Pelantikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Feb 2023 05:49:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelantikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelantikan Ruji sebagai KSU KDN pengiktirafan buat Sabah – Mohd Zaki https://sabahmedia.com/2023/02/18/pelantikan-ruji-sebagai-ksu-kdn-pengiktirafan-buat-sabah-mohd-zaki/ https://sabahmedia.com/2023/02/18/pelantikan-ruji-sebagai-ksu-kdn-pengiktirafan-buat-sabah-mohd-zaki/#respond Sat, 18 Feb 2023 05:39:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29725
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Pelantikan Datuk Ruji Ubi sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan pengiktirafan terhadap kredibiliti anak Sabah, sekaligus membuktikan kerajaan Persekutuan semakin membuka ruang kepada orang Borneo untuk menjawat jawatan penting di kementerian itu.

Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata pelantikan itu bukan bertujuan untuk mengambil hati orang Sabah tetapi ia diyakini berdasarkan kemampuan serta pengalaman luas Datuk Ruji sendiri.

“Pemilihan Datuk Ruji sebagai KSU adalah tepat dan penempatan beliau di KDN juga suatu keputusan yang bijak.

“Dengan pengalaman luas beliau ketika menjawat pelbagai jawatan kanan sebelum ini, kita yakin beliau boleh memberikan nasihat yang tepat dan bernas berkaitan keselamatan dalam negara khasnya di Sabah.

“Kita juga yakin, Datuk Ruji boleh mengangkat martabat semua agensi di dalam KDN ke tahap lebih tinggi dan ini adalah sejarah yang membanggakan khususnya buat anak Tawau kerana buat pertama kalinya seorang anak Sabah dilantik sebagai KSU di KDN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada ketika ini, dua orang anak Sabah sedang berkhidmat sebagai KSU iaitu Datuk Seri Mohamad Mentek di Kementerian Komunikasi dan Digital serta yang terkini, Datuk Ruji Ubi di KDN.

Kedua-dua mereka pernah mengetuai pengurusan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sebelum bertukar ke jawatan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/18/pelantikan-ruji-sebagai-ksu-kdn-pengiktirafan-buat-sabah-mohd-zaki/feed/ 0 29725
Hajiji Serah Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi Baharu PBNS https://sabahmedia.com/2021/10/14/hajiji-serah-watikah-pelantikan-kepada-pengerusi-baharu-pbns/ https://sabahmedia.com/2021/10/14/hajiji-serah-watikah-pelantikan-kepada-pengerusi-baharu-pbns/#respond Thu, 14 Oct 2021 03:43:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7500
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang baharu kepada Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji berkata, pelantikan itu merupakan amanah yang perlu dipikul dengan penuh komitmen bagi memperkasa PBNS.

Katanya, PBNS merupakan sebuah institusi yang penting dalam membantu masyarakat Islam di Sabah.

Beliau juga mahu pengerusi dan pengurusan PBNS memastikan objektif penubuhan perbadanan baitumal tercapai.

Antara lain objektif PBNS ialah mengumpul dan mentadbir wang atau harta alih atau tidak alih mengikut peruntukan Enakmen Perbadanan Baitulmal dan Hukum Syarak.

PBNS juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran segala urusan berhubung dengan harta wakaf dan nazar.

Di samping itu, PBNS juga berperanan untuk membelanjakan atau menggunakan wang dan harta yang diperolehi bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim dan Timbalan Pengerusi PBNS, Ag Syairin Ag Bakar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/14/hajiji-serah-watikah-pelantikan-kepada-pengerusi-baharu-pbns/feed/ 0 7500
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pelantikan paling tepat – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/07/datuk-seri-ismail-sabri-yaakob-dan-datuk-seri-hishammuddin-hussein-pelantikan-paling-tepat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/datuk-seri-ismail-sabri-yaakob-dan-datuk-seri-hishammuddin-hussein-pelantikan-paling-tepat-hajiji/#respond Wed, 07 Jul 2021 12:16:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2722
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan (Luar Negeri) sebagai paling tepat memandangkan kedua-duanya mempunyai pengalaman luas dalam jawatan menteri kanan.

Hajiji, yang juga ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengatakan Ismail dan Hishammuddin mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri.

“Kami yakin pelantikan tersebut akan memperkuat Perikatan Nasional (PN) dan di pada masa yang sama membolehkan Malaysia memberi tumpuan kepada usaha memerangi Covid-19 pandemik, ”kata Hajiji.

Perdana Menteri mengumumkan bahawa Ismail Sabri juga akan terus memegang Portfolio Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, sebagai menteri kanan, Hishammuddin akan mengambil alih kluster keselamatan yang sebelumnya dipimpin oleh Ismail Sabri serta membantu Perdana Menteri bagi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/datuk-seri-ismail-sabri-yaakob-dan-datuk-seri-hishammuddin-hussein-pelantikan-paling-tepat-hajiji/feed/ 0 2722
PBS sokong pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin https://sabahmedia.com/2021/07/07/pbs-sokong-pelantikan-ismail-sabri-dan-hishammuddin/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/pbs-sokong-pelantikan-ismail-sabri-dan-hishammuddin/#respond Wed, 07 Jul 2021 11:25:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2714
Read Time:54 Second

KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Sabah menyokong penuh pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri dan Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menyifatkan keputusan itu tepat dan wajar. 

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas rombakan kecil dalam menteri kabinet, sambil menambah ia akan mengukuhkan lagi  Kerajaan dan barisan Kabinet Perikatan Nasional.

“Perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang baharu ini bukan sahaja tepat pada masanya, tapi juga tindakan yang sewajarnya, khusus dalam memenuhi keperluan negara.

“Beliau (Ismail) adalah pemimpin yang tepat untuk tugasan tersebut setelah menunjukkan prestasi yang sangat baik tahun sebelumnya.

“Beliau juga telah menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri kanan, terutama dalam mengawal dan menangani situasi Covid-19 di negara ini,”  kata Maximus, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Selain itu, PBS juga yakin Hishammuddin akan menjalankan tugasnya dengan baik sebagai menteri kanan mengetuai kluster keselamatan.

“Pelantikan baharu ini juga akan mengukuhkan lagi kestabilan kerajaan PN, dan PBS akan terus bekerjasama rapat dengan kepimpinan di peringkat negeri dan persekutuan,” kata Maximus.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/pbs-sokong-pelantikan-ismail-sabri-dan-hishammuddin/feed/ 0 2714
PBPS Sokong Penuh Pelantikan Dr Jelani https://sabahmedia.com/2021/06/27/pbps-sokong-penuh-pelantikan-dr-jelani/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/pbps-sokong-penuh-pelantikan-dr-jelani/#respond Sun, 27 Jun 2021 03:48:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2057
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bekas-Bekas Pemain Sabah (PBPS) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr Jelani Hamdan berkuatkuasa pada 10 Jun lepas.

Presiden PBPS Datuk James Wong berkata, PBPS mengalu-alukan pelantikan itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada kepimpinan kelab tersebut.

Katanya, secara peribadi, beliau menyokong sepenuhnya pelantikan beliau (Jelani) itu dan yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dengan baik.

“Pada saya, beliau seorang yang memiliki kesungguhan dan komited terhadap peranan yang diberikan kepadanya dan sentiasa mempunyai iltizam untuk memburu kejayaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pelantikan Jelani itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini, bagi menggantikan tempat Benedict Asmat.

Bekas pemain penyerang negara itu percaya Jelani yang juga Naib Presiden SAFA mempunyai sikap kepimpinan yang berupaya menggerak Sabah FC dengan sokongan mereka yang mempunyai pengalaman dalam bolasepak.

“Walapun beliau (Jelani) mengakui kurang pengalaman dalam sukan ini namun sikap bersungguh-sungguh yang dimilikinya di samping komitmen dan sikap ambil tahu menjadi faktor yang dapat memastikan pentadbiran kelab itu diurus dengan lebih efektif,” tegasnya.

Menurut James, pengalamannya bersama Jelani yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita SAFA dalam tempoh empat bulan lalu menarik perhatiannya mengenai komitmen dan kesungguhan Jelani dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya.

“Bagi pihak Persatuan Bekas-Bekas Pemain Sabah, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikannya dalam Sabah FC,” tambahnya.

Pada masa sama, kata beliau, tentunya pihak persatuan menghargai peranan baharu yang diamanahkan kepada beliau malah turut berasa senang hati.

Bekas-bekas pemain Sabah yang berusia 45 ke atas dan pernah mewakili Sabah dalam Kejohanan Piala Razak, Piala Borneo dan Piala Malaysia layak menganggotai PBPS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/pbps-sokong-penuh-pelantikan-dr-jelani/feed/ 0 2057