Pemandu lori – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Jun 2024 11:31:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemandu lori – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemandu lori maut tersepit bahagian bawah ‘dump lorry’ https://sabahmedia.com/2024/06/08/pemandu-lori-maut-tersepit-bahagian-bawah-dump-lorry/ https://sabahmedia.com/2024/06/08/pemandu-lori-maut-tersepit-bahagian-bawah-dump-lorry/#respond Sat, 08 Jun 2024 11:31:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55695
Read Time:49 Second

TUARAN: Seorang pemandu lori maut tersepit di bahagian bawah (dump lorry) semasa memeriksa keadaan lori selepas membuang muatan tanah dalam kejadian di Kampung Taginambur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 petang tadi (8 Jun).

“Komander Operasi PBK II Mahmud Jumah bersama pasukan tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa pemandu lori Tipper 5 tan tersepit di bahagian bawah (dump lorry) semasa memeriksa keadaan lori selepas membuang muatan tanah.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, bagaimanapun mangsa seorang lelaki berumur 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 3.28 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/08/pemandu-lori-maut-tersepit-bahagian-bawah-dump-lorry/feed/ 0 55695