Pelaburan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 30 May 2025 05:17:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelaburan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejayaan pelaburan Sabah tunjuk kestabilan dan kecekapan – PM https://sabahmedia.com/2025/05/30/kejayaan-pelaburan-sabah-tunjuk-kestabilan-dan-kecekapan-pm/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/kejayaan-pelaburan-sabah-tunjuk-kestabilan-dan-kecekapan-pm/#respond Fri, 30 May 2025 05:17:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74830
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan Sabah menarik pelaburan besar dalam sektor industri keluli mesra alam membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar ekonomi Malaysia.

Anwar

Beliau berkata, pencapaian tersebut adalah hasil daripada dasar negara yang stabil, persekitaran pelaburan yang kondusif serta kecekapan pelaksanaan projek tanpa kerenah birokrasi.

“Jangan nilai pemimpin berdasarkan janji, tetapi berdasarkan tindakan. Keputusan Steel Enterprise untuk melabur di Sabah membuktikan keyakinan terhadap kestabilan politik, kejelasan dasar ekonomi, dan kelulusan projek yang cekap,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Fasa Pertama Projek Esteel bernilai RM6.4 bilion di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan memberi kelulusan khas kepada Sabah untuk membangunkan industri keluli mesra alam, berbeza dengan Semenanjung Malaysia yang kini dikenakan moratorium terhadap lesen baharu industri berkenaan.

“Mengapa Sabah? Kerana ia negeri hijau, mempunyai kapasiti, dan permintaan bukan hanya datang dari Sabah dan Sarawak, tetapi juga dari Kalimantan. Ini keputusan berdasarkan keperluan negara, bukan sentimen politik sempit,” jelas beliau.

Perdana Menteri juga menekankan keperluan untuk melatih tenaga kerja tempatan dengan kemahiran yang memenuhi keperluan sebenar industri. Beliau menggesa kerjasama antara industri, institusi latihan dan universiti bagi memastikan rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan yang sesuai.

“Jangan bazir masa dengan latihan yang tidak relevan. Latih mereka sekarang supaya apabila syarikat perlukan 200 juruteknik, kita sudah bersedia,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut memperincikan usaha berterusan Malaysia menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara kuasa besar dunia seperti China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan negara-negara Teluk (GCC).

Menurut beliau, lawatan pemimpin tertinggi China ke Malaysia baru-baru ini serta kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC merupakan petanda jelas bahawa Malaysia terus mendapat perhatian pelabur antarabangsa.

“Malaysia, walaupun negara sedang membangun, berjaya menarik pelaburan global. Ini bukan kerana saya seorang atau Ketua Menteri semata-mata, tetapi kerana kita bersatu, stabil dan fokus kepada pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam menjayakan agenda pertumbuhan inklusif dan pembangunan mampan yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya tidak menolak pandangan berbeza, tetapi kita perlu fokus kepada realiti dan keperluan rakyat. Sabah mesti matang dan kompetitif. Jangan biar emosi politik menenggelamkan keperluan sebenar rakyat – iaitu pekerjaan, kemahiran, dan kemajuan ekonomi,” tegasnya.

Anwar turut mengakui bahawa kejayaan Malaysia menarik pelaburan dan membina kerjasama strategik tidak datang daripada retorik, tetapi melalui tindakan berprinsip, dasar yang jelas, serta pentadbiran yang telus dan berkesan.

“Malaysia tidak boleh bandingkan diri dengan negara yang lemah. Kita harus bandingkan dengan yang terbaik, dan tiada sebab mengapa Sabah dan Malaysia tidak boleh jadi antara yang terbaik di dunia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/kejayaan-pelaburan-sabah-tunjuk-kestabilan-dan-kecekapan-pm/feed/ 0 74830
Sabah catat RM9 bilion pelaburan enam bulan pertama tahun ini https://sabahmedia.com/2023/11/16/sabah-catat-rm9-bilion-pelaburan-enam-bulan-pertama-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/11/16/sabah-catat-rm9-bilion-pelaburan-enam-bulan-pertama-tahun-ini/#respond Thu, 16 Nov 2023 04:14:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45268
Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri telah berjaya membawa ramai pelabur asing ke Sabah bagi membuka perniagaan pembuatan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah loji kerajang tembaga oleh SK Nexilis dan loji kaca solar, Kibing yang amat memerlukan pekerja berkemahiran.

Katanya, Sabah telah mencatat jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM9 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding hanya sebanyak RM6 bilion dalam tahun 2021 dan RM11.5 bilion bagi tahun lalu.

“Hanya dalam tempoh enam bulan tahun ini, Sabah telah mencapai 79 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan bagi tahun 2022. 

“Ini menjadikan Sabah negeri kelima di Malaysia yang mencatatkan rekod pelaburan yang tertinggi dari Januari hingga Jun 2023. Ini juga menunjukkan Sabah kini berada di landasan pembangunan yang betul berikutan mempunyai situasi politik yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan BIZRIDER Mobile Mechanic Programme dan Sijil Kolaborasi diantara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji berkata, bagi memastikan Sabah terus berdaya saing seiring dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia, Kerajaan Negeri akan melabur dalam pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan rakyat untuk kejayaan dan kemakmuran masa hadapan.

“Sebab itu pada awal bulan ini, saya telah mengetuai misi perdagangan di luar negara iaitu ke China dan Hong Kong untuk mempromosikan peluang perniagaan dan pelaburan di Sabah kepada pelabur dari China dan Hong Kong.

“Kerajaan negeri juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd untuk mempercepatkan inisiatif transformasi digital negeri ini. 

“Justeru, kita semua harus bersedia kerana sudah pasti semua ini akan membawa lebih banyak pelabur untuk datang, yang bermakna semakin banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak di negeri ini,” katanya.

Menyentuh Program Koridor Pembangunan Sabah (SDC)-Sabah Talent Enhancement Programme (SSTEP) dan Program #BIZRIDER300, Hajiji berkata, seramai 3,116 peserta telah dilatih melalui 280 program yang dijalankan melibatkan latihan ‘reskilling’ dan ‘upskilling’, padanan pekerjaan serta peluang keusahawanan.

Katanya, Program #BIZRIDER300 yang dilancarkannya pada 14 Julai 2022, seramai 100 belia telah. menerima bantuan motosikal dan padanan pekerjaan sebagai rakan penghantar makanan melalui kerjasama dengan syarikat penghantaran makanan terbesar di Malaysia. 

Sebanyak 15 buah motosikal akan diserahkan kepada para- alumni Politeknik dan Kolej Komuniti yang aka beroperasi sebagai mekanik bergerak. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/16/sabah-catat-rm9-bilion-pelaburan-enam-bulan-pertama-tahun-ini/feed/ 0 45268