pelihara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 18 Aug 2024 12:40:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pelihara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelihara & kekalkan identiti budaya warisan bangsa -Japlin https://sabahmedia.com/2024/08/18/pelihara-kekalkan-identiti-budaya-warisan-bangsa-japlin/ https://sabahmedia.com/2024/08/18/pelihara-kekalkan-identiti-budaya-warisan-bangsa-japlin/#respond Sun, 18 Aug 2024 12:40:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59284
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Identiti warisan bangsa dan budaya masyarakat yang kaya perlu dipelihara bagi memastikan kelangsungan etnik peribumi itu kekal diketahui oleh generasi baharu.

Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah, Datuk Japlin Akim berkata disamping kita rancak membangunkan negeri, kita juga tidak mengabaikan kepentingan adat dan budaya kita.

Katanya, ini kerana budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang melambangkan identiti sesuatu bangsa, suku kaum dan etnik untuk terus dipelihara dan dimartabatkan untuk kepentingan kita dan generasi akan datang. 

“Perjuangan mempertahankan identiti kita harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang. Generasi muda tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang.

“Generasi muda perlu mempertahankan keunikan budaya yang ada sebagai teras kepada keharmonian kaum sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Program Persembahan Kesenian dan Kebudayaan Pelbagai Etnik
anjuran Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di Lintasan Deasoka Gaya Street di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

Japlin juga berharap persatuan ini dapat terus memelihara dan memartabatkan budaya ini serta mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian sesama kita. 

“Menerusi perpaduan dan kesatuan rakyat yang berbilang suku kaum dan etnik, kita akan dapat memacu transformasi pembangunan negeri ke tahap kejayaan yang lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, program kesenian dan kebudayaan telah diadakan sejak tahun 2022 dan tahun ini merupakan program kebudayaan kali ke tiga diadakan. Pogram setiap tahun dinamakan Pesta Kebudayaan pada bulan Februari.

“Di Kampung Unggun Jaya sudah ada mini dewan Bajau Sama untuk membuat program kebudayaan.

“Sempena bulan kemerdekaan, program kesenian dan kebudayaan ini boleh dijadi contoh kepada pelancongan yang datang berkunjung ke Sabah terutama di Lintasan Deasoka” katanya.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Shamsuddin Awang Aman, Timbalan Masri Mansor, Naib Pengerusi Mohd Syum Majid, Setiausaha Awang Ali, Bendahari, Johan Walit, Ketua Penerangan, Madsa Awang Aman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/18/pelihara-kekalkan-identiti-budaya-warisan-bangsa-japlin/feed/ 0 59284
Dua projek baharu diluluskan, usaha pelihara warisan budaya https://sabahmedia.com/2024/02/28/dua-projek-baharu-diluluskan-usaha-pelihara-warisan-budaya/ https://sabahmedia.com/2024/02/28/dua-projek-baharu-diluluskan-usaha-pelihara-warisan-budaya/#respond Wed, 28 Feb 2024 04:16:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50216
Read Time:2 Minute, 13 Second

TUARAN: Kerajaan negeri meluluskan dua projek baharu tahun ini membabitkan Projek Pembangunan Sistem Pemetaan Budaya Bersepadu Negeri Sabah dan Projek Kajian Restorasi Bangunan Pejabat Lama Pejabat Perkhidmatan Kebajikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kedua-dua projek baharu itu diluluskan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), antara usaha diambil untuk memulihara dan melindungi warisan budaya sebagai lambang ketamadunan negeri ini.

Katanya, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi projek Pembangunan Sistem Pemetaan Budaya Bersepadu Negeri Sabah manakala Kajian Restorasi Bangunan Pejabat Lama Pejabat Perkhidmatan Kebajikan membabitkan peruntukan sebanyak RM200,000.

“Projek pemetaan ini bertujuan mentransformasikan kaedah pengurusan maklumat budaya etnik Sabah kepada sistem maklumat moden selaras dengan Pelan Pendigitalan Kerajaan.

“Kajian itu pula bakal menyaksikan pembangunan semula bangunan bersejarah – Pejabat British North Borneo Chartered Company yang ketika dahulu musnah oleh kebakaran.

“Bangunan ini juga bertujuan memulihara dan melindungi tapak dan bangunan bersejarah, selain akan menjadi galeri seni budaya yang penting di Sabah. Kedua-dua projek ini merupakan projek baharu dan dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah”, katanya.

Hajiji bersalaman dengan orang ramai selepas merasmikan Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di Dewan Pusat Kebudayaan Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik, Tuaran pada Rabu. – Foto ihsan JKM Sabah

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama, Kampung Lok Batik Tuaran pada Rabu.

Hajiji berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi membolehkan jumlah pelancong ke Sabah yang dijangka mencecah tiga juta orang pada tahun ini, dapat
dicapai.

Menurutnya, selain keseniaan dan kebudayaan, produk pelancongan seperti Pelancongan Berasaskan Komuniti merupakan segmen ekopelancongan yang semakin mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

Beliau juga menggesa persatuan-persatuan etnik di negeri ini terus membangunkan dan
memartabatkan budaya etnik dan produk pelancongan berasaskan komuniti di kawasan masing-masing, selain bekerjasama memperkasa dan memulihara warisan budaya etnik Sabah.

Hajiji berkata, keistimewaan dan keunikan Sabah yang mempunyai kepelbagaian warisan, etnik, budaya dan kaum, merupakan aset yang penting sebagai tarikan pelancong dan perlu terus dipelihara serta dilindungi sebagai lambang ketamadunan masyarakat negeri ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah berharap Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah yang berlangsung selama empat hari sejak
Ahad lalu, menjadi medan untuk memulihara khazanah budaya di negeri ini.

“Ia juga sejajar dengan objektif penganjuran festival ini iaitu untuk memulihara dan memartabatkan budaya tradisi serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan penduduk setempat.

“Festival ini yang telah pun dimasukkan ke dalam kalender pelancongan, tidak hanya dihadiri oleh rumpun Bajausama malah turut dimeriahkan oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum dan keturunan di negeri ini”, ujarnya.

Tambah beliau, festival itu juga merupakan medium yang dapat menarik minat generasi muda terlibat sama dalam pelbagai acara kesenian dan kebudayaan rumpun Bajausama di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/28/dua-projek-baharu-diluluskan-usaha-pelihara-warisan-budaya/feed/ 0 50216