pelanocngan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Nov 2021 08:12:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pelanocngan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keunikan & Kepelbagaian Budaya Menjadi Tarikan Pelancong Datang Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/22/keunikan-kepelbagaian-budaya-menjadi-tarikan-pelancong-datang-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/keunikan-kepelbagaian-budaya-menjadi-tarikan-pelancong-datang-ke-sabah/#respond Mon, 22 Nov 2021 08:12:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8726
Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR: Masyarakat setempat di Sabah yang berbilang kaum selain mempunyai keunikan budaya yang berlainan menjadi antara faktor kekuatan kepada pelancongan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, selain keunikan budaya, Sabah juga terkenal dengan kekayaan alam semulajadi.

Katanya, kemesraan orang Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum turut menjadi daya tarikan kepada para pelancong datang ke negeri itu.

“Kita mempunyai 40 etnik dan lebih 200 kumpulan sub-etnik dengan dialek, budaya, dan adat resamnya sendiri.

“Mereka hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dan tentu sekali ia menjadi antara tarikan kepada pelancong untuk ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara rancangan Selamat Pagi Malaysia mengenai pelancongan luar bandar berasaskan komuniti disini hari ini.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, kesatuan dan keramahan penduduk Sabah juga terserlah di luar bandar, di mana komuniti bekerjasama memajukan kampung dengan mengusahakan aktiviti pelancongan.

Katanya, pelancongan berasaskan komuniti itu terbukti mampu menjana sumber pendapatan baru kepada penduduk kampung.

“Konsep pelancongan ini juga dapat meningkatkan kesatuan dan kerjasama penduduk setempat kerana mereka mahu berjaya dalam usaha pelancongan.

“Ia juga telah membuka peluang pekerjaan kepada orang-orang muda, dan yang paling penting meningkatkan kesedaran dalam pemuliharaan alam sekitar. Ini membolehkan pelancong datang untuk melihat sendiri bagaimana penduduk kampung menjaga kawasan mereka.

“Di Sabah, kita sudah terkenal dengan gunung dan lautan yang cantik. Tetapi permata pelancongan juga ada di luar bandar dan selain itu, masyarakat majmuk juga menjadi tarikan,” katanya.

Joniston menegaskan STB sentiasa aktif mengenalpasti produk pelancongan luar bandar dan membantu penduduk kampung agar sentiasa bersedia menerima pengunjung dan memberi perkhidmatan terbaik sejak sekian lama terjejas akibat pandemik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/keunikan-kepelbagaian-budaya-menjadi-tarikan-pelancong-datang-ke-sabah/feed/ 0 8726
Pengusaha Industri Pelancongan Puji Keputusan Kerajaan Negeri Longgarkan Syarat Masuk Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/20/pengusaha-industri-pelancongan-puji-keputusan-kerajaan-negeri-longgarkan-syarat-masuk-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/pengusaha-industri-pelancongan-puji-keputusan-kerajaan-negeri-longgarkan-syarat-masuk-ke-sabah/#respond Sat, 20 Nov 2021 09:33:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8641
Read Time:2 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Pengusaha industri pelancongan di Sabah memuji keputusan kerajaan negeri membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksin berkunjung ke negeri itu tanpa menjalani ujian calitan.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata, pengumuman itu dilihat tepat pada waktunya bagi memberi semangat kepada pengusaha pelancongan bagi memasarkan Sabah sebagai pilihan destinasi percutian.

“Pastinya pengembara perniagaan dan pelancongan pasti mengalu-alukan perkembangan ini.  Ia sangat baik untuk pelancongan dan akan dapat mewujudkan kesan ‘spin-off’ ekonomi dengan sektor perhotelan, sektor pengangkutan dan restoran juga turut dipenuhi.

“Ketua Menteri Sabah sangat proaktif, dan beliau melihat keperluan untuk menggerakkan industri pelancongan dan meningkatkan kedatangan pelancong,” katanya ketika ditemui pada pameran MATTA ke-49 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan membenarkan pengunjung yang lengkap divaksin untuk memasuki Sabah tanpa perlu menjalani ujian calitan mulai 1 Disember depan.

Hajiji berkata, Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan pelancong asing apabila Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.

Kok Liang berkata, dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, industri pelancongan berharap lebih banyak Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dilaksanakan dengan negara lain untuk mengalu-alukan kemasukan pelancong asing

“Negara Singapura sudah mempunyai pengaturan VTL dengan 15 negara dan akan menambah enam negara lagi (termasuk negara dari Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara) dalam senarai menjelang 6 Disember 2021.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk segera mewujudkan lebih banyak VTL atau Gelembung Pelancongan untuk menarik permintaan, terutamanya ketika musim cuti akan datang.

“Selain Langkawi, destinasi pelancongan popular lain, seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang, tidak boleh diabaikan selain,” katanya.

Hari pertama pameran MATTA menyaksikan orang ramai berpusu-pusu ke WTC bagi meninjau dan mendapatkan maklumat tentang promosi pelancongan yang ditawarkan oleh 255 gerai pameran.

Sabah mempunyai 12 gerai pameran, di mana Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan pempamernya akan mempromosi serta memasarkan pelbagai jenis tawaran pelancongan yang menarik di negeri ini.

Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya menggalakkan orang ramai untuk mengambil peluang daripada MATTA Fair untuk menerokai Sabah berikutan syarat menjalani ujian calitan bakal dilonggarkan.

“Kami sedia maklum bahawa keperluan ‘swab test’ telah menjadi penghalang kepada individu khususnya mereka yang melancong bersama keluarga yang ingin melawat Sabah.

“Perjalanan rentas negeri ke Sabah kini telah dipermudahkan. Inilah masa untuk semua orang memanfaatkan peluang ini untuk mula merancang percutian ke Negeri di Bawah Bayu, di mana banyak pengembaraan sentiasa menanti para pengunjung,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/pengusaha-industri-pelancongan-puji-keputusan-kerajaan-negeri-longgarkan-syarat-masuk-ke-sabah/feed/ 0 8641
‘Dark Tourism’ Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/#respond Thu, 21 Oct 2021 09:27:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7761
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Konsep ‘Dark Tourism’ atau Pelancongan Gelap yang merupakan gabungan sejarah dan warisan, pelancongan serta tragedi dari pelbagai lapisan dilihat boleh dijadikan strategi pemasaran baharu bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, di negara ini khususnya di Sabah mempunyai banyak tempat untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan gelap.

Katanya, tempat-tempat ini tidak begitu terkenal malah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat tempatan.

“Tentangan ini berkemungkinan besar kerana kekurangan maklumat yang tepat menerusi kajian-kajian ilmiah mengenai konsep sebenar pelancongan gelap. Malah, ada yang beranggapan bahawa konsep ini hanyalah berasaskan unsur-unsur paranormal sahaja.

“Penerokaan jenis-jenis pelancongan baru seperti konsep ini akan membolehkan Sabah menyediakan pelbagai pakej dan produk pelancongan untuk menarik minta pelancong domestik di samping kita dapat mengekalkan minat pelancong antarabangsa ke Sabah.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel dan Sesi Perkongsian Gabungan Ekopelancongan dan ‘Dark Tourism’: Potensi Produk Baharu Pelancongan Taman-Taman Sabah Pascapandemik.

Joniston berkata, pihak kementerian juga yakin konsep ini harus diterokai kerana ia mampu menambah nilai sektor pelancongan Sabah.

“Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Taman-Taman Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah selaku agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kerana telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan satu program yang bertemakan Dark Tourism.

“Penganjuran program ini adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin yang telah mencetuskan idea pembangunan Dark Tourism di Sabah,” katanya.

Katanya, penganjuran program itu secara keseluruhan telah mencapai objektif bagi mendalami, meneroka, merungkai dan membongkar konsep Dark Tourism dari sudut pandang akademik dan melalui perkongsian pengalaman daripada pemain industri segmen Dark Tourism.

“Saya percaya, penganjuran program ini telah memberi impak positif dalam mengubah persepsi umum khususnya peserta yang menghadiri bengkel dan sesi perkongsian ini terhadap Dark Tourism daripada dipandang sebagai ‘pelancongan hantu’ kepada “pelancongan tragedi bersejarah’,” katanya.

Program yang dilaksanakan bermula 15 September lalu adalah bagi melihat potensi produk pelancongan baharu di Taman-Taman Sabah dengan gabungan Ekopelancongan dan Dark Tourism dari sudut pandangan akademik dan perkongsian pengalaman dari pemain industri segmen Dark Tourism.

Antara pengisian program ini adalah bengkel, lapan siri perkongsian cadangan potensi produk atau aktiviti Dark Tourism  dan satu segmen khas Dark Tourism di Pulau Sulug, Taman Tunku Abdul Rahman.

Sebanyak 40 produk atau aktiviti potensi Dark Tourism di Taman-Taman Sabah telah dicadangkan menerusi lapan Siri Perkongsian oleh lapan orang pegawai penyelidik dari semua stesen/ Taman dibawah Taman-Taman Sabah.

Sesi yang telah dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis bermula 21 September sehingga 14 Oktober lalu telah mengetengahkan pelbagai lokasi dan tempat yang berpotensi sebagi Dark Tourism bermula dari dasar lautan Pulau Sipadan sehingga ke Puncak Gunung Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/dark-tourism-mampu-rancakkan-sektor-pelancongan-sabah/feed/ 0 7761