Pelaksanaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Mar 2024 12:12:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelaksanaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPDN lancar OPS KESAN bermula 1 Mac 2024 pantau kesan pelaksanaan kenaikan SST https://sabahmedia.com/2024/03/02/kpdn-lancar-ops-kesan-bermula-1-mac-2024-pantau-kesan-pelaksanaan-kenaikan-sst/ https://sabahmedia.com/2024/03/02/kpdn-lancar-ops-kesan-bermula-1-mac-2024-pantau-kesan-pelaksanaan-kenaikan-sst/#respond Sat, 02 Mar 2024 11:26:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50410
Read Time:1 Minute, 14 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan OPS KESAN 2024 bermula 1 Mac 2024 bertujuan untuk memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata OPS KESAN akan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

“Skop penguatkuasaan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.

“Ini termasuk pemantauan kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman. Tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, OPS KESAN telah dikuat kuasakan melalui Arahan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bil. 8/2024 yang telah dikeluarkan pada 29 Februari 2024 dan dipanjangkan kepada semua KPDN Negeri.

“Pada masa yang sama, KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan tentang sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenal pasti.

“KPDN akan membuat siasatan serta-merta di premis-premis terlibat,” tegasnya.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan
sebagaimana berikut:
i. WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/02/kpdn-lancar-ops-kesan-bermula-1-mac-2024-pantau-kesan-pelaksanaan-kenaikan-sst/feed/ 0 50410
Pelaksanaan pengapungan harga minyak diesel 1 Jan 2024 tidak benar https://sabahmedia.com/2023/12/13/pelaksanaan-pengapungan-harga-minyak-diesel-1-jan-2024-tidak-benar/ https://sabahmedia.com/2023/12/13/pelaksanaan-pengapungan-harga-minyak-diesel-1-jan-2024-tidak-benar/#respond Tue, 12 Dec 2023 22:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46434
Read Time:54 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin menjelaskan bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan “subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024” adalah maklumat yang tidak benar.

Menerusi kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Putrajaya hari ini, untuk makluman, KPDN sedang menjalankan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel melibatkan enam
syarikat yang menerima kuota bagi skid tank mereka yang akan tamat tempoh pada
14 Januari 2024. Ia sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

Menurutnya, proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel seperti mana yang dirancang.

Katanya, KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai.

“Sebarang pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh pihak KPDN dan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel setelah selesai sesi libat urus dan uji lari sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel dilaksanakan,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/13/pelaksanaan-pengapungan-harga-minyak-diesel-1-jan-2024-tidak-benar/feed/ 0 46434
Kerajaan negeri memastikan pelaksanaan Jendela di Sabah lancar https://sabahmedia.com/2023/10/30/kerajaan-negeri-memastikan-pelaksanaan-jendela-di-sabah-lancar/ https://sabahmedia.com/2023/10/30/kerajaan-negeri-memastikan-pelaksanaan-jendela-di-sabah-lancar/#respond Mon, 30 Oct 2023 09:36:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44415
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan Pelan Jalinan Digital Nasional (Jendela) dilaksanakan dengan lancar di Sabah.

“Arahan saya jelas. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pejabat daerah mesti memudahkan supaya projek di bawah Jendela di negeri ini dilaksanakan dengan lancar,” katanya ketika menerima kunjungan Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di pejabatnya di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Antara isu yang dibincangkan ialah menyegerakan program Jendela untuk mencapai 100 peratus sasaran sambungan internet menjelang akhir 2025.

Turut dibincangkan ialah cadangan pengembalian semula 300 Very Small Aperture Terminal (VSAT) penyambungan satelit di kawasan luar bandar di Sabah, meningkatkan bilangan Digital Pusat Ekonomi PEDI dari 118 kepada 200 dan mempercepatkan penyiapan semasa pembinaan dan pemasangan menara dan PoP (point of presence at schools).

Mengiringi Ahmad Fahmi ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk
Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/30/kerajaan-negeri-memastikan-pelaksanaan-jendela-di-sabah-lancar/feed/ 0 44415