pelancongan di Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 May 2023 06:48:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pelancongan di Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MOTAC setuju tangani isu berkaitan pelancongan di Sabah https://sabahmedia.com/2023/05/13/motac-setuju-tangani-isu-berkaitan-pelancongan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/05/13/motac-setuju-tangani-isu-berkaitan-pelancongan-di-sabah/#respond Sat, 13 May 2023 06:44:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34272
Read Time:2 Minute, 14 Second

PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan Dato’ Seri Tiong King Sing bersetuju menangani dan menyelesaikan isu berkaitan pelancongan yang dibangkitkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Beliau memberi jaminan itu selepas Christina membentangkan kebimbangan Sabah yang mungkin menjejaskan industri pelancongan semasa pertemuan dengan Tiong di sini pada Khamis.

Menteri Pelancongan Sabah itu menegaskan Kota Kinabalu, sebagai pusat pentadbiran dan pintu masuk ke Sabah, ia wajar dipertingkatkan untuk promosi pelancongan.

“Kami memerlukan perubahan wajah yang besar. Rangka Tindakan Pengindahan Landskap Kota Kinabalu yang bertujuan untuk mengubah bandar menjadi persekitaran yang lebih menarik, kemas, hijau dan bersih telah dilancarkan pada September 2020.

“Bagaimanapun, usaha terhalang oleh pandemik Covid-19, dan beberapa isu teknikal,” kata Christina pada mesyuarat itu sambil meminta pembiayaan Persekutuan untuk Program Mencantikkan Bandaraya Kota Kinabalu yang sedang berjalan.

Pada masa sama, beliau meminta penurunan kuasa pelesenan pelancongan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) kepada rakan sejawatannya di negeri itu, Tiong berkata ini mungkin kerana Sabah mempunyai Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sendiri. “MOTAC dan Lembaga Pelancongan Sabah boleh bekerjasama,” tambahnya.

Mengenai rungutan yang diutarakan oleh Persekutuan Pelancongan Sabah (STF) dan Persatuan Ejen Pelancongan & Pengembaraan Malaysia (MATTA), Sabah Chapter, Christina berkata aduan sedemikian ialah menunggu lama untuk pembaharuan lesen pemandu pelancong.

Dalam pada itu, Chrisrina turut menyuarakan kebimbangan terhadap Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA), peraturan baharu yang dikenakan Kerajaan Persekutuan yang boleh menyebabkan kelewatan perkhidmatan respon kecemasan yang disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dalam jawapannya kepada isu Airbnb yang dibangkitkan oleh Christina yang menekankan keperluan untuk melesenkan kemudahan penginapan tersebut, Tiong menasihatkan semua kementerian pelancongan negeri untuk menggubal peraturan yang mengawal operasi Airbnb dan mengemukakannya kepadanya untuk dipertimbangkan.

Sebagai menyahut seruan Menteri Persekutuan kepada semua kerajaan Negeri bagi mencipta produk pelancongan baharu untuk Tahun Melawat Malaysia 2025, beliau mencadangkan Pusat Kebudayaan Sabah baharu yang menampilkan semua kumpulan etnik untuk mereka mempamerkan tradisi dan warisan budaya mereka.

“Malah, pelan pembangunan produk pelancongan baharu ini telah pun disediakan suatu masa dahulu. Ia amat membantu sekiranya Kerajaan Persekutuan dapat memberi peruntukan untuk mempercepatkan projek itu dimulakan,” saran Christina.

Beliau juga meminta pembiayaan daripada MOTAC untuk inisiatif pelancongan lain seperti cadangan Kembara Safari Malam di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, dan pembinaan lebih banyak rumah penginapan di sekitar Kolam Air Panas Poring, sebuah tarikan pelancong di daerah Ranau.

Sementara itu, Christina berkata kementeriannya akan melihat kemungkinan membina pusat peranginan dan chalet tambahan di beberapa pulau luar pesisir yang semakin popular di kalangan pelancong asing dan domestik.

Menurutnya, memandangkan kebanjiran pelancong, terdapat rancangan untuk memanjangkan kawasan Pasar Makanan Malam Api Api bagi mengelak kesesakan.

Pada mesyuarat itu Christina diiringi Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian, Mary Malangking dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/13/motac-setuju-tangani-isu-berkaitan-pelancongan-di-sabah/feed/ 0 34272
Kes cabul pelancong wanita warga China jejas imej pelancongan di Sabah – Christina https://sabahmedia.com/2023/05/08/kes-cabul-pelancong-wanita-warga-china-jejas-imej-pelancongan-di-sabah-christina/ https://sabahmedia.com/2023/05/08/kes-cabul-pelancong-wanita-warga-china-jejas-imej-pelancongan-di-sabah-christina/#respond Mon, 08 May 2023 10:44:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34015
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) amat terkejut di atas kejadian cabul yang berlaku pada 5 Mei 2023 jam 1.00 petang membabitkan seorang pelancong wanita warga China semasa aktiviti menyelam di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di daerah Semporna.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, walau bagaimanapun insiden ini berlaku di luar kawasan Taman Pulau Sipadan dan Taman Marin Tun Sakaran di bawah pengurusan pihak Taman-Taman Sabah.

Katanya, mangsa yang berumur 24 tahun, merupakan seorang wanita warganegara China telah membuat aduan tersebut di Ibu pejabat Polis Daerah Semporna pada 6 Mei 2023.

“Mangsa mendakwa suspek iaitu seorang pembantu jurulatih selam skuba (Divemaster) telah mencium pipinya semasa aktiviti selam skuba.

“Suspek telah pun ditahan oleh pihak polis dan direman selama empat hari,” kata Christina dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Christina, kejadian seperti ini amat menjejaskan imej pelancongan di daerah Semporna khususnya dan Sabah secara amnya lebih-lebih lagi industri pelancongan kembali rancak selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pihak KePKAS berasa teramat kesal dengan insiden ini dan menyeru serta menggesa semua ejen pelancongan di negeri ini agar memainkan peranan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan lebih bertanggungjawab dalam memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, memandangkan aktiviti pelancongan di Sabah semakin meningkat, semua pengusaha yang terlibat dalam aktiviti pelancongan memastikan bahawa kakitangan mereka sentiasa diberi nasihat dan peringatan iaitu pastikan menjaga tingkah laku agar tidak melakukan perkara yang tidak sewajarnya.

“Kehadiran pelancong yang ramai kerana mereka (pelancong) yakin Sabah adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi.

“Bagaimanapun, kes sedemikian telah pun berlaku. Tindakan telahpun diambil dan suspek ditangkap apabila sahaja kita terima laporan, kita ambil tindakan segera,” tegasnya.

Jauteh berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas empat jawatan Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di sini, hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/08/kes-cabul-pelancong-wanita-warga-china-jejas-imej-pelancongan-di-sabah-christina/feed/ 0 34015