Peladang Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Oct 2023 13:34:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peladang Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peladang Sabah penyumbang pembangunan ekonomi, keterjaminan makanan https://sabahmedia.com/2023/10/14/peladang-sabah-penyumbang-pembangunan-ekonomi-keterjaminan-makanan/ https://sabahmedia.com/2023/10/14/peladang-sabah-penyumbang-pembangunan-ekonomi-keterjaminan-makanan/#respond Sat, 14 Oct 2023 13:30:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43624
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Peladang di Sabah merupakan komuniti penting yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri, terutama memastikan keterjaminan makanan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, sektor pertanian tetap mendapat perhatian berat Kerajaan kerana sektor itu merupakan pengeluar utama sumber makanan negara.

Beliau berkata, sektor pertanian merupakan antara teras utama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

“Justeru peladang di Sabah perlu melakukan anjakan paradigma dalam pembangunan sektor pertanian negeri ini”, katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Gala Peladang Sabah di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Fairuz Renddan.

Makan Malam Gala Peladang Sabah merupakan julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah melalui kumpulan Peladangnita dan Peladang Muda.

Hajiji berkata, warga peladang juga harus peka dan bersedia menerima serta membuat perubahan dalam pertanian termasuk pengurusan ladang secara moden.

Menurutnya, peladang harus lebih inovatif, meningkatkan kepakaran dan berusaha dengan lebih gigih merebut peluang pelaburan dalam sektor pertanian yang kian berkembang.

“Untuk mencapai hasrat ini, kita harus terbuka kepada idea, maklumat baharu dan mutakhir serta dapat menyesuaikannya mengikut keadaan dan masa. Saya yakin dengan sokongan dan komitmen semua warga peladang dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), kita akan dapat menjayakan usaha ini”, tegasnya.

Katanya, sektor pertanian perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi canggih agar tidak ketinggalan berbanding sektor pembuatan dan perkhidmatan yang kini bertumbuh dengan pesat.

Bagaimanapun beliau yakin teknologi terbaru yang digunakan oleh pihak peladang iaitu ‘Internet Of Thing’ (IOT) merupakan medium kawalan pintar teknologi yang
diaplikasikan dalam bidang pertanian bagi tujuan penggunaan teknologi seperti Dron untuk meracun, membaja dan menabur benih, dapat mengurangkan kadar upah pekerja, selain mudah dan cepat.

Hajiji berkata, IOT juga digunakan dalam sistem pembajaan tanaman Fertigasi yang dapat dikawal melalui aplikasi telefon pintar dan jaringan internet untuk lebih cekap dan ekonomik bagi penghasilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang optima.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menerusi MAFFI Sabah kini dalam proses mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah (LPS) bagi membangunkan industri padi serta beras di negeri ini.

Katanya, pengwujudan semula LPS dijangka dapat meningkatkan paras tahap sara diri (SSL) beras negeri Sabah kepada 60 peratus menjelang tahun 2030.

Beliau berkata, pada masa ini, SSL beras negeri Sabah berada pada paras 22 peratus manakala 78 peratus keperluan beras negeri ini ditampung melalui beras import
daripada negara seperti China, Vietnam, Thailand dan Pakistan.

“Kita berharap dengan pengwujudan semula LPS dijangka akan dapat meningkatkan paras tahap SSL beras negeri sekali gus dapat mengurangkan beras import”, ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/14/peladang-sabah-penyumbang-pembangunan-ekonomi-keterjaminan-makanan/feed/ 0 43624
Peladang Sabah sambut baik wujud semula Lembaga Padi Sabah https://sabahmedia.com/2023/07/31/peladang-sabah-sambut-baik-wujud-semula-lembaga-padi-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/07/31/peladang-sabah-sambut-baik-wujud-semula-lembaga-padi-sabah/#respond Mon, 31 Jul 2023 06:47:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39286
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menyambut baik cadangan dan keputusan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah (LPS) bagi membangunkan industri padi dan beras negeri ini.

Pengerusinya Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, PPNS menyokong cadangan itu kerana ianya akan memberi faedah dan manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.

Katanya, sudah tiba masanya Sabah mempunyai Lembaga Padi sendiri seperti yang pernah diwujudkan semasa kerajaan negeri terdahulu bagi mengurus industri padi negeri ini.

“Kita cukup yakin dengan adanya Lembaga Padi Sabah dapat membantu Sabah mencapai sasaran paras tahap sari diri (SSL) beras sehingga 60 peratus menjelang tahun 2030 seperti yang diunjurkan oleh Kerajaan Negeri berbanding hanya pada tahap 22 peratus setakat ini.

“Dengan meningkatnya SSL beras Sabah, akan membantu mengurangkan jumlah import beras dari negara asing seperti Vietnam, Thailand, Pakistan dan lain-lain.

“Ini sekaligus dapat mengurangkan aliran keluar mata wang Malaysia, yang akan menguntungkan negeri dan negara”, katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutupan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNS) di bangunan Wisma Pertanian Sabah pada Ahad.

Mohd Nazri mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Khamis bahawa Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) kini dalam proses mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah.

Katanya, langkah itu dijangka dapat meningkatkan paras SSL beras Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030. Ketika ini, SSL beras Sabah berada pada paras 22 peratus manakala 78 peratus keperluan beras negeri ini ditampung melalui beras import.

Mohd Nazri optimis dengan adanya Lembaga Padi Sabah, usaha dan fokus untuk pembinaan keupayaan industri padi tempatan untuk mengeluarkan produk beras Sabah dapat direalisasikan.

“Sabah perlu mempunyai keupayaan dalam mengeluarkan padi dan beras tempatan termasuk produk pertanian dan makanan lain untuk meningkatkan eksport barangan pertanian tempatan”, tegasnya.

Beliau juga memuji usaha Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas kabinet bagi menangani isu SSL di negeri ini yang diketuai oleh MAFFI.

Mohd Nazri berkata, pengembelingan tenaga dan usaha melibatkan jabatan dan agensi negeri dan persekutuan serta sektor swasta akan membantu meningkatkan SSL pengeluaran semua jenis bahan makanan di negeri ini.

Menurutnya, ahli-ahli peladang di Sabah sedia memberikan.kerjasama, sokongan dan terlibat secara langsung membantu usaha kerajaan itu.

“Ramai ahli peladang mengusahakan penanaman padi terutama di kawasan Kota Belud, Kota Marudu, Papar, Keningau dan lain-lain. Mereka telah menyumbang secara signifikan dalam pengeluaran padi dan beras tempatan Sabah”, tegas Mohd Nazri.

Beliau juga berharap lebih ramai pelabur asing akan melabur dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan yang mempunyai potensi sangat besar untuk terus dibangunkan di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Dr.Jeffrey G.Kitingan merasmikan penutupan sambutan HPPNS 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/31/peladang-sabah-sambut-baik-wujud-semula-lembaga-padi-sabah/feed/ 0 39286