Pekerja wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Jan 2024 20:23:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pekerja wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekerja wanita putus semua jari tangan kanan tersepit mesin pengisar daging https://sabahmedia.com/2024/01/26/pekerja-wanita-putus-semua-jari-tangan-kanan-tersepit-mesin-pengisar-daging/ https://sabahmedia.com/2024/01/26/pekerja-wanita-putus-semua-jari-tangan-kanan-tersepit-mesin-pengisar-daging/#respond Thu, 25 Jan 2024 20:23:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48532
Read Time:41 Second

TAWAU: Seorang pekerja wanita putus kesemua jari tangan kanan selepas tersepit ke dalam mesin pengisar daging dalam kejadian di salah sebuah cafe di Taman Poh San dekat sini pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.50 petang semalam (25 Jan).

“Pasukan bomba Tawau tiba dilokasi kejadian mendapati seorang mangsa perempuan iaitu pekerja cafe berkenaan tanganya tersepit dalam mesin pengisar daging.

“Mangsa dikenali sebagai Nurazrina Daniel berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan putus kesemua jari tangan kanan.

“Pasukan Bomba bertindak memotong mesin pengisar dan mengeluarkan tangan mangsa.

“Mangsa seterusnya diberikan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Tawau menggunakan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/26/pekerja-wanita-putus-semua-jari-tangan-kanan-tersepit-mesin-pengisar-daging/feed/ 0 48532
Pekerja wanita patah jari tangan kiri tersepit dalam mesin buat kulit dumpling https://sabahmedia.com/2023/06/25/pekerja-wanita-patah-jari-tangan-kiri-tersepit-dalam-mesin-buat-kulit-dumpling/ https://sabahmedia.com/2023/06/25/pekerja-wanita-patah-jari-tangan-kiri-tersepit-dalam-mesin-buat-kulit-dumpling/#respond Sun, 25 Jun 2023 06:24:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37090
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita mengalami kecederaan patah jari tangan kiri selepas tangannya tersepit di mesin pembuatan kulit dumpling dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Menggatal Plaza dekat sini pada petang Sabtu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.32 petang Sabtu (24 Jun).

Lokasi kejadian seoarang pekerja wanita tersepit tangan kiri dalam mesin pembuatan kulit dumpling. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Sepasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati tangan mangsa seorang pekerja wanita berjaya dikeluarkan dari mesin oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Mangsa berumur 19 tahun itu menerima rawatan awal dari anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS.

“Seterusnya mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan EMRS dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.10 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/25/pekerja-wanita-patah-jari-tangan-kiri-tersepit-dalam-mesin-buat-kulit-dumpling/feed/ 0 37090