Pelabur Asing – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Dec 2023 04:25:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelabur Asing – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah akan terokai Ekonomi Biru bersama pelabur asing https://sabahmedia.com/2023/12/14/sabah-akan-terokai-ekonomi-biru-bersama-pelabur-asing/ https://sabahmedia.com/2023/12/14/sabah-akan-terokai-ekonomi-biru-bersama-pelabur-asing/#respond Thu, 14 Dec 2023 04:25:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46520
Read Time:2 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menerokai Ekonomi Biru dengan kerjasama pelabur-pelabur asing yang pakar dalam bidang itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Ekonomi Biru sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebagai salah satu pendekatan untuk merancakkan ekonomi negara.

Katanya, selaras dengan Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri berhasrat meneroka Ekonomi Biru yang bertujuan untuk pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau berkata, Ekonomi Biru menjanjikan potensi yang besar dalam pelbagai bidang, antaranya bagi negeri Sabah ialah Perikanan dan Akuakultur, Perkapalan dan Pengangkutan (Logistik), Pelancongan, Tenaga Boleh Diperbaharui, Sumber-sumber Mineral, Bioteknologi dan Farmaseutikal, Blue Carbon, Pengurusan Sisa dan Kawalan Pencemaran, Kajian dan Pembangunan serta Infrastruktur Marin.

“Semasa mengetuai delegasi ke Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) di China pada November lalu, saya telah menjemput pelabur untuk meneroka konsep Ekonomi Biru dengan Kerajaan Sabah bagi membangunkan sektor pemprosesan makanan, kerana Sabah mempunyai pantai terpanjang di Malaysia, dengan lebih 1,000 kilometer berpotensi besar untuk penternakan ikan dan hasil laut lain”, katanya.

Beliau berkata demikian sempena Perasmian Program SMJ-EKOB 2023 Khazanah
Baharu Melalui Konsep Ekonomi Biru Di Negeri Sabah “Beyond Limits, Unleashing Economy” di Hotel Le Meridien pada Khamis.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Katanya, beliau turut meminta pelabur untuk mempertimbangkan sektor tenaga, merangkumi sumber bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin.

Justeru beliau berharap semua pihak yang berkaitan dalam konsep Ekonomi Biru akan bekerja keras untuk menarik lebih ramai pelabur luar termasuk dari China untuk melabur dalam konsep itu.

“Kita harus sedar bahawa jika pada masa lalu ia hanyalah sebuah konsep dalam ekonomi, kini sudah menjadi satu kemestian untuk diterokai. Lebih-lebih lagi, kedudukan geografi negeri Sabah amatl strategik, dikelilingi lautan seluas 37,300 kilometer persegi, dengan pelantar benua berkeluasan 116,800 kilometer persegi, dan garis pantai sepanjang 2,383 kilometer.

“Dengan khazanah dan kekayaan biodiversiti marin yang dimiliki negeri Sabah, potensinya amat besar. Justeru, kerajaan komited dan mengambil serius pembangunan Ekonomi Biru kerana memahami betapa besar implikasinya kepada rakyat, alam sekitar dan masa depan bersama”, tegasnya.

Hajiji berkata, Konsep Ekonomi Biru diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang merujuk kepada pemanfaatan secara lestari sumber-sumber laut untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup, dan penciptaan pekerjaan, sambil menjaga kelestarian ekosistem marin.

Sementara di persidangan ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 2021, para delegasi termasuk Malaysia telah bersetuju untuk mengadaptasikan ekonomi biru di rantau ASEAN.

Beliau berkata, Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0: 2021-2025) yang dilancarkan pada 29 Mac 2021, menggariskan strategi pembangunan negeri dengan memanfaatkan semua sumber yang terdapat di negeri Sabah secara optimum.

Menurutnya, sifat Pelan SMJ sudah seawalnya menyediakan ruang untuk meneroka kaedah atau sumber baharu bagi meningkatkan pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama memelihara ekosistem alam sekitar.

“Perkara ini terkandung dalam teras utama Pelan SMJ di bawah elemen J: Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, yang pada prinsipnya menyokong agenda pembangunan Ekonomi Biru di negeri Sabah”, tambahnya.

Menyentuh Program SMJ-EKOB 2023, Hajiji berkata ia adalah platform untuk mewujudkan kerangka ekonomi yang akan menentukan hala tuju Ekonomi Biru bagi negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/14/sabah-akan-terokai-ekonomi-biru-bersama-pelabur-asing/feed/ 0 46520
Sabah jadi pilihan pelabur asing – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/06/19/sabah-jadi-pilihan-pelabur-asing-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/06/19/sabah-jadi-pilihan-pelabur-asing-hajiji/#respond Mon, 19 Jun 2023 06:58:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36642
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sabah terus menjadi pilihan pelabur asing untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, antara sektor yang menjadi pilihan pelabur asing ialah minyak dan gas, tenaga, pertanian, perikanan, pelancongan, pembuatan dan lain-lain.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan para pelabur asing yang berminat dan bersedia untuk melabur ke Sabah, untuk melihat dan membangunkan sektor yang berpotensi di negeri ini yang kaya dengan sumber asli dan alam sekitar yang cantik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi negara-negara asing ke Malaysia di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) menerima cenderamata daripada Duta Besar Republik China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Ouyang Yujing semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Isnin. – Foto ihsan JKM

Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Encik Ouyang Yujing, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei
Darussalam ke Malaysia, TYT Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Mahmud Saidin dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, TYT MD. Golam Sarwar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) menerima cenderamata daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Tuan Yang Terutama MD. Golam Sarwar semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Isnin. – Foto ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) menerima cenderamata daripada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuang Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Mahmud Saidin semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Isnin.- foto ihsan JKM

Hajiji juga berharap pelancong asing khususnya dari negara China, Brunei
Darussalam dan negara-negara asing yang lain akan terus memilih Sabah sebagai destinasi pelancongan dan percutian mereka.

Semasa kunjungan itu, Duta Besar Republik China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing memaklumkan Hajiji, Sabah amat terkenal dikalangan rakyat China kerana keindahan alam semula jadi yang dimiliki negeri ini.

Beliau juga berharap kerajaan dan pengusaha-pengusaha pelancongan di Sabah akan mengadakan lebih banyak promosi mereka di bandar-bandar utama di negara China bagi menarik lebih ramai pelancong negara itu ke Sabah.

Katanya, beberapa sektor yang berpotensi diterokai oleh pelabur dan pedagang dari China di Sabah ialah industri minyak dan gas, tenaga, pertanian, perikanan, ekonomi digital, industri berteknologi tinggi dan lain-lain.

Menurutnya, sektor infrastruktur di Sabah yang berpotensi diterokai oleh syarikat kejuruteraan dan pembinaan dari China seperti pembinaan pelabuhan, lapangan terbang, lebuhraya dan lain-lain.

Beliau juga akan membawa syarikat-syarikat kejuruteraan dan pembinaan multinasional China yang telah menubuhkan syarikatnya di Kuala Lumpur dan pedagang China ke Sabah untuk meninjau peluang pelaburan di negeri ini.

TYT Ouyang Yujing yang dilantik sebagai Duta Besar Republik China ke Malaysia pada tahun 2021 turut mempelawa Hajiji mengetuai delegasi Sabah melawat China.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/19/sabah-jadi-pilihan-pelabur-asing-hajiji/feed/ 0 36642
Sabah Alu-alukan Pelabur Asing https://sabahmedia.com/2023/01/12/sabah-alu-alukan-pelabur-asing/ https://sabahmedia.com/2023/01/12/sabah-alu-alukan-pelabur-asing/#respond Thu, 12 Jan 2023 10:22:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27791
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan para pelabur asing untuk melabur di Sabah, termasuk dari negara China.

“Sabah sentiasa mengalu-alukan pelabur asing dari mana-mana negara yang berminat untuk melabur di negeri ini. Banyak sektor yang boleh diterokai bersama.

“Kita merupakan negeri yang mesra pelabur dan berharap akan menjadi destinasi menarik bagi pelaburan. Ini akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Huazhi (China) Limited Company di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Huazhi diketuai oleh Naib Presidennya, Ma Haitao.

Turut hadir ialah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Rubin Balang yang membawa rombongan itu ke Sabah.

Menurut Ma, Huazhi yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan di luar negara, berminat melabur dalam sektor tenaga, minyak dan gas, produk berteknologi tinggi, perikanan laut dalam dan lain-lain di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/12/sabah-alu-alukan-pelabur-asing/feed/ 0 27791