Pelabur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 22 Jan 2026 07:02:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelabur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah alu-alukan kehadiraan pelabur asing https://sabahmedia.com/2026/01/22/sabah-alu-alukan-kehadiraan-pelabur-asing/ https://sabahmedia.com/2026/01/22/sabah-alu-alukan-kehadiraan-pelabur-asing/#respond Thu, 22 Jan 2026 07:02:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90159
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Sabah sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan sokongan pelabur antarabangsa berwibawa yang mampu membawa nilai tambah kepada pembangunan industri tenaga, minyak dan gas negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri komited menyediakan persekitaran pelaburan yang stabil, kondusif dan berdaya saing bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi, khususnya dalam sektor tenaga dan minyak.

“Kerjasama strategik antara syarikat minyak antarabangsa dan pemain industri utama perlu memberi manfaat jangka panjang kepada negeri serta rakyat Sabah,” katanya ketika memerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ConocoPhillips, Ryan Lance di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Khamis.

Sementara itu, Ryan Lance memaklumkan ConocoPhillips merupakan antara syarikat minyak utama dari Amerika Syarikat serta pemain bebas terbesar dunia dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas, dengan operasi di pelbagai rantau strategik global.

Katanya, ConocoPhillips, memberikan tumpuan pelaburan di Sabah dan pada masa sama mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap Malaysia.

“Kami bangga kerana dapat bersama-sama untuk membangunkan industri minyak dan gas di Sabah, dan yakin industri ini menyediakan pertumbuhan masa hadapan yang amat cerah kepada Sabah”, katanya yang kali pertama melawat Sabah.

ConocoPhillips Sabah Gas kini menjadi pengendali tunggal bagi Kluster Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Kebabangan (KBBC) di Sabah, selepas Petronas memindahkan pengendalian itu kepadanya pada 21 Januari 2025, menjadikannya pengendali tunggal kluster medan minyak dan gas tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/22/sabah-alu-alukan-kehadiraan-pelabur-asing/feed/ 0 90159
Sabah alu-alukan pelabur dari Arab Saudi khususnya di SOGIP – Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/#respond Tue, 28 Feb 2023 09:49:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30117
Read Time:1 Minute, 3 Second

TUARAN: Pengerusi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Datuk Abdul Rahman Dahlan bertemu Menteri Pelaburan Arab Saudi Khalid AlFalih semasa lawatannya di Riyadh baru-baru ini.

Dalam pertemuan, Abdul Rahman berkata, mereka banyak membincangkan mengenai masa depan kedua-dua negara itu Malaysia dan Arab Saudi.

“Kami bincang banyak perkara mengenai masa depan kedua-dua negara. Saya juga maklumkan juga peluang-peluang besar untuk pelaburan dari Arab Saudi di Sabah, termasuk di kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang yang dipengerusikan oleh saya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya dua hari lepas.

Katanya, beliau berjumpa dengan sahabat lamanya, Khalid yang dipertanggungjawabkan oleh Raja Salman untuk menjadi salah satu menteri utama dalam merealisasikan Visi 2030 Arab Saudi.

“Seorang yang peramah, berpengalaman dan berpandangan jauh, hubungan kami sudah bertukar dari hubungan rasmi sebagai menteri kepada hubungan persahabatan yang akrab,” katanya.

Abdul Rahman turut berkata, pertemuan itu juga membincangkan peluang pelaburan dan perniagaan untuk syarikat-syarikat Malaysia di Arab Saudi.

“Dengan wujudnya projek-projek infra baru seperti The Line, NEOM City, lapangan terbang dan pelabuhan serta sistem pengangkutan darat, syarikat-syarikat Malaysia yang berpengalaman boleh mengambil peranan besar di Arab Saudi,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau turut berharap hubungan kedua-dua negara dipelihara oleh Allah SWT demi masa depan bersama.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/feed/ 0 30117
POIC Sandakan, Lahad Datu Perlu Bekerjasama Tarik Pelabur https://sabahmedia.com/2021/08/14/poic-sandakan-lahad-datu-perlu-bekerjasama-tarik-pelabur/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/poic-sandakan-lahad-datu-perlu-bekerjasama-tarik-pelabur/#respond Sat, 14 Aug 2021 08:40:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4608
Read Time:42 Second

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan kerja ke Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sandakan kelmarin.

Semasa lawatan itu Dr Joachim diberi taklimat selama 40 minit yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn Bhd Bacho Jansie, dan diberi penerangan mengenai Hala tuju serta cabaran yang dihadapi POIC Sandakan.

Setakat ini, POIC Sandakan adalah dibawah kendalian Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.

Dr. Joachim berharap agar POIC Sandakan akan dapat menjalinkan kerjasama erat dengan POIC Lahad Datu terutamanya dalam menarik pelabur-pelabur yang berpotensi.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian, Mohd Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn. Bhd, Lynette Hoo, Presiden Persekutuan Industri Sabah (FSI), Richard Lim, serta pegawai-pegawai kerajaan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/poic-sandakan-lahad-datu-perlu-bekerjasama-tarik-pelabur/feed/ 0 4608