Pelajar IPT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 03 Apr 2025 09:29:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelajar IPT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kelab Pelajar IPT Kiulu dicadang ditubuhkan https://sabahmedia.com/2025/04/03/kelab-pelajar-ipt-kiulu-dicadang-ditubuhkan/ https://sabahmedia.com/2025/04/03/kelab-pelajar-ipt-kiulu-dicadang-ditubuhkan/#respond Thu, 03 Apr 2025 09:29:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71441
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kiulu: Kelab Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kiulu dicadang untuk ditubuhkan sebagai platform bagi pelajar di sini menganjurkan aktiviti kepimpinan dan kemasyarakatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kewujudan kelab seumpama itu bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pelajar, malah boleh dijadikan landasan untuk interaksi lebih erat dengan kepimpinan di Kiulu.

“Saya percaya pelajar-pelajar IPT dari Kiulu mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti.

“Dengan adanya kelab ini, mereka boleh menjalankan pelbagai program bermakna yang bukan sahaja memanfaatkan diri mereka tetapi juga masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sesi pertemuan dengan pelajar-pelajar IPT dari Kiulu di sini baru-baru ini.

Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, pihaknya turut memberi komitmen untuk menyokong penganjuran aktiviti kelab tersebut dan bersedia menyediakan bantuan yang diperlukan.

Cadangan beliau disambut baik oleh sekumpulan pelajar IPT yang diketuai oleh Christella Moureen Yain, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Utara Malaysia.

Christella turut menyatakan komitmen mereka untuk membentuk jawatankuasa protem sebagai langkah awal ke arah penubuhan kelab tersebut.

“Saya percaya dengan adanya kelab seperti yang dicadangkan oleh Datuk Joniston, kami dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyumbang pembangunan Kiulu,” katanya.

Sebagai tanda sokongan kepada golongan belia, Joniston sebelum ini telah mengumumkan dana sebanyak RM50,000 awal tahun ini bagi tujuan penganjuran aktiviti belia di kawasan DUN Kiulu.

Sementara itu, dalam dua program belia anjuran gereja Seventh Day Adventist hujung minggu lalu, Joniston menekankan kepentingan kepimpinan dan disiplin dalam kalangan belia.

Program tersebut memberi peluang kepadanya untuk berinteraksi dengan golongan belia dari generasi Y serta berkongsi pandangannya mengenai pembangunan kepimpinan.

“Bagi membentuk pemimpin yang baik, disiplin dan nilai kepimpinan harus dipupuk sejak awal.

“Golongan belia perlu sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran diri dan menjadi contoh yang baik dalam masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/03/kelab-pelajar-ipt-kiulu-dicadang-ditubuhkan/feed/ 0 71441
Pelajar IPT Sabah dapat subsidi tiket penerbangan RM600 seorang secara one-off https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/#respond Mon, 25 Mar 2024 10:06:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51587
Read Time:36 Second

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis
Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di
Semenanjung di sini pada Isnin.

Katanya, bantuan khas one-off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan one-off itu akan diberi secara terus kepada pelajar
berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan
dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/feed/ 0 51587