PEMADAM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Jun 2025 05:21:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PEMADAM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua pertubuhan Sabah meterai MoU bersama PEMADAM Kebangsaan https://sabahmedia.com/2025/06/02/dua-pertubuhan-sabah-meterai-mou-bersama-pemadam-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2025/06/02/dua-pertubuhan-sabah-meterai-mou-bersama-pemadam-kebangsaan/#respond Mon, 02 Jun 2025 05:21:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74963
Read Time:1 Minute, 5 Second

CYBERJAYA: Dua pertubuhan dari Sabah, Pertubuhan Anak Seni Kebudayaan Kebangsaan Borneo dan Sabah Extreme Sports Association, menzahirkan komitmen dalam usaha membanteras rokok dan dadah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan.

Majlis pemeteraian sempena Persidangan Kawalan Tembakau Kebangsaan 2025 di Universiti Cyberjaya itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Secara keseluruhan, sebanyak 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara turut menandatangani MoU bersama PEMADAM sebagai sokongan terhadap pelaksanaan Program Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan (NLHI).

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat bebas rokok dan dadah, khususnya dalam kalangan belia menerusi pendekatan seni budaya serta sukan ekstrem.

Presiden Pertubuhan Anak Seni Kebudayaan Kebangsaan Borneo, Datin Aynna Faridah Mohd Said, dan Presiden Sabah Extreme Sports Association, Mark Warrein Joimol, berkata pihak mereka komited untuk mendekati komuniti dengan pendekatan berasaskan nilai tempatan serta belia yang progresif dan inklusif.

Sementara itu, Penasihat Strategik dan Perhubungan Kerajaan menuju SDG2030 PEMADAM, Datuk Rona Merlinda, menjelaskan bahawa pemeteraian ini memperkukuh kerjasama antara NGO dan agensi kesihatan serta menyokong pendekatan holistik dalam agenda pembangunan komuniti.

“Usaha ini selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030),” katanya.

Majlis turut menyaksikan pelancaran maskot rasmi Pak Lung, simbol kesepaduan dan perjuangan berterusan ke arah merealisasikan Negara Bebas Rokok 2040.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/02/dua-pertubuhan-sabah-meterai-mou-bersama-pemadam-kebangsaan/feed/ 0 74963
500 peserta jayakan Webinar GEGAR kampus https://sabahmedia.com/2022/08/09/500-peserta-jayakan-webinar-gegar-kampus/ https://sabahmedia.com/2022/08/09/500-peserta-jayakan-webinar-gegar-kampus/#respond Tue, 09 Aug 2022 08:20:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=19862
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Seramai 500 peserta menjayakan Program Webinar Generational End Game Anti Rokok (GEGAR) Kampus anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, baru-baru ini.

Bertemakan Generational End-Game, para peserta didedahkan dengan peri pentingnya pembentukan generasi bebas rokok pada masa hadapan serta bahaya penggunaan rokok elektronik (Vape).

Program secara dalam talian itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Biro Pengajian Tinggi dan Kelab PEMADAM (Sektor Swasta), Dr. Juliana Rosmidah Jaafar.

Katanya, program itu bertepatan dengan salah satu objektif penganjuran iaitu pendedahan tentang impak negatif tabiat merokok dalam kalangan orang ramai khususnya golongan belia.

“Penganjuran webinar ini bertujuan memantapkan kesedaran warga kampus mengenai Generational End-Game yang bakal menamatkan generasi perokok dan penyalahgunaan dadah.

“Untuk makluman, konsep Generational-End-Game dan Dasar Dadah Negara mempunyai matlamat ke arah ‘Dadah Terkawal 2025’.

“Saya percaya matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya mempunyai kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Webinar tersebut dihadiri pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, sekolah menengah, pelajar sekolah rendah, penjawat awam, dan orang ramai.

Ia turut menampilkan dua penceramah jemputan iaitu Ketua Penolong Sektor Kawalan Tembakau dan Urus Setia Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Muaz Sayuti; dan Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Haazik Mohamed.

Sementara itu, Pengarah Program GEGAR Kampus, Afrina Shafri Khan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan webinar sehari tersebut.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada PEMADAM Kebangsaan, KKM, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, UMS, panel penceramah, para peserta, dan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/08/09/500-peserta-jayakan-webinar-gegar-kampus/feed/ 0 19862