Pelajar Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Feb 2026 19:19:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelajar Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar Sabah diminta ambil tahu usaha kerajaan, tidak terpengaruh cerita luar – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/02/13/pelajar-sabah-diminta-ambil-tahu-usaha-kerajaan-tidak-terpengaruh-cerita-luar-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/02/13/pelajar-sabah-diminta-ambil-tahu-usaha-kerajaan-tidak-terpengaruh-cerita-luar-hajiji/#respond Thu, 12 Feb 2026 19:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91547
Read Time:2 Minute, 38 Second

PERAK: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meminta pelajar Sabah, khususnya yang menuntut di tempat lain supaya mengambil tahu apa yang dilaksanakan kerajaan di negeri mereka.

Beliau berkata, mereka perlu mengambil tahu perkara itu secara peribadi dan tidak terpengaruh dengan cerita di luar yang bercakap perkara tidak betul mengenai kerajaan negeri.

Katanya, pelajar perlu mengetahui perkara sebenar yang dilakukan kerajaan negeri dalam membawa pembangunan dan menyelesaikan masalah dihadapi di Sabah.

“Saya bersyukur kerana kita dapat membentuk semula kerajaan negeri dan kita akan meneruskan dasar pembangunan yang kita rancang dan laksanakan.

“Dalam hal ini, kita mahu penuntut tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh kerajaan. Kita mesti ketahui secara peribadi, jangan kita terpengaruh dengan cerita di luar yang menyatakan bermacam-macam, sedangkan kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan program untuk rakyat kita di Sabah.

“Percayalah, saya tahu ramai di sini datang dari pedalaman seperti Keningau, selain Tawau, Sandakan dan seluruh Sabah, pastikan kita dapat maklumat tepat dan betul mengenai program dan juga pembangunan yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Hajiji menyerahkan replika cek Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah/Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/ SUBFLY) kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato’ Dr.Md.Amin Md.Taff untuk 2772 pelajar Sabah di UPSI pada majlis pelancaran inisiatif itu di UPSI, Perak pada Khamis. – Foto ihsan JKM Sabah

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah/Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS SubFly) Tahun 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, di sini, pada Khamis.

Inisiatif GRS SubFIY Tahun 2026 itu akan memberi manfaat secara langsung kepada 2,772 pelajar Sabah yang menuntut di UPSI pada masa ini.

Ketua Menteri turut mengingatkan pelajar Sabah yang menamatkan pengajian sama ada di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan di Semenanjung atau luar negara supaya kembali berkhidmat di Sabah.

“Jika ada peluang, baliklah untuk berkhidmat di Sabah, sumbangkan kepakaran sama ada yang diperolehi di dalam atau luar negara kepada Sabah,” katanya.

Terdahulu, Hajiji menyatakan kebanggaannya berikutan ramai pelajar dari Sabah melanjutkan pengajian di UPSI sedang menuntut di universiti itu ketika ini.

“Saya dimaklumkan penuntut di sini begitu ramai dari Sabah iaitu 2,772 orang, ini hebat sekali. Jadi apa yang penting pelajar dari Sabah di sini tumpukan perhatian khusus dalam bidang pembelajaran kerana inilah kunci untuk berjaya pada masa akan datang.

“Kerana itulah saya beri tumpuan khusus kepada pendidkan kerana bagi saya inilah kunci utama untuk kita majukan negeri dan negara kita pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu katanya, beliau amat bangga ramai anak Sabah terlibat dalam aktiviti yang bukan saja melonjakkan nama universiti, tapi juga Sabah.

“Saya pun tidak tahu bahawa begitu ramai rupanya, ada yang menjadi wakil negara kita dalam bidang sukan, kebudayaan dan bidang lain, inilah yang harus kita teruskan, bukan saja untuk individu atau anak kita sendiri, tapi juga untuk negeri dan negara kita,” katanya.

Dalam ucapannya, Hajiji turut menerangkan sedikit sebanyak mengenai usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri, termasuk untuk menyelesaikan masalah air, jalan raya dan elektrik yang dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh setahun dua dari sekarang.

Beliau turut menjelaskan mengenai usaha meningkatkan kutipan hasil negeri yang membolehkan kerajaan memulangkan semula manfaat kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif seperti bantuan pendidikan dan kebajikan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/13/pelajar-sabah-diminta-ambil-tahu-usaha-kerajaan-tidak-terpengaruh-cerita-luar-hajiji/feed/ 0 91547
Graduan disaran ceburi bidang keusahawanan, pertanian https://sabahmedia.com/2025/05/29/graduan-disaran-ceburi-bidang-keusahawanan-pertanian/ https://sabahmedia.com/2025/05/29/graduan-disaran-ceburi-bidang-keusahawanan-pertanian/#respond Thu, 29 May 2025 03:45:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74742
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Pelajar lepasan universiti digalakkan untuk meneroka peluang pekerjaan sendiri dalam bidang keusahawanan dan pertanian sejajar dengan usaha negara memupuk generasi muda yang berdikari serta berdaya saing.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob berkata, graduan perlu lebih proaktif mencipta peluang kerjaya berasaskan kemahiran dan ilmu yang dimiliki, khususnya dalam sektor yang berpotensi tinggi.

Katanya, ia termasuklah pertanian moden dan keusahawanan berasaskan perniagaan digital.

“Sudah tiba masanya graduan mengubah persepsi bahawa kerjaya hanya bermaksud pekerjaan makan gaji. Dengan ilmu dan sokongan yang tersedia, ramai mampu membina perniagaan sendiri serta membuka peluang pekerjaan kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Mini Kaamatan dan Penyerahan Kereta UNITAR Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Eksekutif merangkap Pengarah Pusat UNITAR Kota Kinabalu Vanessa Faye George dan Presiden Kelab Rotary Pearl Kota Kinabalu Cenderamata Sinteh.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin berkata, sektor pertanian kini semakin berkembang melalui penggunaan teknologi pintar dan kaedah moden yang mampu menjana pendapatan tinggi jika diurus secara profesional.

Katanya, begitu juga bidang keusahawanan yang menyediakan peluang menjana pendapatan melalui pelbagai sektor dan telah terbukti mampu melahirkan usahawan berjaya.

Justeru, beliau menggesa graduan agar tidak memandang rendah terhadap potensi kerjaya dalam bidang tersebut.

Dalam pada itu, Dr Yusof berkata, dalam usaha menyokong aspirasi ini, pelbagai program kerajaan seperti Agropreneur Muda, Program Inkubator Keusahawanan Siswazah, serta geran permulaan telah disediakan bagi membantu graduan memulakan perniagaan dan projek pertanian berskala kecil hingga sederhana.

Beliau turut menyeru institusi pengajian tinggi agar terus memperkukuh elemen keusahawanan dalam kurikulum serta memperluas kerjasama industri bagi memastikan graduan lebih bersedia menghadapi cabaran pasaran kerja.

“Dengan kadar pengangguran siswazah yang masih menjadi kebimbangan, penerokaan kerjaya dalam keusahawanan dan pertanian dilihat sebagai langkah strategik untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berdaya cipta dan berjiwa usahawan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/29/graduan-disaran-ceburi-bidang-keusahawanan-pertanian/feed/ 0 74742
Belanjawan Sabah 2025 : Dua program bantuan pendidikan baharu diperkenal https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-sabah-2025-dua-program-bantuan-pendidikan-baharu-diperkenal/ https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-sabah-2025-dua-program-bantuan-pendidikan-baharu-diperkenal/#respond Sat, 16 Nov 2024 07:31:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63834
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah memperkenalkan dua program bantuan baharu kepada institusi pendidikan dan para pelajar di negeri ini bermula tahun depan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan baharu itu termasuklah Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES).

“Sumbangan SENTOSA secara sekali bayar sebanyak RM300 seorang dan bantuan ini adalah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun hadapan selain sumbangan SUKSES secara sekali bayar sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah di Sabah untuk tujuan membiayai program sekolah.

“Selain itu, Kerajaan Sabah juga akan meneruskan pemberian bantuan sedia ada bagi tujuan anak-anak Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Antara bantuan itu termasuklah peruntukan sebanyak RM127 juta untuk program biasiswa, dermasiswa dan bantuan  pelajar negeri kepada seramai 7,130 pelajar aktif di Institusi  Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara serta menyasarkan  penambahan penajaan kepada 3,000 pelajar baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Masidi berkata, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara sekali bayar berjumlah  RM2,000 kepada setiap pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah, manakala RM1,500 kepada pelajar di peringkat  diploma dan matrikulasi juga akan turut diteruskan.

Selain itu katanya, turut diteruskan adalah  antuan Subsidi Tiket Penerbangan atau Graduan Rindu Sabah SUBFLY sebanyak RM600 kepada setiap pelajar IPT Sabah  yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Selain itu, Kerajaan Sabah juga  akan meneruskan pemberian bantuan yang lain seperti Bantuan Ihsan  Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan 

Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) dan Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS).

“Turut diteruskan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM26.4 juta,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-sabah-2025-dua-program-bantuan-pendidikan-baharu-diperkenal/feed/ 0 63834
2,130 pelajar Sabah dikenal pasti untuk diberikan tajaan pendidikan https://sabahmedia.com/2024/07/24/2130-pelajar-sabah-dikenal-pasti-untuk-diberikan-tajaan-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2024/07/24/2130-pelajar-sabah-dikenal-pasti-untuk-diberikan-tajaan-pendidikan/#respond Wed, 24 Jul 2024 01:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57940
Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Seramai 2,130 pelajar Sabah dikenal pasti untuk diberikan tajaan pendidikan yang kini menuntut di beberapa Universiti Awam (UA) di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pelajar terlibat itu dikenal pasti menerusi pelaksanaan program Jerayawara Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang berlangsung bermula April hingga Jun lalu.

“Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan atas usaha yang telah diberikan yang mana sebanyak 26 UA induk dan cawangan melibatkan 11 negeri di Semenanjung dan Sarawak telahpun kita santuni.

“Sepanjang program tersebut, seramai 2,130 pelajar Sabah telah dikenalpasti dan bakal diberikan tajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi sempena pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) di sini semalam.

Pada 3 Julai lalu, PTPS yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berjaya menerima sumbangan dana sebanyak RM7.7 juta daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

PTPS merupakan satu inisiatif baharu di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasakan serta memudahkan penyaluran bantuan kepada anak Sabah terutama pada peringkat pengajian tinggi melalui gabungan kerjasama badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan di negeri ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada 16 buah GLC yang turut terlibat dalam penyaluran dana tajaan berkenaan.

Katanya, melalui PTPS yang dibangunkan secara bersepadu itu, para pelajar dapat membuat permohonan tajaan pendidikan ataupun bantuan kewangan melalui sebuah portal sahaja tanpa merujuk agensi berkaitan secara berasingan.

“Tambahan pula, dengan adanya portal ini, proses penajaan dan bantuan dapat diberikan secara efisien, berkesan dan seterusnya dapat mengatasi isu pertindihan penajaan.

“Bermula daripada tarikh pelancaran, PTPS akan menjadi platform rasmi kepada para pelajar untuk membuat permohonan tajaan pendidikan dan bantuan kewangan di negeri ini.

“Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi atas usaha murni dan semangat yang telah ditunjukkan oleh semua badan penaja dan pemberi bantuan pendidikan di negeri Sabah dalam menjayakan ajlis pelancaran PTPS,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/24/2130-pelajar-sabah-dikenal-pasti-untuk-diberikan-tajaan-pendidikan/feed/ 0 57940
Dua pelajar Sabah menang Anugerah Komuniti Peringkat Global https://sabahmedia.com/2024/05/30/dua-pelajar-sabah-menang-anugerah-komuniti-peringkat-global/ https://sabahmedia.com/2024/05/30/dua-pelajar-sabah-menang-anugerah-komuniti-peringkat-global/#respond Thu, 30 May 2024 12:52:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55294
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Dua pelajar Kolej Vokasional Keningau, Caleb Evander Danius dan Siti Nur Hanisah Omar Hashim dipilih sebagai pemenang anugerah YouthMADE Festival Community.

Caleb dan Hanisah antara 11 pelajar yang dipilih daripada 49 pencalonan dari seluruh dunia termasuk daripada negara Malaysia, Brazil, Nigeria, Amerika Syarikat, India, Kenya, Arab Saudi dan Indonesia.

Pemilihan penerima anugerah tersebut yang diberikan oleh Digital Promise, sebuah organisasi pendidikan berpangkalan di Amerika Syarikat, adalah berdasarkan inisiatif komuniti setiap calon yang dinilai.

Pengarah KV Keningau, Nordin Akup berkata, beliau bangga dengan pencapaian kedua-dua pelajarnya dan berharap ianya akan dapat meningkatkan motivasi para pelajar kolej itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada dua orang pelajar ini yang merupakan antara pelajar terbaik kolej tersebut dan berharap agar pencapaian ini dapat meningkatkan motivasi para pelajar yang lain agar terus memberikan yang terbaik dalam apa juga bidang yang mereka ceburi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanisah telah menerima anugerah Most Promising Young Social Entrepreneur manakala Caleb diiktiraf sebagai Most Outstanding Community Project Leader.

Senarai nama kesemua 11 pemenang tersebut beserta penerangan sumbangan mereka telah diumumkan secara rasmi di laman sesawang penganjur pada 29 Mei 2024.

Hanisah adalah pelajar tahun keempat Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah berjaya mengasas projek sosial berimpak iaitu Mearpet yang mengitar semula pakaian dan anak patung terpakai menjadi boneka yang digunakan untuk mendidik dan menghibur kanak-kanak.

Projek ini telah berjaya mendapat beberapa anugerah termasuklah naib johan pertandingan Pitchbah dengan memenangi RM 3000 pada tahun 2023 dan diiktiraf menjadi 10 projek terbaik pertandingan Youth Sustainable Projects (YSUP) peringkat Asia Tenggara pada tahun yang sama.

Dia diberikan anugerah tersebut atas usahanya memperkembangkan projek sosial itu sebagai satu perniagaan yang berimpak kepada komuniti.

Manakala Caleb adalah pelajar tahun akhir Teknologi Pembinaan dan dia menerima pengiktirafan anugerah dalam bidang kepimpinan projek komuniti kerana penglibatannya dalam kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara bangunan sekolah di sekitar Keningau.

Dia juga telah menulis artikel berkenaan dengan peranan kesukarelawanan belia dalam masyarakat yang telah diterbitkan di majalah ternama keluaran Sabah iaitu the Breeze pada April 2024.

Hanisah dan Caleb berkata, mereka menjadikan pencapaian ini sebagai pendorong bagi mereka untuk terus memajukan inisiatif masing-masing kerana mereka yakin ianya dapat membantu meningkatkan prospek masa hadapan sambil membantu komuniti di luar sana.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/30/dua-pelajar-sabah-menang-anugerah-komuniti-peringkat-global/feed/ 0 55294
RM1.85 juta untuk bantu pelajar Sabah di Timur Tengah https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/ https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/#respond Sun, 19 Mar 2023 06:19:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31087
Read Time:1 Minute, 37 Second

KAHERAH: Kerajaan Negeri meluluskan RM1.85 juta untuk membantu meringankan beban pelajar Sabah yang sedang belajar di Mesir, Arab Saudi dan Jordan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri memahami kos sara hidup tinggi yang dihadapi oleh pelajar di Timur Tengah,” katanya sambil menambah bahawa Yayasan Kebajikan Sabah dan Yayasan Sabah akan menyelaraskan bantuan.

Ketua Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan bersama pelajar Sabah yang sedang menuntut di universiti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi anjuran Yayasan Sabah di Al-Saraya Intercontinental, Hotel City Star, di sini pada Sabtu.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Lebih 200 pelajar Sabah kini sedang menuntut di negara-negara tersebut.

Hajiji menyeru kepada semu pelajar supaya terus fokus pada pelajaran dan mempelajari Al-Quran dan hadis secara mendalam.

“Saya mahu anda semua terus fokus pada pelajaran dan gunakan peluang ini untuk mempelajari Al-Quran dan Hadis secara mendalam. Mempunyai pemahaman yang lebih mendalam akan meningkatkan intelek anda, nilai yang akan menjadi aset kepada anda apabila kembali berkhidmat kepada negara,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Dalam majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan RM10,000 untuk membeli buku perpustakaan Wisma Yayasan Sabah di situ daripada Majlis Islam Sabah (MUIS), set Hadrah bernilai RM4,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah serta set komputer kepada Persatuan Pelajar Mesir disumbangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Ketua Menteri turut mengadakan sesi minum pagi bersama pelajar sebelum meneruskan penerbangan bersama isteri dan rombongan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Pada 16 Mac lalu, Ketua Menteri telah melawat Ekspo dan Persidangan Keselamatan Maklumat Teluk (GISEC) di Pusat Dagangan Dunia Dubai. Beliau diiringi oleh Safar, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan ahli lembaga pengarah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/feed/ 0 31087
Pelajar Sabah Johan Teater Pembaca Peringkat Antarabangsa https://sabahmedia.com/2022/12/11/pelajar-sabah-johan-teater-pembaca-peringkat-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2022/12/11/pelajar-sabah-johan-teater-pembaca-peringkat-antarabangsa/#respond Sun, 11 Dec 2022 02:50:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26109
Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KENINGAU: Pasukan pelajar jurusan Bakeri dan Pastri Kolej Vokasional Keningau telah mendapat tempat pertama di festival seni “Art Marathon in France” dalam kategori Teater Pembaca yang berlangsung secara dalam talian pada 5 Disember lalu.

Ketua Kajian dan Inovasi, Kolej Vokasional Keningau, Dr Mohd Sirhajwan Idek berkata, pasukan ini terdiri daripada lapan orang pelajar tahun dua di kolej itu.

“Lima orang ahli pasukan tersebut iaitu Nur Anne Juehanna Azalan, Michel Anabella Samuil, Nur Syazwina Nazir, Natasha Emiley Nicoly Francis dan Rezky Aulia Nawir merupakan pelakon manakala tiga orang pelajar lagi iaitu Saidatul Zahara Jaslin, Aimee Farah Adhirah Aminul dan Iqmal Qhairi Naidu Muhd Syukur bertugas sebagai kru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau lagi, teater pembaca adalah stail pembacaan skrip secara dramatik tanpa menggunakan unsur pementasan seperti alat peraga, kostum dan pemandangan latar belakang.

“Skrip persembahan itu adalah hasil karya mereka sendiri yang mengisahkan perubahan fasa kehidupan dari peringkat remaja sekolah sehinggalah memasuki alam pekerjaan dan seterusnya mendirikan rumahtangga serta berkeluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, menganggap pencapaian ini sebagai tanda bakat para pelajar dalam bidang seni yang wajar diasahkan kerana ianya mampu membentuk pelajar menjadi kreatif dan menghargai warisan budaya.

Beliau berharap amalan penerapan seni dalam bidang pendidikan terus diperkembangkan dalam sistem pendidikan tempatan.

Video persembahan pelajar-pelajar itu boleh diakses melalui pautan berikut. Persembahan mereka yang bertajuk “Butterfly” (Rama-rama) boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/ZjLzSGDOUUE

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/11/pelajar-sabah-johan-teater-pembaca-peringkat-antarabangsa/feed/ 0 26109
Pelajar Sabah Finalis Global Student Prize Bernilai RM445,000 https://sabahmedia.com/2022/07/23/pelajar-sabah-finalis-global-student-prize-bernilai-rm445000/ https://sabahmedia.com/2022/07/23/pelajar-sabah-finalis-global-student-prize-bernilai-rm445000/#respond Fri, 22 Jul 2022 21:25:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=18917
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Seorang pelajar dalam kursus Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Keningau, Alesyah Asa, telah terpilih sebagai salah satu calon 50 terbaik bagi anugerah Global Student Prize tahun 2022 anjuran Chegg.org yang berpusat di Amerika Syarikat.

Juara pertandingan akan menerima wang berjumlah US$ 100,000.00 yang bersamaan dengan Ringgit Malaysia 445,000.00.

Alesyah Asa, 20, anak jati kelahiran Nabawan, Keningau itu merupakan satu-satunya pelajar dari Sabah sekaligus mewakili Malaysia yang berjaya melayakkan diri untuk anugerah ini pada tahun 2022. Ianya merupakan anugerah pelajar paling berprestij di dunia.

Terdapat lebih dari 7000 pencalonan dari 150 buah negara dan hanya 50 yang terbaik disenarai pendek untuk anugerah ini.

Menurut Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, pelajarnya Alesyah Asa berjaya menjadi finalis atas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang inovasi, science, technology, engineering, and math (STEM), program pertukaran budaya dan hackathon.

“Alesyah telah pernah mengetuai kumpulannya memenangi pertandingan hackathon anjuran UNESCO pada tahun 2020 berkenaan dengan literasi maklumat dan mereka juga merupakan penerima pertama geran STEAM dari The Awesome Foundation, Amerika Syarikat, berjumlah RM4,000 pada tahun yang sama. Dia juga pernah mewakili Malaysia sebagai duta budaya bagi rombongan pelajar kolej itu yang melawat institusi pendidikan di Korea Selatan pada 2019. Pelajar ini aktif menyertai pertandingan inovasi dengan mempertandingkan alat binaan bangunan hasil ciptaanya beserta dengan ahli sepasukan.

“Pencapaian pelajar ini merupakan kebanggaan negara dan ianya membuktikan kualiti pendidikan negara khususnya pendidikan kolej vokasional yang melahirkan pelajar-pelajar yang kompeten, kreatif dan berkarisma,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Johari berharap agar kejayaan ini memberi ilham kepada pelajar-pelajar yang lain untuk merebut peluang yang ada dan mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam bidang yang diminati.

Alesyah turut menyatakan hasratnya sekiranya dia memenangi anugerah ini, dia akan memperkembangkan initiative STEM yang melibatkan robotik, dron dan pencetakan 3D ke sekolah-sekolah lain khususnya di Sabah.

“Alesyah juga ingin membantu membina pusat inovasi di kolej itu untuk membantu para pelajar dan guru membangunkan projek mereka dan ianya juga berfungsi sebagai ruang pameran dan pembentangan sebarang projek inovasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/23/pelajar-sabah-finalis-global-student-prize-bernilai-rm445000/feed/ 0 18917