Pelayaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Aug 2026 00:27:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pelayaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA XXII : Skuad pelayaran Sabah yakin raih dua emas https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-skuad-pelayaran-sabah-yakin-raih-dua-emas/ https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-skuad-pelayaran-sabah-yakin-raih-dua-emas/#respond Sun, 16 Aug 2026 00:27:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101681
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Pasukan pelayaran kontinjen Sabah meletakkan sasaran untuk meraih dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung dari bermula Selasa ini sehingga 23 Ogos nanti.

Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Sabah, Zainal Madi, berkata pihaknya menaruh harapan tinggi terhadap 14 atlet yang akan membawa cabaran negeri itu, hasil persiapan rapi serta disiplin tinggi yang diterapkan sepanjang tempoh latihan.

“Kita meletakkan harapan yang cukup tinggi buat kontinjen pelayaran Negeri Sabah yang bakal berjuang di temasya SUKMA Selangor 2026.

“Dengan persiapan rapi, disiplin yang tinggi serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang latihan, kami berkeyakinan penuh bahawa sasaran pingat emas yang telah ditetapkan mampu direalisasikan,” katanya.

Menurut Zainal, Sabah menyasarkan dua pingat emas dalam acara ILCA 4 kategori lelaki dan wanita, selain berharap keseluruhan atlet mampu memberikan saingan terbaik dalam setiap acara yang disertai.

Beliau berkata, sasaran berkenaan dibuat berdasarkan persiapan dan prestasi pasukan yang menunjukkan perkembangan positif sepanjang menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi temasya berkenaan.

“Pada edisi SUKMA Selangor 2026 ini, kita berharap semua atlet dapat berdaya saing dan menunjukkan kecemerlangan masing-masing bagi mencapai pencapaian yang membanggakan buat Negeri Sabah,” katanya.

Pada SUKMA Sarawak 2024, skuad pelayaran Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila mengumpul tiga pingat emas, enam perak dan satu gangsa.

Tiga pingat emas Sabah pada temasya berkenaan disumbangkan oleh Asnawi Iqbal Adam dalam acara ILCA 6, Zeti Irdina Zainal (ILCA 4) dan Marcella Wilson (Windsurf BIC Techno).

Untuk edisi SUKMA Selangor 2026, Sabah akan menyertai kesemua sembilan acara yang dipertandingkan dalam sukan pelayaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-skuad-pelayaran-sabah-yakin-raih-dua-emas/feed/ 0 101681
Sabah destinasi pelayaran baharu  https://sabahmedia.com/2025/07/26/sabah-destinasi-pelayaran-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/sabah-destinasi-pelayaran-baharu/#respond Fri, 25 Jul 2025 23:47:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77923
Read Time:1 Minute, 39 Second

Tuaran: Kehadiran lebih 100 pelayar dan 29 kapal layar dari 16 negara sempena Dalit Bay Nautica ini adalah bukti bahawa Sabah sedang dilihat dan dihargai oleh dunia untuk destinasi pelayaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelancongan nautika seperti ini diharap akan menjadi salah satu daya tarikan atau aktiviti pelancongan utama dalam masa terdekat di negeri ini. 

“Sabah menawarkan pelbagai pengalaman berlayar dan sebenarnya terdapat potensi untuk menjadi destinasi pelayaran memandangkan kita mempunyai pantai yang menarik dan bersih. 

“Saya yakin pelancongan nautika atau aktiviti rekreasi pelayaran juga akan  berpotensi membawa pengunjung ke Sabah sekali gus mampu menjana limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.  

“Justeru, kita perlu memanfaatkan prospek aktiviti pelayaran itu memandangkan lokasi negeri ini yang mempunyai kelebihan dan banyak laluan air. Seperti Pantai Dalit ini, dengan memiliki pantai yang memukau, kepelbagaian budaya yang ada, dan lokasi strategik berhadapan Laut China Selatan, kawasan ini memiliki potensi besar sebagai destinasi pelancongan kelas dunia,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Dalit Bay Nautica 2025 di sini, pada Jumaat. 

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai.  

Hajiji berkata acara ini juga sudah pasti akan membantu meningkatkan pelancongan, mempromosikan warisan budaya, dan merangsang aktiviti ekonomi di negeri ini. 

“Ini sudah pasti akan meletakkan negeri Sabah pada peta pantai global dan menjadi satu petanda yang baik dalam meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini. 

“Sudah pasti acara ini akan membantu mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan sekali gus dapat membantu kita mencapai sasaran 3.5 juta pelancong ke  Sabah pada tahun ini. 

“Sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, Sabah mempunyai segala-galanya untuk ditawarkan dari lautan yang dalam hingga ke gunung yang tinggi. Ini menjadikan Sabah adalah di antara destinasi pelancongan bertaraf dunia.  

“Keindahan dan kekayaan flora serta fauna dan keajaiban alam semula jadi seperti lautan serta kepulauannya dan gunung-ganang serta hutan simpannya adalah khazanah alam yang dinikmati dan dikagumi  ramai,” katanya.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/sabah-destinasi-pelayaran-baharu/feed/ 0 77923