PELANCONGAN SEMPORNA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Feb 2026 01:53:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PELANCONGAN SEMPORNA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tutup operasi premis pelancongan jika gagal patuhi peraturan – Jafry https://sabahmedia.com/2026/02/13/tutup-operasi-premis-pelancongan-jika-gagal-patuhi-peraturan-jafry/ https://sabahmedia.com/2026/02/13/tutup-operasi-premis-pelancongan-jika-gagal-patuhi-peraturan-jafry/#respond Fri, 13 Feb 2026 01:53:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91577
Read Time:1 Minute, 31 Second

SEMPORNA : Tindakan tegas termasuk penutupan operasi akan dilaksanakan terhadap premis pelancongan di daerah ini yang didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, berdasarkan rekod semasa, sejumlah 190 premis pelancongan telah dikenal pasti beroperasi di Semporna namun hanya 45 premis mempunyai lesen sah.

“Manakala 59 premis lagi masih dalam proses kelulusan, dan 86 premis didapati tidak mengambil inisiatif atau menghadapi pelbagai isu pematuhan.

“Isu utama yang dikenal pasti termasuk kegagalan memperoleh Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil Perakuan Menduduki (OC), serta masalah berkaitan status tanah.

“Sehubungan itu, Kementerian telah mengarahkan PBT untuk menghentikan penerbitan lesen sementara kepada mana-mana premis yang tidak memenuhi keperluan peraturan sedia ada.

“Pada masa yang sama, tindakan tegas, termasuk penutupan operasi, akan dilaksanakan terhadap premis yang terus beroperasi tanpa pematuhan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas di Majlis Daerah Semporna di sini pada Khamis.

Mesyuarat itu adalah bagi mengkaji status penguatkuasaan terkini, cabaran pematuhan, dan tindakan segera yang diperlukan bagi menangani operasi pelancongan tanpa lesen di daerah ini.

Jafry berkata, lanjutan tempoh selama tiga bulan diberikan bagi pengusaha memohon lesen sejak Pasukan Petugas ditubuhkan pada Disember tahun lepas.

“Dengan baki kurang daripada dua bulan sebelum tarikh akhir ini, saya menyeru semua pengusaha pelancongan untuk mengambil tindakan segera dan mematuhi peraturan serta undang-undang sedia ada bagi memastikan keselamatan pengunjung dan integriti industri pelancongan.

“Langkah ini amat penting untuk menegakkan standard keselamatan, pematuhan peraturan, kelestarian alam sekitar, dan imej pelancongan Sabah. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan pelancong atau reputasi industri pelancongan negeri,” katanya.

Menurutnya, kementeriannya bersama agensi berkaitan, akan terus memperkukuh koordinasi penguatkuasaan sambil membantu pengusaha yang komited untuk mematuhi peraturan, memastikan industri pelancongan Semporna berkembang secara teratur, bertanggungjawab, dan lestari. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/13/tutup-operasi-premis-pelancongan-jika-gagal-patuhi-peraturan-jafry/feed/ 0 91577
86 premis penginapan di Semporna diberi tempoh tiga bulan mohon lesen https://sabahmedia.com/2026/01/06/86-premis-penginapan-di-semporna-diberi-tempoh-tiga-bulan-mohon-lesen/ https://sabahmedia.com/2026/01/06/86-premis-penginapan-di-semporna-diberi-tempoh-tiga-bulan-mohon-lesen/#respond Tue, 06 Jan 2026 11:59:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89337
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 86 premis penginapan di daerah Semporna yang masih beroperasi tanpa lesen diberi tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan permohonan lesen masing-masing.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dr Andi Rizal berkata, kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan secara bersepadu.

Katanya, sebanyak 190 premis penginapan telah dikenal pasti beroperasi di Semporna, dengan hanya 45 premis telah dilesenkan sepenuhnya, manakala 59 premis masih dalam proses permohonan lesen.

“Sehubungan itu, pihak Kementerian menetapkan tempoh selama tiga bulan kepada kesemua  86 premis penginapan yang belum berlesen untuk menyelesaikan permohonan lesen masing-masing  dan  mematuhi sepenuhnya keperluan perundangan serta garis panduan yang ditetapkan.

“Kegagalan berbuat demikian selepas tempoh tersebut akan menyebabkan tindakan selanjutnya diambil oleh pihak berkuasa melalui mekanisme penguatkuasaan yang akan dilaksanakan secara bersepadu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Khas (Taskforce) bagi menangani isu pelancongan di daerah Semporna sebagai langkah proaktif memperkukuh tahap keselamatan serta keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa.

Mesyuarat itu turut telah mengenal pasti beberapa isu utama yang memerlukan perhatian segera khususnya berkaitan pelesenan premis penginapan, aspek keselamatan serta pematuhan terhadap arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Andi berkata, pihak Kementerian akan menggumpul semua SOP berkaitan keselamatan pelancongan yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa dan teknikal.

Katanya, SOP-SOP yang telah diselaraskan itu akan diterbitkan dan boleh diakses secara terbuka melalui laman sesawang rasmi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekuat (KePKAS) bagi memastikan kefahaman yang jelas serta pematuhan menyeluruh oleh pengusaha industri pelancongan dan pihak berkepentingan.

“Selain itu, KePKAS juga akan melaksanakan operasi bersepadu dalam masa terdekat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa dan pihak berkuasa tempatan khususnya bagi memastikan pematuhan terhadap pelesenan, SOP keselamatan serta tahap keselamatan pelancong sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

“KePKAS komited untuk memastikan daerah Semporna kekal sebagai destinasi pelancongan yang selamat, teratur dan berdaya saing selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memelihara imej pelancongan Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Tahap keselamatan di daerah Semporna adalah terjamin dan berada dalam keadaan terkawal sekaligus menjadikannya destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PEJABAT PEMBANTU MENTERI

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/06/86-premis-penginapan-di-semporna-diberi-tempoh-tiga-bulan-mohon-lesen/feed/ 0 89337