Pelajar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 Mar 2024 12:53:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelajar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar Teknologi Elektrik KV Keningau menang dana laksana Bengkel Kemahiran https://sabahmedia.com/2024/03/31/pelajar-teknologi-elektrik-kv-keningau-menang-dana-laksana-bengkel-kemahiran/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/pelajar-teknologi-elektrik-kv-keningau-menang-dana-laksana-bengkel-kemahiran/#respond Sun, 31 Mar 2024 12:53:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51954
Read Time:1 Minute, 6 Second

KENINGAU: Sekumpulan pelajar daripada program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Keningau telah dipilih sebagai pemenang dana projek komuniti “Amal Fund” bagi idea mereka iaitu Bengkel Kemahiran Penyelenggaraan Soket Dan Peralatan Elektrik.

Mereka dimaklumkan secara peribadi oleh pengasas Amal Fund itu sendiri iaitu Nurul Amalina Che Ariffin, seorang rakyat Malaysia yang kini bertugas di Amerika Syarikat, pada 18 Mac 2024.

Kumpulan itu menerima dana berjumlah RM500 untuk melaksanakan bengkel tersebut.

Pasukan ini terdiri daripada lapan pelajar iaitu Alleyson Voo, Claijster Christian, Glenn Nichles, Vincent Frankie, Nadiirah Naquyyah, Nur Effanddy Ramadhan, Evangelson Glorius dan Danniel Imannuel.

Mereka menamakan projek mereka “Be Your Own Handyperson” yang merupakan satu bengkel yang melatih pelajar kolej tentang cara-cara memeriksa dan membaiki soket dan peralatan elektrik seperti lampu dan kipas secara selamat dan betul.

Mereka mensasarkan pelajar kolej yang menyewa tempat tinggal sendiri kerana golongan ini lebih memerlukan kemahiran asas penyelenggaraan.

Alleyson Voo, selaku ketua pasukan tersebut berkata, dia bersyukur kerana projek mereka telah dipilih sebagai penerima dana tersebut memandangkan ini adalah satu platform yang praktikal untuk membantu komuniti.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada pasukan ini atas inisiatif tersebut yang membolehkan mereka mengamalkan apa yang mereka telah pelajari di kolej itu.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar lebih ramai pelajar menggunakan kemahiran mereka untuk membantu komuniti secara sukarela.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/pelajar-teknologi-elektrik-kv-keningau-menang-dana-laksana-bengkel-kemahiran/feed/ 0 51954
Perselisihan faham punca pelajar lelaki maut dipukul di asrama kolej https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/ https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/#respond Fri, 22 Mar 2024 13:02:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51443
Read Time:1 Minute, 28 Second

LAHAD DATU: Seorang pelajar lelaki maut dipercayai dipukul berpunca daripada perselisihan faham antara penghuni asrama di salah sebuah kolej di Lahad Datu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu
Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengarah kolej terbabit, berhubung dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dan merupakan penghuni asrama kolej tersebut yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pada jam lebih kurang 6.50 pagi tadi (22 Mac) pelajar lelaki tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan,” katanya.

Menurut Rohan Shah, bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan Polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah
bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki kolej terbabit dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa.

“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara
mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain,” jelasnya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa.

“Sehingga kini, pihak polis telah menahan seramai 13 orang
pelajar lelaki berusia lingkungan antara 16 sehingga 19 tahun.

“Manakala, satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang
dipercayai berkait dengan siasatan kes ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Rohan Shah turut menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/feed/ 0 51443
Calon SPM teruskan momentum dan ‘mood’ hadapi peperiksaan SPM – Raisin https://sabahmedia.com/2024/02/09/pelajar-calon-spm-teruskan-momentum-dan-mood-hadapi-peperiksaan-spm-raisin/ https://sabahmedia.com/2024/02/09/pelajar-calon-spm-teruskan-momentum-dan-mood-hadapi-peperiksaan-spm-raisin/#respond Fri, 09 Feb 2024 07:54:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49248
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Semua calon SPM diingatkan supaya meneruskan momentum dan ‘mood’ menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan disambung semula pada 19 Februari 2024 selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.

Demikian kata-kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin menerusi perutusannya sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan seluruh masyarakat Tionghua bermula esok.

“Kepada warga guru, murid dan ibu bapa daripada kaum Tionghua khususnya yang menyambut perayaan ini secara langsung saya ingin merakamkan ucapkan selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2024.

“Sudah tentu kunjung-mengunjung sesama rakan tanpa mengira latar belakang keturunan dan agama yang telah menjadi amalan rakyat Malaysia akan memeriahkan sambutan perayaan ini.

“Demikianlah juga anak-anak calon SPM yang turut tidak akan ketinggalan merayakan Tahun Baru Cina mahu pun mengunjungi saudara-mara atau sahabat handai.

“Oleh kerana peperiksaan SPM 2023 hanya akan disambung semula pada 19 Februari 2024, maka suka saya mengingatkan anak-anak calon SPM yang disayangi supaya meneruskan momentum dan ‘mood’ menghadapi peperiksaan SPM yang sangat penting demi masa depan anak-anak sekalian.

“Di samping bergembira di musim perayaan ini, jangan lupa untuk mengulang kaji topik-topik penting bagi mata pelajaran yang masih belum dilaksanakan peperiksaan SPM,” kata Raisin.

Beliau turut menyeru sekalian guru supaya terus memberikan bimbingan dan bantuan kepada anak-anak murid.

“Saya yakin anak-anak murid sentiasa memerlukan ‘sentuhan ajaib guru pada saat yang kritikal ini. Izinkan saya mencurahkan rasa kasih sayang terhadap anak-anak sekalian melalui perkataan dan ayat berikut, “sekolah dan guru jangan sekali-kali melepaskan anak-anak calon SPM tanpa bimbingan selagi SPM mereka belum berakhir. Sentiasa pegang tangan mereka”.

“Saya juga menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih utama lagi ialah ibu bapa perlu memberi ruang dan peluang yang sebaik mungkin untuk anak-anak membuat ulang kaji semasa berada di rumah mahupun anak-anak yang berada di sepanjang peperiksaan ini berlangsung,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/09/pelajar-calon-spm-teruskan-momentum-dan-mood-hadapi-peperiksaan-spm-raisin/feed/ 0 49248
Pelajar dibuang sekolah dibenarkan ambil peperiksaan SPM – Raisin https://sabahmedia.com/2024/01/31/pelajar-dibuang-sekolah-dibenarkan-ambil-peperiksaan-spm-raisin/ https://sabahmedia.com/2024/01/31/pelajar-dibuang-sekolah-dibenarkan-ambil-peperiksaan-spm-raisin/#respond Wed, 31 Jan 2024 03:56:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48757
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pelajar calon SPM yang telah dibuang sekolah kerana berkelakuan tidak baik di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu semalam, telah dibenarkan untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung pada masa ini.

Pengarah Pejabat Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pelajar tersebut telah dibenarkan mengambil peperiksaan SPM.

Katanya, pelajar tersebut tidak dihalang mengambil SPM walapun calon ini telah dibuang sekolah.

“Memang betul pelajar tersebut merokok di tandas sekolah dan perbuatan itu tidak dibenarkan di kawasan sekolah,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Bagaimanapun, kata Raisin, calon-calon SPM hendaklah akur kepada peraturan-peraturan sedia ada di sekolah apatah lagi dia masih calon sekolah.

“Calon juga hendaklah sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik supaya tidak mengganggu ketenteraman di dewan peperiksaan,” tegasnya.

Tambah beliau, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN) sentiasa komited memastikan peperiksaan awam berjalan lancar dan calon-calon SPM yang menduduki di pusat peperiksaan berada dalam keadaan tenteram dan selesa ketika menjawab soalan peperiksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/31/pelajar-dibuang-sekolah-dibenarkan-ambil-peperiksaan-spm-raisin/feed/ 0 48757
Panel solar untuk Asrama San Damiano, memperkasa pembelajaran pelajar https://sabahmedia.com/2024/01/21/panel-solar-untuk-asrama-san-damiano-memperkasa-pembelajaran-pelajar/ https://sabahmedia.com/2024/01/21/panel-solar-untuk-asrama-san-damiano-memperkasa-pembelajaran-pelajar/#respond Sun, 21 Jan 2024 12:05:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48308
Read Time:1 Minute, 31 Second

KIULU: Asrama San Damiano di Kiulu bersedia untuk menggunakan tenaga solar untuk memastikan persekitaran pembelajaran tidak terganggu dan mampan untuk penghuninya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai meluluskan pemasangan panel solar sebagai tindak balas kepada permintaan pegawai bertanggungjawab Asrama San Damiano Sr Jane Sandalun, yang membangkitkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan pembelajaran pelajar.

Menurut Joniston, beliau komited dalam menyokong kemudahan pendidikan dan pelajar berhak mendapat persekitaran di mana pembelajaran tidak dihalang oleh faktor luaran.

“Adalah penting kita menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong pelajar dalam perjalanan pendidikan mereka.

“Pemasangan panel solar bukan sahaja akan mengurangkan kesan gangguan bekalan elektrik tetapi juga menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif,” katanya.

Kelulusan ADUN menggariskan usaha kolaboratif untuk meningkatkan infrastruktur asrama, menekankan kepentingan menyesuaikan diri dengan kaedah penyelesaian moden untuk faedah pelajar.

Sr Jane membuat permintaan itu semasa lawatan sekumpulan dermawan ke asrama berkenaan untuk menyerahkan sumbangan berupa makanan kering, sambil disaksikan oleh Joniston, pada Ahad.

Sumbangan dermawan berjumlah RM15,000 itu diselaraskan oleh chef Collin Tan, Adrian Chong dan Daniel Peh serta rakan-rakan.

“Ini adalah tahun kelima berturut-turut kami dapat memberi sumbangan kecil ini atas permintaan dan galakan Adun Kiulu.

“Kami akan terus membuat sumbangan tahunan berupa makanan kering kepada asrama sempena Tahun Baru Cina,” kata Collin.

Sebagai sebahagian daripada usaha amal mereka, tukang masak juga akan menjalankan pelajaran memasak dan baking untuk pelajar yang tinggal di asrama.

Pembelajaran tersebut mereka rancang akan dijalankan pada awal Jun, ini adalah susulan daripada program serupa yang dijalankan tahun lepas.

Inisiatif ini bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran masakan tetapi juga untuk menggalakkan pemakanan sihat di kalangan pelajar asrama.

Sementara itu, Sr Jane melahirkan rasa terima kasih kepada para dermawan atas sokongan berterusan mereka, jelasnya sumbangan tahunan ini telah banyak membantu dalam memenuhi keperluan kira-kira 60 pelajar yang menginap di asrama itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/21/panel-solar-untuk-asrama-san-damiano-memperkasa-pembelajaran-pelajar/feed/ 0 48308
Yayasan Pendidikan Tongod bantu pelajar kurang mampu lanjut pengajian https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/ https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/#respond Sun, 07 Jan 2024 05:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47618
Read Time:1 Minute, 7 Second

TONGOD: Yayasan Pendidikan Tongod akan ditubuhkan bagi membantu golongan pelajar daerah ini yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, langkah penubuhan yayasan berkenaan merupakan solusi baharu bagi menambah bilangan anak muda yang berpendidikan tinggi.

“Kita yakin akan lebih ramai modal insan yang berjaya dapat dilahirkan menerusi bantuan yayasan itu nanti, ” kata beliau di majlis kesyukuran Keluarga Milian di Kampung Alitang dan Seriwati yang dihadiri lebih 300 orang anggota keluarga berkenaan, semalam.

Menurutnya, kewujudan dua kilang terbesar yang akan beroperasi di Tongod tidak lama lagi akan membantu dari segi dana yayasan pendidikan itu nanti.

Kilang tersebut ialah Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd dibangunkan dekat Kampung Inarad dan kilang ternakan khinzir di Kampung Entilibon.

Masiung berkata, dengan tertubuhnya yayasan pendidikan itu kelak, ia boleh mengubah nasib golongan miskin dengan memberikan akses pendidikan tertinggi kepada anak mereka menerusi yayasan berkenaan.

Pemegang amanah bagi yayasan itu nanti katanya, akan diuruskan oleh anak tempatan Tongod sendiri yang berkelayakan.

Beliau yang juga Pengerusi Borneo Cement Sabah Sdn Bhd, memberi jaminan 1,000 kekosongan jawatan bakal diwujudkan di syarikat berkenaan akan diberi peluang kepada warga Tongod mengikut kelayakan akademik.

Turut hadir memeriahkan majlis kesyukuran itu ialah Padri All Saint Kota Kinabalu, Dean Musa Ambai, Penolong Pegawai Daerah Tongod, Ronley Saringan dan Pegawai Unit Pembangunan Masyarakat, Tokyo Hashim Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/feed/ 0 47618