Pekerja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jun 2026 02:53:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pekerja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri perkasa modal insan demi ekonomi masa depan https://sabahmedia.com/2026/06/30/kerajaan-negeri-perkasa-modal-insan-demi-ekonomi-masa-depan/ https://sabahmedia.com/2026/06/30/kerajaan-negeri-perkasa-modal-insan-demi-ekonomi-masa-depan/#respond Tue, 30 Jun 2026 02:53:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99115
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited memperkukuh pembangunan modal insan menerusi pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri masa depan, termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (Al), teknologi digital dan sektor strategik berimpak tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pembangunan bakat tempatan menjadi antara keutamaan kerajaan negeri bagi memastikan rakyat Sabah dapat mengisi peluang pekerjaan berkualiti tinggi yang diwujudkan hasil kemasukan pelaburan baharu serta perkembangan sektor ekonomi strategik.

Beliau berkata, kerajaan mahu melihat lebih ramai anak Sabah muncul sebagai jurutera, teknologis, juruteknik mahir, saintis data, pakar Al serta pemimpin industri yang mampu bersaing di peringkat global.

“Kerajaan Negeri terus komited melaksanakan agenda pembangunan berteraskan rakyat melalui Hala Tuju SMJ 2.0 dengan matlamat membina sebuah negeri yang makmur, berdaya saing dan inklusif, di mana hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 kepada kesatuan-kesatuan sekerja Sabah di Ballroom Hotel Magellan Sutera, di sini, pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick.

Majlis itu turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Hajiji berkata, dunia pekerjaan kini sedang melalui transformasi besar yang dipacu teknologi digital, automasi dan Al, sekali gus mengubah landskap pekerjaan serta mewujudkan pelbagai peluang kerjaya baharu yang memerlukan kemahiran berbeza.

Sehubungan itu, beliau berkata, kesatuan sekerja perlu bergerak seiring dengan perubahan semasa melalui usaha memperkukuh pendigitalan organisasi, meningkatkan kemahiran ahli (upskilling) serta mematuhi piawaian antarabangsa.

Beliau turut menyeru kerjasama erat antara kesatuan sekerja, majikan, institusi latihan dan agensi kerajaan bagi membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta memperluaskan peluang latihan semula dan peningkatan kemahiran kepada para pekerja.

Menurutnya, agenda itu selaras dengan aspirasi SMJ 2.0 yang memberi penekanan besar terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai laluan utama melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“TVET bukan lagi pilihan alternatif, sebaliknya menjadi laluan penting dalam menyediakan tenaga kerja yang diperlukan industri masa hadapan.

“Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga, minyak dan gas, ekonomi biru, pelancongan, pembuatan maju serta teknologi hijau yang semuanya memerlukan tenaga kerja kompeten dan berkemahiran tinggi,” katanya.

Hajiji berkata, kejayaan pembangunan negeri memerlukan kerjasama kukuh antara kerajaan, majikan dan pekerja bagi mewujudkan hubungan perusahaan yang harmoni dan mampan.

Beliau turut menggesa majikan terus mengamalkan budaya kerja yang adil, prihatin dan berintegriti, manakala pekerja perlu sentiasa meningkatkan kemahiran serta pengetahuan agar kekal relevan dengan keperluan industri.

Katanya, pemimpin kesatuan sekerja pula perlu terus memainkan peranan sebagai suara yang bertanggungjawab dan berpandangan jauh dalam memperjuangkan kebajikan pekerja serta menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.

Pada masa sama, Hajiji berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan penting kesatuan sekerja sebagai jambatan yang menghubungkan aspirasi pekerja, majikan dan ker kerajaan, selain menjadi antara pemangkin kepada kestabilan hubungan. perusahaan serta keyakinan pelabur.

Beliau berkata, menerusi Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS), Kerajaan MADANI memperuntukkan RM6.1 juta bagi pelaksanaannya di seluruh negara pada tahun ini, termasuk RM310,000 yang disalurkan kepada 38 kesatuan kesa sekerja a di di Sabah.

“Gunakanlah peruntukan ini sebaik mungkin dan penuh amanah bagi meningkatkan kompetensi ahli, memperkukuh sistem pengurusan organisasi serta melaksanakan program yang memberi manfaat kepada para pekerja,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/30/kerajaan-negeri-perkasa-modal-insan-demi-ekonomi-masa-depan/feed/ 0 99115
Dasar ‘Living Wage’: Antara Niat Murni dan Realiti Majikan https://sabahmedia.com/2025/07/28/dasar-living-wage-antara-niat-murni-dan-realiti-majikan/ https://sabahmedia.com/2025/07/28/dasar-living-wage-antara-niat-murni-dan-realiti-majikan/#respond Mon, 28 Jul 2025 02:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78082
Read Time:3 Minute, 1 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

KUALA LUMPUR: Isu kadar gaji terus menjadi perbincangan hangat antara pekerja dan majikan di seluruh negara, dengan rata-rata pekerja menyuarakan kebimbangan terhadap pendapatan yang masih rendah serta cabaran kos sara hidup yang meningkat, sehingga menjejaskan kualiti hidup mereka.

Dalam masa sama, majikan pula berdepan tekanan kos operasi yang semakin meningkat, berikutan pelaksanaan beberapa dasar kerajaan seperti kenaikan kadar gaji minimum, pelarasan tarif elektrik, rasionalisasi subsidi diesel, serta sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing. Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) antara yang paling terkesan dengan perkembangan ini.

Menurut Laporan Statistik Kecenderungan Perniagaan Suku Kedua 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Petunjuk Keyakinan perniagaan menurun kepada 2 peratus berbanding 3.2 peratus pada suku pertama tahun ini. Ini merupakan penurunan selama tiga suku berturut-turut sejak Suku Keempat 2024.

Laporan itu turut mendedahkan hanya 16.2 peratus majikan merancang untuk menambah bilangan pekerja, manakala 76.7 peratus mengekalkan jumlah sedia ada dan 7.1 peratus pula merancang pengurangan.

Penganalisis menjangkakan dengan keyakinan perniagaan yang lemah, kemungkinan besar kadar gaji pekerja tidak akan meningkat dalam masa terdekat, malah manfaat seperti bonus dan latihan juga mungkin terjejas.

Dalam usaha meringankan beban pekerja, kerajaan telah menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan mulai Februari 2025, peningkatan hampir 90 peratus sejak dasar itu diperkenalkan pada 2012.

Selain itu, penjawat awam menerima pelarasan gaji antara 7 hingga 15 peratus mulai Disember 2024, iaitu kenaikan terbesar sejak 2007.

Pada Mei lalu, 34 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Khazanah Nasional, PNB, KWSP, LTAT dan Tabung Haji telah melaksanakan dasar ‘Living Wage’ dengan kadar sekitar RM3,100 sebulan, berdasarkan panduan Belanjawanku 2024/2025. Seramai 153,000 pekerja terlibat dalam pelaksanaan dasar ini.

Maybank mengesahkan semua pekerjanya kini menerima pendapatan melebihi paras gaji sara hidup tersebut, manakala Sime Darby Property menaikkan gaji minimum bagi pekerja B40 daripada RM1,500 kepada RM2,700.

Bekas Pengerusi Bursa Malaysia semasa ASEAN Corporate Governance Conference 2025 menyeru syarikat korporat agar menyokong dasar ini secara sukarela sebagai sebahagian daripada prinsip tadbir urus ESG (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus).

Menurut beliau, gaji pekerja hanya menyumbang 33.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 50 peratus di negara maju. Kerajaan mensasarkan peningkatan kepada 40 peratus menjelang akhir 2025 dan 45 peratus menjelang 2033 di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.

Namun, data Bank Negara menunjukkan pertumbuhan gaji pekerja (7%) dalam tempoh 2019–2024 lebih perlahan berbanding pertumbuhan produktiviti (11.2%).

Berdasarkan laporan Sorotan Pasaran Buruh Suku Pertama 2025 oleh DOSM, median upah bulanan pekerja formal ialah RM3,045. Walaupun ia hampir menyamai kadar gaji wajar RM3,047, lebih 40 peratus pekerja masih menerima upah di bawah garis kemiskinan nasional (RM2,589), dan 7.1 peratus menerima gaji di bawah kadar minimum RM1,500.

Kelantan mencatat median upah bulanan terendah sebanyak RM1,664, diikuti Perlis (RM1,764) dan Sabah (RM2,000), jauh lebih rendah berbanding paras nasional.

Susulan itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan pindaan terhadap Akta Kerja 1955 bagi mewajibkan penstrukturan gaji secara berkala, khususnya untuk menjamin kenaikan tahunan kadar upah sektor swasta.

MTUC turut menegaskan bahawa ketiadaan peruntukan tersebut menyebabkan ramai pekerja menerima upah statik untuk tempoh yang panjang, dengan syarikat lebih mengutamakan kenaikan gaji golongan pengurusan tertinggi yang didakwa melebihi 100 kali ganda berbanding pekerja bawahan.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat bahawa majikan tidak wajar dipaksa melaksanakan dasar gaji sara hidup melalui undang-undang. Sebaliknya, majikan harus diberi ruang menentukan struktur gaji mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

“Apa yang tidak wajar ialah apabila majikan menikmati keuntungan hasil titik peluh pekerja tanpa berkongsi dengan pemberian gaji dan bonus yang setimpal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/28/dasar-living-wage-antara-niat-murni-dan-realiti-majikan/feed/ 0 78082
Pekerja ladang hilang selepas dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/01/30/pekerja-ladang-hilang-selepas-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/pekerja-ladang-hilang-selepas-dibaham-buaya/#respond Mon, 30 Jan 2023 12:39:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28761
Read Time:1 Minute, 21 Second

SEMPORNA: Seorang pekerja ladang hilang selepas dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing bersama rakan-rakannya di Sungai Pegagau dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan (Supt) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat aduan orang awam yang menyatakan terdapat seorang pekerja ladang Pegagau telah dibaham buaya semasa
memancing bersama rakan yang lain seramai tujuh orang di sungai tersebut pada jam 3.30 petang semalam (29 Jan).

Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 36 itu telah memancing di pinggir bakau, kemudian tali pancing mangsa tersangkut di dalam air, mangsa bertindak mengambil kayu panjang satu depa bagi melepaskan tali pancing yang tersangkut, tiba-tiba seekor buaya telah muncul dan membaham kedua kaki mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa adalah warganegara asing merupakan pekerja ladang Pegagau di Semporna.

Dalam pada itu, pada jam 4.00 petang hari sama, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat di jalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, dibantu oleh pekerja ladang Pegagau serta penduduk kampung di lokasi sekitar kawasan Sungai Pegagau.

“Mayat mangsa ditemui bersama buaya namun ditarik semula ke dalam sungai setelah pasukan SAR menghampiri mangsa,” kata Farhan.

Operasi SAR dijalankan di Sungai Pegagau. – Foto ihsan PDRM Semporna.

Menurutnya, pada Isnin (30 Jan) jam 8.00
pagi sehingga jam 2.00 petang ini Balai Polis Semporna, Pasukan Polis Merin Semporna bersama Jabatan Hidupan Liar Tawau dan Bomba Semporna meneruskan operasi SAR
di kawasan sama, namun mangsa masih belum ditemui.

Sementara itu, Farhan turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di sungai atau laut dan menjauhi kawasan sungai yang menjadi habitat kepada buaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/pekerja-ladang-hilang-selepas-dibaham-buaya/feed/ 0 28761
Pengguna Diingatkan Waspada Dengan Individu Menyamar Sebagai Pekerja SESB https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/#respond Thu, 21 Oct 2021 06:35:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7736
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pekerja SESB untuk membuat pemeriksaan sistem pendawaian dalaman premis dan mengutip bayaran perkhidmatan daripada orang awam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata kerja pendawaian dalaman premis hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sijil pendawaian dan kompeten dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga.

Beliau menjelaskan bahawa SESB hanya melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja menanggalkan meter elektrik bagi akaun yang telah ditutup dan skop kerja tersebut tidak termasuk menanggalkan pendawaian dalaman premis pengguna.

“Kita juga mengingatkan pengguna bahawa ketika ini kerja pendawaian dalaman tidak termasuk dalam skop kerja senggaraan SESB,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian mengulas kepada satu mesej yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp berhubung sekumpulan lelaki menyamar sebagai anggota kerja SESB memasuki premis pengguna di bandaraya Kota Kinabalu dam memaklumkan kepada mereka mengenai kerosakan pendawaian elektrik mereka.

“Penyamar turut memaklumkan pemilik premis untuk segera membuat pembayaran di pejabat SESB di Asia City bagi tujuan menukar meter dan kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan bekalan elektrik mereka dipotong,” Idris berkata.

Katanya, urusan pembayaran perkhidmatan SESB hanya boleh dibuat di kaunter SESB di semua pejabat SESB dan warga kerja SESB tidak dibenarkan menerima sebarang bayaran berbentuk tunai walaupun bagi pihak syarikat.

Sehubungan itu, katanya pengguna perlu menghubungi polis jika mereka didatangi individu yang mencurigakan dan meminta bayaran bagi sebarang perkhidmatan berkaitan dengan pendawaian dalaman atau kerja pembaikan kotak jangka di premis.

Pengguna turut dinasihati untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 sekiranya berhadapan dengan situasi seumpama ini bagi mendapatkan kepastian selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/feed/ 0 7736
COVID-19: Dua Kluster Baharu Direkod Melibatkan Pekerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/#respond Mon, 04 Oct 2021 13:14:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7176
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini merupakan kluster jenis tempat kerja yang melibatkan pekerja di ladang sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dan Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan.

Katanya, Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dikesan berlaku di tempat kerja iaitu di Ladang Sawit Malbumi Gedau, Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan pekerja pembersihan, wanita, 52, bukan warganegara yang mula bergejala pada 17 September 2021, didapati positif COVID-19 pada 28 September 2021 setelah ujian saringan bergejala RTK AG dibuat di Hospital Duchess of Kent,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Sementara itu, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 62 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini sebanyak 63 kes.

Manakala Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan yang juga merupakan kluster tempat kerja iaitu di kilang sawit di daerah Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes indeks adalah pemandu kilang lelaki, 30, warganegara Indonesia yang dikesan positif COVID-19 melalui RTK AG di Klinik Mabello Paris Kinabatangan pada 29 September 2021 untuk tujuan saringan tempat kerja.

“Seterusnya aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 27 orang kontak sosial, pekerja telah didapati positif COVID-19.

“Setakat hari ini, terdapat 28 kes positif dalam kluster ini termasuk 25 kes baharu yang dilaporkan,” jelasnya.

“Susulan kes tersebut, siasatan dan persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di kedua-dua lapangan kluster terlibat untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain,” ujar Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/feed/ 0 7176
Kerajaan Persekutuan Diminta Bantu Pekerja Yang Berulang Alik Sabah – Labuan https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-persekutuan-diminta-bantu-pekerja-yang-berulang-alik-sabah-labuan/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-persekutuan-diminta-bantu-pekerja-yang-berulang-alik-sabah-labuan/#comments Fri, 10 Sep 2021 11:35:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6112
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta untuk membantu mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi penduduk Sabah yang sering berulang alik ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi atas urusan kerja.

Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) Yahya Ahmad berkata, hampir 100 penduduk negeri ini yang bekerja sebagai kakitangan awam dan swasta berdepan pelbagai masalah khususnya ketika peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ketika ini Labuan sudah memasuki PPN Fasa keempat manakala Sabah kekal pada fasa kedua dan sudah pasti prosedur operasi standard (SOP) adalah berbeza. Pihak kami menerima pelbagai aduan dan rungutan berhubung perkara ini.

“Saya difahamkan juga Pengarah Kesihatan Labuan juga mahu SOP diperketatkan untuk memastikan Labuan mencapai sifar COVID-19. Dengan peralihan fasa ini, mereka akan menghadapi masalah bebanan berganda selain menanggung kos ujian calitan COVID-19 sendiri setiap kali hendak masuk ke Labuan,” katanya.

Yahya berkata, pihaknya turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi pekerja terbabit dan menggesa agar Pengarah Kesihatan Labuan dapat mempertimbangkan dan perlu membantu memudahcara seperti ujian calitan COVID-19 secara percuma di klinik atau hospital kerajaan.

Katanya, pihaknya juga mahu tempoh wajib ujian calitan COVID-19 itu dijarakkan dalam tempoh dua minggu sekali dan kemudian kuarantin mereka perlu ada pendekatan mudahcara.

“Saya difahamkan, 100 orang pekerja ini sudahpun mendapat dua dos vaksin lengkap maka dengan menjaga SOP setiap masa iaitu pergerakan masuk dan keluar rasanya tidak menjadi masalah tentu mereka faham moral tuntutan tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Yahya berkata, kesemua pekerja ini juga rata-rata tidak mempunyai rumah sendiri di Labuan selain hanya akan berulang-alik ke Sabah.

Katanya, rata-rata pekerja yang bekerja di Labuan adalah berasal dari Menumbok; Beaufort; Kuala Penyu dan Membakut.

“Saya berharap agar jasa baik kerajaan persekutuan khususnya Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan campur tangan dalam menangani masalah tersebut supaya dapat diselesaikan dengan segera,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-persekutuan-diminta-bantu-pekerja-yang-berulang-alik-sabah-labuan/feed/ 1 6112
COVID-19: Kluster Tercetus Melibatkan Pekerja Kilang Papan Di Sandakan https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/#respond Sat, 04 Sep 2021 14:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5828
Read Time:48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja merekodkan 116 kes positif termasuk 103 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif COVID-19 kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Sandakan.

Kes indeks Kluster Semawang, Sandakan adalah pekerja lelaki, 40, bukan warganegara, dikesan COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100%
dalam saringan pekerjaan.

Susulan dari kes tersebut, pada 27 Ogos 2021, tiga lagi kes baharu dikesan di lokaliti sama. Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376 pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif COVID-19 melalui kaedah ujian RTK AG.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/feed/ 0 5828
PKKP UMS Tingkat Kawalan Keselamatan Pekerja Hadapi Cabaran COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/12/pkkp-ums-tingkat-kawalan-keselamatan-pekerja-hadapi-cabaran-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/pkkp-ums-tingkat-kawalan-keselamatan-pekerja-hadapi-cabaran-covid-19/#respond Sat, 12 Jun 2021 09:28:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1098
Read Time:2 Minute, 32 Second

12 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) meningkatkan kawalan keselamatan pekerja bagi menghadapi cabaran COVID-19 dengan memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 UMS PKKP melalui Pekeliling Pendaftar Bil.4 Tahun 2020.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, garis panduan tersebut adalah sebagai panduan kepada semua kakitangan, warga UMS dan juga pekerja luar berhubung langkah-langkah kawalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi pencegahan jangkitan COVID-19 di UMS.

“Selain itu, beberapa Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga telah dibangunkan bagi mengadaptasi norma baharu dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan mana-mana operasi UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Sedunia Peringkat UMS yang disiarkan secara dalam talian di laman Facebook rasmi UMS.Official dan platform Cisco Webex pada Jumaat (11 Jun).

Menurut Taufiq, bagi mencapai satu sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang berdaya tahan, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan COVID-19 UMS juga telah menjalankan pelbagai aktiviti.

“Ini meliputi roadshow pencegahan COVID-19 di UMS, statistik harian dan pemantauan kes positif COVID-19, Person Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) dalam kalangan pekerja, pelajar dan pekerja luar yang dipantau secara harian, pemantauan harian Pusat Kuarantin UMS.

“Pemantauan harian penggunaan PPE, gejala dan beban kerja barisan hadapan UMS, Aktiviti Pendidikan dan Promosi Kesihatan secara harian di media sosial rasmi UMS, Hotline COVID-19, pemantauan status perakuan kesihatan harian kakitangan dan pelajar yang menjalani pengasingan di UMS melalui sistem UMS Shield, dan program promosi vaksinasi COVID-19 dan permohonan sebagai Pusat Pemberian Vaksin,” kata Taufiq.

Taufiq dalam masa sama berkata pelajar merupakan kumpulan yang tergolong sebagai individu yang mungkin terkesan dengan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMS terutamanya di kolej kediaman.

“Untuk itu, Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), dengan kerjasama PKKP telah mewujudkan Anugerah Penarafan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kolej Kediaman yang julung kali diadakan bertepatan dengan falsafah kolej kediaman yang memelihara kesejahteraan dan keharmonian warganya.

“Program tahunan bagi memberikan penarafan bintang kepada semua kolej kediaman ini akan menggalakkan penglibatan warga kolej kediaman dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi menyokong kolej kediaman untuk memperoleh Persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001:2018) bermula tahun 2021,” katanya.

Ujar Taufiq, dengan iltizam yang tinggi bagi mendapatkan persijilan tersebut akan meningkatkan lagi standard amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif sesuai dengan situasi pandemik masa kini, dan seterusnya membina keyakinan dan kepercayaan pemegang taruh, masyarakat dan kerajaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di UMS.

Selain pelancaran Anugerah Penarafan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kolej Kediaman, beberapa siri perkongsian ilmu dan bual bicara berkaitan dengan isu dan cabaran dalam pembudayaan norma baharu di tempat kerja bersama wakil dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, pakar ergonomik dari Universiti Malaysia Perlis dan ahli akademik UMS menjadi pengisian sambutan Hari OSH Sedunia Peringkat UMS yang berlangsung sehari secara atas talian melalui platform Cisco Webex.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/pkkp-ums-tingkat-kawalan-keselamatan-pekerja-hadapi-cabaran-covid-19/feed/ 0 1098