Pekerjaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Sep 2023 09:06:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pekerjaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belia digalakkan lanjut pelajaran selepas SPM untuk dapat pekerjaan lebih berkualiti – George Hiew https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/ https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/#respond Wed, 27 Sep 2023 09:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42644
Read Time:1 Minute, 16 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew Vun Zin menggalakkan para belia untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih berkualiti di masa akan datang.

Menurut beliau, graduan SPM yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila mereka mencari pekerjaan kelak, tetapi juga menambah ilmu, pengetahuan dan kemahiran mereka untuk berdepan dengan alam kerjaya nanti.

“Saya menggalakkan anak-anak muda kita di Karamunting untuk melanjutkan pelajaran bagi melahirkan lebih banyak lagi tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran, sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan di kawasan Karamunting.

“Ia juga merupakan suatu jalan bagi keluarga miskin di kawasan saya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, iaitu apabila anak-anak muda ini mampu mencari pendapatan yang lebih lumayan dengan kelayakan pendidikan yang lebih tinggi,” katanya di dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pada minggu lalu, George telah menyampaikan sumbangan insentif kepada 15 orang pelajar daripada kawasan Karamunting yang bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi, Diploma and Ijazah di pelbagai bidang di luar daerah dan luar negeri.

Katanya, tujuan insentif itu adalah bagi tanda sokongan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Karamunting ke atas usaha belia untuk melanjutkan pelajaran di menara gading, dan pada masa yang sama bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar-pelajar tersebut.

“Saya berharap pelajar-pelajar ini akan cemerlang dan berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi, dan berharap agar mereka akan kembali ke Karamunting untuk berkhidmat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di sini,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/feed/ 0 42644
4,864 Orang Berjaya Peroleh Pekerjaan Atas Inisiatif Kerajaan Melalui PERKESO https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/ https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/#respond Sun, 24 Oct 2021 04:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7854
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Seramai 4,864 orang di negeri ini telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini atas inisiatif bantuan kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seramai 7,141 rakyat Sabah juga telah berjaya kembali bekerja berdasarkan statistik yang dikeluarkan PERKESO Sabah pada tahun 2020.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tiga dari kanan) menyerahkan faedah PERKESO (sistem insurans pekerjaan) kepada salah seorang penerima di majlis itu.

“Jelaslah bahawa inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui PERKESO di bawah program PEMULIH memberi impak yang positif, sekali gus dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.

“Ini merupakan satu langkah yang amat baik dalam proses negara memulihkan dan merancakkan kembali ekonomi negara,” kata Hajiji ketika merasmikan Karnival Kerjaya Urban Poor Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di Dataran Astaka Padang Tuaran, hari ini.

Program Karnival Kerjaya Urban Poor peringkat negeri Sabah 2021 Daerah Tuaran ini, adalah yang pertama dan karnival seumpama ini akan diteruskan secara berperingkat ke daerah luar bandar di Sabah.

Hajiji berkata, kerajaan sememangnya sudah bersedia berhadapan dengan isu pemberhentian kerja dan pengangguran ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19.

“Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif tanpa menunggu keadaan menjadi bertambah serius. Dalam tempoh Pandemik COVID-19 bermula Mac 2020 hingga September 2021, PERKESO Sabah telah berjaya menganjurkan sebanyak 307 aktiviti temuduga, iaitu 267 temuduga secara maya dan 40 aktiviti secara fizikal yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai industri dan majikan.

“Selain itu, bagi memudahkan lagi proses temuduga dalam talian, PERKESO Sabah telah mengadakan kerjasama strategik dengan Pusat Internet Desa bagi memastikan capaian internet untuk pencari kerja di luar bandar dapat diakses dengan mudah. Usaha ini bagi membantu pencari kerja di kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata sejajar dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, PERKESO telah menjalin kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri dalam membantu menstabilkan dan menguruskan hal berkaitan pasaran buruh menerusi aktiviti perkhidmatan pekerjaan yang dilaksanakan secara berterusan.

“Saya melihat usaha ini akan membantu lebih ramai belia dan lepasan sekolah di negeri ini untuk mendapat peluang pekerjaan termasuk dalam pelbagai sektor industrii,” katanya.

Menurut Hajiji, terdapat lebih 1,000 kekosongan jawatan menanti dan 15 buah majikan mengambil bahagian dalam program temuduga sempena Karnival Kerjaya Urban Poor itu.

“Ini adalah antara inisiatif kerajaan melalui PERKESO dalam membantu rentan bandar, khususnya golongan B40 berkaitan menyediakan peluang carian pekerjaan dan penempatan kerja dalam kalangan belia lepasan sekolah, graduan dan pekerja yang kehilangan pekerjaan,” katanya sambil berharap pencari kerja akan mengambil peluang menyertai mana-mana karnival yang dianjurkan oleh PERKESO.

Karnival Kerjaya Urban Poor anjuran PERKESO Sabah adalah penganjuran yang kedua, selepas Karnival e-Kerjaya PERKESO Negeri Sabah pada 25 September lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/feed/ 0 7854