peladang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Feb 2025 10:36:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png peladang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekerja ladang didakwa bunuh rakan sekerja https://sabahmedia.com/2025/02/11/pekerja-ladang-didakwa-bunuh-rakan-sekerja/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/pekerja-ladang-didakwa-bunuh-rakan-sekerja/#respond Tue, 11 Feb 2025 10:32:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68462
Read Time:49 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

PAPAR: Seorang pekerja ladang yang ditahan hujung bulan lepas berhubung kematian rakan sekerjanya didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Litar Papar, hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Risdi Baharuddin, 26, kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret Abdurrahman Abrar Jarni menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik kimia.

Mengikut pertuduhan, Risdi didakwa membunuh seorang lelaki warganegara Filipina, Jiecy Rondian, pada 30 Januari, antara jam 6 hingga 8 malam, di rumah kongsi Ladang Sawit Koperasi Anak-Anak Tempatan Pantai Barat, Jalan Ulu Bongawan, Papar.

Risdi, seorang warganegara Indonesia, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun. Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh juga hendaklah dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Rosmanuri Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/pekerja-ladang-didakwa-bunuh-rakan-sekerja/feed/ 0 68462
Perkhidmatan mekanisasi dan automasi peladang di Sabah terus diperkukuh   https://sabahmedia.com/2024/11/28/perkhidmatan-mekanisasi-dan-automasi-peladang-di-sabah-terus-diperkukuh/ https://sabahmedia.com/2024/11/28/perkhidmatan-mekanisasi-dan-automasi-peladang-di-sabah-terus-diperkukuh/#respond Thu, 28 Nov 2024 03:49:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64546
Read Time:2 Minute, 14 Second

Keningau :  Para peladang dan masyarakat setempat diseru untuk mendapatkan perkhidmatan mekanisasi dan automasi ladang yang disediakan Pertubuhan Peladang (PP) khususnya Pertubuhan Peladang Negeri Jentera (PPN Jentera) yang menawarkan bayaran perkhidmatan berpatutan. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,  ia adalah selaras dengan hasrat Kerajaan yang memberi penekanan terhadap pemodenan industri pertanian seperti penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi.

Katanya, melalui RP-4 RMKe-12, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah membelanjakan RM9.89 juta untuk membekalkan jentera dan peralatan pertanian kepada 19 buah Pertubuhan Peladang Negeri (Bahagian Kejenteraan) di seluruh negara termasuklah Sabah.

Menurutnya, ini adalah bagi memenuhi sebahagian perkhidmatan mekanisasi dan automasi bagi memperkasakan perkhidmatan kejenteraan. 

Arthur berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Jentera Di Bawah Program Pengukuhan Dan Pemodenan Khidmat Mekanisasi & Automasi Agromakanan 2024 bertempat di Pejabat Operasi, Pertubuhan Peladang Negeri (Jentera) Keningau.

Katanya, Sabah memerlukan sejumlah 800 buah jentera merangkumi 480 buah jentera pembajak dan 320 buah jentuai bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kejenteraan di Sabah.

“Pada masa ini keseluruhan perkhidmatan jentera yang melibatkan PPK, PPN dan sektor swasta adalah berjumlah 431 buah merangkumi 265 buah traktor dan 166 buah jentuai. 

“Oleh yang demikian peruntukan yang agak besar perlu disediakan bagi membekalkan traktor baharu dan jentuai yang sesuai dengan keperluan dan keadaan geografi bumi Sabah,” katanya.

Bersempena majlis tersebut, sebanyak 30 buah jentera dan peralatan pertanian telah diserahkan kepada tiga buah PPN Jentera Negeri Sabah dengan nilai keseluruhan RM3.813 juta.

Antaranya pembekalan lima buah traktor full rubber track, dua buah lori self-loader, tiga buah traktor semi crawler track, dua buah traktor empat roda, empat buah jentuai mini, tiga buah rotary tiller dan satu unit dron.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP, Mohd Fauzi Badron  dalam ucapan berkata,  sehingga September lalu, 19 buah PPN (Jentera) di seluruh negara beroperasi dan telah memberi perkhidmatan pembajakan di kawasan seluas 38,112 hektar dan penuaian padi di kawasan seluas 23,520.41 hektar. 

Katanya, jumlah keseluruhan pesawah yang menerima faedah seramai 15,248 orang bagi perkhidmatan pembajakan dan 15,815 orang bagi perkhidmatan penuaian.

Menurutnya lagi tumpuan operasi PPN (Jentera) di seluruh negara ialah di kawasan sawah padi yang bermasalah dan tidak dimasuki pemilik jentera swasta. 

“Peranan sebagai penimbal harga dengan kadar upah perkhidmatan yang sama atau lebih rendah dari pengusaha swasta.

“Pengunaan jentera ladang secara intensif dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian dan meningkatkan daya saing produk pertanian di samping mengurangkan penggunaan tenaga manusia,” katanya.

Arthur yakin sekiranya usaha pemodenan sektor pertanian khusus dalam automasi dan mekanisasi stigma anak muda terhadap industri ini akan dapat di kikis seterusnya meningkatkan penglibatan anak-anak muda dalam menyumbang kepada keterjaminan makanan negara. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/28/perkhidmatan-mekanisasi-dan-automasi-peladang-di-sabah-terus-diperkukuh/feed/ 0 64546
MADA Sasar Peningkatan Pendapatan Peladang https://sabahmedia.com/2022/02/13/mada-sasar-peningkatan-pendapatan-peladang/ https://sabahmedia.com/2022/02/13/mada-sasar-peningkatan-pendapatan-peladang/#respond Sun, 13 Feb 2022 07:49:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12169
Read Time:2 Minute, 24 Second

KEDAH : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mensasarkan pendapatan peladang yang terlibat dengan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dapat ditingkatkan sehingga RM5,000 menjelang tahun 2025.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam pengurusan sawah berpusat.

Katanya, ia bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi.

“Selain itu, ia juga mampu meningkatkan pendapatan pesawah susulan pengurangan penglibatan orang tengah di sepanjang rantaian nilai industri padi dan beras negara yang dapat dimanfaatkan terus oleh pesawah yang menjadi matlamat utama pelaksanaan SMART SBB,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Pelaksanaan Program SMART SBB itu turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara MADA dan BERNAS yang disempurnakan oleh Pengurus Besar MADA dan Pengurus Besar BERNAS.

MoU itu adalah untuk memperincikan komitmen yang perlu diberikan oleh pihak BERNAS kepada peladang-peladang MADA yang menyertai Program SMART SBB.

Dr Ronald turut menyaksikan perjanjian menandatangani MoU yang ditandatangani oleh pihak MAFI bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta MoU MADA bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang akan bertindak sebagai syarikat dan badan peneraju.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat penyertaan sebanyak 19 syarikat peneraju termasuk  Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah menandatangani MoU dengan Kerajaan mensasarkan pembangunan kawasan penanaman padi seluas 300,000 hektar.

Dr Ronald turut merakamkan ucapan penghargaan kepada LZNK yang telah menyertai program SMART SBB sebagai badan peneraju.

“Keistimewaan tambahan program melalui LZNK ini adalah dengan menampilkan elemen kebajikan kepada pembangunan asnaf melalui penawaran khidmat bimbingan, latihan serta semua kemudahan berkaitan pembangunan industri dan beras.

“Bagi Musim 1/2022, MADA akan meneruskan Program SMART SBB dengan syarikat-syarikat peneraju yang berminat. Menjelang tahun 2025, MADA mensasarkan 10,000 hektar kawasan sawah padi akan terlibat di dalam Program SMART SBB,” katanya..

Sementara itu, Dr Ronald berkata, kejayaan program SMART SBB sebelum ini juga telah diterjemahkan melalui pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) MAFI.

Katanya, sehingga Oktober 2021, bilangan penglibatan dan hasil pendapatan kumpulan sasar iaitu pesawah, telah berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 280 peratus.

“Seramai 3,811 orang pesawah telah mendapat manfaat daripada program SMART SBB melibatkan kawasan penanaman padi seluas lebih 9,500 hektar di beberapa tempat termasuk IADA Barat Laut Selangor dan IADA Seberang Perak.

“Peningkatan hasil padi juga cukup memberangsangkan. Sebagai contoh, program SMART SBB yang dilaksanakan di Sekinchan, Selangor telah meningkatkan hasil padi daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada 8 hingga 10 tan metrik sehektar bagi musim 2/2021 dan musim 1/2022.

“Pada awalnya, hanya 83 pesawah telah menyertai program ini tetapi kini penyertaan telah melebihi 800 pesawah,” katanya.

Beliau yakin dengan kesungguhan semua, program ini akan terus mencapai kejayaan besar yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan sasar.

Kawasan Muda merupakan kawasan jelapang padi terluas di Malaysia dengan kawasan sawah padi seluas 100,658 hektar dengan ahli-ahli peladang berjumlah 57,635 orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/13/mada-sasar-peningkatan-pendapatan-peladang/feed/ 0 12169