Pelawat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 07 Dec 2024 23:53:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelawat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah yakin capai sasaran 3 juta ketibaan pelawat https://sabahmedia.com/2024/12/08/sabah-yakin-capai-sasaran-3-juta-ketibaan-pelawat/ https://sabahmedia.com/2024/12/08/sabah-yakin-capai-sasaran-3-juta-ketibaan-pelawat/#respond Sat, 07 Dec 2024 23:46:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65037
Read Time:2 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Sasaran untuk mencapai tiga juta ketibaan pelawat ke negeri ini diyakini mampu dicapai apabila 2.42 juta ketibaan pelawat domestik dan antarabangsa telah direkodkan sehingga suku ketiga tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,ia adalah pencapaian yang membanggakan dan mencerminkan usaha semua pihak untuk memastikan sektor pelancongan kita terus berkembang maju.

Katanya,  beliau turut yakin menjelang akhir tahun, sasaran tiga juta ketibaan pelawat dapat dicapai.

“Berpandukan kejayaan ini, kita akan terus mempertingkatkan infrastruktur pelancongan dengan memberi fokus kepada pelancongan bernilai tinggi dan lestari yang menonjolkan kekayaan alam semula jadi dan budaya Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Penghargaan Pelancongan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau  dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew.

Hajiji berkata, lebih banyak boleh dilakukan untuk menarik pelawat ke Sabah dan tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian atau produk dan perkhidmatan yang sedia ada.

“Untuk terus bersaing dan kekal relevan, kita mesti proaktif dalam memperkenalkan produk baharu dan meningkatkan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelawat, sama ada yang baru pertama kali datang atau yang kembali semula.

“Saya gembira melihat banyak usaha telah dilakukan oleh pasukan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk mempromosikan Sabah dengan bekerjasama bersama industri dalam inisiatif menang-menang.

“Saya berharap dapat melihat lebih banyak kerjasama inklusif, khususnya melalui usaha sama yang berkesan antara Pelancongan Sabah dan pemain industri, sama ada di peringkat dalaman atau luaran, untuk mencari jalan ke hadapan bagi memajukan industri pelancongan serta memastikan sektor ini terus menjadi pemacu utama ekonomi Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut berbangga dengan pertumbuhan positif dalam pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) yang telah memberi manfaat dan memperkasa komuniti tempatan di seluruh Sabah.

Katanya, dengan hanya lima produk ketika projek perintis CoBT dimulakan pada 2014, inisiatif itu kini mempunyai 107 pemilik dan pengendali CoBT berdaftar. 

“Pertumbuhan ini telah diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat kita. Saya berharap CoBT terus dibangunkan secara agresif kerana potensinya yang besar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, terutama di kawasan luar bandar Sabah,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai salah satu kekuatan utama Sabah, pelancongan kekal sebagai antara tiga penyumbang ekonomi terbesar negeri, yang bukan sahaja menjana pendapatan besar tetapi juga mencipta pelbagai peluang ekonomi untuk rakyat.

“Adalah penting untuk menyedari bahawa pelancongan bertindak sebagai pemangkin kepada penciptaan peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan kita. 

“Ia menyediakan sumber pendapatan melalui pelbagai industri termasuk hospitaliti, penqgangkutan, pemanduan pelancong, dan pelancongan berasaskan komuniti.

“Ia membolehkan rakyat kita mempamerkan keindahan Sabah dan budaya uniknya, memastikan manfaat pelancongan dirasai secara meluas di setiap pelosok negeri kita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak bahawa peranan pelancongan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Dengan memacu pertumbuhan ekonomi, mengurangkan ketidaksamaan, menggalakkan amalan lestari, dan meraikan warisan budaya serta alam semula jadi kita, sektor pelancongan berfungsi sebagai jambatan antara pembangunan dan kelestarian.

“Bersama-sama, kita membina masa depan yang memberi manfaat kepada komuniti kita dan juga alam sekitar,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/08/sabah-yakin-capai-sasaran-3-juta-ketibaan-pelawat/feed/ 0 65037
Sabah Bersedia Mengalu-alukan Kedatangan Pelawat https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/ https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/#respond Wed, 09 Mar 2022 07:01:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12820
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR: Sabah mengalu-alukan kedatangan pelawat sebaik sahaja sempadan negara dibuka mulai 1 April ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah akan mendapat manfaat besar daripada pembukaan semula sempadan negara yang ditunggu-tunggu dan memastikan ia akan dapat membantu ekonomi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Selasa.

“Ekonomi Sabah terjejas teruk sejak penutupan sempadan antarabangsa kira-kira dua tahun lalu kerana pelancongan adalah antara sumber pendapatan utama negeri,” katanya.

Hajiji turut menegaskan keperluan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sabah akan menunggu pengumuman terperinci supaya ia boleh menyelaraskan SOP untuk memenuhi keadaan dan keperluan negeri.

“Manakala dalam beberapa penglibatan saya dengan pemain industri pelancongan, ini (pembukaan semula sempadan) adalah yang sentiasa mereka desak,” ujarnya.

Baru-baru ini, Hajiji mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk K L Tan yang telah merayu untuk pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Perdana Menteri dalam satu pengumuman khas hari Selasa berkata rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh masuk dan keluar negara seperti yang mereka lakukan sebelum pandemik itu.

Pengembara yang telah mendapat vaksin penuh tidak perlu menjalani kuarantin apabila pulang ke Malaysia, sebaliknya, mereka hanya perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dan ketika ketibaan.

Ismail berkata keputusan untuk membuka semula sempadan dibuat berdasarkan “sains dan fakta terkini” mengenai COVID-19, dengan menyatakan bahawa negara lain juga telah mula membuka sempadan mereka.

Sempadan negara telah ditutup sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/feed/ 0 12820
Sabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Masuk Negeri Ini Tanpa Ujian Swab Mulai 1 Disember 2021 https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/#respond Sat, 20 Nov 2021 06:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8637
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksin memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ujian swab mulai 1 Dis 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman itu semasa merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ke-49 di Putra World Trade Centre (PWTC) di sini hari ini.

Ketua Menteri berkata, Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan antarabangsa sebaik sahaja Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.

“Menjelang November 2021, sudah ada 266 penerbangan mingguan terus ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, dan Sarawak, dengan jumlah kapasiti 43,000 tempat duduk.

“Di Sabah, terdapat 123 penerbangan mingguan dengan jumlah kapasiti 16,720 tempat duduk yang menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Dipilih sebagai “Destinasi Kegemaran Malaysia” buat kali ketiga selepas 2015 dan 2019, Sabah telah mengambil 12 gerai pameran untuk mempamerkan produk pelancongannya.

Bagi kemudahan penginapan, Hajiji berkata ia memadai untuk memenuhi jangkaan permintaan ditambah dengan tambahan 3,506 bilik dijangka tersedia dengan siapnya 11 pembangunan hotel baharu pada 2022.

Pada masa sama, Hajiji turut menyatakan Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi menambah baik promosi pelancongan, termasuk peralihan pasaran semasa pandemik.

Menurutnya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan untuk mengadakan penglibatan maya, ekspo pelancongan, promosi, dan latihan mengenai kemas kini destinasi.

“Ini termasuk mewujudkan semula perdagangan dan keyakinan pelancong melalui B2B dan G2G, dengan banyak negara termasuk China, Korea, Norway, Indonesia, Brunei, India, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki. STB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka dalam mewujudkan semula penerbangan terus untuk perjalanan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, penganjuran pameran MATTA dilihat penting ia merupakan permulaan fasa pemulihan bagi industri pelancongan selepas serangan Pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun.

“Saya gembira apabila melihat banyak perniagaan termasuk industri pelancongan berada dalam fasa pemulihan selepas bergelut untuk bertahan semasa wabak ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/feed/ 0 8637