Pelaburan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Jun 2025 12:36:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelaburan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah catat pelaburan RM10.9 Bilion dalam suku pertama 2025, tempat ketiga tertinggi nasional https://sabahmedia.com/2025/06/13/sabah-catat-pelaburan-rm10-9-bilion-dalam-suku-pertama-2025-tempat-ketiga-tertinggi-nasional/ https://sabahmedia.com/2025/06/13/sabah-catat-pelaburan-rm10-9-bilion-dalam-suku-pertama-2025-tempat-ketiga-tertinggi-nasional/#respond Fri, 13 Jun 2025 12:36:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75497
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sabah terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia apabila berjaya mencatat jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM10.9 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2025.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, jumlah itu melebihi keseluruhan pelaburan yang dicapai sepanjang tahun 2024, menurut laporan prestasi pelaburan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Dengan pencapaian ini, Sabah menduduki tempat ketiga tertinggi di peringkat nasional dari segi jumlah keseluruhan pelaburan, selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Daripada jumlah keseluruhan pelaburan tersebut, Pelaburan Langsung Asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama dengan nilai sebanyak RM6.6 bilion atau 61 peratus, manakala Pelaburan Domestik (DDI) berjumlah RM4.29 bilion atau 39 peratus,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Kewangan, hari ini.

Beliau turut menambah bahawa pencapaian ini jelas menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap ekosistem pelaburan di Sabah, di samping sokongan kukuh daripada pelabur tempatan.

Jelasnya lagi, sektor pembuatan merupakan penyumbang tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM7.3 bilion. Pencapaian ini sekali gus meletakkan Sabah sebagai negeri tertinggi di Malaysia dalam menerima pelaburan sektor pembuatan bagi suku ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.59 bilion (91.3 peratus) merupakan pelaburan asing, manakala RM711 juta (9.7 peratus) adalah pelaburan domestik. Sektor perkhidmatan pula mencatat pelaburan berjumlah RM2.83 bilion, diikuti sektor utama sebanyak RM757.1 juta.

“Pencapaian ini mencerminkan keyakinan berterusan pelabur terhadap potensi pertumbuhan ekonomi dan ekosistem perniagaan yang kondusif di Sabah, hasil daripada dasar mesra pelabur serta komitmen teguh Kerajaan Negeri dalam merangsang pembangunan industri di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global dan tekanan geopolitik, Sabah kekal sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif dan diyakini oleh pelabur asing mahupun domestik.

“Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk terus memperkasa ekosistem pelaburan dan mengalu-alukan lebih banyak pelabur asing serta domestik dalam menjayakan aspirasi pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif untuk negeri ini,” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Thomas Logijin; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah (ISB), Dr Firdausi Suffian; Ketua Pegawai Eksekutif Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Datuk Fredian Gan; Pengarah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sabah, Ariffin Hamzah; serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Cecilia Amid.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/13/sabah-catat-pelaburan-rm10-9-bilion-dalam-suku-pertama-2025-tempat-ketiga-tertinggi-nasional/feed/ 0 75497
Pelaburan Semikonduktor Malaysia: Mampukah Ia Menjana Pekerjaan Mahir? https://sabahmedia.com/2025/03/16/pelaburan-semikonduktor-malaysia-mampukah-ia-menjana-pekerjaan-mahir/ https://sabahmedia.com/2025/03/16/pelaburan-semikonduktor-malaysia-mampukah-ia-menjana-pekerjaan-mahir/#respond Sun, 16 Mar 2025 03:31:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70493
Read Time:3 Minute, 18 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Kuala Lumpur, Kerajaan Malaysia terus memperkukuh kedudukan negara dalam industri semikonduktor dengan menjalin kerjasama strategik bersama syarikat global ARM Holdings Plc dari United Kingdom. Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan ekosistem industri teknologi tempatan, namun timbul persoalan sama ada pelaburan tinggi ini mampu menjana pekerjaan berkemahiran tinggi dalam jumlah yang mencukupi.

Kerjasama Strategik Bersama ARM Holdings

Kerjasama dengan ARM Holdings melibatkan pembangunan harta intelek (IP) proprietari bagi reka bentuk litar bersepadu (IC), dengan komitmen pelaburan kerajaan sebanyak USD250 juta (RM1.11 bilion) dalam tempoh sepuluh tahun. Inisiatif ini dijangka memberi lonjakan kepada ekonomi negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global berasaskan teknologi terkini.

Malaysia kini merupakan pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia dengan pegangan 13% pasaran global dalam pembungkusan, pemasangan, dan ujian cip semikonduktor. Melalui usaha ini, sehingga 10 syarikat cip tempatan berpotensi dibangunkan, dengan sasaran hasil tahunan mencecah USD20 bilion. Malah, dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, Malaysia dijangka mampu menghasilkan cip reka bentuk sendiri.

Selain itu, program latihan menyeluruh akan dilaksanakan untuk melahirkan 10,000 jurutera reka bentuk IC tempatan, sejajar dengan agenda kerajaan untuk memperkukuh ekonomi digital. Sasaran ditetapkan bagi sektor ini ialah untuk menyumbang 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, meningkat daripada 23.5% pada 2023 dan 22.9% pada 2022.

Pelaburan Besar, Pekerjaan Mahir Masih Kurang

Menurut data yang dikeluarkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia merekodkan jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah pada 2024, berjumlah RM378.5 bilion – peningkatan hampir 15% berbanding 2023. Pelaburan ini dijangka mencipta 207,241 pekerjaan baharu, meningkat 65% daripada tahun sebelumnya.

Namun begitu, analisis menunjukkan majoriti pekerjaan yang diwujudkan adalah dalam kategori separuh mahir dan kemahiran rendah. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku keempat 2024 merekodkan hanya 25% daripada keseluruhan jawatan di pasaran kerja tergolong dalam kategori mahir. Malah, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran mencecah 36%, melibatkan 1.93 juta pekerja yang memiliki pendidikan tertiari tetapi hanya mendapat pekerjaan separuh mahir atau kemahiran rendah.

Kategori JawatanJumlahPeratusan
Mahir2.27 juta25.0 %
Separuh Mahir5.66 juta62.5 %
Kemahiran Rendah1.13 juta12.5 %
Jumlah9.06 juta100.0 %

Perangkaan ini membuktikan bahawa meskipun Malaysia berjaya menarik pelaburan berskala besar, pertumbuhan sektor ini masih belum mencukupi untuk menampung keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sebagai contoh, dengan pelaburan RM378.5 bilion pada 2024, setiap pekerjaan baharu yang diwujudkan dianggarkan bernilai RM1.83 juta – satu jumlah yang menunjukkan ketidakseimbangan antara pelaburan dan penciptaan pekerjaan berkualiti.

Ketidakseimbangan Pelaburan Antara Negeri

Daripada keseluruhan pelaburan RM378.5 bilion yang diterima pada 2024, hampir 85% tertumpu di lima negeri utama iaitu Selangor (RM101.1 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM91.5 bilion), Johor (RM48.5 bilion), Kedah (RM45.8 bilion), dan Pulau Pinang (RM32.0 bilion). Situasi ini menonjolkan jurang ketidakseimbangan dalam agihan pelaburan di seluruh negara, dengan negeri seperti Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan dalam menarik pelaburan berskala besar.

Walaupun Sabah telah menerima pelaburan berjumlah RM17.41 bilion sejak 2020, dengan 52 pelaburan telah beroperasi dan mewujudkan 3,636 pekerjaan, jumlah ini masih kecil berbanding negeri-negeri lain. Bagaimanapun, cadangan pelaburan baharu sebanyak RM42.3 bilion ke negeri ini berpotensi mencipta 32,996 pekerjaan baharu dalam sektor industri.

Mencari Model Baharu Untuk Pekerjaan Mahir

SektorJumlahPeratusan
Perkhidmatan15.70 ribu49.9 %
Pembuatan10.97 ribu34.9 %
Perlombongan & Pengkuarian0.22 ribu0.7 %
Pembinaan3.37 ribu10.7 %
Pertanian1.21 ribu3.8 %
Jumlah31.47 ribu100.0 %

Cabaran utama bagi Malaysia kini ialah memastikan pelaburan besar yang diterima bukan sahaja menjana pekerjaan, tetapi juga peluang pekerjaan berkualiti yang bersesuaian dengan graduan tempatan. Pelaburan dalam bidang semikonduktor dan teknologi tinggi seperti kerjasama dengan ARM Holdings boleh menjadi model baharu untuk meningkatkan jumlah pekerjaan mahir di negara ini.

Dalam usaha mengekalkan daya saing sebagai destinasi pelaburan pilihan, Malaysia perlu melaksanakan strategi yang lebih menyeluruh termasuk memperkukuh dasar pendidikan dan latihan, mempercepatkan peralihan kepada ekonomi berasaskan inovasi, serta memastikan pembangunan yang lebih inklusif antara negeri.

Dengan langkah strategik yang tepat, negara mampu mencapai sasaran ekonomi bernilai tinggi yang dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/16/pelaburan-semikonduktor-malaysia-mampukah-ia-menjana-pekerjaan-mahir/feed/ 0 70493
Sabah tarik pelaburan RM58.319 bilion, bukti kepimpinan Hajiji berkesan https://sabahmedia.com/2025/03/15/sabah-tarik-pelaburan-rm58-319-bilion-bukti-kepimpinan-hajiji-berkesan/ https://sabahmedia.com/2025/03/15/sabah-tarik-pelaburan-rm58-319-bilion-bukti-kepimpinan-hajiji-berkesan/#respond Sat, 15 Mar 2025 04:13:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70424
Read Time:2 Minute, 46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatat kejayaan besar dalam menarik pelaburan di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dengan jumlah pelaburan mencecah RM58.319 bilion, negeri ini kini berada di landasan tepat untuk mengukuhkan ekonomi, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, dan mempercepatkan pemodenan infrastruktur.

Kejayaan ini membuktikan dasar kerajaan negeri yang stabil dan mesra pelabur, sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur asing serta tempatan untuk melabur di Sabah.

Invest Sabah Berhad turut memainkan peranan penting sebagai pemudah cara utama dalam membawa masuk pelaburan strategik ke negeri ini.

Pengerusinya, Senator Tan Sri Anifah Aman, menegaskan bahawa kestabilan politik adalah faktor utama dalam menarik pelaburan berskala besar ke Sabah.

Anifah Aman

“Tidak ada syarikat mahu melabur di tempat yang kucar-kacir. Kalau tidak ada keyakinan terhadap pucuk pimpinan, mustahil pelabur datang. RM58.319 bilion pelaburan yang masuk ke Sabah membuktikan bahawa kepimpinan sekarang berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Invest Sabah Berhad, semalam.

Beliau turut memuji usaha kerajaan negeri dalam memperkukuhkan infrastruktur, menyediakan dasar mesra pelabur serta memanfaatkan sumber negeri secara bijaksana, yang menjadi faktor utama kejayaan ini.

“Dengan adanya pelaburan ini, ia semestinya akan mengubah landskap pembangunan Sabah, di mana rakyat akan menikmati arus pemodenan yang pesat,” katanya.

Anifah dalam ucapan perasmian majlis iftar itu turut memberi penghargaan kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan semua kakitangan Invest Sabah Berhad atas usaha mereka dalam merealisasikan sasaran pelaburan negeri.

Dalam perkembangan lain, Anifah menegaskan bahawa tumpuan utama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah bukanlah soal pencalonan individu, tetapi memastikan kemenangan dan kestabilan politik demi kemajuan negeri.

“Soal kerusi tidak penting, soal menang lebih penting… Kalau tidak jadi calon pun, saya tetap sokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Menurutnya, Sabah perlu mengekalkan kepimpinan sedia ada bagi memastikan kesinambungan dasar pembangunan yang telah dirancang.

“Kita mahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, disokong oleh rakyat Sabah sendiri, bukan keputusan yang ditentukan dari Semenanjung. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat, jadi kita perlu beri peluang kepada kepimpinan sekarang untuk meneruskan kerja mereka,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda politik dan janji kosong pihak tertentu.

“Ada peribahasa Melayu, ‘mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.’ Jangan mudah terpedaya dengan ucapan-ucapan yang sebahagian besarnya tidak benar. Kita perlu berfikir secara rasional dan memilih kepimpinan yang benar-benar mampu membawa pembangunan,” tegasnya.

Mengenai peranan Parti Cinta Sabah (PCS) dalam PRN akan datang, Anifah tidak menolak kemungkinan parti itu akan bertanding, namun menekankan bahawa kemenangan lebih penting daripada sekadar bertanding di banyak kerusi.

“Tidak ada gunanya ada lima, enam atau sepuluh kerusi kalau tidak boleh menang. Apa yang penting ialah kita berada dalam gabungan yang kuat dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk Sabah,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam PRN akan datang, Anifah secara diplomatik menyatakan bahawa keutamaannya adalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat, sama ada sebagai calon atau tidak.

“Saya sudah jadi Ahli Parlimen, sudah jadi Menteri, sudah jadi Senator. Kalau boleh terus membantu, saya bantu. Kalau tidak, saya tetap menyokong penuh GRS,” katanya.

Terdahulu, pada majlis iftar itu, Invest Sabah Berhad turut menyantuni anak yatim dan pelajar tahfiz dengan memberikan sumbangan duit raya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Hajiji kepada 20 orang anak yatim dari Rumah Amal Kasih Kingfisher dan 20 pelajar dari Maahad Tahfiz Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/15/sabah-tarik-pelaburan-rm58-319-bilion-bukti-kepimpinan-hajiji-berkesan/feed/ 0 70424
Sabah terima lebih RM33b pelaburan https://sabahmedia.com/2023/04/03/sabah-terima-lebih-rm33b-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/sabah-terima-lebih-rm33b-pelaburan/#respond Mon, 03 Apr 2023 11:33:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32101
Read Time:1 Minute, 48 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri meluluskan pelaburan berjumlah RM11.5 bilion membabitkan 89 projek yang menjana kira-kira 4,566 pekerjaan sejak penularan wabak Covid-19 sehingga tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Bagaimanapun, ini tidak termasuk projek Keluli Hijau Bersepadu bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang ditandatangani pada November 2022.

“Dengan projek Keluli Hijau ini dan pelaburan lain dalam proses pelaksanaan, Sabah akan menerima sejumlah RM33.4 bilion,” katanya ketika mempengerusikan
Mesyuarat Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Ekonomi Sabah (SEDIA) di Shangri-La’s Rasa Ria Resort, di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA berkata, daripada RM11.5 bilion itu, RM9.2 bilion adalah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan RM2.3 bilion lagi adalah pelaburan domestik.

Katanya, 72.9 peratus daripada pelaburan atau RM8.4 bilion adalah dalam sektor pembuatan, sektor utama terdiri daripada pertanian, perlombongan, komoditi dan perladangan (RM1.6b) dan sektor perkhidmatan (RM1.5b).

“Pelaburan ini adalah usaha terkumpul Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, SEDIA dan agensi berkaitan lain,” katanya.

Kini SEDIA berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi, Ketua Menteri mahu semua permohonan dan pelaksanaan projek di bawah Pembangunan Koridor Sabah (SDC) untuk diselaraskan dengan lebih baik dengan garis masa yang ditetapkan dan semua prosedur yang perlu dipatuhi.

Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 26 Feb 2023 yang akan membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin tegar dan golongan berpendapatan B40 melalui program seperti Usahawan Tani (INTAN), Usahawan Makanan (INSAN) dan Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Selepas menghadiri mesyuarat, Ketua Menteri berbuka puasa bersama ahli lembaga SEDIA serta 100 anak yatim dan pelajar dari empat rumah dan pusat Tahfiz di Tuaran iaitu HOME Tuaran, Maahad Tahfiz Assohabah, Tarbiyatun Nisa, dan Pusat Tahfiz Al-Quran Ash-Shabab Al-Mardhiyah di mana beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Setiausaha Negara, Kementerian Ekonomi Dato Nor Azmie Diron, Peguam Negara, Nor Asiah
Mohd Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Datuk Sofian Alfian Nair, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Hashim Paijan, ketua-ketua jabatan dan ahli lembaga SEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/sabah-terima-lebih-rm33b-pelaburan/feed/ 0 32101
Saya hairan dan ianya tanpa pengetahuan kementerian saya – Phoong Jin Zhe https://sabahmedia.com/2023/03/16/saya-hairan-dan-ianya-tanpa-pengetahuan-kementerian-saya-phoong-jin-zhe/ https://sabahmedia.com/2023/03/16/saya-hairan-dan-ianya-tanpa-pengetahuan-kementerian-saya-phoong-jin-zhe/#respond Thu, 16 Mar 2023 12:47:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30928
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Menteri Sabah yang bertanggungjawab dalam projek industri berimpak tinggi mengakui beliau hairan terhadap pengumuman baru-baru ini mengenai pelaburan bernilai berbilion ringgit termasuk taman industri antarabangsa.

Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe berkata kumpulan pelabur yang membuat pengumuman itu adalah misteri baginya, dan beliau mengakui bahawa kementeriannya “terkejut” dengan pelaburan tersebut.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri, saya hairan dengan beberapa projek bernilai berbilion ringgit yang diumumkan dalam media tanpa pengetahuan kementerian saya,” katanya dalam kenyataannya di sini pada hari Khamis.

“Selain itu, salah satu ‘projek’ yang diumumkan adalah pembinaan taman industri antarabangsa. Namun, kementerian saya dan saya sendiri tidak diberitahu mengenai sebarang butir-butir mengenai idea ini… ini adalah tidak masuk akal dan tidak sesuai,” tambah beliau.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis, merujuk kepada pertemuan dengan kumpulan pelabur, dan menyatakan bahawa tiada keputusan telah dibuat mengenai projek yang dicadangkan kepada kerajaan negeri oleh kumpulan itu.

Dilaporkan bahawa kumpulan pelabur itu telah berjumpa dengan Hajiji dan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menubuhkan taman industri antarabangsa dan pelabuhan baru di Kimanis, yang terletak di barat daya Sabah, dengan nilai pelaburan bernilai berbilion ringgit.

Dalam pada itu, Phoong turut menyatakan sokongan penuhnya terhadap pendirian Menteri kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengenai kumpulan-kumpulan yang membuat pengumuman besar dan mengandaikan penyertaan kerajaan dalam inisiatif mereka.

Beliau menyatakan bahawa tindakan Masidi itu betul dan menambah bahawa sebarang niat pelaburan perlu dinilai dan disaring sekurang-kurangnya oleh Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum diumumkan.

“Di bawah kementerian saya untuk pelaburan berkaitan tinggi bernilai berbilion ringgit, kami mempunyai pasukan tugas yang kuat dan berdaya tahan yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Datuk Thomas Logijin.

Mereka diberi tugas untuk menyelidik keperluan dan keperluan pelaburan berkenaan,” katanya.

Pada masa yang sama, Phoong menambah, kementeriannya akan membantu para pelabur untuk melalui proses yang diperlukan.

“Sama seperti bagaimana syarikat Korea Selatan SK Nexilis dan syarikat China Kibing Solar telah memohon apabila mereka mengutarakan minat mereka untuk melabur di Sabah.

“Kerajaan Sabah menyambut baik sebarang pelabur untuk melabur di Sabah. Kami berkomitmen untuk mencipta persekitaran yang mesra perniagaan, cekap dan efektif untuk pelaburan.

“Namun, semua pelaburan atau pengumuman harus melalui agensi yang betul,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/16/saya-hairan-dan-ianya-tanpa-pengetahuan-kementerian-saya-phoong-jin-zhe/feed/ 0 30928
Netherlands Mencari Potensi Pelaburan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/28/netherlands-mencari-potensi-pelaburan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/28/netherlands-mencari-potensi-pelaburan-di-sabah/#respond Fri, 28 Jan 2022 06:56:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11657
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Duta Netherlands Ke Malaysia, Aart Jacobi di Sri Gaya pada Jumaat. ( 28 Jan)

Hajiji berkata, dalam pertemuan hari ini mereka membincangkan tentang banyak perkara termasuk menyentuh hal-hal berkaitan kepentingan hubungan pelaburan dan perdagangan dua hala negara yang perlu ditingkatkan bagi menarik semula pelabur ke Malaysia khususnya di Sabah sekali gus langkah-langkah bagi memperkasakan lagi hubungan baik yang akan memberi nilai tambah kepada pelaburan dan perdagangan kepada kedua-dua pihak.

“Terima kasih kepada Aart Jacobi di atas kesudian untuk bertemu dengan saya dimana diskusi kami pada hari ini, saya lihat sangat positif dan produktif. Saya menaruh harapan yang besar agar pertemuan kami ini membuahkan hasil yang baik kepada ekonomi Sabah,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jasmine Teo dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah, Datuk Madiyem Layappan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/28/netherlands-mencari-potensi-pelaburan-di-sabah/feed/ 0 11657
Pelabur, Pemain Industri Itali Cari Peluang Pelaburan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/18/pelabur-pemain-industri-itali-cari-peluang-pelaburan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/pelabur-pemain-industri-itali-cari-peluang-pelaburan-di-sabah/#respond Tue, 18 Jan 2022 11:52:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11261
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Pelabur dan pemain industri dari Itali mula mencari peluang pelaburan di negeri ini selain komited untuk mempromosikan Sabah kepada pelabur lain.

Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico berkata, negara itu mempunyai banyak peluang pelaburan yang berpotensi untuk dibangunkan di negeri ini.

“Sabah merupakan sebuah negeri yang berpotensi untuk pelaburan para usahawan dan pemain industri.  Pada asasnya pelabur Itali telah melabur di Malaysia namun kebanyakan di Semenanjung.

“Ini merupakan masa yang terbaik untuk kita meneroka peluang pelaburan di Sabah dan saya teruja dengan penglibatan Kerajaan Negeri khususnya dalam usaha menarik pelabur asing untuk melabur di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Massimo berkata, pihaknya akan mempromosikan Sabah kepada para pelabur dari Itali untuk melabur di Sabah.

Katanya, ini merupakan permulaan kepada para pelabur dari Itali dan pihaknya berharap agar usaha itu akan memberikan manfaat kepada pelbagai pihak.

Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam menganjurkan Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bagi meyakinkan pelabur untuk datang melabur ke Sabah.

Terdahulu, Tun Juhar juga menerima kunjungan hormat oleh Duta Republik Korea, Lee Chi-Beom bersama delegasi.

Dalam kunjungan tersebut, Lee berharap Sabah akan menerima para pelabur khususnya dalam bidang industri, selain aktiviti pelancongan.

Aktiviti pelancongan merupakan antara aktiviti ekonomi terbesar oleh Republik Korea ke Sabah di mana pada tahun 2019, sekitar 400,000 orang pelancong negara itu telah datang ke Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/pelabur-pemain-industri-itali-cari-peluang-pelaburan-di-sabah/feed/ 0 11261
Tiga Projek Pembangunan Babit Pelaburan Lebih RM4.3 Bilion Dilaksanakan Mulai Tahun Ini https://sabahmedia.com/2022/01/18/tiga-projek-pembangunan-babit-pelaburan-lebih-rm4-3-bilion-dilaksanakan-mulai-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/tiga-projek-pembangunan-babit-pelaburan-lebih-rm4-3-bilion-dilaksanakan-mulai-tahun-ini/#respond Tue, 18 Jan 2022 09:17:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11250
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Tiga projek pembangunan komersial berkaitan industri herba, tenaga solar dan pembinaan pusat komersial serta kediaman mewah dijangka akan dilaksanakan di Sabah mulai tahun ini.

Projek membabitkan pelaburan lebih RM4.3 bilion itu dilaksanakan secara usahasama di antara kerajaan Sabah melalui dua kementerian dan syarikat berkaitan kerjaaan negeri (GLC) dengan syarikat pelabur tempatan serta luar negara.

Usahasama pertama melalui MoU itu diusahakan menerusi kerjasama Kementerian Pertanian dan Perikanan (MAF) Sabah dengan syarikat BorneoMed Sdn Bhd bagi pembangunan Ladang Herba Bersepadu (SIHP) dengan pelaburan bernilai RM350 juta.

MAF diwakili Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Mariana Tinggal dan disaksikan Peguam Besar Negeri Datuk Nor Asiah Mohd Yusof manakala BorneoMed diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Fauzi dan turut disaksikan Pengarah Eksekutif syarikat Francis Sina.

Pelaburan BorneoMed termasuklah dalam teknologi komersil seperti bahan penanaman, teknologi penanaman berketumpatan dan hasil tinggi, sistem Internet Perkara (IOT), pendigitan pertanian pintar, peralatan pemprosesan komersial, sistem pergudangan serta prasarana dan kemudahan lain.

Bagi MoU kedua, ia membabitkan pelaburan bagi membangunkan kilang memproses pasir silika dan menghasilkan panel solar dengan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM2 billion yang dimeterai antara Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) Sabah dengan pelabur dari China, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

Projek pemprosesan pasir silika dan pembuatan panel solar itu yang akan dibina sama ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) atau Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) selain akan membuka lebih 2,000 peluang pekerjaan dengan 80 peratus daipadanya dikhaskan untuk pekerja tempatan dan dijangka mula beroperasi pada 2024.

MoU bagi pihak MID diwakili Setiausaha Tetapnya, Thomas Logijin dan turut disaksikan Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof manakala SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. diwakili oleh Presidennya Lin Hai dan Ketua Pegawai Eksekutif SBH Kibing, Yao Xin Xi selaku saksi.

Sementara itu, bagi MoU ketiga pula dimeterai di antara Yayasan Sabah selaku cabang pelaburan kerajaan negeri dengan syarikat Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd bagi pembangunan Pavilion Harbour City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion.

Projek yang merangkumi pembinaan bangunan kediaman, restoran tepi laut, pasar nelayan dan hotel mewah untuk penginapan, peranginan serta aktiviti rekreasi itu meliputi kawasan laut seluas 12.14 hektar (30 ekar) bersebelahan SICC dan dijadual siap dalam tempoh 10 tahun.

Ia dijangka menjana kira-kira 1,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh pembinaan, manakala 2,000 peluang pekerjaan setelah pembangunan selesai kelak.

Yayasan Sabah diwakili oleh Pengarah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, disaksikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman manakala Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd pula diwakili oleh pengarahnya, Jameson Pias, dan disaksikan oleh Pengurus Besar Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd Timmy Gan Ve Li.

Majlis MoU bagi ketiga-tiga projek pelaburan itu dimeterai hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sempena Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 dengan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/tiga-projek-pembangunan-babit-pelaburan-lebih-rm4-3-bilion-dilaksanakan-mulai-tahun-ini/feed/ 0 11250
Sabah Terima Pelaburan Ketiga Tertinggi Dalam Negara https://sabahmedia.com/2021/12/23/sabah-terima-pelaburan-ketiga-tertinggi-dalam-negara/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/sabah-terima-pelaburan-ketiga-tertinggi-dalam-negara/#respond Thu, 23 Dec 2021 06:51:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10226
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Sabah memperoleh tujuh pelaburan dengan nilai keseluruhan RM4.4 bilion dalam sektor pembuatan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merupakan ketiga terbesar di negara ini selepas Kedah (RM42.6 bilion) dan Selangor (RM4.6 bilion) pada separuh pertama tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata dalam hal ini, semua pihak mesti terus bekerjasama untuk mengekalkan momentum sambil kita menantikan tahun yang lebih produktif.

Ketika mempengerusikan mesyuarat kedua lembaga pengarah Invest Sabah Berhad (ISB) di Menara Kinabalu dekat sini hari ini, Hajiji berkata beliau mahu melihat lebih sinergi antara agensi negeri dan persekutuan untuk mendorong agenda pelaburan Sabah.

“Saya telah mengatakan semasa mesyuarat Lembaga Pengarah ISB yang pertama bahawa saya mahukan semua halangan menghalang pelaburan ke Sabah dihapuskan kerana karenah birokrasi yang dihadapi oleh pelabur bermakna hanya akan menjejaskan usaha menarik pelabur ke Sabah.

“Oleh itu, semua mesti memainkan peranan mereka untuk menghapuskan halangan ini bagi memudahkan pelaburan,” katanya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) telah disediakan untuk membimbing agenda pembangunan Sabah.

“Sehingga kini, kita telah membuat kemajuan dengan menandatangani tiga projek berimpak tinggi hasil inisiatif SMJ iaitu gabungan RM10 bilion Lok Kawi Resort City, kemudahan pembuatan kerajang tembaga dan Projek Kelapa Bersepadu.

“Lebih banyak projek berimpak tinggi sedang menanti dan saya berharap dengan pelaburan ini datang dari dalam dan luar negara, Sabah dan rakyat akan mendapat manfaat yang besar,” katanya.

Hajiji juga berbesar hati apabila menyedari bahawa walaupun menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 dalam dua tahun yang lalu, tumpuan dan keazaman negeri untuk meneruskan matlamat pembangunan tidak pernah goyah.

“Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan negatif pandemik dan untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Kita yakin pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional dan pelbagai pakej rangsangan oleh Kerajaan Persekutuan akan memacu usaha dalam pemulihan ekonomi Sabah. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke hadapan melaksanakan rancangan kita,” katanya.

Terdahulu, Hajiji memberi penghormatan kepada mendiang Datuk Tan Kim Beng, ahli lembaga pengarah ISB yang meninggal dunia awal tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/sabah-terima-pelaburan-ketiga-tertinggi-dalam-negara/feed/ 0 10226
DUN Sabah : Sabah Teroka Potensi Perdagangan & Pelaburan Peringkat Antarabangsa https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-sabah-teroka-potensi-perdagangan-pelaburan-peringkat-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-sabah-teroka-potensi-perdagangan-pelaburan-peringkat-antarabangsa/#respond Mon, 06 Dec 2021 04:41:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9388
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Sabah akan menyertai Ekspo 2020 Dubai pada bulan ini bagi meneroka potensi perdagangan dan pelaburan yang lebih luas di peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ekspo itu akan menjadi platform penting untuk Sabah mempromosikan produk dan perkhidmatan negeri ini

Katanya, ia meliputi produk pelancongan dan perindustrian ke pasaran antarabangsa.

“Pada masa yang sama, Sabah juga akan mengambil peluang untuk mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan perniagaan di Negeri Sabah melalui Flagship Industrial Parks di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID).

“Penyertaan Sabah dalam ekspo ini dijangka berupaya menjana pulangan perdagangan dan pelaburan yang tinggi dan akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk merangsang semula ekonomi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak (USUKAN-BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk membuka Pejabat Perhubungan, Perdagangan dan Pelancongan di Singapura bagi mempromosikan potensi ekonomi dalam kedua-dua sektor berkenaan.

Katanya, pejabat itu akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

“Pelaksanaan inisiatif ini akan menambah baik hubungan perdagangan sedia ada antara Negeri Sabah dan Singapura.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga ingin menarik minat para pelabur dari Singapura untuk melabur dalam pelbagai sektor di Sabah selari dengan hala tuju SMJ untuk meningkatkan pelaburan berimpak tinggi di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, di bawah inisiatif Hala Tuju SMJ dan RMK12, pemetaan nod pertumbuhan utama termasuk kawasan sempadan yang strategik dan berpotensi telah dikenal pasti.

Katanya, satu kawasan telah disediakan untuk tapak pembangunan Bandar Sempadan Serudong-Simanggaris.

“Kerajaan Negeri akan membangunkan kawasan ini dengan mengambil kira potensi-potensi ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh Sabah kesan pemindahan ibu negara Republik Indonesia ke Kalimantan.

“Pembangunan Bandar Sempadan berkenaan yang melibatkan pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kalabakan ke Simanggaris, Kalimantan berserta pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)  di pintu masuk untuk pemeriksaaan rentas sempadan dan lain-lain sudah pasti akan memberi impak positif kepada ekonomi dan sosial di kawasan sempadan Negeri Sabah dan Kalimantan.

“Saya yakin segala inisiatif dan program yang telah, sedang dan akan dilaksana oleh Kerajaan Negeri berupaya untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti pelbagai sektor, lantas dapat memulihkan semula pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-sabah-teroka-potensi-perdagangan-pelaburan-peringkat-antarabangsa/feed/ 0 9388