pelajar cemerlang spm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Jun 2024 05:39:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pelajar cemerlang spm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sokongan ibu bapa, tenaga pengajar kunci utama kejayaan pelajar cemerlang SPM 2023 https://sabahmedia.com/2024/06/14/sokongan-ibu-bapa-tenaga-pengajar-kunci-utama-kejayaan-pelajar-cemerlang-spm-2023/ https://sabahmedia.com/2024/06/14/sokongan-ibu-bapa-tenaga-pengajar-kunci-utama-kejayaan-pelajar-cemerlang-spm-2023/#respond Fri, 14 Jun 2024 05:39:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55975
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Sokongan ibu bapa dan tenaga pengajar di sekolah menjadi kunci utama kepada kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Raihan Camelia Mustapa,18.

Raihan yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Islamiah Tawau itu berjaya memperoleh keputusan 10 A+ dan 1 A.

“Pencapaian ini bukan usaha daripada usaha semata-mata tetapi dari sokongan ibu bapa dan semua tenaga pengajar di sekolah.

“Tips saya mudah, saya peruntukkan masa satu hingga dua jam setiap hari untuk belajar terutama pada waktu tengah malam iaitu jam 12  hingga 1 pagi. Disitu saya mula menghafal sebab mata pelajaran saya ambil kebanyakkan perlu menghafal selain perlu buat latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan kecemerlangan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin.

Sijil itu disampaikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, pembahagian masa dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum dan pembelajaran dalam seharian amat dititikberatkan.

“Saya aktif dalam persatuan tetapi kurang dalam bidang sukan dan pembahagian masa juga penting dimana saya akan mengutamakan perkara yang lebih utama dahulu baru saya teruskan dengan perkara lain.

“Selain itu, saya juga merupakan ketua aspuri di asrama, memang saya akui agak susah tapi Alhamdulilah pembahagian masa telah membuktikan kecemerlangan saya pada kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Raihan berkata, dia bercadang untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan Jordan menjadi pilihan.

“Kalau boleh saya magu ambil bidang pengajian Islam di salah sebuah Universiti di Jordan,” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/14/sokongan-ibu-bapa-tenaga-pengajar-kunci-utama-kejayaan-pelajar-cemerlang-spm-2023/feed/ 0 55975
19 pelajar cemerlang SPM, STPM 2022 terima insentif kecemerlangan Parlimen Putatan https://sabahmedia.com/2023/08/04/19-pelajar-cemerlang-spm-stpm-2022-terima-insentif-kecemerlangan-parlimen-putatan/ https://sabahmedia.com/2023/08/04/19-pelajar-cemerlang-spm-stpm-2022-terima-insentif-kecemerlangan-parlimen-putatan/#respond Fri, 04 Aug 2023 10:40:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39521
Read Time:1 Minute, 12 Second

Putatan : Seramai 19 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 menerima insentif kecemerlangan pelajar bagi Parlimen Putatan di sini semalam.

Sumbangan insentif kecemerlangan itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, insentif itu adalah sebagai menghargai prestasi cemerlang para pelajar selain menjadikan prestasi cemerlang sebagai budaya kehidupan mereka.

“Kami sentiasa ingin menyumbang bakti dan khidmat masyarakat selain membantu dan menyelaras pencapaian pendidikan generasi muda khususnya yang ada di Parlimen Putatan ini.

“Kenapa kita perlu menggalakkan pencapaian cemerlang, kerana kita percaya bahawa pelajar cemerlang adalah aset masa depan negeri kita dan juga negara.  Ini bukan tekanan tetapi sebagai dorongan, sokongan dan doa untuk mereka terus cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM dan STPM 2022 bagi Parlimen Putatan di sini semalam.

Shahelmey berkata, beliau turut berharap agar para pelajar yang cemerlang akan terus berjaya dalam sahsiah diri selain pembentukan jati diri yang baik.

“Apa yang penting nanti adalah selepas anda menamatkan pengajian dimana anda akan memasuki pula alam pekerjaan yang dunianya berbeza dengan sekarang ketika belajar.

“Ketika belajar anda hanya bergaul dalam kalangan usia anda, tetapi apabila kerja nanti anda akan bergaul dengan pelbagai lalpisan latar belakang, sebab itu  kita perlu ada jati diri yang positif agar kita dapat bekerjasama dengan semua orang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/04/19-pelajar-cemerlang-spm-stpm-2022-terima-insentif-kecemerlangan-parlimen-putatan/feed/ 0 39521