Peluang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Jan 2022 08:18:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peluang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program ‘Walkabout’ Peluang Beramah Mesra Dengan Rakyat – Jonathan https://sabahmedia.com/2022/01/26/program-walkabout-peluang-beramah-mesra-dengan-rakyat-jonathan/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/program-walkabout-peluang-beramah-mesra-dengan-rakyat-jonathan/#respond Wed, 26 Jan 2022 08:18:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11582
Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU: Menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 1 Februari ini, Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berserta rombongan telah mengadakan program ‘walkabout’ di sekitar Pekan Ranau pada Rabu. (26 Jan)

Jonathan berkata, program ini merupakan ruang dan peluang melawat, beramah mesra dengan golongan peniaga dan orang ramai di sekitar pekan itu sambil mengedar kad kalender Tahun Baru Cina, limau Mandarin serta Ang Pau kepada mereka.

“Program ‘walkabout’ ini adalah perkara rutin dilakukan setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina sebelum pandemik COVID-19 melanda negara ini.

“Selepas dua tahun tidak dapat melaksanakannya, kita amat gembira kerana dapat melaksanakan tahun ini,” katanya.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, sikap saling mengunjungi antara satu sama lain bukan sahaja mengeratkan perpaduan antara masyarakat Cina tetapi hubungan persaudaraan yang harmoni dikalangan suku kaum lain seperti Melayu, Dusun, India dan lain-lain yang terdapat di daerah ini.

“Saya gembira melihat semua golongan masyarakat di sini masih menghormati antara satu sama lain dalam kehidupan seharian tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

“Kita berharap Sabah khasnya, akan menjadi tempat di mana perpaduan terus kukuh dalam kalangan rakyatnya,” ujarnya.

Datuk Jonathan turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Sabah dan berharap akan memperolehi kejayaan dan kemajuan dalam segala bidang mahupun perniagaan yang mereka ceburi.

Hadir sama menyertai program itu ialah Setiausaha Sulit Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kundasang, Japli Samy mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan  Perindustrian Sabah yang juga ADUN Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/program-walkabout-peluang-beramah-mesra-dengan-rakyat-jonathan/feed/ 0 11582
IKS Sabah Disaran Rebut Peluang Ditawarkan Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/02/iks-sabah-disaran-rebut-peluang-ditawarkan-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/iks-sabah-disaran-rebut-peluang-ditawarkan-kerajaan/#respond Sun, 02 Jan 2022 08:33:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10587
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Penyertaan ibu tunggal dalam produk makanan tradisional sedia untuk dimakan atau `ready-to-eat’, yang diusahakan oleh EMOMS menarik perhatian isteri Ketua Menteri, Datuk Seri Juliah Salag.

“Saya berasa amat kagum dengan konsep operasi EMOMS, melibatkan ibu tunggal yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan produk yang dihasilkan mengekalkan resipi turun temurun dari dapur sendiri atau `homemade kitchen’,” katanya.

Sambil mengalu-alukan penglibatan ibu tunggal sebagai usahawan, katanya ia kerana pandemik COVID-19 telah menjejaskan sumber pendapatan kepada banyak sektor.

Sehubungan itu, Juliah berharap lebih ramai orang terutamanya usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada di dalam Belanjawan 2022 negeri.

Dalam Belanjawan Sabah pada tahun ini, kerajaan negeri melipatgandakan usaha membantu usahawan IKS termasuk dalam aspek pemasaran, katanya ketika melancarkan produk EMOMS di Hotel Grandis di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kerjasama dengan Pasaraya Bataras dan PETRONAS Dagangan Berhad melalui program pemasaran produk IKS Sabah di Kedai Mesra PETRONAS, akan diteruskan pada tahun ini.

“Dalam pada itu, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah diperuntukkan RM5.76 juta untuk penubuhan empat lagi Pusat PKS pada 2022 bagi membantu memasarkan produk IKS. Ini berita baik untuk pengurusan EMOMS dan juga IKS di Sabah.

“Program Bantuan IKS (BAIKS) yang telah memberi menfaat kepada kira-kira 3,269 usahawan sejak penubuhannya juga akan diteruskan,” katanya.

Sejajar dengan norma baharu dalam menjalankan perniagaan, Juliah menggesa pengurusan EMOMS mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan melalui pelbagai program yang dirangka untuk meningkatkan kualiti produk IKS serta meneroka pasaran luar negara melalui platform digital.

“Apa yang penting, produk itu mestilah menarik dari segi pembungkusannya selain bertahan lebih lama,” katanya sambil menambah bahawa beliau yakin melalui usaha kerajaan, produk seperti EMOMS bukan sahaja dipasarkan di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Juliah ingin melihat jenama EMOMS yang terdiri daripada pelbagai resipi seperti Ikan Tausi Berlada yang popular selain pes ikan ampap, pes ayam berempah dan pes rendang ayam dan daging, akan menembusi pasaran tempatan serta luar negara.

Beliau juga berharap lebih banyak pihak termasuk persatuan wanita khususnya yang terlibat dalam perniagaan dapat membantu mempromosikan produk keluaran ibu tunggal dan usahawan IKS di negeri ini dengan menjadikan mereka lebih berdaya saing untuk menembusi pasaran yang lebih besar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/iks-sabah-disaran-rebut-peluang-ditawarkan-kerajaan/feed/ 0 10587
UMS Buka Peluang Kerjasama Stratergik Bersama Industri https://sabahmedia.com/2021/11/15/ums-buka-peluang-kerjasama-stratergik-bersama-industri/ https://sabahmedia.com/2021/11/15/ums-buka-peluang-kerjasama-stratergik-bersama-industri/#respond Mon, 15 Nov 2021 09:33:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8496
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menerima kunjungan hormat empat syarikat usahawan tempatan bagi membincangkan jalinan kerjasama strategik.

Kunjungan tersebut terdiri daripada Pengarah Urusan Perfect Group, Dato Derek Phang; Pengarah Pemasaran Perfect Group, Datin Selina Shim; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) First-Art Creative, Sindiy Fam; Pengarah Urusan Fook Soon Seafood Products Sdn Bhd, Chiang Bath Sing; Pengarah Pemasaran Fook Soon Seafood, Tracy Chiang; dan CEO KPLUS Global Ventures, Jacky Tang.

Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) UMS, Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun berkata, kesemua usahawan yang hadir menyuarakan hasrat meneroka peluang mengkomersialkan produk dan harta intelek UMS.

“Para usahawan tertarik dengan produk dan Harta Intelek UMS dan menyatakan hasrat untuk berkolaborasi terutamanya dalam bidang Sains Pemakanan.

“Kita sama-sama telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan yang lebih lanjut berkenaan kerjasama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jidon memaklumkan bahawa perbincangan tersebut turut membincangkan peluang-peluang kerjasama lain yang boleh memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

“Antaranya dari segi bentuk penyelidikan, latihan parktikal pelajar dan pertukaran kepakaran UMS dengan mereka selaku pihak industri.

“Untuk makluman, UMS melalui PPIP sentiasa mengalu-alukan kerjasama seumpama ini kepada mana-mana usahawan atau syarikat.

“Jika ada yang ingin berkolaborasi termasuk dalam memasarkan produk atau Harta Intelek UMS boleh berhubung terus dengan kami melalui emel [email protected],” katanya.

Turut hadir Pengarah Kumpulan merangkap Pemangku Pengarah Syarikat UMS Investment Holdings Sdn Bhd (UiNVEST), Francis Vincent Ariffin; Pengarah Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan UiNVEST, Nerwani Shereen Haji Halik; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Kejuruteaan UMS, Prof. Madya Dr. Kenneth Teo Tze Kin; Pensyarah Kanan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Dr. Siti Faridah Mohd Amin; dan Ketua Pentadbiran PPIP, Alvin Azril Mahat

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/15/ums-buka-peluang-kerjasama-stratergik-bersama-industri/feed/ 0 8496