Jaya, Batu 8, Kg Batu Putih, Kg Sg Kayu, Kg Sg Obar, Kg Tinusa 2, Taman Murni dan Taman Airport.

Redonah berkata, jentera parti mesti peka dengan masalah dan keperluan rakyat di kawasan mereka bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sesuai.

“Kita mesti sentiasa dekat dengan pengundi dan rakyat, pastikan kita menziarahi mereka ini bukan hanya sekali tetapi secara berterusan sampai bila-bila.

“Kita harus tanamkan sikap sayang dalam menjaga rakyat, peka dengan keperluan semasa mereka dan kenal pasti keperluan penduduk setempat,” ujar beliau.

Sementara itu, Amirshah melahirkan terima kasih di atas keprihatinan jentera parti GRS yang menziarahi rakyat di kawasan berkenaan.

“Aktiviti seperti itu memperkukuhkan silaturahim antara jentera parti serta rakyat setempat. Kita berterima kasih di atas keprihatinan GRS dan diharapkan dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/30/sayap-parti-grs-diminta-peka-masalah-rakyat/feed/ 0 48709
Peka dan berhikmah beri pandangan, penjelasan hukum syarak https://sabahmedia.com/2023/10/19/peka-dan-berhikmah-beri-pandangan-penjelasan-hukum-syarak/ https://sabahmedia.com/2023/10/19/peka-dan-berhikmah-beri-pandangan-penjelasan-hukum-syarak/#respond Thu, 19 Oct 2023 14:20:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43865
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Institusi agama perlu peka dan berhikmah dalam memberikan pandangan dan penjelasan hukum syarak, agar Islam dilihat sebagai “ad-din” yang menzahirkan kesefahaman dan kehormanian bermasyarakat, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, perpaduan dan pesefahaman ini juga merupakan salah satu matlamat Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya, iaitu membina negeri dan masyarakat yang bersatu, aman, makmur dan sejahtera.

Beliau berkata, ia juga selaras dengan gagasan Malaysia Madani dengan enam nilai teras yang mengukuhkan lagi nilai persaudaraan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurutnya, jabatan dan agensi yang terbabit dalam pengurusan hal ehwal Islam seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Ehwal Agama Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negeri perlu bekerjasama dan bergabung tenaga dalam menyelesaikan masalah umat Islam dan memartabatkan syiar Islam di negara ini.

“Hal ini juga akan memupuk keyakinan yang ampuh kepada pihak berautoriti agama dalam memberi penerangan yang jelas dan tuntas dalam isu agama sama ada politik, sosial, ekonomi dan seumpamanya agar kehidupan masyarakat Islam berteraskan kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah serta penjelasan daripada alim ulama yang muktabar”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Tautan Ukhwah dan Mahabbah sempena Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke 122 di sini pada Khamis.

Hajiji berkata, Malaysia merupakan negara majmuk dari segi penduduknya, terutama negeri Sabah merupakan tanah tumpah darah kepada 33 kumpulan pribumi, yang bertutur dalam 50 bahasa dan 80 dialek etnik.

“Bayangkan betapa hebat dan uniknya khazanah budaya bangsa yang kami warisi ini! Saya sendiri mempunyai ramai saudara-mara dan ipar duai yang berlainan bangsa, budaya dan kepercayaan agama. Namun, rakyat Sabah tetap hidup dalam suasana harmoni dan rukun damai sejak berkurun lamanya.

“Bayangkan betapa meriahnya suasana di kala kami menyambut perayaan-perayaan keagamaan dan kebudayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan dan lain-lain perayaan. Saudara mara dan rakan taulan datang untuk berziarah yang berlainan agama.

“Namun, kemesraan dan keharmonian tetap menguasai suasana dan ianya adalah semula jadi. Justeru, kemesraan dan keharmonian itulah sebenarnya nilai kekuatan yang memperkukuhkan perpaduan”, jelasnya.

Beliau percaya perbezaan bangsa, budaya dan agama yang wujud tidak akan menjadi batu penghalang kepada rakyat negeri ini memperkukuhkan kesatuan dan perpaduan.

Katanya, nilai-nilai murni yang telah berakar umbi di negeri ini akan terus diwarisi dan menjadi pegangan hidup generasi akan datang dan beberapa generasi yang seterusnya.

Hajiji berkata, semangat toleransi dalam beragama sangat tinggi di Sabah sehingga isu-isu berkaitan keagamaan hampir tidak kedengaran.

Menyentuh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI di Kota Kinabalu, beliau berkata
ia merupakan medium untuk membincangkan dan memutuskan perkara-perkara yang berkaitan Hal Ehwal Islam yang dirujuk oleh Majlis Raja-Raja.

Katanya, pandangan dan keputusan yang dicapai dalam muzakarah itu amat penting dan dinantikan oleh masyarakat Islam yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan dengan kehidupan umat Islam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/19/peka-dan-berhikmah-beri-pandangan-penjelasan-hukum-syarak/feed/ 0 43865
Peka isu orang muda – Redonah https://sabahmedia.com/2023/07/16/peka-isu-orang-muda-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/07/16/peka-isu-orang-muda-redonah/#respond Sun, 16 Jul 2023 00:13:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38340
Read Time:1 Minute, 53 Second

MEMBAKUT : Seluruh kepimpinan sayap Wanita Gagasan Rakyat diminta bersikap proaktif  mendekati golongan muda agar dapat lebih menyelami keperluan dan isu generasi berkenaan.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, mereka yang bakal keluar mengundi merupakan generasi penentu kepada kemenangan sesebuah parti pada PRN17.  

Sehubungan itu, katanya, setiap cawangan dan bahagian perlu kerap turun padang menemui golongan tersebut daripada semasa ke semasa.

“Setiap wanita bahagian dan cawangan juga perlu bergerak dari awal bagi menambah keahlian kerana ini adalah nadi kemenangan kita pada pilihan raya akan datang.

“Ketua-ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian perlu memastikan agar jentera mereka telah disiap-siagakan, kenal pasti setiap ahli kita kerana dengan kelebihan 1 undi sahaja akan menentukan kemenangan mahupun sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berjumpa dengan ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat bahagian Membakut dan penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa Wanita di Kampung Pimping, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh, Ketua Penerangan, Anna Bell Perian, Ketua Wanita bahagian Membakut, Dayang Hairena Awang Basir serta ahi jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat bahagian Membakut.

Menurut Redonah, Wanita Gagasan Rakyat bahagian wajar memberi tumpuan kepada aktiviti gerak kerja berpasukan dalam memperkukuh parti dan menyantuni rakyat.

Tambahnya, gerak kerja kepimpinan Wanita Gagasan di semua peringkat perlu diperkukuhkan melalui program penambahan ahli dan latihan persediaan jentera pilihan raya.

Beliau berkata, bagi menarik keahlian baharu, mereka (wanita) seharusnya terlebih dahulu mendekati rakyat dengan apa cara sekali pun. Wanita Gagasan Rakyat mesti mampu menghayati denyut nadi rakyat dan mesti mengetahui apa sahaja masalah dan keperluan rakyat.

“Bukan sekadar itu, kita mesti dilihat kumpulan yang berusaha menyelesaikan masalah rakyat dan mesti dilihat berjaya menyelesaikan masalah itu. Hal ini kerana rakyat hari ini sudah bijak. Mereka pandai menilai kumpulan mana yang bekerja untuk mereka.

“Mereka (wanita) juga terus memantapkan gerak kerja dalam aspek pembentukan jaringan kemasyarakatan akar umbi bagi membela dan menjaga kebajikan rakyat. Ini bagi memastikan Wanita Gagasan mampu memainkan peranan untuk memantau dasar kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat dilaksanakan dengan optimum dan sampai ke sasaran,” tegas beliau.

Redonah menggesa pengundi muda yang berumur 18 tahun ke atas yang didaftarkan secara automatik harus didekati. Wanita Gagasan Rakyat mesti merencana strategi memikat hati pengundi-pengundi muda ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/16/peka-isu-orang-muda-redonah/feed/ 0 38340